Berita INTURA September 2022 Flipbook PDF


39 downloads 122 Views 4MB Size

Recommend Stories


september
FIRES COMUNITAT VALENCIANA 2011 FERIAS COMUNIDAD VALENCIANA 2011 FIRES OFICIALS / FERIAS OFICIALES / OFFICIAL FAIRS juliol / julio / july FIMI PRIMAV

Cenik. September
TELEING d.o.o., Razkrižje 23, 9246 Razkrižje PE Ljutomer, Glavni trg 9, 9240 Ljutomer PE Ptuj, Slovenski trg 1, 2250 Ptuj Tel.: 080 35 38 E-pošta: inf

Story Transcript

Semarak Hari Kebangsaan & Sambutan Hari Malaysia 2022 12 September 2022 Bertempat di pekarangan Blok Akademik, Program Semarak Hari Kebangsaan dan Sambutan Hari Malaysia Tahun 2022 Peringkat INTURA telah diadakan pada 12 September 2022. Program sambutan ini telah dimeriahkan dengan Kayuhan Merdeka oleh Tim Kayuh INTURA yang membawa Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri di Malaysia. Kayuhan sejauh 15 km ini bermula di perkarangan Blok Akademik INTURA melalui Bandar Puteri Jaya, Bandar Perdana dan Bukit Bintang. Hentian pertama kayuhan adalah di Masjid Kariah Bandar Perdana, Sungai Petani. Tim Kayuh INTURA yang diketuai oleh Tuan Mohd Ridzuan bin Ab. Ghapar, Pengarah Wilayah telah menyampaikan sumbangan ikhlas warga INTURA kepada wakil Pusat Tahfiz Al-Barakah, Semeling. Acara sambutan Hari Malaysia juga dimeriahkan lagi dengan pertandingan mewarna dan pakaian merdeka yang disertai oleh adik-adik daripada Tabika Perpaduan INTAN.

Muka 1

Pertandingan Mewarna Hari Kebangsaan 8 September 2022 Pertandingan mewarna sempena Bulan Kebangsaan tahun 2022 telah diadakan pada 8 September 2022 bertempat di Dewan Jubli Perak. Pertandingan ini adalah anjuran PUSPANITA INTURA dan penyertaan adalah terbuka kepada anak-anak warga INTURA. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori A : 4 hingga 6 tahun, kategori B : 7 hingga 9 tahun dan kategori C : 10 hingga 12 tahun. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi PUSPANITA INTURA YBhg. Puan Junaidah binti Ab. Mutalib.

Majlis Synchronization Of Mind (SOM) 4 September 2022 Majlis Synchronization of Mind (SOM) telah diadakan pada 4 September 2022. Majlis ini juga meraikan persaraan En Abdul Aziz bin Yusof dan pertukaran keluar sempena kenaikan pangkat Puan Norazlina Ab Ghani.

Muka 2

Program Tummy Trim@PUSPANITA 1 September 2022 Biro Sukan PUSPANITA INTURA telah menganjurkan Program Tummy Trim pada 1 September 2022 bertempat di Dewan Jubli Perak. Program senaman pada kali ini memberi fokus kepada senaman di bahagian perut.

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 12 September 2022 Tim bola sepak INTURA telah bertemu dengan Tim bola sepak KPDNHEP PP pada 12 September 2022 bertempat di Padangan Bola Sepak INTURA. Perlawanan sengit ini telah dimenangi oleh tim bola sepak KPDNHEP PP dengan jaringan 2 gol dan INTURA dengan jaringan 1 gol. Jaringan gol tunggal INTURA oleh Tuan Mohd Ridzuan bin Ab Ghapar, Pengarah Kampus INTURA. Tahniah diucapkan kepada tim bola sepak KPDNHEP PP. Ada peluang kita bertarung lagi. *Sumber gambar : KPDNHEP PP

Muka 3

Kursus Modul Building The Learning Community (BLC) Advanced Leadership And Management Programme (ALMP) Siri 75 24-27 September 2022 Kursus Modul BLC ALMP Siri 75 Bil 4/2022 telah diadakan di INTURA pada 24 hingga 27 September 2022. Kursus ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta. Tujuan modul ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan di kalangan peserta, mewujudkan konsep kepimpinan di dalam pembentukan strategi organisasi dengan matlamat everyone is a player dan mewujudkan jalinan kerjasama dalam kalangan pegawai dari pelbagai skim perkhidmatan. Antara pengisian program ini pada hari pertama adalah The Awakening, dimana para peserta akan diberi peluang untuk lebih mengenali diantara satu sama lain. Pada hari kedua peserta akan menguji ketahanan fizikal dan mental dengan aktiviti di i-Lead Park dan di INCUBE di bawah aktiviti The Discovery dan The Rising. Pada sebelah petangnya peserta akan melaksanakan aktiviti The Clash dan The Battle. Pada hari ketiga di bawah aktiviti The Journey, peserta telah dibawa kembara ke Pengkalan Hulu, Perak. Manakala pada sebelah malam peserta akan mengadakan persembahan kumpulan dan di akhir persembahan para peserta berpeluang untuk memberi pandang, cadangan dan idea dalam sesi refleksi.

