Besut Buletin Edisi 2 2022 Flipbook PDF

Besut Buletin Edisi 2 2022

9 downloads 103 Views 16MB Size

Story Transcript

BICARA MP US A K

H A R A G N PE Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Alhamdulillah. Puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia serta nikmat yang diberikan kepada kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, kaum kerabat baginda, para sahabat dantabi’in.

Buletin Kampus Besut menyapa kembali dengan pelbagai cerita yang pastinya meninggalkan memori dan pengalaman tersendiri kepada warga Kampus Besut bagi tahun 2022. Syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi Buletin di atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang dalam menerbitkan buletin kali ini. Segala usaha ini pastinya tidak akan terhenti demi kegemilangan UniSZA yang tercinta.

Tahun 2022 bakal menutup ceritanya dengan penuh warna-warni. Pelbagai cabaran yang mendatangi bukanlah halangan untuk mencapai misi dan visi UniSZA. Namun, ia merupakan satu ruang danpeluang yang terbaik kepada warga Kampus Besut untuk berganding bahu merealisasikan perancangan dan pembangunan kampus.

Pihak UniSZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi yang telah menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Akademik dan Pentadbiran, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Taman Rimba Ilmu Tanah BRIS (TRIBE) dan Agropreneur Incubator Park (AIP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut pada 28 September 2022.

Tahun2023 pastinya lebihmencabar dan memerlukankomitmen yang sangat tinggi daripada warga kampus. Aspek kebajikan pelajar pastinya menjadi agenda utama pembangunan kampus bagi tahun 2023, di mana pihak Pengurusan sedang mempergiatkan usaha membangunkan projek pembinaan penginapan pelajar di UniSZA Kampus Besut melalui dana Wakaf UniSZA dan peruntukan khas UniSZA serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Agenda kelestarian alam sekitar melalui kampus hijau juga akan diberi perhatian khusus demikegemilangan UniSZA di peringkat antarabangsa melalui penarafan UI GreenMetric World University Rankings. Alhamdulillah untuk tahun 2022, pencapaian penarafan UniSZA semakin baikdan mencapai sasaran yang ditetapkan. Usaha ini tidak akan terhenti di sini dan akan ditingkatkan selari dengan Dasar Kampus Hijau dengan sokongan dan komitmen daripada warga UniSZA. Untuk tahun 2023, pihak UniSZA mensasarkan peningkatan dalam penarafaran UI GreenMetric (WUR) demi menjayakan pembentukan kampus lestari.

Akhir kalam, bersama kita berdoa kepada Allah SWT agar segala aktiviti yang dirancang di UniSZA Kampus Besut menjadi realiti dan dikurniakan limpah rahmat dan kesejahteraan yang berpanjangan. Buat semua sahabat sidang redaksi, Penyelaras Sumber dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, Sekalung tahniah dan syabas sekali lagi atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan dalam memastikan penerbitan kali ini berjaya. Semoga bermanfaat dan selamat membaca.

Berarak mega tinggi di angkasa Di tanah Tembila lahirnya cinta Bangkit bersama satukan rasa UniSZA lestari Impian dicita

Selamat tinggal 2022, selamat datang 2023.

BICARA TOKOH

PENGARAH PUSAT PENGURUSAN MAKMAL BERPUSAT (CLMC)

Perlantikan Dalam Pentadbiran Penyelaras Makmal, Fakulti Biosumber Makanan (23 Jul 2019 - 31 Dis 2020)

&

Industri

Penyelaras Kokurikulum, Pusat Pembanguan Holistik Pelajar (01 Feb 2020 – 28 Feb 2020) Timbalan Pengarah, Pusat Pembanguan Holistik Pelajar (01 Mac 2020 – 15 Mei 2021) Pengarah, Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (16 Mei 2021 - 15 Mei 2023)

Pengalaman Kerja 2011 Present Senior Lecturer Faculty of Bioresources and Food Industry, UniSZA 2007–2011 Science Officer Faculty of Medicine and Health Sciences, UniSZA 2005 - 2007 Tutor | Department of Cell and Mol. Biology, Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, UPM

Latar Belakang Nama: Ts. Dr. Zarizal Suhaili Umur – 42 Tahun Asal – Johor Pendidikan 2020-Teknologis Profesional Dalam Bidang Biotechnology (Bt), Lembaga Teknologis Malaysia 2019- Ijazah Doktor Falsafah Dalam Bidang Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia 2011- Sarjana Sains (Molekular Diagnostik), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2004- Sarjana Muda Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia, 2001 Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Universiti Sains Malaysia

1

BICARA TOKOH PENGALAMAN KERJA 2011 Present Senior Lecturer Faculty of Bioresources and Food Industry, UniSZA

2007–2011 Science Officer Faculty of Medicine and Health Sciences, UniSZA

2005 - 2007 Tutor Department of Cell and Mol. Biology, Faculty of Biotechnology and Biomolecular Sciences, UPM

August 2007 Part time lecturer Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Darul Iman Malaysia

December 2007 Part time lecturer Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Darul Iman Malaysia

2006 Demonstrator for Workshop on Bioinformatics, UPM

KUALA TERENGGANU, 17 Sept — Graduan terbaik Universiti Zainal Abidin (UniSZA) (dari kiri), Zarizal Suhaili, Maheran Al-Awwam, Nur Fauzana Mohd Nawi, Nur Syamimi Ramlan, Siti Sumayyah Musa dan Ong Yew Chuan tersenyum gembira selepas menerima anugerah pada istiadat konvokesyen ke-3 UniSZA yang disempunakan oleh Raja Permaisuri Agong merangkap Canselor UniSZA, Tuanku Nur Zahirah di sini hari ini.

2004 – 2005 Research Assistant Department of Biochemistry and Microbiology, Faculty of Sciences and Environmental, UPM

Anugerah & Penglibatan

Penerima Anugerah Ulul-Albab (Anugerah Penyelidik Muda) Universiti Sultan Zainal Abidin (2010) ketika menjawat jawatan Pegawai Sains di UniSZA

2

BICARA TOKOH

Bidang Pengkhususan & Sub-bidang • Microbiology (Bacteriology) | Bacterial diversity from communityassociated, hospital-associated and livestockassociated pathogens • Biotechnology | Bio-remedial waste water | Bio-aerosol • Bioinformatics (Bacterial Informatics) | Genomes assembly, Genes annotation, Pan-genome analysis | Whole Genome Sequencing (WGS)

Keahlian Profesional 1. Teknologis Profesional Dalam Bidang Biotechnology (BT), Lembaga Teknologis Malaysia | 2021. 2. Teknologis Berijazah (Lembaga Teknologis Malaysia-MBOT) | 2020-2030 3. Mejar Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Malaysia | 2020 - 2025 4. Ahli - Malaysian Society for Microbiology (MSM) | 2019-2020

