13 mei 1969 etika Flipbook PDF

13 mei 1969 etika

15 downloads 98 Views 13MB Size

Story Transcript

MPU 21032- PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN I-2022/2023 PUAN KHOZIRAH BINTI AHMAD

PERISTIWA

13 MEI 1969

1. NURUL HUDA BINTI SHAHABUDIN ( 03DKA22F1022 )

2. NUR SYAHAILA BINTI MAZLAN ( 03DKA22F1073 )

3. NURAFIQAH ALIA BINTI SHAIFUL AZMI ( 03DKA22F1018 )

4. NUR DIANA NATASHA BINTI SUHAIDI ( 03DKA22F1006 )

AHLI KUMPULAN

NUR SYAHAILA BINTI MAZLAN 03DKA22F1073 NUR DIANA NATASHA BINTI SUHAIDI 03DKA22F1006

NURAFIQAH ALIA BINTI SHAIFUL AZMI 03DKA22F1018

NURUL HUDA BINTI SHAHABUDIN 03DKA22F1022

ISI KANDUNGAN

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

1   PENDAHULUAN 2   KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969 3    ISU ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969 4    PUNCA-PUNCA BERLAKU PERISTIWA 13 MEI 1969 5    KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI1969 6    LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH SEMUA PIHAK 7  PENGAJARAN TENTANG PERISTIWA 13 MEI 1969 8 KESIMPULAN 9    SAJAK Perpaduan Sejati Bukan Mimpi 10 RUJUKAN 11 LAMPIRAN

Pada tanggal 13 Mei 1969, telah berlaku tragedi 13 Mei yang merupakan satu titik hitam di dalam sejarah negara melaysia, di mana peristiwa itu telah menggugat keamanan dan kestabilan politik negara. Kesan dari tragedi itu nyawa yang tak berdosa terkorban dan harta benda juga turut musnah. Walaubagaimanapun, peristiwa tersebut juga mempunyai kebaikkan yang tersembunyi. Ini kerana ia merupakan titik perubahan corak dan falsafah sosio-politik dan ekonomi negara. Peristiwa tersebut juga telah menyedarkan semua pihak bahawa jurang perbezaan antara kaum adalah merupakan masalah asas masyarakat Malaysia

RUKUN NEGARA -KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN -KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA -KELUHURAN PERLEMBAGAAN -KEDAULATAN UNDANGUNDANG -KESOPANAN DAN KESUSILAAN

KRONOLOGI PERISTIWA 13 MEI 1969 08.

01.

02.

·Drian Tan Chee Koon dari Parti Garakan telah menang besar di kawasan Batu Selangor.

09.

·Beliau meminta kebenaran pihak polis untuk berarak bagi meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan kemenangan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan sekitar jalan raya di Kuala Lumpur sesak. Perarakan hingga ke Jalan Campbell, Jalan Hale

10.

dan menuju ke Kampung Baru. 03.

Sedangkan Kampung Baru diduduki oleh lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO. Disini juga terletaknye rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Harun Idris

04.

·Ketika itu kaum Cina telah berarak dengan mengikat penyapu di kenderaan dengan mambawa maksud sapu bersih kerusi dun Selangor sambil melaungkan slogan. • Perisyhtirahan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dibuat pada malam 16 mei 1969. Dengan perisyhtirahan itu perlembagaan negara digantung. Negara diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.

05.

06.

07.

·Dalam masyarakat melayu, penyapu mempunyai maksud yang negetif iaitu (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori keaarah orang Melayu di tepi jalan.

·UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mangakibatkan terjadinya peristiwe ini. ·Orang Melayu telah berkumpul membawa senjata pedang dan parang panjang hanya menunggu arahan untuk mengamuk.

·Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli Parti Gerakan tersebar meluap-luap pelbagai cerita dan khabar angin tersebar ketika itu dan keadaan menjadi lebih tegang. ·Cerita-cerita ini telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara orang Melayu & orang Cina, kemudian rusuhan besar terjadi. ·Perisyhtirahan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dibuat pada malam 16 mei 1969. Dengan perisyhtirahan itu perlembagaan negara digantung. Negara diperintah oleh Yang diPertuan Agong di bawah undang-undang tentera.

11.

01.

12.

13.

·Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur sunyi bergelap. Tentera dan polis dekerah mengawal keadaan dan keselamatan sekitar Kuala Lumpur. ·Kesan daripada peristiwa berdarah ini telah berlaku huru-hara, kecederaan dan kematiaan. Angka rasmi menujukkan 196 kematian ,439 cedera ,39 hilang dan 9143 ditahan. Serta 211 kenderaan musnah. ·Majlis Gerakan negara (MEGARAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak dan dianggotai beberapa pemimpin kanan negara dikendalikan hasil perkongsian tentera,polis awam dan ahli politik.

14.

kuasa

·Sepanjang tempoh darurat, MEGARAN melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian supaya tragedi ini tidak berulang.

15.

