Ali Si Budak Malang Flipbook PDF


88 downloads 114 Views 10MB Size

Story Transcript

Ali Si Budak Malang PENULIS: ALYA ULFAH VERA KANUMPANG @ FRED ISABEL VALENTINA


Tersebutlah kisah sebuah keluarga yang tinggal di sebuah banglo mewah yang terletak di bandar Kuala Lumpur. Keluarga ini terdiri daripada ibu, ayah dan seorang anak mereka yang bernama Ali. 1


Ibu dan ayah ini juga mengupah 2 orang pengasuh untuk menjaga anak mereka sewaktu mereka keluar bekerja. 2 orang pengasuh tersebut bernama Katrina dan Samantha. 2


Ali berumur 10 tahun. Ali dikenali sebagai budak pembawa malang kerana sering ditimpa masalah setiap kali keluar bermain. Oleh sebab itu, ibu bapa Ali tidak membenarkan Ali keluar bermain lagi. 3


Sejak dari itu, Ali hanya duduk di rumah dan dijaga oleh Katrina dan Samantha. Tambahan pula, rakan - rakan Ali juga takut bermain dengannya kerana takut ditimpa malang. 4


Pada suatu petang , Ali yang sedang bermain di ruang tamu ternampak kunci kereta ibunya di atas lantai. Ali mengutip kunci dan menyimpannya di dalam poket. 5


Ali ternampak seekor kucing di luar rumah dan pergi mengejarnya. Ali tidak sedar kunci di dalam poketnya telah terjatuh. 6


Tidak lama kemudian, ibu dan ayah pulang dari kerja. Ibu mencari kunci keretanya. Ibu bertanya kepada Ali jika ternampak kuncinya. 7


Ali pun teringat akan kunci yang disimpan di dalam poketnya. Ali menyeluk poketnya tetapi kunci itu tiada. 8


“Alamak, kunci itu sudah hilang” , kata Ali kepada ibunya dengan nada yang takut sambil terus mencari di semua poket baju dan seluarnya. 9


“Apa yang kamu buat dengan kunci kereta ibu Ali !?” kata ibu dengan nada marah. Ali yang ketakutan pun menangis teresak - esak kerana dimarahi oleh ibunya. 10


Keesokkan harinya di sekolah, Ali bersama - sama rakannya bermain bola di dalam kelas. Ali menendang bola dengan kuat lalu terkena tingkap kelas dan pecah. 11


Selepas itu, Ali dan rakan - rakannya dipanggil ke bilik disiplin pada waktu rehat. Mereka dimarahi dan didenda oleh pengetua. Rakan - rakan Ali sangat marah dan tidak ingin bermain bersama Ali lagi kerana dianggap membawa malang 12


Ali yang sedih berjalan menunduk ke arah kantin untuk membeli makanan, tanpa sengaja Ali terlanggar seorang budak perempuan yang sedang membawa makanan. Makanan itu tertumpah ke lantai dan terkena baju budak perempuan itu. 13


Budak perempuan itu memarahi Ali dan memanggilnya “Ali si budak malang” . Ali sangat sedih dan berlari balik ke kelas. 14


Balik dari sekolah, Ali terus mengunci diri di dalam bilik. Ali berasa sangat sedih dan murung kerana dia rasa dia pembawa nasib malang. Rakan - rakannya tidak mahu bermain dengannya lagi. 15


Katrina dan Samantha mengetuk pintu bilik Ali untuk mengajaknya makan tengahari bersama - sama namun Ali menolak. Katrina dan Samantha berasa amat risau akan keadaan Ali. 16


Keadaan Ali semakin hari semakin memburuk. Ali menjadi budak yang pendiam dan tidak mahu ke sekolah. Ibu bapa Ali yang sibuk bekerja juga kurang memberikan perhatian kepada Ali. 17


Katrina dan Samantha mencuba mengetuk pintu bilik Ali untuk sekian kalinya. Tidak lama kemudian, Ali pun membuka pintu biliknya dan membenarkan Katrina dan Samantha masuk. 18


Katrina dan Samantha cuba memujuk dan memberi nasihat kepada Ali. “Ali, kamu harus menerima kekurangan diri kamu dan meminta maaf jika melakukan kesalahan” kata Katrina dengan nada lembut. “Rakan - rakan kamu pasti akan maafkan kamu nanti” kata Samantha pula. 19


Setelah kira - kira 1 jam dipujuk oleh Katrina dan Samantha, akhirnya Ali menerima pujukan dan nasihat mereka dan berasa lega. Ali berjanji akan menerima kekurangan diri dan meminta maaf jika melakukan kesalahan. 20


-tamat21


pengajaran 1. Kita mestilah meminta maaf jika melakukan kesalahan dan memperlakukan dengan baik terhadap semua orang. 2. Sebagai ibu bapa, kita haruslah menerima kekurangan anak dan memberikan sokongan moral kepada mereka. 3. Dalam setiap kesulitan, pasti ada jalan keluar. Oleh kerana itu, kita seharusnya tidak mudah menyerah untuk berubah ke arah kebaikan. 22


IML606 Children Librarianship Isabel Valentina Anak Charles (2020489368) Nur Alya Ulfah Binti Samsu (2020831124) Vera Kanumpang @ Fred (2020862826) SINOPSIS Hidup Ali penuh dengan bernasib malang dan digelar sebagai budak pembawa malang. Ali sentiasa dimarahi oleh ibu bapanya sehingga menyebabkan Ali kemurungan. Namun, keadaan Ali sentiasa diambil berat oleh pengasuhnya Katrina dan Samantha. Apakah yang akan berlaku terhadap Ali selepas ini? PENULIS


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.