3

SEKALUNG TAHNIAH PROFESOR DR. WAN NORHATATE BIN WAN DAUD TARIKH LAHIR : 18 JUN 1974 NEGERI ASAL : TERENGGANU KELAYAKAN AKADEMIK : Doktor Pentadbiran Perniagaan ( DBA ), Universiti Sains Malaysia, 2008 Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Shah Alam, 2001 Sarjana Muda Insurans, Universiti Teknologi Mara, Cawangan Shah Alam, 1997

PROFESOR TS. DR. SHUKOR ABD RAZAK TARIKH LAHIR : 6 JUN 1980

NEGERI ASAL : JOHOR

KELAYAKAN AKADEMIK :

Ph.D. Computer Science (Network Security) University of Plymouth, UK (2007) BSc. Computer Science Universiti Teknologi Malaysia (2002)





4

PPKB YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD RASMI KOMPLEKS AKADEMIK & PENTADBIRAN, BANGUNAN PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH, TAMAN RIMBA ILMU TANAH BRIS (TRIBE) DAN AGROPRENEUR INCUBATOR PARK (AIP) UNISZA KAMPUS BESUT

Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah menyempurnakan

Majlis

Perasmian

Kompleks

Akademik

&

Pentadbiran,

Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Taman Rimba Ilmu Tanah BRIS (TRIBE) dan Agropreneur Incubator Park (AIP) UniSZA Kampus Besut pada 8 September 2022. Bersempena dengan majlis perasmian ini juga, beliau telah menyerahkan sumbangan perantisiswa kepada 20 orang pelajar UniSZA sebagai kelompok pertama penerima di Pantai Timur. Pemberian perantisiswa ini merupakan satu usaha pihak Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menyediakan peranti berupa sebuah tablet kepada mahasiswa Institut Pengajian Tinggi yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara. Pada majlis yang sama juga, YB Menteri juga turut menyampaikan sumbangan peralatan berupa telekung solat, al-Quran, bola sepak dan beg sekolahkepada lapan (8) buah sekolah angkat UniSZA iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Sekolah Menengah Permaisuri Nur Zahirah, Sekolah Menengah Agama Maarif, Sekolah Menengah Kebangsaan Renek, Sekolah Kebangsaan

Tembila,

Sekolah

Kebangsaan

Beting

Lintang,

Sekolah

Kebangsaan Pengkalan Nyireh dan Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Sumbangan kepada komuniti tidak dilupakan. YB Menteri juga berbesar hati menyampaikan sumbangan keperluan dapur kepada 30 orang komuniti setempat melibatkan tiga (3) buah kampung iaitu Kampung Pengkalan Kubor, Kampung Pekan Sari Tembila dan Kampung Beting Lintang. YB Menteri seterusnya menyempurnakan simbolik penanaman pokok di perkarangan Kompleks Akademik dan Pentadbiran sebelum menikmati juadah menu 1 Malaysia bersama para mahasiswa di Kafetaria Kolej Kediaman UniSZA Kampus Besut.

5

PPKB

RAMAH MESRA PRO CANSELOR BERSAMA AHLI PENGURUSAN UniSZA KAMPUS BESUT Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut mengalu-alukan ketibaan Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Dato' Prof. Dr. Mohd Yusof Hj Md Nor ke Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut pada jam 3.00 petang. Sesi ramah mesra Pro Canselor bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut yang diadakan pada 23 Julai 2022, bertempat di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah kampus Besut dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman. Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam kemudiannya meneruskan program dengan ucapan penghargaan dan pengenalan berkaitan fakta ringkas, pencapaian dan perancangan masa hadapan UniSZA Kampus Besut. Program diteruskan lagi dengan perbincangan dua hala Pro Canselor bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah, Pendaftar UniSZA, Encik Ismail Musa, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Encik Muzafar Mohd Din, Ketua Pustakawan, Puan Norulhuda Makhtar, Dekan-dekan dan Timbalan-timbalan Dekan fakulti serta staf kumpulan Pengurusan dan Profesional UniSZA Kampus Besut. Sebelum meninggalkan program, Pro Canselor diiring melawat ke sudut VT360° UniSZA Besut Campus yang dikendalikan oleh pasukan Media UniSZA Kampus Besut. Pada jam 4.00 petang, Pro Canselor, Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA dan wakil Ahli Pengurusan Kampus Besut bertolak ke UniSZA Ladang Pasir Akar bagi lawatan tinjau ternakan. Lawatan ke Ladang Pasir Akar turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin. Program tamat sekitar jam 7.00 petang.

6

PPKB PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR 2022 DAN PELANCARAN VT360° UNISZA BESUT CAMPUS KELESTARIAN KAMPUS : MEREKA BENTUK KAMPUS HIJAU UNISZA 2022-2025 Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah mengadakan Program Cintai Alam Sekitar Peringkat UniSZA. Program ini yang telah dianjurkan pada 20 Julai 2022, bertempat di Dewan Auditorium Blok D, UniSZA kampus Besut dimulai dengan perkongsian melalui Slot Bicara Kampus Hijau Kelestarian Kampus: Mereka Bentuk Kampus Hijau UniSZA 2022-2025 yang telah disampaikan oleh Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga UniSZA berkaitan usaha mencintai alam sekitar, mewujudkan platform perkongsian idea dalam kalangan warga kampus bagi mempraktikkan amalan kelestarian di Pusat Tanggungjawab masing-masing di samping merealisasikan hasrat UniSZA untuk menjadi sebuah universiti terbaik dunia dalam usaha kelestarian kampus hijau. Program ini juga turut mengadakan pelancaran VT360° UniSZA Besut Campus. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Shukor Abd. Razak mewakili Naib Canselor UniSZA. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Zuhairah Ariff Abd. Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah, Bendahari UniSZA, Puan Shakimah Endut, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab serta staf UniSZA.

PPKB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RENEK (SMKR)

Kunjungan dan perbincangan dua hala Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) bersama wakil pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Renek (SMKR), Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Kampus Besut pada 24 Julai 2022. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman. Turut hadir adalah Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik, Ts. Dr. Nadzifah Yaakub, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Encik Mohd Ali Hashim, Penolong Pendaftar (Bahagian Akademik) Encik Mohamad Hussin dan Penolong Pendaftar (Bahagian Pentadbiran) PPKB, Puan Norshuhila Mohd Shukri. Kunjungan dari SMKR ini diketuai oleh Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam SMKR, Puan Norjamilah Rajab. Turut bersamasama hadir adalah dua Guru Tingkatan Enam SMKR iaitu Puan Roslawati Abdullah dan Encik Wan Mohd Azeem Wan Zainal Abidin.