·Antara Tindakan diambil ialah membentuk satu Rukun Negara, memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan lain-lain.

16.

17.

18.

• Perisyhtirahan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong dibuat pada malam 16 mei 1969. Dengan perisyhtirahan itu perlembagaan negara digantung. Negara diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.

·Kesan dari peristiwa ini juga memperkenalkan seruan kementerian baharu kementerian perpaduan negara kini dikenalkan sebagai Jabatan Perpaduan Negara bagi berintegrasi dan mengatasi masalah perpaduan kaum dinegara ini.

··Kini setelah 50 tahun berlalu bibit tersebut mula datang kembali. ·Sejarah membuktikan orang melayu cukup bertoleransi dengan kaum-kaum lain dinegara ini, “jangan cabar hak mereka”.

ISU ISU PERKAUMAN DALAM PILIHAN RAYA 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya yang telah menaikkan semangat kaumkaum di Malaysia. Semasa kempen pilihan raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soalsoal sensitif berkaitan dengan Bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang mejoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

PUNCA-PUNCA BERLAKU PERISTIWA 13 MEI 1969

·Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina. ·Perasaan tidak puas hati terhadap Hak Istimewa Orang Melayu PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

·Dasar pecah & perintah penjajah inggeris Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya kaum cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan. Kaum Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakkan pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususunya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang.

·Pertelingkahan Parti Politik Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah Tunku membuat pengisytiharkan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCAdalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMN dan orang-orang melayu, soal bahasa , malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

·Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara Isu

Bahasa

juga

tidak

kurang

pentingnya

dalam

menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah Perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah sebagai Bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan Bahasa inggeris dengan tujuan untuk mengugurkan daripada status Bahasa rasmi dan hanya Bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai Bahasa rasmi ·Latar belakang Pendidikan yang berbeza Latar belakang Pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidkan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India, dan inggeris. Keempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India.

KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI1969

1.

Peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap sistem pentadbiran negara dimana selepas kejadian tragis ini, Akta Hasutan pada tahun 1948 telah pun disemak pada tahun 1969 dan kemudian dipinda pada tahun 1970. Hal ini demikian berlaku kerana tidak mahu perkara ini berulang kembali serta mengekalkan semula keamanan Malaysia yang dulunya masyarakat hidup saling bantu-membantu dan

PERPADUAN TONGGAK KEAMANAN

Your paragraph text

harmoni. Akta Hasutan 1948 adalah digubal berdasarkan Perkara 10(4)Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan had kepada kebebasan bersuara. Antara kesalahan yang terdapat dalam Akta Hasutan 1948 ialah, melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan manamana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan menghasut dan mencetak, menerbitkan,menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Parlimen meminda Akta Hasutan dengan menambah subseksyen (f) kepada seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948. Subseksyen ini menyatakan larangan mana-mana pihak untuk menghasut mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan atau kedaulatan perkara-perkara teras dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun demikian, masih terdapat segelintir masyarakat Malaysia yang mahu Akta Hasutan ini dimansuhkan kerana mereka tidak mempunyai kebebasan bersuara serta bertindak. Tetapi apabila ditimbang antara baik dan buruk mengenai pemansuhan Akta, kemungkinan besar pelbagai kejadian buruk akan berlaku dan keamanan rakyat Malaysia juga

2.

Di samping itu, Malaysia akan menjadi huru-hara sekiranya terlalu ramai yang ingin menyampaikan pendapat. Menurut kata Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, seorang peguam yang pernah berkhidmat sebagai Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Penasihat Persekutuan dan Pembantu Pendraf Undang-Undang di Parlimen, khidmat yang dicurahkan beliau semasa tempoh beliau menjadi Penasihat Persekutuan dan Pegawai Undang-Undang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) semasa tempoh darurat 1969. Beliau mengatakan bahawa pada tahun 1969 sehingga 1970, terdapat banyak permintaan daripada pelbagai bangsa supaya pindaan Perlembagaan dibuat. Maka, beberapa kajian dan usaha dijalankan bagi memastikan orang-orang awam boleh disekat daripada melakukan tindakan demi tindakan yang boleh mencetuskan permusuhan antara bangsa. Sepanjang tahun 1970 hingga 1971, menurut Tan Sri Abdul Aziz, topik utama yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin utama ialah ‘cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah permusuhan sesama kaum’. Hal ini jelas menyatakan bahawa Akta Hasutan ini tidak seharusnya dimansuhkan namun ia perlu terus dilaksanakan supaya keharmonian dan keamanan Malaysia kekal selamanya.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH SEMUA PIHAK UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN DAN MEMASTIKAN PERISTIWA SEPERTI 13 MEI ITU TIDAK TIDAK BERULANG LAGI DI MALAYSIA A) Langkah Yang Boleh Diambil Untuk Mengekalkan Perpaduan :

i. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat. Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

ii. Acara kebudayaan dan kesenian. Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

iii. Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali. Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

B) Langkah yang boleh diambil pada Peringkat Sekolah

i)Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah-sekolah lain yang mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai bangsa. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat. .

ii. Penyertaan Dalam Kokurikulum. Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan, permainan dan pakaian seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usaha untuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni bersatu padu dan berintegrasi.



