TEMPLATE E-MAJALAH PBT (1) (1).pdf Flipbook PDF


25 downloads 122 Views 6MB Size

Recommend Stories


PBT GRAFICA DE TALLAS
PBT GRAFICA DE TALLAS I B C D E F G 128 134 140 146 152 158 164 170 7-8 8-9 9-10 10-11 11-12 12-13 13-14 15 122 -128 128 -134 134 -140 140 -146 146

AERO:SBC Basic Unit Template
AERO:SBC Basic Unit Template Subject/Course: Grade Level: Topic/Concept: Estimated Time Required: Developed by: SLL 2-advanced 7th grade Mi personaje

Story Transcript

I-SISWA

JUN 2022

MENERAPKAN NILAI BERKERJASAMA

BERSAMA BERSATU HATI MEMBINA MEMBIA MALAYSIA BAHARU

CINTA AKAN NEGARA MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

WM RM7.50 EM RM10.50

ISI KANDUNGAN

PERKARA KENALI KAMI DAN KATA

01

PENGHARGAAN

02

PENGENALAN

03

PENULISAN MEMPERJUANGKAN SEMANGAT CINTA AKAN

04

NEGARA UNTUK APA KEPENTINGANNYA ? KEMANAKAN PERSAAN ITU ? BAGAIMANAKAH KALANGAN MASYARAKAT MEMPERJUANGKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA ?

KESIMPULAN

15

RUJUKAN

16

QUIZ

17

08

12

Kenali Kami EDITOR GOPIKA ANATHAN

05DPE21F2999

PENYUNTING

PEREKA GRAFIK CHRISTINA VERONNICA BT WILLIAM 05DPE21F2011

PENULIS GOPIKA ANANTHAN ANGELYONNE NOVEK CHRISTINA VERONNICA

Kata Penasihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Majalah I-Siswa merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi kursus MPU23042 Nilai Masyarakat Malaysia. Tugasan ini telah mengenengahkan konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu perpaduan dan kemasyarakatan. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar daripada kelas DPE2A, Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi 2 2021/2022 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah I-Siswa untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan dsripada penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam memastikan kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis dalam merealisasikan matlamat kerajaan membentuk Agenda Keluarga Malaysia. MDM FATIN IZZATI BT TAHER POLITEKNIK KUCHING SARAWAK







01

JUN 2022 | ISSUE 05

ANGELYVONNE NOVEK AK FREADISON 05DPE21F2002

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi Nilai masyarakat (MPU 23042) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Fatin Izati Mohd Taher ,selaku Pensyarah Nilai Masyarakat kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Fatin Izati Mohd Taher atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

JUN 2022 | ISSUE 05

02

PENGENALAN Sejak negara kita menikmati arus kemerdekaan daripada penjajahan asing, pelbagai kemajuan yang telah dikecapi. Siapa sangka, negara yang terdiri daripada berbilang kaum mampu untuk mencapai kemerdekaan dan seterusnya melangkah maju ke hadapan bersaing dengan negara membangun yang lain. Namun begitu, kita acapkali tersentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetuskan oleh masyarakat kita sendiri yang mempu mengganggu gugat kemakmuran negara kita. Oleh itu, sebagai warganegara yang cinta akan tanah air, kita seharusnya menyemai sifat patriotisme di dalam setiap peringkat umur masyarakat agar kemerdekaan yang dicapai tidak disia-siakan. Kita yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Walaupun kita berbeza dari pelbagai sudut, dengan sifat toleransi dan keterbukaan, kita mampu menjadi negara yang bersatu padu dalam mencapai kemajuan sejagat. Mari kita bincangkan kepentingan menerapkan semangat cinta akan negara kepada nusa bangsa. Selain itu kita diajar supaya menghormati raja dan pemimpin Negara. Kita juga di didik supaya menghormati lambang-lambang Negara seperti bendera. Sukan dan permainan juga dapat memupuk modal insan berpatriotik dan bersemangat setia Negara. Ahli sukan yang tulen, memiliki rasa cinta akan bangsa dan Negara. Selain itu,mereka sanggup membelakangkan kepentingan diri kerana sudah menjadi adat dalam permainan ada yang kalah dan ada yang menang bak kata pepatah.’alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Ada ahli sukan yang masih berani untuk berlawan walaupun lawannya lebih handal. Oleh yang demikian itu,mereka berani mempertahankan kedaulatan bangsa dan Negara. Seterusnya modal insan yang patriotik dapat dicapai apabila kita sentiasa bertindak wajar dan sentisas amanah serta jujur dalam melakukkan sesuatu permainan. Sebagai pemimpin pula seharusnya sentiasa menyemai semangat patriotik dalam kalangan rakyat khususnya generasi muda yang merupakan pewaris Negara. Mereka perlu berusaha dan produktif serta tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran



