BUKU PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI 2022 Flipbook PDF

BUKU PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI 2022

19 downloads 107 Views 7MB Size

Story Transcript

Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI 2022 TARIKH : 09 OKTOBER 2022 MASA : 2:00 PETANG TEMPAT : DEWAN SJK (C) CHENG MIN, SANDAKAN.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. BAHAGIAN : BATU SAPI TARIKH : 30 SEPTEMBER 2022 Kepada semua Pengerusi Tetap/ Timbalan Pengerusi Tetap AJK Pergerakan Pemuda Bahagian/ Ketua Pemuda UMNO Cawangan/ Perwakilan Pemuda Cawangan UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi. Saudara, NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO dan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ini akan diadakan seperti butir-butir berikut:- Tarikh :09 Oktober, 2022 (Ahad) Masa : Jam 2:00 Petang (Perasmian Persidangan oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi & Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi) Tempat :Dewan SJK (C) Cheng Min, Sandakan. Oleh yang demikian, Perwakilan Cawangan yang dipilih dalam Persidangan Pemuda UMNO Cawangan sesuai dengan Fasal ini. Memandangkan pelaksanaan mesyuarat kali ini diadakan dalam situasi Pandemik Covid-19, hanya ketua pemuda UMNO cawangan sahaja yang diperuntukkan untuk hadir, bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Kehadiran Perwakilan Pemuda UMNO Cawangan adalah sangat-sangat dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan agama, bangsa dan nusa. Bersama-sama ini disertakan Aturan Urusan Mesyuarat untuk makluman saudara. BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT (Radzmar Bin Salimin) Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi. s.k. 1) Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2) Penolong Setiausaha Perhubungan Pemuda UMNO Negeri 3) Setiausaha UMNO Bahagian


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. KATA ALU-ALUAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN 2022 Assalamualaikum wbth dan salam Pemuda Teras Kebangkitan… Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas setiap limpahan rahmatNya maka diberikan kita kekuatan dan keazaman untuk terus menyambung legasi sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair tercinta dengan menjayakan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di bahagian-bahagian bagi tahun 2022. Semangat para Pemuda Generasi Bangkit Kembali ini mengadakan persidangan di bahagian masingmasing membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang menjunjung perlembagaannya dan menjadi sandaran kepada generasi muda untuk berpolitik melalui sebuah wadah siasah yang bersistem, jelas falsafah dan ideologinya, berakar umbi serta bersiap siaga meneruskan politik khidmat bakti kepada rakyat dan menjadi kilang melahirkan para pemimpin berwibawa di Malaysia. Saudara-saudaraku, Tanggal 17 September 2022, Stadium Titiwangsa menjadi saksi kebangkitan Pemuda dari seluruh negara berhimpun demi menzahirkan kesediaan kita menempuhi peperangan besar Pilihanraya Umum ke-15. Kita hadir membuktikan solidariti kita untuk mencipta kemenangan agar terbentuknya sebuah kerajaan yang stabil dan mampu menjamin masa depan. Kita hadir merapatkan saf untuk menebus kembali kekalahan lalu serta menolak kebobrokan janji-janji palsu yang ditaburkan oleh pihak lawan. Kita hadir kerana kita mahu memberikan isyarat kepada seluruh rakyat khususnya generasi muda di luar sana bahawa kitalah pilihan yang terbaik buat mereka demi membina Malaysia yang penuh kejayaan dan kecemerlangan. Kini, bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh lagi. Berbekalkan pengalaman melalui beberapa siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri perlu dijadikan azimat untuk kita bangkit menyusun strategi dan kebangkitan. Bermuhasabahlah atas kegagalan lalu agar kita lebih bertawadhu’ dan beristiqomah memperhebatkan perjuangan. Jangan kita terleka dan alpa dek pinjaman kuasa yang sementara kerana bimbang kita akan dihukum semula. Amanah kita adalah untuk mengisi tugasan dengan setinggi komitmen dan keikhlasan. Teruslah menyantuni dan mendekati rakyat kerana merekalah yang menjadi faktor penentu kemenangan. Pada masa yang sama, kita tidak boleh bersandarkan kepada kejayaan lalu untuk mendapatkan keyakinan dan mengharapkan kelemahan pihak lawan sebagai senjata menawan kekuasaan. Dinamik politik kini menuntut kita untuk sentiasa memperbaharui corak pendekatan. Pemuda UMNO perlu dilihat inklusif dan mudah didekati. Tawaran baru yang lebih segar, menarik dan mampu dilaksanakan perlu dijadikan taruhan