Muka 4

Majlis Bacaan Yasin 22 September 2022 Surau Al-Falah INTURA telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin pada 22 September 2022. Majlis ini telah disertai oleh semua warga INTURA.

Bengkel Perancangan Strategik INTURA 2023 27-28 September 2022 Bengkel Perancangan Strategik INTURA telah diadakan di Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson pada 27 hingga 28 September 2022. Setiap unit di INTURA telah membentangkan perancangan kursus dan kerja yang akan dilaksanakan pada tahun 2023. Setiap perancangan yang dibuat telah diteliti secara terperinci bagi memastikan kualiti kursus yang dilaksanakan di INTURA sentiasa mencapai tahap yang terbaik.

Muka 5

BAHAN BACAAN PILIHAN SEPTEMBER 2022 Penulis : Mariamah Ismail Terbitan : Firdaus Press Gallery Tarikh Penerbitan : Tahun 2022 ISBN : 978-967-26320-09 Buku ini amat sesuai menjadi rujukan dalam pengurusan kewangan untuk penjawat awam. Penulis telah berkongsi ilmu berkenaan kaedah dan amalan pengurusan kewangan yang boleh dicontohi dan diamalkan, memahami tahap sumber kewangan peribadi yang perlu dirancang dan diuruskan dengan baik. Penulis juga turut berkongsi cadangan platform kewangan dan pilihan instrumen pelaburan untuk menjana pendapatan sampingan. Pembaca juga akan didedahkan dengan langkah-langkah penjimatan dan disiplin diri dalam perancangan serta pengurusan kewangan. Ilmu dan pengalaman penulis dalam mengurus kewangan peribadi dan keluarga di dalam buku ini amat mudah diikuti dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Penulis : Ustazah Asma’ Harun Terbitan : Galeri Ilmu Tarikh Penerbitan : Tahun 2021 ISBN : 955-574-970-042-7 Sebuah buku panduan untuk wanita secara umum, merangkumi soal jawab agama, amalan harian untuk wanita, adab membaca Al-Quran, zikir dan amalan selepas solat. Juga panduan ringkas solat-solat sunat serta doa-doa untuk wanita. Ustazah Asma’ Harun turut menyertakan tip berpakaian bagi wanita Muslimah, tip keselamatan khusus untuk wanita termasuk tip untuk penunggang motosikal dan pemandu kereta, tip kesihatan yang merangkumi tip mengekalkan kesihatan wanita, tip masakan bermula dengan membuat pilihan bahan mentah sehingga memasak, dan tip pengurusan kewangan. Buku ini juga mengandungi motivasi dan inspirasi berkaitan gaya hidup dalam menghadapi ujian.

PEKERJA CONTOH BULAN SEPTEMBER 2022

MOHD HASNAN BIN SAKARIA@ZAKARIA PEMBANTU AWAM H11

Muka 6

PROGRAM SEPANJANG BULAN OKTOBER 2022 KURSUS BERJADUAL NO

KURSUS

TARIKH

1

Kursus Pengukuhan Pasukan (Jabatan)

3-6 OKTOBER 2022

2

Kursus Pengurusan Rekod yang Efektif

3-6 OKTOBER 2022

3

Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA): Prinsip, Prosedur dan Amalan – Siri 2/2022

4-6 OKTOBER 2022

4

Kursus Asas Pengurusan Kewangan

17-18 OKTOBER 2022

5

Kursus Pengukuhan Pasukan (Jabatan)

17-20 OKTOBER 2022

SEMINAR / KURSUS KHAS / PROJEK KHAS NO

KURSUS

TARIKH

1

Klinik Pengisian Myportfolio Dalam HRMIS Kepada Warga INTURA

2-3 OKTOBER 2022

2

Seminar Demi Malaysia, Kita Juara

13-13 OKTOBER 2022

3

Basic Life Support

25-26 OKTOBER 2022

4

INTAN Executive Seminar Series: Pemantapan Profesionalisme, Keutuhan Perkhidmatan Awam

31-31 OKTOBER 2022

Untuk pertanyaan kursus, sila hubungi Setiausaha Kursus Samb. 238 - Pn. Ku Intan Sakinah bt. Ku Ahmad Samb. 238 - En Khairul Asyraf bin Abdul Talib Samb. 118 - Rosita Binti Mohd Hamari

04 - 4218321

http://www.intanbk.intan.my INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA) Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. 5.626110, 100.52888

QR Code Arkib Berita@INTURA

04 - 4218321

INTAN Kampus Wilayah Utara

intan.intura

04 - 4214489

Pusat Sumber Maklumat INTAN Kampus Wilayah Utara

http://psmintura.blogspot.com

Diterbitkan oleh Pusat Sumber Maklumat, INTAN Wilayah Utara

Muka 7 8

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.