JUN 2022 | ISSUE 05

03

JUN 2022 | ISSUE 05

MEMPERJUANGKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA UNTUK APA KEPENTINGANNYA?

Tak lapuk dek hujan , tak lekang dek panas sesuai dijadikan falsafah dalam meniti kesibukan duniawi untuk memupuk semangat cinta akan negara. Dakwaan banyak pihak yang menyimpulkan bahawa semangat cinta akan negara semakin terhakis memberi sedikit gusaran kepada masyarakat. Walaupun telah bebas dari cengkaman penjajah durjana dan telah menikmati kemerdekaan negara , namun acapkali juga kita tersentak dengan pelbagai permasalahan yang dicetuskan dari lapisan masyarakat kita sendiri yang mampu merenggut kemakmuran negara kita.Oleh itu, sebagai warganegara yang cinta akan tanah air , kita semestinya menyemai semangat cinta akan negara dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira lah muda mahupun tua agar kemerdekaan negara dapat kita kekalkan. Saya yakin rakyat 04 Malaysia mengenali peribahasa rambut sama hitam , hati lain-lain.Walaupun kita berbeza dari pelbagai sudut , dengan sifat toleransi dan keterbukaan , kita mampu bersatu padu dalam mencapai kemajuan sejagat. Mari bincangkan tentang kepentingan semangat cinta akan negara dalam lapisan masyarakat pada perenggan seterusnya. NOMADIC | 24

PENULIS : CHRISTINA WILLIAM

MEMUPUK PERPADUAN ANTARA KAUM DAN BANGSA MASYARAKAT BERDAYA SAING Berlandaskan prinsip yang menjadi pegangan negara-negara maju seperti di Korea dan Jepun kita dapat diperlihatkan bahawa masyarakat di negara tersebut mengetengahkan elemen lokal dengan jayanya. Sebagai salah satu contoh yang dapat dikemukakan ialah penggunan bahasa tempatan dan pemerkasakan teknologi tempatan diberikan tumpuan berbanding elemen asing. Misalnya jenama gah milik negara matahari terbit iaitu Honda yang terkenal di seantero dunia dengan ciptaan produk dan kemampuan mereka. Justeru itu kita juga perlulah mempunyai jenama sendiri yang dikenali dan di seluruh pelusuk dunia. Berbekalkan semangat cinta akan negara, mungkin pada satu hari nanti jenama Proton akan menjadi salah satu jenama automotif yang terkenal di dunia. Ia bergantung kepada kehendak dan kemampuan tenaga professional tempatan sama ada untuk maju ke peringkat lebih tinggi atau kekal di takuk yang sama.

