BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI & RUMI - PENGHASILAN PRODUK (TUGASAN 4) Flipbook PDF

BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI & RUMI - PENGHASILAN PRODUK (TUGASAN 4)

85 downloads 102 Views 3MB Size

Recommend Stories


4 CHANNEL HEADPHONE AMP
0 10 VOLUME L R BALANCE CH 4 OL 0 0 -6 -18 SHAPE OUT 0 -6 VOLUME10 SHAPE OUT 0 VOLUME10 -12 SHAPE OUT -18 CH 2 STEREO 0 -6 -12

Diagrama T0 Interruptor unipolar Diagrama T300 Conmutador EstrellaTriángulo 3 polos pisos Amp Amp Amp 0 Amp Diagrama T0 Interruptor bipolar polos 1 pi
Interruptores y conmutadores de levas TELERGÓN Definición Son interruptores de maniobra semi- independiente, utilizados en páneles de distribución y

Story Transcript

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

Nama No. K/P Angka Giliran Unit Kod/Nama Kursus Nama Pensyarah Tarikh Hantar

: : : : :

NUR AZYANA HAYYUNI BINTI YUSRI 040608020808 2022182310042 BAHASA MELAYU 2 BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI : MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN : 20 APRIL 2023

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 20 April 2023





PEMERIKSA

MODERATOR

MARKAH

MARKAH

TANDATANGAN

COP

TANDATANGAN

COP

TARIKH

TARIKH

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 20 April 2023

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi atas segala limpah dan kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod kursus Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi (BMMB1114) dengan sebaiknya. Dalam kesempatan yang diberikan ini, saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Zuhairi bin Raffien, selaku pensyarah untuk kursus ini atas segala tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberi untuk saya melaksanakan tugasan ini.

Selain itu, saya juga merakamkan sepenuh penghargaan kepada ibu bapa serta ahli keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Turut saya zahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa berkongsi idea serta pendapat masing-masing sepanjang saya melaksanakan tugasan ini. Akhir sekali, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang saya menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semua pertolongan yang diberikan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan serta dorongan daripada semua pihak, tugasan ini mungkin tidak dapat saya laksanakan dengan baik dan lancar.

SEJARAH TULISAN KHAT & JENIS-JENIS TULISAN KHAT BMMB1114 - Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi

ISI KANDUNGAN 1

Sejarah Tulisan Khat

2

Jenis-jenis Tulisan Khat

3

Penulisan Khat Nasakh

SEJARAH TULISAN KHAT Tulisan arab telah bermula sebelum kedatangan Islam kira-kira kurun ke-17 sebelum masihi. Seni Khat secara tidak formal telah timbul sebagai gaya tulisan Arab sebelum kedatangan Islam dan disebut sebagai Khat Musnad atau khat gaya bebas (llham Che Daud @ Zakaria, Jamsari Alias, Nazri Muslim dan Nik Yusri Musa, 2017). Selain itu, Perkembangan Islam ke seluruh rantau Arab, Eropah, Afrika, Hindi, China dan Asia Tenggara, telah membawa agama Islam bersama-sama seni khat untuk disebarkan kepada masyarakat. Perkembangan Islam ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keislamannya (Mohammad Firdaus Mahadi, 2007).

Menurut Abdul Rahman Hj. Chik Tajuddin (2011) dalam (Anuar Puteh, Khairiah Mohamad dan Khazri Osman, 2018), bahawa dalam sejarah kesenian Islam, seni khat ini tidak boleh disamakan dengan bentuk seni yang lain kerana mempunyai kaitan secara langsung dengan agama yang didatangkan daripada langit (samawi), iaitu puncak seni yang dianggap suci (sakral). Hal ini berbeza dengan seni yang dihasilkan dengan seni sekular yang ada. Perkembangan seni khat telah membawa sebuah tamadun Islam yang hebat bukan setakat di timur tengah bahkan sehingga di Nusantara. Hal ini demikian kerana sesuatu bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang telah mempunyai sistem tulisan yang mantap dan daya pemikiran yang maju. Justeru, perkembangan seni khat tidak terhenti sekadar seni hiasan semata-mata, bahkan menjadi perkara penting dalam pengdokumentasian pengajian Islam dan salasilah sesebuah kesultanan. Seni khat mempunyai pelbagai gaya yang cantik serta aliran pandangannya. Namun, seni khat yang utama disebut sebagai A’qlam al-Sittah, bermaksud enam jenis khat. Jenis khat tersebut adalah Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Riq’ah, Khat Diwani, Khat Kufi dan Khat Farisi.