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. untuk meraih sokongan. Kita perlu menyuntik kesedaran dan memasarkan agenda kestabilan demi kemakmuran menjadi keutamaan. Agar UMNO menjadi wadah yang memahami aspirasi, d enyut nadi dan kehendak rakyat. Justeru, jadikanlah persidangan tahun ini medan untuk bertukar pandangan dan cadangan, pelantar untuk menggarap strategi dan perancangan, benteng untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan, pentas untuk meniupkan semangat kebangkitan dan markas untuk mempersiapkan jentera menghadapi peperangan, Pilihanraya Umum ke-15 yang semakin hampir diadakan. Di persidangan inilah tempat untuk kita mempertautkan ukhwah, menyusun kebersamaan jemaah, mencipta solusi dengan hikmah, merungkai perbalahan mencari titik tengah, menyatukan hati dan ikhlas berjuang kerana Allah. Agar UMNO Bangkit Bermaruah… Kita bersama telah melalui onak dan jerih payah membangkitkan perjuangan… Kita generasi yang berjuang melalui fasa-fasa kejatuhan dan kebangkitan… Kita telah dibekalkan dengan pengalaman dan kematangan… Kita belajar dari kesilapan dan berusaha memperbaiki kelemahan… Kita kenal siapa musuh dan siapa kawan… Kita sudah siap sedia untuk turun ke medan peperangan… Kerana kitalah… Pemuda… Teras Kebangkitan… Pemuda! Bangkit Kembali… DR ASYRAF WAJDI DUSUKI KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. KATA ALU-ALUAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SABAH SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN-BAHAGIAN 2022 "Kita sudah hampir sampai diselekoh terakhir peperangan! Kali ini kita tidak punya pilihan lain selain menang. Itulah satu-satunya pilihan yang ada. Menang atau menang! Ini kalilah!!!" Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Damai Sejahtera untuk semua. Sahabat-sahabatPemuda Seperjuangan, Semboyan perang bila-bila masa akan berbunyi. Hanya menantikan perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum yang ke-15 (PRU-15). Untuk menang kita perlu buat cara orang mahu menang. Apa caranya? Solidariti. Kita perlu satukan setiap kekuatan dan ketumbukan kita untuk menentang musuh yang nyata. Jangan sesekali kita mencipta ruang keberentakan kerana perpecahan akan membuat kita akan ditolak sekali lagi oleh rakyat. Jangan kita seperti buih-buih di laut, banyak tapi tidak punya daya dan kekuatan. Banyak tapi dipermainkan gelombang lautan, dihempaskan ketepian pantai tanpa punya makna dan erti. Ingatlah pengorbanan masa lalu. Bukan mudah membawa obor perjuangan ini tatkala kita tidak punya apaapa untuk ditawarkan kepada rakyat. Ketika itu kita hanya ada semangat waja juang untuk menyelamatkan negeri tercinta dari terus dimusnahkan oleh pemerintahan Parti Warisan dan Pakatan Harapan. Saat itu kita lantang dan berani menentang mereka kerana kita bimbang negeri yang dibina dan dibangunkan atas keringat peluh, air mata dan darah pejuang bakal dimusnahkan oleh kerajaan yang sedang memerintah pada ketika itu. Maka dengan sebab itu, kita telah bangkit untuk menyelamatkan negeri tercinta ini. Sahabat-sahabatPemuda Seperjuangan, Sedarlah bahawa rakyat sedang melihat dan menilai kebangkitan kita, kerana saat inilah kita dilihat sebagai cerminan masa depan parti. Jatuh bangunnya parti, terletak di atas keutuhan solidariti yang sedang kita kukuhkan untuk masa depan. Samada kita akan benar-benar kembali bangkit dalam PRU-15 atau hanya menjadi sebahagian daripada koridor kuasa, jawapannya juga tergantung kepada sekuat mana perpaduan kita. Pelajarilah masa lalu jika ingin memiliki masa depan. Ambil yang baik, buang yang keruh. Jangan pernah merasa putus asa membela nasib rakyat kerana UMNO


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. wujud untuk rakyat. Jangan pernah berhenti mengangkat suara rakyat walau kadang pahit buat halwa telinga kawan dan lawan. Sahabat-sahabatPemuda Seperjuangan, Kita sudah hampir sampai di selekoh terakhir peperangan! Kali ini kita tidak punya pilihan lain selain menang. Itulah satu-satunya pilihan yang ada. Menang atau menang! Ini kalilah!! Terus Berjuang dan Selamat Bersidang Ir. Abdul Aziz Julkarnain KETUA PEMUDA UMNO SABAH #PemudaTerasKebangkita


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. ……………………………………………… Bismillahirahmanirrahim… PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION) PERUTUSAN PEMANGKU KETUA BAHAGIAN UMNO BATU SAPI YBHG TUAN HAJI ZANTAPHA BIN ZAINAL ABIDIN Assalamualaikum WarahmatulahhiWabarakatu.. Hakikatnya kita telah di kejutkan dengan kejatuhan BN yang di tunjanggi Parti UMNO di peringkat persekutuan tetapi di Negeri Sabah,Parti UMNO masih menjadi pilihan rakyat dan menang pada PRU ke 14 yang lalu.Namun kerana nilai jati diri perjua nga n yang rapuh kita telah di tinggalkan sebilangan pemimpin murahan yang telah melompat ke Parti lain dan telah menyebabkan Parti UMNO Sabah tidak dapat menerajuipemerintahan Kerajaan Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu,sukacita saya mengajak kepada semua ahli Parti yang masih sayangkan Parti keramat ini,marilah kita kuatkan semangat kesatuan,eratkan perpaduan,kita bangkit semula memperjuangkan Parti UMNO kerana Parti UMNO m enja ga maruah orang melayu dan memperjuangkan Agama,Bangsa dan Negara,Dengan izin Allah swt,insyaallah kejayaan akan bersa ma kita UMNO..Dulu..Kini..Selamanya. “KALAU SESAT DI HUJUNG JALAN,KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN” …………… ….. YBHG TUAN HJ ZANTAPHA BIN ZAINAL ABIDIN PEMANGKU KETUA BAHAGIAN UMNO BATU SAPI