05

JUN 2022 | ISSUE 05

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia salah sebuah negara aman yang mempunyai masyarakat majmuk yang khususnya didiami oleh masyarakat Melayu , India , Cina , Orang Asli dan pelbagai jenis etnik bumiputera di Sabah dan juga Sarawak. Mengimbau detik bersejarah pada tanggal 16 September 1963 yang menyaksikan pengisytihran Persekutuan Malaysia oleh Tuanku Abdul Rahman menjadi bukti penyatuan rakyat pebagai kaum , bangsa dan agama. Justeru itu , dalam mengekalkan perpaduan kaum , semangat cinta akan negara mampu menjadi kontributor dalam memupuk perpaduan kaum. Persis peribahasa serumpun bak serai , sesusun bak sirih , dengan iltizam dan semangat yang dikongsi bersama iaitu memajukan negara dan memartabatkan masyarakat di persada anatarabangsa, ia dapat melahirkan sebuah negara yang berwibawa.Anggota masyarakat pada hari ini seharusnya bersikap inteligensia dan terbuka dalam meraikan perbezaan serta mencari kesatuan dalam setiap situasi yang dihadapi oleh kita.Jangan pula kita bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing masing.Nescaya perjuangan meretakkan perpaduan negara akan sia-sia.

KEKALKAN TRADISI DAN BUDAYA MASYARAKAT TANAH AIR KITA TELADA KEPADA GENARASI AKAN DATANG Terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang intelek dan menyambung pelajaran ke luar negara. Seterusnya mereka menetap di sana dan menjadi tenaga kerja professional di sana. Hal ini tidak menjadi isu yang besar tetapi alangkah baiknya jika kemampuan mereka dugunakan untuk manfaat masyarakat tempatan. Situasi ini perlu diberi perhatian oleh golongan pemimpin negara dan pembuat polisi dalam memastikan setiap ahli masyarakat kita mempunyai peluang dalam kerjaya serta pendidikan. Dengan mengutamakan dua agenda ini, negara kita pasti dapat menghasilkan tenaga kerja professional tempatan yang akan melonjakkan ekonomi dan status negara kita.Namun disebabkan kurangnya peluang dan lebih banyak manfaat yang ditawarkan di negara luar, maka ramai ahli masyarakat yang berkhidmat di negara asing.

06

JUN 2022 | ISSUE 05

Dewasa ini, generasi muda kita lebih terdedah dan terpengaruh dengan anasir dari negara luar sehingga melupakan tradisi dan budaya yang kita miliki. Keunikan seni budaya tempatan semakin dilupakan dan pengamalnya mencari-cari pengganti yang akan mewarisi budaya atau tradisi tempatan ini. Jika tidak dijumpai maka, ia akan pupus dan hilang dek ditelan kealpaan masyarakat kita menghargai dan memelihara keunikan nenek dan moyang kita yang terdahulu. Kemodenan hari ini merupakan cabaran yang perlu kita tempuh tetapi ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita melupakan tradisi dan budaya kita. Bak kata pepatah Melayu, biar mati anak ,jangan mati adat.. Mungkin generasi hari ini perlu menyelami budaya dan tradisi yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu supaya muncul kembali perasaan atau semangat cinta akan negara.

Sebagai pengajaran kepada generasi muda, pihak berwwajib harus mencari solusi terbaik dalam menerapkan semangat cinta akan negara kepada semua rakyat di negara ini dan tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit.

Friday, 18 March 2022

Perkara ini adalah mustahak dalam menjamin kebolehan sesebuah negara untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Janganlah kita bersikap terlalu meraikan kehadiran pelabur atau pendatang asing tanpa memastikan masyarakat di negara kita mendapat manfaat yang terbaik yang boleh diberikan oleh negara kita sendiri. Persis kata peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Oleh yang demikian, setiap di antara kita perlu memanifestasikan fikiran dalam mencari mekanisma terbaik untuk memajukan negara di samping mengangkat elemenelemen tempatan yang dimiliki oleh kita. Kekitaan yang kita tunjukkan mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat dunia yang kerap kali dicabar dengan perang saudara atau kuasa di mana pengakhirannya hanyalah merugikan tamadun manusia.