7

HEPA PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (PMFIK) ANJURKAN BICARA INSPIRASI Program Bicara Inspirasi telah berlangsung pada hari sabtu 28 Mei 2022 secara hibrid iaitu di Auditorium FIK dan FB live PMFIK. Program ini dianjurkan oleh Exco Akademik & Integriti, Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK). Objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi bagi mahasiswa/i yang mempunyai PNGK 2.5 ke bawah dan inspirasi bagi mahasiswa/i yang mempunyai PNGK 3.5 ke atas serta mahasiswa/i yang lain. Selain itu, menimbulkan kesedaran dari aspek pentingnya akademik bagi sebuah kejayaan diiringi akhlak mulia bagi melahirkan insan holistik

Nature Quest : Train to Dabong Nature Quest: Train to Dabong merupakan program anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (PMFBIM) dengan kerjasama Mekar Greentech Solution (MGS), Tembila Agrotech Resourch dan Persatuan Alumni FBIM telah berlangsung pada 23 Jun 2022 hingga 25 Jun 2022 bertempat di daerah Dabong, Kelantan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan menjaga alam sekitar di samping berpeluang mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara teori di dalam bilik kuliah. Program ini telah menerima penyertaan sebanyak 49 orang yang terdiri daripada 46 orang pelajar FBIM dan 3 orang staf UniSZA.

SEMINAR PENGENDALIAN PERUSAHAAN MIKRO 2.0: CENDAWAN TIRAM

Kelab MyAgrosis UniSZA dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Unit Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) telah berjaya menganjurkan Seminar Pengendalian Perusahaan Mikro 2.0: Cendawan Tiram pada 28 Mei 2022 yang lalu. Seminar yang bermatlamat menyalurkan pengetahuan dan teknik pengendalian secara teori dalam mengusahakan cendawan tiram berskala mikro ini berjaya menarik minat 38 orang peserta berdaftar. Cendawan Tiram terpilih sebagai konten seminar kerana ia merupakan jenis cendawan yang paling mudah dijaga dan paling banyak diusahakan di Malaysia kerana sambutan pengguna tempatan yang tinggi. Seminar Pengendalian Perusahaan Mikro 2.0: Cendawan Tiram telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Mohd Pauzi Tuan Deraman selaku Timbalan Pengerusi, Persatuan Pengusaha Cendawan Terengganu. Tuan Haji Mohd Pauzi berkongsi pengalaman awal beliau pada awal tahun 2000 yang mana perusahaan cendawan masih belum terkenal di Malaysia. Beliau sanggup ke Thailand dengan perbelanjaan sendiri sematamata minat dan ingin belajar dengan pengusaha cendawan tiram di sana. Beliau menerangkan potensi cendawan tiram dan beberapa cendawan lain, strategi pemasaran produk cendawan tiram dan operasi, penyelenggaraan ladang komersial cendawan dan pengurusan sisa secara mapan.

8

HEPA

Tips ETHICAL GLORY WITH COMMUNITY Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik & Komputeran (PMFIK) telah menganjurkan program Ethical Glory

with Community pada 20 hingga 21 Mei 2022. PMFIK dengan sokongan Pejabat TNC (HEPA) dan kerjasama

ADUN Jerteh, ADUN Hulu Besut, Penyelaras Program SULAM dan Khidmat Komuniti, Institusi Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE), Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Pulau Perhentian Kecil, Balai Polis Pulau Perhentian, Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana, Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT UniSZA), Pusat Islam UniSZA dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah diadakan di Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu. Penglibatan seramai 207 orang terdiri daripada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Internet, Pembangunan Perisian, Keselamatan Rangkaian Komputer) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Informatik Media). Antara aktiviti yang dijalankan di Pulau Perhentian adalah hiking, aktiviti air, dokumentari, aktiviti daripada mahasiswa dan mahasiswi UniSZA serta aktiviti khidmat komuniti. Majlis Penutup bagi Program SULAM dan Khidmat Komuniti berlangsung pada 21 Mei 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Kecil. Program ini berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA, Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz Yusoff @ Che Abdullah, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran UniSZA, Prof. Madya Dr. Ahmad Nazari Mohd Rose, Timbalan Pengarah INSPIRE, Prof. Madya Dr. Fatma Susilawati Mohammad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian Kecil, Encik Asmawadi Hussain, Tuan Sarjan Ariffin Seman, Ketua Balai Polis Pulau Perhentian merangkap pegawai perhubungan Sekolah Pulau Perhentian, Penyelaras Program SULAM dan Khidmat Komuniti, Dr. Hasni Hassan, Timbalan Dekan (HEPA), FIK, Dr. Muhammad Rizhan Wan Idris, Puan Iliyanie Mustapa, wakil Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT UniSZA), Pusat Islam UniSZA, Pensyarah-pensyarah dan mahasiswa dan mahasiswi UniSZA. Secara keseluruhannya program Ethical Glory with Community ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Ini dapat dilihat apabila kehadiran pelajar yang menyertai program adalah seramai serta 105 pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian. Selain itu, aktiviti yang diadakan telah dapat menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti luar kelas dan secara tidak langsung telah menjayakan lagi objektif program yang dijalankan ini. Diharapkan, program seumpama ini dapat memperkenalkan UniSZA secara umumnya kepada masyarakat luar melalui aktiviti bersama FIK, INSPIRE, Pusat ISLAM dan PAKAT seterusnya memberi peluang kepada para pelajar untuk menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti SULAM yang berasaskan “knowledge transfer” dan “experiential education” (pembelajaran berasaskan pengalaman) serta kepada kakitangan UniSZA untuk memberi khidmat masyarakat secara langsung dan dapat membantu membentuk kebertanggungjawaban sosial serta pelaksanaan etika secara profesional dalam melaksanakan tugas bersama komuniti.

9

HEPA PERTANDINGAN MEWARNA BELIA MALAYSIA 19 September 2022 – Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-59, Persatuan Mahasiswa Farmasi UniSZA (PHARMSA) telah mengadakan Pertandingan Mewarna Belia Malaysia dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniSZA. Seramai 15 orang belia Malaysia yang berumur antara 18-25 tahun terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan warga IPT telah menyertai pertandingan ini. Antara objektif pertandingan ini adalah untuk menzahirkan penghayatan terhadap Hari Malaysia dalam kalangan belia. Ia juga merupakan satu usaha dalam memeriahkan sambutan tersebut dalam kalangan warga belia di samping memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk bergiat dalam seni.