JENIS-JENIS KHAT AQLAM AL-SITTAH Khat Kufi

Khat Diwani

Khat Nasakh

Khat Farisi

Khat Thuluth

Khat Diwani Jali

Khat Riqa'ah

Khat Raihani

1. Khat KUFI Merupakan khat tertua dan mempunyai banyak pecahan. Dinamakan sebagai Khat Kufi disebabkan khat tersebut terkenal di daerah Kufah, Iraq.. Pada zaman awal kebangkitan Islam, para sahabat menggunakan khat ini untuk menyalin mushaf, menulis surat untuk dihantar kepada kerajaan-kerajaan besar seperti Kisra di Parsi, Hercules di Rom dan raja Mesir. Khat ini tersebar sehingga pelusuk Arab bahkan telah lahir gaya setempat seperti Khat Kufi Maghribi atau Khat Kufi Andalusi (Yahya Wahhab al-Jabburi 1994).dalam Ilham Che Daud @ Zakaria, Jamsari Alias, Nazri Muslim dan Nik Yusri Musa, (2017). Sebelum wilayah Islam belum tersebar luas, Khat Kufi adalah tulisan yang tidak mempunyai titik ataupun baris, bahkan tulisan Kufi ini mempunyai dua cabang pecahannya iaitu ditulis secara bebas yang disebut sebagai gaya Tahrir ataupun secara menggunakan geometri iaitu menggunakan ukuran berserta darjah kesesuaian.

2. Khat NASAKH Merupakan sejenis khat yang sangat halus bahkan menjadi gaya yang paling mudah untuk dibaca serta difahami. Tulisan khat jenis ini lebih mudah dibaca dan tidak mengelirukan. Khat Nasakh dilengkapkan oleh penulis Arab iaitu Al-Wazir Abu Aly Muhammad Ibn Muglah dan adiknya Abu Abdullah al-Hassan. Ulama Hijjaz menolak pandangan bahawa Khat Nasakh adalah perubahan daripada Khat Kufi, bahkan ulama yang berpandangan sedemikian juga menjelaskan bahawa Khat Nasakh adalah sejenis Khat Kufi yang dipecahkan dan ditulis daripada Khat Nabati (Mujahid Taufiq al-Jundi 1990). Sesetengah ulama menjelaskan bahawa penulisan khat yang hampir mirip kepada Khat Nasakh mula ditulis oleh Zaid Bin Thabit seorang penulis wahyu dan juga sahabat Rasulullah SAW. Dikatakan bahawa Khat Nasakh merupakan aliran beliau dan merupakan sejenis Khat yang telah lama wujud seiring dengan Khat Kufi (Mujahid Taufiq al-Jundi 1990).

3. KHAT THULUTH Merupakan gaya khat yang cukup indah, bahkan kecantikan gaya khat ini bukan setakat tujuan dokumentasi, bahkan menjadi hiasan pada dinding masjid, kelambu Ka’abah dan bangunan-bangunan kerajaan. Khat Kufi yang hampir sama dengan Khat Thuluth adalah Khat Tumar. Pengasas khat thuluth ialah Ishaq Bin Ibrahim dan sebelum daripada beliau adalah Ibn Muqlah. Kemudian diindahkan lagi oleh Yazidi (922 H), Ibn Sa’ad (410 H), dan Ibn Bawwab (Afif al-Bahnasiy 1979). Apabila memasuki empayar kerajaan Turki Uthmaniyyah, gaya Khat Thuluth telah dipecahkan kepada dua jenis, iaitu gaya A’diy iaitu gaya Thuluth biasa, kemudian gaya Jaliy iaitu tulisan Thuluth telah diperbesarkan penulisan asalnya oleh Mustafa Raqim. Seni Khat Thuluth ditulis dengan perlahan berbanding dengan seni Khat yang lain menyebabkan Khat Thuluth lebih utama penggunaannya dalam penghasilan karya seni berbanding khat yang lain (Mustafa Ughur Darman, 1999)

4. KHAT RIQA'AH Merupakan tulisan pantas serta ditulis di atas daripada garisan lurus melainkan beberapa aksara huruf sahaja yang ditulis daripada atas garisan ke bawah daripada garisan iaitu huruf ‫ غ‬,‫ م‬,‫ ج‬, ‫ح‬, ‫ خ‬, ‫ ع‬. Mula diperkenalkan semasa era kerajaan Turki Uthmaniyyah semasa pemerintahan Sultan Abd al-Majid Khan (1280 H). Penulis Khat yang telah mula menulis gaya Khat Riqa’ah adalah Mumtaz Bik berbangsa Turki (Mohd Bakhir Hj. Abdullah 2006). Khat Riqa’ah ditulis dengan pantas dan matanya agak tebal. Walaupun setiap loh hurufnya tebal, namun Khat Riqa’ah mempunyai kesenian yang tersendiri dan terkenal di Mesir serta negara utara Afrika. Tulisan ini boleh didapati dalam penulisan dokumentasi serta manuskrip.