JUN 2022 | ISSUE 05

07

28 April, 2022 123 Anywhere St., Any City

EK NOV E N ON ELYV G N A : ULIS PEN

PERASAAN

Patriotisme memperlihat sikap mental, dan tingkah laku individu atau masyarakat yangmerujuk terhadap kesetiaan terhadap bangsa dan negara.Semangat patriotisme perlu dipupuk dan dihayati dalam segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan remaja. Ini adalah kerana remaja merupakan golongan yang mendukung nasib bangsa, hala tuju sesebuah negara. Kita sebagai generasi era pasca modenisme, dilimpahi dengan bermacam nikmat dan kesenangan. Kita mesti sedar segala apa yang kita nikmati sekarang ini adalahdaripada pengorbanan dan jerih perih yang ditempuhi oleh para pejuang dan rakyat demimencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu. Semangat patriotisme semakin kurang penghayatan khususnya golongan remaja. Banyak faktor-faktor yang mendorong kepadalunturnya semangat dan penghayatan patriotisme dalam masyarakat dewasa ini.

KEPENTINGAN DIRI SENDIRI Masyarakat kini lebih mementingkan kerjaya mereka, sibuk dengan urusan harian mereka yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Bagi mereka perkara yang penting dalam hidup adalah berusaha untuk menambahkan pendapatan dan mencarikekayaan sematamata. Hal-hal lain kurang diberi perhatian, semangat dan penghayatan patriotisme kian pudar dalam kalangan masyarakat.Masyarakat kini tidak lagi menitikberatkan semangat patriotisme. Aktiviti seperti kempen-kempen kesedaran dan juga sambutan hari kebangsaan tidak lagi mendapat sambutan.

08

JUN 2022 | ISSUE 05

KEMANAKAH ITU?

TIADA PERASAAN CINTA AKAN NEGARA Masyarakat kini khususnya golongan remaja tidak disemai dengan nilai-nilai cintakan negara dan semangat patriotism pada Malaysia. Mereka kurang mendapat pendedahan tentangperjuangan dan pengorbanan jasa-jasa golongan terdahulu yang telah bersusah payahmenuntut kemerdekaan. Masyarakat kini tidak merasai kesusahan hidup semasa zaman penjajahan dulu. Kita dapat hidup yang aman pada ini adalah menyebabkan sumbangantentera dulu. Semangat patriotisme, cinta akan negara perlu ada dalam segenap masyarakatkerana siapa lagi yang akan mempertahan dan memperjuang nasib bangsa, negara jikabukan diri kita sendiri, rakyat Malaysia. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik, semangat dan perjuangan kita tetap sama kerana kita semua adalah rakyat Malaysia.

JUN 2022 | ISSUE 05

09

TERPENGARUH DENGAN BUDAYA BARAT Walaupun Malaysia sudah bebas merdeka selama 60 tahun dan ke atas, tidak lagi dijajaholeh kuasa barat, dalam tidak sedar mereka sebenarnya sudah mula menguasai kita. Merekatidak lagi menjajah dengan kuasa mahupun peperangan yang melibatkan pertumpahandarah, sebaliknya dengan pengaruh budaya yang dibawa ke baratbanyak mempengaruhi pemikiran mereka. Mereka berpakaian, pergaulan bebas,

negara kita. Budaya golongan remaja dan berikut dengan gaya dan bermacam aktiviti

daripadabarat yang mendorong kepada gejala sosial yang serius. Budaya dan semangat patriotism terhadap negara tidak lagi diberi perhatian kerana lebih gemar mengikuti budaya danpengaruh daripada barat. Isu ini perlu diberi lebih penekanan kerana semakin lama dibiarkan, semakin ia melarat. Semangat patriotisme kian pudar dan lebih memburukkankeadaan mereka lebih mengagungkan budaya luar daripada cinta akan budaya negara sendiri.