PROGRAM HARI KEMERDEKAAN HARI MALAYSIA 20 September 2022 - Pihak Jawatankuasa Pengurusan Surau Ar-Raudhah (JaPSAR) menganjurkan program Hari Kemerdekaan Hari Malaysia. Program ini telah dijalankan selama hampir sebulan bermula pada 29 Ogos 2022 sehingga 20 September 2022. Program ini bertujuan untuk memupuk sikap dan semangat patriotik dalam diri peserta serta dapat menggilap kemahiran dan bakat terpendam yang ada dalam diri di samping kecemerlangan akademik yang perlu dicapai oleh setiap pelajar yang bergelar mahasiswa. Seterusnya, aktiviti yang telah dijalankan bersempena Hari Kemerdekaan Hari Malaysia adalah rekaan poster bertemakan bulan kemerdekaan. Pertandingan ini telah berlangsung secara atas talian melalui platform Instagram dan Google Drive. Para peserta diminta untuk memuat naik karya masing masing di akaun Instagram masing-masing dan juga di pautan Google drive yang telah disediakan. Secara tuntasnya, program ini telah mendapat sambutan yang hangat dan pelbagai karya yang cantik serta menarik telah dihasilkan oleh peserta pertandingan ini.

JOHAN NOR HAFIZAH BINTI ZAKARIA

NAIB JOHAN WAN MUHAMAD FATTAH BIN WAN MOHD ZAKI

TEMPAT KETIGA FARAH NABILA BINTI MOHD SUHAIMI

10

PROGRAM DOMESTIC VIOLENCE: WE AWARE, WE CARE 22 September 2022 – Persatuan Agribiosis

HEPA

UniSZA dengan Kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) menganjurkan Program Domestic Violence: We Aware, We Care. Program ini dijalankan atas talian dengan objektif untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa/i dan orang awam tentang keganasan rumah tangga. Melibatkan mahasiswa/i serta orang awam aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kesedaran. Memupuk rasa simpati dan empati kepada individu yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Program ini berlangsung dari 22 September 2022 hingga 6 Oktober 2022 telah menarik minat seramai 53 peserta. Program ini dimulakan dengan mencipta poster yang mana peserta telah mencipta poster dan memuatnaik ke dalam laman google drive yang telah disediakan. Peserta telah mencipta poster lukisan dan digital dengan kreatif serta unik. Pertandingan kuiz pula diadakan pada 28 September 2022 dan 5 Oktober 2022 melalui platform quizizz

BULETIN CHEF @ HOME Persatuan Food Science Student Association (FOSSAC) sesi 2021/2022 telah menganjurkan program Chef @ Home yang mana program ini dijalankan selama satu minggu iaitu bermula dari 11 September 2022 sehingga 19 September 2022. Program ini menggalakan penyertaan aktif mahasiswa dari Kampus Besut, Gong Badak, Perubatan serta kakitangan UniSZA. Tema bagi program ini ialah Midnight Craving yang mana ianya sangat sinonim dengan kehidupan pelajar di asrama. Menerusi program ini, peserta dikehendaki untuk menyediakan sebuah video masakan yang berdurasi kurang dari 2 minit. Video tersebut boleh dimuat naik melalui laman Instagram, Facebook,Youtube ataupun Tiktok bergantung kepada pilihan peserta.

11

CLMC Kursus Latihan Pengendalian Makanan kepada staf CLMC

Daily tips 04

Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan kepada staf CLMC pada 7 Julai 2022 bertempat di Dewan Seminar CenTTM, UniSZA Kampus Gong Badak. Kursus ini dibahagikan kepada sesi pagi dan petang. Seramai 60 orang peserta telah terlibat. Tujuan kursus ini adalah bagi memenuhi keperluan perlesenan Air Minuman RO UniSZA yang merupakan syarat wajib dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pekerja yang terlibat dalam pemprosesan makanan atau minuman. Kursus ini disampaikan oleh Prof. Dr. Che Abdullah Abu Bakar dari Sahabah Food Academy yang merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktirafkan oleh KKM.

Lawatan Kerja Penanda Aras CLMC, UniSZA ke UMT

Satu lawatan kerja Penanda Aras Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC), UniSZA ke Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan (PPPL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah diadakan pada 22 Ogos 2022. Seramai 11 orang ahli pengurusan CLMC yang terlibat yang diketuai oleh Pengarah CLMC, Ts. Dr. Zarizal Suhaili dalam lawatan kerja ini. Delegasi UniSZA disambut baik oleh En. Asrul Azani Mahmood yang mewakili Pengarah PPPL UMT. Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan dan berkongsi pandangan mengenai sistem pengurusan makmal, pengurusan instrumentasi dan perkhidmatan, pelupusan sisa berjadual dan sistem kualiti makmal antara UniSZA dan UMT

12

CLMC

SMART LAB RAIH PINGAT EMAS DALAM 1ST NATIONAL LABORATORY INNOVATION SEMINAR (NALIS) 2022 29 November 2022 – Ucapan syabas dan tahniah kepada “SmartLAB Team” di atas kejayaan meraih Pingat Emas dalam 1st National Innovation Seminar (NALIS) 2022 bertajuk UniSZASmartLab: The Lab Management System Using Mobile Apps And Web Based System. Program ini merupakan anjuran Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu yang melibatkan IPTA seluruh Malaysia.

ADEQUACY AUDIT MS ISO17025:2017 MAKMAL ANALISIS HALAL 6 November 2022 -Jabatan Standard Malaysia telah menjalankan pengauditan (Adequacy Audit MS ISO17025:2017) ke atas Makmal Analisis Halal (Halal Analysis Lab) UniSZA Kampus Besut. Pengarah Akreditasi En. Wan Rukiman Wan Mamat merangkap Ketua Auditor bagi pengauditan ini. Majlis Pembukaan dan Penutupan Audit disempurnakan oleh YBrs. Ts. Dr.Zarizal Suhaili, Pengarah CLMC mewakili Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UniSZA. Semua proses akreditasi makmal MS ISO/IEC 17025:2017 bagi Makmal Analisis Halal UniSZA pada hari tersebut telah berjalan dengan lancar.

13

CLMC

Sempena bulan kemerdekaan, CLMC telah menganjurkan satu aktiviti komuniti iaitu aktiviti mengutip sampah di pantai di Pantai Dendong Beting Lintang, Terengganu pada 18 Ogos 2022. Pantai Dendong dipilih kerana pantai tersebut adalah yang paling hampir dengan UniSZA Kampus Besut. Selain itu, program ini juga melibatkan usahasama antara NGO Geng Plastik Ija (GPI) dan Badan Berkanun IKM Besut. Program seperti ini diadakan adalah bertujuan untuk menyumbangkan khidmat komuniti kepada masyarakat setempat selain menjalainkan hubungan baik antara NGO dan IKM Besut. Selain daripada itu, program ini juga adalah salah satu cara untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar kepada semua peserta yang terlibat serta dapat mempromosikan lagi CLMC. Seramai 100 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada pelajar, staf UniSZA Kampus Besut, IKM Besut dan ahli GPI. Jumlah kutipan sampah yang telah berjaya dikumpulkan di kawasan sekitar pantaiadalah sebanyak 459 kilogram dimana 186.2 kilogram merupakan botol plastik dan 272.8 kilogram adalah sampah sarap.