Pengajaran Tentang Peristiwa 13 Mei 1969



Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan peristiwa bersejarah yang sukar dilupakan di negara Malaysia. Sungguh banyak sekali angka terkorban dan harta-harta awam dimusnahkan pada hari tersebut. Ini membuktikan bahawa negara Malaysia ketika itu gagal menjadi satu negara yang mempunyai perpaduan di antara masyarakat. Setiap yang berlaku pasti ada pengajarannya, pengajaran yang diperoleh daraipda peristiwa ini hendaklah disemai di dalam hati semua rakyat agar peristiwa seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan. Berikut merupakan beberapa pengajaran yang dapat kita perolehi dari peristiwa 13 Mei 1969.

1)Jurang Ekonomi Antara Kaum Jurang telah menjadi faktor yang menyebabkan perasaan tidak puas hati antara kaum dan menjadi punca berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Jurang dapat dikurangkan dengan memberi peluang yang lebih kepada golongan yang tercicir dari segi ekonomi tanpa mengira kaum.

2)Pola Penempatan Masyarakat Pola penempatan masyarakat perlulah disusun semula supaya menggambarkan masyarakat Malasyia yang majmuk. Sekurangnya 30% dari orang Melayu dan India mesti mendiami bandarbandar utama negara supaya perpaduan antara kaum itu dapat dieratkan.

3)Perpaduan Antara Kaum Perpaduan antara kaum amat penting supaya tragedi 13 Mei 1969 tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. Seperti yang kita dapat lihat, peristiwa tersebut berlaku kerana masyarakat ketika itu mempunyai perasaan tidak puas hati akibat daripada layanan berat sebelah yang diberikan kepada mereka. Sebolehnya, kita mestilah mengelak daripada peristiwa ini berulang lagi pada masa hadapan dengan menekankan dan mengeratkan perpaduan antara kaum di negara Malaysia.

KESIMPULAN

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjadi luka yang meninggalkan kesan kepada semua warganegara Malaysia. Peristiwa seperti ini mungkin akan berlaku semula sekiranya perpaduan antara kaum tidak diendahkan dan dititik beratkan. Di sini jelaslah bahawa kita, sebagai rakyat yang cinta akan negara dan bangsa haruslah mengambil tindakkan untuk memastikan perpaduan antara kaum itu dapat dijayakan. Antara tindakan yang boleh diambil adalah faktor-faktor yang menyebabkan tidak puas hati antara kaum perlulah diatasi dengan segera terutamanya jurang ekonomi dan pemilikkan aset yang besar antara kaum. Selain itu, isu-isu sensitif antara kaum juga mesti ditangani segera supaya ia tidak merebak sehingga menjejaskan keharmonian antara kaum. Contohnya, hak istimewa orang melayu yang diperuntukan di dalam perlembagaan negara, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Malayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Jika perkara-perkara ini dapat dibanteras, sudah semestinya Malaysia akan menjadi satu negara yang disegani kerana mempunyai rakyat yang bersatu padu dan cintakan negara.

SAJAK :

Perpaduan Sejati Bukan Mimpi

Negara aman perpaduannya harmoni baik dalam negara mahupun negeri rakyatnya berganding bahu bersatu hati demi kasih sayang cinta mencintai.

Tiada sengketa, irihati jua benci membenci setiap budaya , bangsa, agama saling mempercayai menjaga hati sanubari jua sentiviti bekerjasama tolong bantu sungguh toleransi.

Baik melayu india cina serani jua benggali setiap perayaan saling sama rasa dirai saling bersalaman muhibbah memupuk silaturahmi sudah sering menjadi budaya murni sebati.

Kita bina negara atas nama demokrasi tiada siapa diantara kita dilupai dan diketepi itu agenda sudah termaktub dalam kitab hak asasi saling tunduk patuh undang-undang dihormati.

Wujudnya satu yang pasti realiti bukan fantasi kerna ia satu harapan sejati suci murni kelak negara jua negeri makmur dipunyai inilah perpaduan sejati realiti bukannya mimpi.

Masshah 2013 Bili buku Meru (31012014- Jumaat- 9:39pagi)

RUJUKAN

1) https://www.studocu.com/my/document/intec-educationcollege/mpu-hubungan-etnik/peristiwa-13-mei1969/8089671

2)https://id.scribd.com/document/132621414/Peristiwa-13Mei-1969 3)https://anyflip.com/igjmv/kiat/basic 4)https://anyflip.com/rbmmf/aqnx/basic 5)http://masshah-sajak.blogspot.com/2014/02/sajakperpaduan-sejati-bukan-mimpi.html

LAMPIRAN 13 MEI 1969

KELUARGA MALAYSIA

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.