KURANG MENGHAYATI PERJUANGAN TOKOHTOKOH TEMPATAN

Pemuda hari ini tidak merasai kepayahan hidup dan pengorbanan para pejuang dahulu demimencapai kemerdekaan, jadi genarasi kini kurang menghayati semangat patriotism.Masyarakat tidak mengenang jasa tokoh-tokoh terdahulu. Negara Malaysia kita yang amandan makmur ini hasil daripada segala usaha mereka demi menuntut kemerdekaan. Tokoh-tokoh tempatan yang dulu terkenal telah kurang dikenali dalam kalangan masyarakat. Pihakkerajaan, dan media massa seharusnya memberi pendedahan atas jasa tokohtokohtempatan agar mereka tidak dilupakan oleh generasi akan datang.

LEKA DENGAN LAMBAKAN HIBURAN Pada era modernisasi ini, kita disajikan dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan.Berhibur tidak akan menjadi suatu kesalahan jika kita tahu menjaga dan mengikut batas-batas dalam berhibur. Akan tetapi hiburan yang melalaikan banyak mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja terbabit dengan aktiviti-aktiviti sosial yang tidak sihat sehingga akhirnya meruntuhkan akhlak diri. Semangat patriotisme semakin luntur dalam diri mereka. Generasi muda sewajarnya lebih banyak membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. Pihak berwajib, kerajaan, dan juga swasta perlulah berkerjasama antara satu sama lain untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan semangat patriotisme. Contohnya, seperti kuiz kenegaraan, syarahan atau syair kemerdekaan dan sebagainya. Usaha-usaha seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu menggalakkan minat generasi muda agar lebih menghayati dan memahami semangat patriotisme. Sebagai pendukung masa depan negara,generasi muda yang terdiri daripada golongan remaja perlulah menaikkan semangat patriotisme dalam diri dan lebih memahami erti agar dapat mendukung dan menjulang nama bangsa dan negara di persada dunia.

I-SISWA MAGAZINE

10

PATRIOTISME BERASASKAN KAUM Malaysia adalah masyarakat majmuk dan umum mengetahui terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Kaum-kaum in dalam Malaysia telah diasingkan kepada tiga kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kepelbagaian kaum seharusnya bukan menjadi faktor dalam mencapai kesepakatan dan perpaduan. Semangat patriotism ini haruslah berasaskan kepada semangat setia dan cinta akan negara.Kaum, bangsa mahupun agama seharusnya bukan menjadi penghalang kerana kita semua Bersatu dan menjadi rakyat Malaysia. Kita perlulah berasa bangga dengan negara kita kerana walaupun dalam kepelbagaian bangsa dan agama, kita masih hidup dalam keadaan aman dan damai. Dengan memahami dan menghayati semangat patriotisme, hubungan sesama kaum akan lebih erat, dapat mennyatupadukan semua kaum dan mengutuhkan perpaduan.

PENGARUH MEDIA CETAK / MEDIA MASSA / INTERNET

11

JUN 2022 | ISSUE 05

Medium yang menyampaikan maklumat, berita dan sebagainya, seperti media cetak, media massa, dan juga internet seharusnya dikawal dan ditapis. Hal ini kerana masyarakat mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca bahkan melalui media cetak, media massa mahupun blog-blog ataupun halaman-halaman di internet. Zaman teknologi yang berkembang pesat ini, banyak medium di internet yang telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan martabat negara, dan memecahbelahkan kaum.Mereka membuat fitnah dengan sewenang-wenangnya, kerana mereka tahu tiada siapa akan dapat mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka. Pihak kerajaan seharusnya memperkasakan undang-undang dan mengawal hal ini

supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan tindakan yang setimpal atas perbuatan mereka. Media massa dan media cetak juga seharusnya menyalurkan saluran maklumat yang telus kerana sebagai rakyat, kita berhak mendapatkan informasi yang benar. Media cetak dan media massa juga seharusnya menyisipkan ruangan informasi berkenaan sejarah negara kita, bukan hanya setakat memberi liputan berkenaan hal dan isu semasa sahaja. Pembacaan secara tidak langsung ini sekaligus dapat menyemarakkan dan membangkit semangat patriotism dalam segenap masyarakat di Malaysia.