14

USR PROGRAM WALK AND SMILE (10K STEPS) DAN SEMARAK KEMERDEKAAN KE-65

Program Walk and Smile (10K Steps) dan Semarak Kemerdekaan telah berlangsung pada 18 Ogos 2022 (Khamis) yang mana pelepasan program bermula dari UniSZA Kampus Besut ke Puncak Bukit Bubus, Besut, Terengganu. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan persaingan yang sihat selain mengibarkan jalur gemilang dan memupuk semengat kemerdekaan pada warga UniSZA. Program seumpama ini merupakan aktiviti rekreasi bagi mewujudkan persaingan dan minat warga UniSZA terhadap aktiviti sukan & rekreasi di samping merasai keindahan flora dan fauna. Selain daripada itu, pelajar akan lebih menghargai keindahan alam sekitar yang terdapat di sekeliling mereka dan mengekalkan keindahannya sebaik mungkin. Penyertaan yang amat menggalakkan dari kalangan pelajar dan staf iaitu seramai 120 orang terutamanya dari siswa Informatik Dan Komputeran dari Kampus Besut telah memberi impak yang tinggi terhadap kesedaran tentang pentingnya beraktiviti terutamanya dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Di samping itu juga, melalui penganjuran program ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar IPT yang sihat dan cergas dengan menjadikan sukan sebagai budaya selaras dengan Dasar Pembangunan Sukan IPT (DSIPT).

USR ANJURKAN PROGRAM KAYUHAN BERBASIKAL KE HUTAN LIPUR LATA BELATAN, BESUT

Program Kayuhan Berbasikal ke Hutan Lipur Lata Belatan anjuran Unit Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut yang telah berlangsung pada 19 Mei 2022 bertempat di Hutan Lipur Lata Belatan Besut, Terengganu. Penganjuran aktiviti berbasikal pada pada kali ini melibatkan 40 orang peserta dari Kampus Besut yang terdiri daripada staf dan pelajar. Program ini merupakan penganjuran aktiviti rekreasi yang bertujuan untuk mewujudkan persaingan yang sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga UniSZA serta memupuk semangat kesukanan.

15

USR UNISZA, UUM & UNIMAP BERSATU DALAM KEJOHANAN SUKAN MUHIBBAH 2022

Kejohanan Sukan Muhibbah di antara pasukan UUM, UniMAP dan UniSZA pada tahun ini dilaksanakan dengan norma baharu dengan mematuhi SOP yang telah disediakan. Kejohanan Sukan Muhibbah ini telah dijalankan dengan jayanya bermula pada 14 Julai hingga 16 Julai 2022 bertempat di Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah dengan mempertandingkan sebanyak 3 acara sukan iaitu bola tampar, futsal dan badminton. Kejohanan Sukan Muhibbah ini merupakan acara tahunan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan merapatkan hubungan silaturahim sesama staf IPTA di samping menerapkan amalan budaya hidup sihat dalam kalangan staf universiti serta menjalinkan perpaduan sesama kaum. Penyertaan Kejohanan Sukan Muhibbah ini merupakan satu platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu staf UniSZA Kampus Besut bagi mewakili Universiti ke kejohanan utama sukan Universiti. Di samping itu juga, ia bertujuan mewujudkan persaingan yang sihat dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta dan dengan IPTA yang lain. Pada masa yang sama, majlis penyampaian hadiah juga dijalankan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada para peserta yang telah berusaha dan berkerjasama dalam memastikan kejayaan pasukan serta penganjuran kejohanan amnya.

16

USR PROGRAM : 6TH BESUT CAMPUS SPORTS DAY 2022

TARIKH: 22-24 NOVEMBER 2022 TEMPAT : GELANGGANG SUKAN UKB ACARA SUKAN : BOLA TAMPAR (L/W), BOLA SEPAK 9'S, PETANQUE INDIVIDU (L/W), PETANQUE BEREGU (L/W), BOLA JARING.

PROGRAM : 6TH BESUT CAMPUS SPORTS DAY 2022

TARIKH: 22-24 NOVEMBER 2022 TEMPAT : GELANGGANG SUKAN UKB ACARA SUKAN : BOLA TAMPAR (L/W), BOLA SEPAK 9'S, PETANQUE INDIVIDU (L/W), PETANQUE BEREGU (L/W), BOLA JARING.

PROGRAM : KEJOHANAN BADMINTON MUHIBBAH KAMPUS BESUT 2022 DENGAN KERJASAMA AADK DAN IKM BESUT

TARIKH : 5 NOVEMBER 2022

TEMPAT : DEWAN SUKAN & REKREASI UKB,

17

FBIM Mengorak langkah dalam dunia kerjaya ataupun meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, itulah pilihan utama para graduan. Kebolehpasaran graduan dalam bidang Teknologi Makanan terbuka luas dengan pelbagai pilihan kerjaya dalam bidang berkaitan. Dalam usaha membantu mempersiap bakal-bakal graduan FBIM ke dunia luar, pihak FBIM telah menerima lawatan kerja daripada Profesor Adjung, Dr. Che Abdullah Abu Bakar pada 23 Jun 2022 yang lalu. Sempena kehadiran beliau ke fakulti, Dr. Che Abdullah telah sudi menyampaikan syarahan bertajuk “From Farm to Fork: Available Opportunities Within the Food Value/Supply Chain” kepada para pensyarah dan pelajar Sarjana Muda Teknologi Makanan (SMTM) bagi berkongsi maklumat, pengalaman dan peluang-peluang yang ditawarkan dalam bidang industri makanan dan pertanian. Program bersama Profesor Adjung ini berjaya membuka minda para pelajar untuk terus bersemangat mendalami ilmu dalam industri teknologi makanan berkaitan makanan khususnya serta industri halal dalam bidang-bidang lain amnya. Profesor Adjung juga telah sudi meluangkan masa bersama-sama para pensyarah Pusat Pengajian Industri Makanan (PPIM) untuk membincangkan tentang halatuju PPIM, penyelidikan, jaringan industri serta usaha-usaha dalam memgembangkan program Teknologi Makanan dan Pembangunan Makanan Halal ke peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan pelantikan beliau sebagai Profesor Adjung di FBIM dapat menyuntik semangat pensyarah-pensyarah muda untuk menjadi penyelidik dan pendidik yang terbaik. Pada sebelah petang pula, pelajar-pelajar tahun akhir SMTM mengadakan jamuan Hi-Tea bersama Profesor Adjung dan para pensyarah PPIM untuk menghargai jasa-jasa beliau yang pernah mendidik para pelajar tersebut sebelum menamatkan perkhidmatan dalam bidang akademik.