5. KHAT DIWANI Khat Diwani atau turut dikenali sebagai Khat al-Sultan disebabkan khat ini turut dipelajari oleh sultan-sultan zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Tulisan ini menjadi tulisan rahsia kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada gabenor-gabenor mereka demi mengelakkan rahsia kerajaan bocor ke tangan musuh yang berkemungkinan berniat jahat kepada kerajaan Islam. Khat Diwani terbahagi kepada dua jenis iaitu Diwani biasa dan Diwani Jali. Mula diperkenalkan oleh Ibrahim Munif seorang penulis khat selepas pembukaan kota Istanbul (Constantinople), kemudian disusun kaedah penulisannya oleh Mumtaz Bik (1280 H) sehingga menjadi tulisan yang senang dibaca. Bangsa Turki amat berbangga dengan tulisan Khat Diwani dan tulisan ini telah tersebar ke seluruh wilayah taklukan kerajaan Turki Uthmaniyyah (Mohd Tohir Bin Abd al-Qadir al-Kurdiy al-Makkiy al-Khattat 1939).

6. KHAT FARISI Khat Farisi atau juga dikenali sebagai khat Ta'liq merupakan gaya khat yang agak berbeza gaya penulisan dan kecondongannya berbanding khat yang lain. Khat Farisi kecondongannya lebih ke kiri daripada atas menjadikan seni tersebut agak unik (Mahdi Syed Mahmud 2005). Mengikut Afif al-Bahnasiy (1979), Khat Ta’liq mula ditulis oleh Hasan al-Farisi sekitar abad ke-4 Hijrah dan menjadi tulisan utama bagi mereka yang berbangsa Farsi dan juga mempengaruhi bangsa Hindi. Khat ini menjadi tulisan utama bangsa Iran dan menjadi tulisan utama untuk rakyat Turki bersama-sama Khat Diwani dan Khat Ta’liq. Tulisan ini masyhur di Pakistan, India, Afghanistan dan di Turki. Sultan Ali al-Mashudi telah mengindahkan lagi Khat Farisi dan antara tokoh yang memperbaharui khat ini adalah Mir Imad al-Husni di Iran serta Muhammad al-Yasari di Turki (Ahmad alDzahabi 1989).

7. KHAT DIWANI JALI Khat Diwani Jali mempunyai penulisan yang lebih rumit. Penulisannya mempunyai nilai estetika yang tinggi. Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Diasaskan oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan Utmaniyyah. Dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya (Callidesign, 2008). Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing. Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Maka, daripada khat ini terciptalah banyak bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

8. KHAT RAIHANI Khat Raihani menyerupai khat Thuluth. Bentuk hurufnya adalah lebih lebar dan panjang serta ditambah tanda tanda syakal. Merupakan perpaduan antara Khat Thuluth dan Khat Nasakh yang dikembangkan oleh para ahli kaligrafi pada masa kerajaan Uthmaniyyah. Pencipta gaya khat ini adalah pakar kaligrafi besar Ali Ibnu Hilal atau Ibnu Bawab, namun berhubungan erat dengan Ali Ibnu Al-Ubaidah Al-Raihan (w 834 M), bersempana dengan itu ia dinamakan Khat Raihani (Kelvin Stevens, 2019). Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby bahawa menulis kaligrafi dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan menarik. Kerana tulisan ini lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang menumpuk, fleksibel, elastik mudah untuk dibentuk sesuai dengan tempat tanpa mengorbankan keasliannya.

PENULISAN KHAT Nasakh 'Pemanfaatan Digital Menjana Kompetensi Guru'

RUMUSAN Kesimpulannya, seni khat dalam penulisan Jawi adalah sangat rapat dengan masyarakat Islam di Tanah Melayu, begitu juga dalam dunia Islam. Seni khat mempamerkan imej ketamadunan sesebuah tamadun Islam daripada permulaannya sehingga saat kegemilangannya. Namun kini, pemahaman serta penghayatan seni khat semakin berkurangan adalah disebabkan pembelajarannya yang tidak disematkan di dalam silibus pelajar. Kebanyakan pelajar hanya belajar melalui kelas KAFA, namun hanya secara umum. Oleh itu, bagi memastikan seni khat kekal hidup dan menjadi warisan turun-temurun adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan sekurang-kurangnya melaksanakan pameran khat secara berkala bagi memastikan generasi muda kini terdedah dengan keindahan dan keaslian seni khat.

RUJUKAN Anuar Puteh, Khairiah Mohamad dan Khazri Osman. (2018). Sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian islam di Nusantara. Jurnal Fikiran Masyarakat, 6(1), 17-22. Callidesign. (2008, Ogos 8). Khat diwani jali @ dewani jali. Blogspot.com. https://callidesign.blogspot.com/2008/08/khat-diwani-jali.html Ilham Che Daud @ Zakaria, Jamsari Alias, Nazri Muslim dan Nik Yusri Musa. (2017). Sejarah perkembangan seni khat dan pengaruhnya terhadap tulisan jawi di Nusantara. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 18(1), 30-42. https://doi.org/10.17576/malim-2017-1801-03

Kelvin Stevens. (2019). Seni khat. Blogspot.com. https://senioriental.blogspot.com/p/seni-khat.html Mohammad Firdaus Mahadi. (2007, Jun 26). Sejarah ringkas seni khat. Blogspot.com. https://callidesign.blogspot.com/2007/06/sejarah-ringkasseni-khat.html

SEKIAN, TERIMA KASIH

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.