BAGAIMANAKAH KALANGAN MASYARAKAT MEMPERJUANAKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA ?

PENULIS : GOPIKA ANANTHAN

D

asawarsa ini, sikap kasih dan sayang akan negara sudah semakin menghilang dan luntur dalam golongan marhaen di setiap pelusuk empat penjuru dunia. Hal ini demikian kerana sikap moral ini kurang dititik beratkan dalam urusan seharian mereka sama ada di bangku persekolahan mahupun yang sudah bekerja sehingga mereka sendiri kurang arif tentang sejarah-sejarah negara yang mereka huni. Ada di antara mereka yang alpa akan keseronokan dunia sehingga mereka tidak menghiraukan semangat patriotik dan langsung tidak melahirkan rasa semangat untuk melaungkan “ Aku Cintakan Malaysia”.Paling merunsingkan lagi, ada dalam kalangan rakyat yang langsung tidak mahu menyambut Hari Kebangsaan dan merasakan perkara seperti mengibarkan jalur gemilang tersebut hanya membuang masa mereka. Justeru itu, mereka mungkin terlupa dan tidak menitikberatkan langsung semangat patriotik sehingga tidak mempedulikan sambutan hari kebangsaan. Sebagai contoh, ada dari kalangan masyarakat kita kini alpa untuk mengibarkan bendera Malaysia ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Hal ini amat membimbangkan dan kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.Oleh hal yang demikian, usaha dalam menitik beratkan semangat patriotik ini perlu ditingkatkan oleh pelbagai pihak demi Malaysia yang tersayang.

MENGHARGAI SEJARAH DAN TOKOH NEGARA kita juga hendaklah sering bermuhasabah terhadap diri sendiri. Kita seharusnya berasa amat bersyukur dan merasakan diri amat bertuah kerana dapat hidup di negara yang aman dan damai. Belajar mengagumi tokohtokoh agung dunia dan tokoh negara sendiri untuk melahirkan perasaan berbangga kerana negara kita memiliki pemimpin yang berdedikasi. Simpanlah cita-cita untuk menjadi insan yang berjiwa besar yang mahu mencapai kejayaan cemerlang terutama dalam kerjaya yang bagus dan ingin berkhidmat untuk negara.

MELAWAT TEMPAT SEJARAH

Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan pantas. Sebagai contoh, melawat ke tempat bersejarah seperti Kota A’ Famosa di Melaka. Sambil melawati tempat bersejarah, pemandu pelancong yang mengetuai lawatan tersebut akan menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A’ Famosa. Sesungguhnya, bangsa yang mulia ialah bangsa yang sentiasa berbangga terhadap tanah air, sesuai dengan kata peribahasa Arab iaitu “kasih akan negara adalah sebahagian daripada iman”. Oleh itu, kesedaran awal daripada kecil lagi perlu diterapkan dengan membina kekuatan semangat patriotik dalam diri kita sendiri. I-SISWA MAGAZINE

12

KEMPEN MELALUI MEDIA MASSA Selain itu, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran dalam memupuk semangat patriotik antara masyarakat. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pelbagai pertandingan boleh dianjurkan sempena bulan penghayatan kemerdekaan. Oleh itu, Jabatan Penerangan Malaysia boleh menggunakan media elektronik seperti televisyen dan radio yang sememangnya berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan ini, ianya bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita seperti ayat pepatah “sambil menyelam minum air”. Sebagai contoh, tindakan yang sewajarnya boleh dilakukan oleh media massa televisyen dan radio adalah seperti:Menyiarkan rancangan atau program yang berunsurkan patriotisme supaya dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Menayangkan filem-filem patriotik seperti “Paloh”, “Bukit Kepong” dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Jelaslah, sekiranya pihak yang bertanggungjawab mengambil peranan mereka masing-masing, ia sedikit sebanyak dapat menerapkan semangat patriotik dalam diri masyarat.