Academia Talk: Formation of Functional Food Powder by Spray Drying Pada 8 Ogos 2022, Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) telah menerima kunjungan Prof. Dr. Hidefumi Yoshii dari Setsunan University, Jepun. Beliau merupakan profesor dalam bidang kejuruteraan makanan. Beliau yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang ini khususnya berkaitan enkapsulasi bahan makanan dan juga analisis makanan. Kunjungan beliau ke UniSZA dimanfaatkan melalui penganjuran sesi perkongsian ilmiah yang bertajuk “Formation of Functional Food Powder by Spray Drying”. Sesi selama dua jam tersebut telah memberi kefahaman yang lebih jelas berkenaan enkapsulasi makanan berfungsi terutama dengan menggunakan kaedah pengerigan secara semburan kepada pensyarah FBIM.

18

FBIM FINISHING SCHOOL FBIM 2022 Seseorang graduan mestilah dipersiapkan dengan personaliti dan keterampilan yang baik yang mana penting untuk mewakili kredibilitinya.Reputasi seorang calon akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. FBIM mengambil inisiatif dalam mempersiap bakal graduan dengan mengadakan seminar kerjaya Finishing School. Certified Trainer. Prof Madya Ts. Dr. Mohd Adzim Khalili Rohin telah dijemput untuk berkongsi berkenaan tatacara temuduga dan meningkatkan kebolehpasaran graduan. Beliau juga berkongsi pengalaman dan panduan dalam persediaan untuk mendapatkan pekerjaan. Sesi grooming and dressingjuga turut diadakan bagi membantu meningkatkan keyakinan pelajar semasa temuduga. Mereka juga didedahkan kesilapankesilapan dalam keterampilan diri yang berpotensi memusnahkan reputasi profesional diri.

SESI PERKONGSIAN INDUSTRI: PELUANG & CABARAN KERJAYA DALAM INDUSTRI MAKANAN Satu sesi perkongsian industri bertajuk Peluang & Cabaran Kerjaya dalam Industri Makanan bagi kursus Teknologi Pemprosesan Makanan I (FSI 22203) telah diadakan pada 22 Mei 2022. Sesi perkongsian ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari secara atas talian bersama Puan Noor Faziyahtun Fabeil, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Region Food Industries SDN BHD, anak syarikat QSR Brands Holding (M) BHD. Beliau yang juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan (Teknologi Makanan dan Bioproses) dari Universiti Malaysia Sabah dan Ijazah Sarjana di dalam Sains dan Teknologi Makanan dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Kepakaran beliau adalah dalam bidang penyelidikan dan pembangunan produk makanan serta keselamatan makanan, pengauditan, penilaian sensori dan juga penyelidikan jangka hayat produk makanan dan beliau telah mempunyai pengalaman dalam industri makanan lebih dari 14 tahun.

PUAN NOOR FAZIYAHTUN (2 DARI KIRI) DI REGION FOOD INDUSTRIES SDN BHD

PUAN NOOR FAZIYAHTUN (PALING KIRI) DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEWAKTU MEMBENTANGKAN PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK MAKANAN

LAWATAN KERJA KE TERENGGANU INCORPORATED SDN. BHD. Pihak Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) telah menjemput pihak Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk satu sesi mesyuarat serta lawatan kerja ke Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd. (LRTSB). Mesyuarat dan lawatan kerja ini adalah sebagai pendedahan dan informasi kepada penyelidik UniSZA berkaitan industri perladangan dan penternakan di LRTSB yang akan dimanfaatkan dalam Action Research Project. Ianya merupakan salah satu projek yang diwujudkan melalui kolaborasi bersama dalam ‘Terengganu Inc-UniSZA Business Cluster’ yang merangkumi pelbagai inisiatif ke arah industry-education relationship. Delegasi FBIM diketuai Prof. Madya Ts. Dr. Khamsah Suryati Mohd (Dekan FBIM) dan disertai Dr. Noor Afiza Badaluddin (Timbalan Dekan Akademik & Siswazah), Dr. Saiful Iskandar Khalit, (Timbalan Dekan HEPA), Encik Mohd Rohaizad Md Rejab (Ketua Pusat Pengurusan Ladang) serta Dr. Abd Jamil Zakaria (Pengajar Khas Kanan) FBIM. Pihak Terengganu Inc pula diwakili Encik Mohd Roslan Mamat, Naib Presiden Kanan Pejabat Pengarah & Pengarah Executive Terengganu Inc dan Y.M Che Ku Hafeez bin Che Ku Denang, Ketua Eksekutif Ladang Rakyat Sdn Bhd. Perbincangan merangkumi projek- projek penyelidikan yang berpotensi untuk diusahakan bersama. Antaranya pembiakan EM untuk proses pemulihan dan kesuburan tanah, penghasilan anak benih kelapa matag dan formulasi makanan ternakan ayam. Delegasi FBIM juga dibawa melawat ke tapak penternakan ayam kampung dan kilang pemprosesan Humus milik Terengganu Inc. 19

FIK

KUNJUNGAN HORMAT FAKULTI INFORMATIK DAN KOMPUTERAN (FIK) KE INDUSTRI KORIDOR UTILITI TEKNOLOGI TERENGGANU (KUTT)

PROGRAM SOCIAL AND PROFESIONAL ETHICS DAN KHIDMAT KOMUNITI (SULAM) 20 – 21 Mei 2022 – Fakulti Informatik dan Komputeran telah berjaya melaksanakan program SULAM (bagi kursus CSF11503: Social And Professional Ethics) dan khidmat komuniti yang melibatkan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian dan masyarakat setempat di Pulau Perhentian. Program SULAM ini melibatkan 204 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda yang mengambil kursus Social and Professional Ethics (CSF11503) dan Persatuan Mahasiswa FIK (PMFIK) sebagai pembantu menyelaraskan program. Program yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak Pengurusan Universiti. ini adalah kerjasama dengan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar, Pusat Islam dan Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Malayu Islam.

Pada 26 Julai 2022, Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) bersama wakil wakil Research Group telah membuat kunjungan hormat ke Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT), sebuah GLC di bawah kerajaan Negeri Terengganu. Delegasi kunjungan telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Ts. Ahmad Azhan Ismail @Suhaili. Hasil kunjungan tersebut, telah dikenalpasti beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak industri yang boleh diselesaikan melalui kajian penyelidikan secara bersama. Antara permasalahan tersebut adalah seperti berikut: Pembangunan peta Street View bandar Kuala Terengganu, dengan menggabungkan elemen VR dan AR Kaedah underground road scanning yang efisyen bagi membantu KUTT melaksanakan kerja-kerja pemetaan kabel utiliti bawah tanah di Negeri Terengganu Kaedah bagi mengintegrasi data pemetaan kabel bawah tanah ke atas google map secara tepat

20

FIK PROGRAM START-UP DAY 2022 UniSZA Digital Hub dengan kerjasama Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKat) UniSZA Kampus Gong Badak telah mengadakan Program Start-Up Day 2022 pada 27 November 2022 bertempat di UniSZA Digital Hub (UDH) UniSZA Kampus Besut. Program dilaksanakan dalam tiga (3) sesi iaitu how to launch a start-up & SSM registration, start-up ideas dan start-up business plan. Program dikendalikan oleh empat (4) fasilitator iaitu Prof. Ts. Dr. Mokhairi Makhtar , Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Ts. Dr Ismahafezi Ismail,Timbalan Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT), Dr. Mohd Kamir Yusof dan Dr Wan Mohd Amir Fazamin Wan Hamzah.