JUN 2022 | ISSUE 05

13

PERANAN IBU BAPA ? Selain daripada itu, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik pada jiwa sanubari anakanak mereka. Ini kerana, anak-anak yang masih belum matang untuk berfikir akan sentiasa mencontohi tingkah laku ibu bapa mereka ibarat kata pepatah “bapa borek, anak rintik”. Kanak-kanak akan ingat pada pengajaran yang mereka lihat dan sering mendengar kata-kata ibu bapa mereka. dan sikap yang diamalkan semasa kecil biasanya akan kekal hingga mereka dewasa. Disebabkan itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak mereka “bagai menatang minyak yang penuh. Ini kerana anak-anak remaja zaman kini dilihat sering terlibat dengan masalah sosial. Gejala buruk ini mestilah dielakkan kerana ianya boleh menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Sebaliknya, ibu bapa haruslah mendidik anak mereka tentang sejarah kemerdekaan negara dan kepahlawanan tokoh-tokoh terkenal yang berjuang demi tanah air. Selain itu, contohcontoh lain yang boleh diikuti oleh ibu bapa adalah seperti:Melibatkan diri bersama anak-anak dalam mengibarkan bendera ketika sambutan hari kemerdekaan negara Melawat bersama-sama anak-anak ke tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah. Berkongsi cerita-cerita yang berkaitan isi kandungannya dengan patriotisme dengan anak-anak. Tegaslah bahawa, peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam langkah-langkah untuk memupuk semangat patriotik dalam masyarakat Malaysia dan lebih spesifiknya kepada anak-anak ketika masih kecil.

BERMULA DARIPADA BANGKU SEKOLAH Bila dilihat secara terperinci, sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Antaranya adalah dengan memupuk semangat patriotik sejak dari awal umur lagi seperti di bangku sekolah. Hal ini membolehkan semangat patriotik hidup sebati dalam diri pelajar seperti kata pepatah Melayu iaitu “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Perlu difahami pengaruh guru di sekolah adalah penting dan beperanan dalam usaha menyemai semangat patriotik dalam jiwa anak-anak murid mereka semenjak mereka masih kecil. Hal ini disebabkan para guru yang mengajar di sekolah boleh menekankan sifat-sifat patriotik di dalam kelas. Mereka perlu mendorong kanak-kanak untuk melahirkan perasaan bangga dan syukur terhadap negara serta cinta akan tanah air. Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negara ku ketika perhimpunan dan banyak lagi. Guru-guru juga boleh menerapkan semangat patriotik semasa mengajar dalam subjek seperti:Sejarah (secara umumnya sejarah tanah melayu dalam proses mencapai kemerdekaan) Bahasa Melayu (penerapan unsurunsur patriotik melalui medium bahasa kebangsaan) Pendidikan Islam/Moral (melahirkan akhlak yang selari dengan semangat patriotik) Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah pasti semangat itu akan terus diamalkan dan dikekalkan sehingga dewasa. Dalam pada itu, amalan sebegini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta pada negara dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan nama baik negara.

MENYERTAI PROGRAM KENEGARAAN Generasi pada masa kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Program-program tersebut lazimnya dipenuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan berkumpulan. Program seperti ini dapat memupuk semangat patriotik di mana para peserta akan lebih merasai semangat cinta akan negara. Antara kelebihan yang boleh diperolehi adalah:Dapat mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, nilai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan rasa hormat-menghormati. Pelatih-pelatih ini akan bercampur gaul sesama mereka yang berlainan budaya, agama yang berbeza dan berbilang kaum. Dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang penting di dalam semangat patriotik sesuai dengan pepatah iaitu “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang berkaitan dengan kedaulatan negara serta kerajaan yang memerintah. Antara contoh lain program yang boleh menawarkan perkara sebegini adalah salah satu inisiatif kerajaan yang pernah diwajibkan disertai oleh pelajar lepasan SPM iaitu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pastinya akan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara sendiri. Seseorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya demi mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat seiring dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, semua pihak hendaklah bersama-sama berganding bahu bagi memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat disuburkan dan dipupuk dalam generasi akan datang. Kita perlu ingat seperti kata-kata Samuel Johnson yang merupakan seorang editor, pengkritik sastera, penyair, moralis, biografi, penyusun kamus dan penulis esei yang terkenal ini yang menyatakan bahawa “masa depan itu dibeli oleh masa sekarang”. I-SISWA MAGAZINE 14

KESIMPULAN K

onklusinya, pelbagai kepentingan yang dapat kita bincangkan terhadap topik semangat cinta akan negara. Perkara ini adalah mustahak dalam menjamin kebolehan sesebuah negara untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain. Janganlah kita bersikap terlalu meraikan kehadiran pelabur atau pendatang asing tanpa memastikan masyarakat di negara kita mendapat manfaat yang terbaik yang boleh diberikan oleh negara kita sendiri. Persis kata peribahasa Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Oleh yang demikian, setiap di antara kita perlu memanifestasikan fikiran dalam mencari mekanisma terbaik untuk memajukan negara di samping mengangkat elemen-elemen tempatan yang dimiliki oleh kita. Kekitaan yang kita tunjukkan mampu menjadi ejen penyatuan masyarakat dunia yang kerap kali dicabar dengan perang saudara atau kuasa di mana pengakhirannya hanyalah merugikan tamadun manusia. Semua pihak harus berkerjasama dan tidak menuding jari untuk melaksanakan tindakan-tindakan tersebut. Kegagalan untuk berkerjasama boleh menyebabkan kita tidak lagi menghormati negara lalu sanggup memusnanhkan negara dengan tindakantindakan tertentu pula. Peribahasa pemuda harapan negara, pemudi tiang bangsa membuktikan bahawa semua ahli masyarakat kita memiliki tugas tersendiri untuk memajukan negara menjadi sebuah negara yang berjaya kita.



Related : sesungguhnya anasir luar wujudnya semangat cinta mempunyai semangat patriotisme memupuk semangat patriotik negara akan terus aman rakyat malaysia tidak mempunyai negara kita pada masa memupuk dan mengekalkan semangat kalangan rakyat pasti negara semangat patriotisme dalam kalangan semangat patriotik semakin luntur mengekalkan semangat cinta kalangan masyarakat di negara luntur dalam kalangan masyarakat untuk memupuk dan mengekalkan menerapkan semangat patriotisme.

I-SISWA MAGAZINE

15

RUJUKAN

02

https://upm.edu.my/berita/usaha_meningkatkan_sikap_cint a_akan_negara_dalam_golongan_muda-45023?L=en

03

https://karangan.net/cinta-akan-negara/

04

https://www.studocu.com/my/document/sekolah-menengahkebangsaan-seri-tanjung-selangor/bahasamelayu/karangan/28070513

16

JUN 2022 | ISSUE 05

01

https://www.ipendidikan.my/semangat-cinta-akannegara.html

QUIZ ! 1. Apakah definisi bagi nilai cinta akan negara ? 2. Ciri-ciri positif individu yang cinta akan negara ? 3. Ciri-ciri negatif individu yang tidak mengamalkan nilai cinta akan negara ? 4. Orang yang cinta akan negara akan selalu bersikap ? 5. Jika anda mengutuk kepercayaan kaum lain, anda akan dianggap sebagai ? 6. Setiap pelajar perlu mempelajari bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara kita. Apakah nilai yang diamalkan?



JUN 2022 | ISSUE 05

17

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.