PROGRAM IT4U 2022 Fakulti Informatik dan Komputeran & Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(HEPA), Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengadakan Program IT4U selama 2 hari iaitu pada 17-18 Jun 2022 bertempat di Fakulti Informatik dan Komputeran, kampus Besut. Program IT4U UniSZA Kampus Besut ini merupakan sebuah program yang diilhamkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Informatik dan Komputeran (PMFIK) bersama Pejabat Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) bertujuan untuk memberi pendedahan dan inspirasi kepada komuniti luar yang terdiri daripada guru dan pelajar sekolah menengah yang terpilih untuk mempelajari ilmu terhadap ICT (Information & Communication Technology). Program ini juga dapat mengasah kemahiran guru dan pelajar sekolah menengah dalam bidang teknologi maklumat yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Program ini terbahagi kepada 3 bengkel iaitu Internet Of Things (MAKER UNO), Aplikasi Interaktif (Adobe Animate) dan Image & Video Editing. Peserta yang terlibat terdiri daripada 80 pelajar dan 20 Guru-guru sekolah menengah sekitar Daerah Besut dan Setiu. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kerjaya, Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PAKAT), Prof. Ts. Dr Mokhairi Makhtar mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni(HEPA). Turut hadir ialah Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran, Prof. Madya. Dr. Ahmad Nazari Mohd Rose.

Peserta yang terlibat pada program ini adalah seramai 15 orang pelajar daripada FIK. Pelajar dipecahkan kepada 3 kumpulan dalam sesi start-up business plan, iaitu mobile & web app, augmented reality & virtual reality dan lain-lain untuk diberikan pendedahan berkaitan perancangan perniagaan dalam bidang berkaitan.

21

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

FF

FAKULTI FARMASI 2022 (PHARMEX AWARD 2020) Pada 31 Mei 2022 telah diadakanMajlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Fakulti Farmasi bagi mengiktiraf sumbangan serta kecemerlangan pelajar- pelajar Fakulti Farmasi sepanjang tahun 2020/2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Farmasi, Prof. Dr. Lua Pei Lin dan dihadiri oleh semua staf akademik, pelajar prasiswazah dan pelajar siswazah Fakulti Farmasi. Majlis yang berlangsung di Dewan Auditorium Blok F8, UniSZA Kampus Besut pada pukul 11.30 pagi, selama satu jam dan berjalan dengan lancar. Sebanyak tiga kategori anugerah yang dicalonkan. Calon telah dinilai oleh Jawatankuasa Penilai Anugerah Fakulti Farmasi mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Anugerah Dekan: Anugerah ini diberikan kepada pelajar bagi program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian) yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir semester II sesi 2020/2021 dan semester I sesi 2021/2022 dengan nilai PNGS 3.50 dan ke atas. Seramai 88 orang pelajar yang mendapat Anugerah Dekan. Anugerah Pra Siswazah Terbaik 2021. Anugerah ini diberikan kepada pelajar terbaik keseluruhan fakulti

STUDIO SHODWE

[dinilai setelah selesai satu (1) tahun pengajian] di Fakulti Farmasi yang merangkumi pencapaian akademik cemerlang, sumbangan komuniti, penglibatan aktif dalam aktiviti persatuan/fakulti/universiti sama ada di dalam atau luar negara. Anugerah ini dianugerahkan kepada pelajar Tahun 2, Nur Azwa binti Hisham dan pelajar Tahun 3, Brandon A/L Xavier.

Anugerah Siswazah Mumtaz 2021; Anugerah ini dianugerahkan kepada Hazem Choukaife bagi mengiktiraf

REESE MILLER

sumbangan pencapaian terpuji pelajar siswazah FF pada tahun 2021 dalam menghasilkan penerbitan (berimpak), menerima anugerah dalam pelbagai kategori/pertandingan serta penglibatan aktif dalam aktiviti –aktiviti fakulti. Dua anugerah baharu telah diperkenalkan pada tahun ini iaitu Anugerah Graduan Pertama Fakulti Farmasi yang telah dianugerahkan kepada Saudara Hazem Choukaife bagi menghargai pelajar siswazah sulung Fakulti Farmasi yang telah bergraduat dan Anugerah Khas PharmEx bagi menghargai tiga orang pelajar (Saudari Salihah Azmi, Saudari Pavitra A/P Manimaran dan Saudari Yaalini A/P Adaikalasamy) yang telah memenangi Semi Grand Awardpada Minggu Penyelidikan dan Inovasi 2022 (MPI’22). Pihak fakulti mengucapkan tahniah dan semoga dengan penerimaan anugerah ini dapat memberikan lebih lagi motivasi dan semangat kepada semua pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik.

22

FF FAKULTI FARMASI UNISZA JALINKAN KERJASAMA PROGRAM MOBILITI INTERNATIONAL VIRTUAL EXCHANGE LECTURE DENGAN FAKULTAS FARMASI, UNIVERSITAS PADJADJARAN, INDONESIA (UNPAD).

Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19, pihak Fakulti Farmasi telah mengambil inisiatif melaksanakan program mobiliti secara dalam talian iaitu International Virtual Exchange Lecturemelibatkan kerjasama di antara Fakulti Farmasi UniSZA dengan Fakultas Farmasi, Universitas Padjadjaran, Indonesia (UNPAD). Program yang berlangsung pada 17 April dan 22 Mei 2022 ini melibatkan dua sesi kuliah yang disampaikan melalui aplikasi Zoom Meeting. Kursus yang terlibat adalah Pharmaceutical Analysis (PHM20703) yang mana kursus ini turut ditawarkan oleh Fakultas Farmasi UNPAD pada semester yang sama (Quality Control of Pharmaceutical Dosage Forms). Bagi tujuan pengantarabangsaan, sesi pembelajaran turut memberi tumpuan kepada elemen perkongsian budaya dan antara aktiviti yang dicadangkan adalah kuiz bahasa, coretan sejarah negara, klip video budaya tarian, makanan dan/atau lagu berunsur kebudayaan yang bersesuaian dan bermanfaat untuk kedua-dua pihak. Antara topik yang dibentangkan oleh kedua-dua pihak adalah Introduction to HPLColeh Dr. Holis Abdul Halik, Fakultas Farmasi UNPAD, yang dikendalikan pada 17 April 2022. Manakala topik Gas Chromatography in Pharmaceutical Industry dibentangkan olehDr. Syaliza Omar, Fakulti Farmasi UniSZA, dibentangkan pada 22 Mei 2022. Inisiatif pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk pembelajaran dalam talian secara global sebagai sebahagian dari usaha non-credited virtual mobility (inbound & outbound) bagi mewujudkan budaya pengantarabangsaan dalam kalangan pelajar serta kolaborasi pengajaran holistik yang bersifat merentas budaya dan benua.

23

PWB BESUT PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

LAWATAN DARI POLITEKNIK BESUT TERENGGANU Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut telah menerima lawatan dari Politeknik Besut Terengganu pada 11 Ogos 2022. Lawatan ini dihadiri oleh barisan pensyarah Politeknik Besut yang bermula jam 10:00 pagi sehingga jam 1:00 tengah hari. Sesi lawatan dimulai dengan taklimat yang disampaikan oleh Puan Hazura Yunus dan dibantu oleh Cik Nur Solehah Izzat selaku pustakawan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut. Taklimat tersebut merangkumi aspek perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan

serta

percambahan

idea-idea

yang

bernas bagi kedua-dua pihak. Sesi lawatan kali ini membuka peluang kepada para pelajar dan juga pensyarah

supaya

saling

memberi

nilai

tambah

berkaitan latihan serta ilmu yang diperlukan. Pihak Perpustakaan amat berbesar hati menerima kunjungan dan lawatan daripada para pensyarah Politeknik Besut dan mengharapkan agar lebih banyak lawatan dari institusi pengajian tinggi awam atau swasta

pada

masa

akan

datang

bagi

memberi

pendedahan mengenai kemudahan dan perkhidmatan di perpustakaan dan latihan teknikal yang disediakan



oleh perpustakaan.

Pada 17 Mei 2022, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah telah menerima jemputan daripada Sekolah Rendah Islam Darul Furqan Besut Terengganu bagi tujuan memberi khidmat nasihat dalam membangunkan perpustakaan sekolah. Pihak perpustakaan turut meninjau dengan lebih dekat ruang perpustakaan sekolah tersebut. Di samping itu, pihak Perpustakaan Al-Wathiqu Billah memberikan idea dan buah fikiran tentang kemudahan dan perkhidmatan yang bakal disediakan seperti koleksi buku serta sistem pengurusan bahan iaitu proses peminjaman dan pemulangan bahan. Di kesempatan ini juga, pihak Perpustakaan Al-Wathiqu Billah turut memberikan input serta cadangan dalam mengurus perpustakaan dengan lebih efektif dan efisen. Semoga usaha ini dapat membantu pihak Sekolah Rendah Islam

Darul

Furqan

dalam

mengimarahkan

budaya

membaca dalam kalangan pelajar dan memberi manfaat yang berkekalan di masa hadapan.

24

PWB BESUT

Pameran Kemerdekaan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut Sepanjang Bulan Kemerdekaan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut telah mengadakan Pameran Kemerdekaan yang ke 65 Tahun di sepanjang Bulan Kemerdekaan 2022. Pihak Perpustakaan bertungkus lumus menyiapkan pameran yang berkonsepkan jalur liputan internet selari dengan tema yang telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa iaitu bertemakan Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Ondev Apps

Suasana serta penghayatan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di perpustakaan adalah untuk dizahirkan dengan lebih simbolik. Pengurusan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah kampus Besut mengambil inisiatif ini untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara kepada semua terutamanya warga UniSZA Kampus Besut kerana pihak perpustakaan percaya ianya bukanlah perkara yang mampu timbul sendiri dalam diri setiap individu. Ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang agar jiwa mereka sebati dengan perasaan itu. Pameran Kemerdekaan ini juga adalah sesuatu yang amat penting terutama dalam kalangan generasi muda kerana mereka perlu sedar bahawa keamanan dan kesejahteraan negara yang mereka kecapi hari ini bukan datang secara percuma. Ia perlu dibayar dengan harga yang mahal melalui peluh keringat, darah serta nyawa pejuang negara terdahulu. Secara tidak langsung, pameran kemerdekaan ini sekaligus dapat menyuntik semangat ke dalam diri warga UniSZA untuk menjadi lebih baik dari pelbagai aspek. Pameran Kemerdekaan ini dilihat mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pengunjung perpustakaan terutama pelajar baharu yang begitu teruja melangkah masuk ke alam universiti. Mereka begitu bersemangat mononton filem-filem yang berkisarkan tentang pahlawan kemerdekaan yang ditayangkan di perpustakaan. Ini sekaligus membuktikan objektif utama pameran kemerdekaan ini telah mencapai objektifnya dan akan meneruskan pameran seumpama ini setiap tahun dengan lebih berimpak tinggi.

25

PPIR

26

IOT SMART BUILDING IoT ialah singkatan daripada Internet of Thingsatau dipanggil Internet Pelbagai Benda (IPB). Kaedah sistem IoT berfungsi ialah sesuatu objek tersebut akan dilengkapi dengan satu mikropengawal yang boleh disambungkan melalui Internet. Objek tersebut juga mempunyai sensor atau penggerak untuk mengambil data ataupun menggerakkan sesuatu seperti suis geganti dan motor. Objek tersebut akan disambungkan ke platform IoT melalui Internet. Platform tersebut mengambil data daripada pelbagai objek (jika terdapat lebih daripada satu objek) dan menganalisa data yang diperolehi. Data tersebut boleh dilihat oleh pemilik melalui telefon pintar atau aplikasi web Kelebihan penggunaan sistem Smart breaker Pemasangan sistem peranti kawalan smart breaker sangat mudah berbanding peranti konvensional. Kos peranti smart breaker lebih murah jika dibandingkan dengan timer . Kawalan untuk menghidupkan dan mematikan sistem percahyaan boleh dilakukan dimana sahaja dengan menggunakan aplikasi tertentu seperti Smart Life. Kerja-kerja pemantauan sistem lampu koridor ,lampu jalan dan lampu kawasan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan sistematik hanya melalui aplikasi smart life . Sistem smart timer sudah tersedia dalam peranti smart breaker menjadikan kawalan timer pada sistem elektrik boleh dilakukan dimana jua lokasi kita berada. Kawalan penggunaan sumber elektrik dapat dilakukan secara sistematik dan pintar.

Klik di link di bawah untuk info lebih lanjut VIDEO 1 VIDEO 2

KERJA-KERJA PEMASANGAN SMART BREAKER PADA SISTEM ELEKTRIK.

SEBELUM

SELEPAS

27

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.