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. KATA ALU-ALUAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATUSAPI KATA ALU-ALUAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI. Alhamdulillah, terlebih dahulu kita mengucapkan syukur kepadaAllah S.W.T kerana atas limpahan rahmatnya, berkesempatan kita menjalankan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi 2022. Saudara-saudaraku, Dari tahun 2018 hingga 2022 pelbagai liku-liku dan cabaran yang telah dilalui oleh parti kita, baik dengan kekalahan mahupun dalam era menjadi tunjang pentadbiran kerajaan kini. Semuanya berlaku tanpa kita rancang dan duga. Ketahuilah kesempatan yang diberikan kepada kita merupakan cabaran dan tanggungjawab besar untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti tercinta ini. Jangan sesekali kita leka dibuai dengan keselesaan yang pernah menghancurkan kita sebelum ini. Saudara-Saudaraku, Selaku anak-anak muda, sedarilah akan peranan kita untuk membawa hala tuju UMNO ini ke arah yang lebih maju dan berdaya saing. Kita sedar akan peredaran zaman kian maju dan pantas yang memerlukan usaha dan pemikiran kreatif daripada anak-anak muda. Kita perlu memberikan sumbang saran yang mampu melengkapi keperluan antara satu sama lain dalam wadah perjuangan pemuda UMNO ini. “Pemuda Terus Bangkit” merupakan moto yang perlu disemat dalam dada agar kita sentiasa konsisten dalam perjuangan. Anak-anak muda perlu mempunyai semangat perjuangan yang tinggi untuk kita mencapai kejayaan dalam PRU-15 akan datang. Bukan hanya kerja keras kita sandarkan tetapi kerja berkualiti juga perlu dipupuk dalam setiap jiwa kepimpinan kita tidak kira bermula peringkat cawangan hingga ke peringkat tertinggi. Semoga dengan medan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi ini akan memberikan pengajaran kepada kita semua untuk bermuhasabah agar kejayaan akan dikecapi pada masa akan datang. Selamat bersidang, Hidup UMNO ! #PemudaUMNOBatuSapi #PemudaTerasKebangkitan R.Amrie Bin Hj. Abada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. ATURCARA PERASMIAN / ATURAN URUSAN MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN 1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi 2. Bacaan Doa 3. Nyanyian Lagu UMNO ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’ dan Ikrar Pemuda secara beramai-ramai oleh Perwakilan yang hadir. 4. Pengumuman Pengerusi Tetap mengenai jumlah Perwakilan dan bilangan Cawangan yang hadir Mesyuarat. 5. Pesanan Pengerusi mengenai tatacara mesyuarat. 6. Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. 7. Membentangkan Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tahun lalu.(kertas mesyuarat Bil.1). 8. Membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.(kertas Mesyuarat Bil. 2). 9. Membentangkan Penyata Kewangan Bahagian yang berakhir 31hb. Disember tahun berkenaan.(kertas mesyuarat Bil. 3). 10. Memilih 2 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. 11. Memilih 10 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Mesyuarat UMNO Bahagian. 12. Ucapan Penangguhan 13. Persidangan ditangguhkan.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI, 2022 PERINGATAN PERSIDANGAN KERTAS BIL 1/2022


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. ATUCARA MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI 2021. 1. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis. Sebelum mesyuarat perwakilan dimulakan, pengerusi majlis telah menyerahkan majlis kepada Pengerusi Tetap Persidangan dan akuan bersumpah sebagai Pengerusi Tetap Persidangan telah diserahkan. 2. Bacaan Doa Bacaan doa telah dipimpin oleh Encik. Abdul Ghani Bin Rubama AJK Pemuda UMNO Bahagian. 3. Pengumuman dan Pesanan Pengerusi Tetap mengenai jumlah Perwakilan dan bilangan Cawangan yang hadir Mesyuarat. Encik Saidin Bin Maidin, selaku Pengerusi Tetap Persidangan mengangkat akuan bersumpah sebelum mesyuarat dimulakan. Seterusnya, pengerusi telah mengesahkan jumlah perwakilan dan bilangan cawangan hadir adalah mencukupi untuk memulakan mesyuarat. 4. Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian. Encik R. Amrie Bin Abada selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi mengucapkan salam kepada semua para perwakilan pemuda yang hadir dan bersyukur kerana masih dapat bersidang walaupun dalam posisi pembangkang tidak seperti dahulu. Dalam intipati ucapan beliau, penekanan diberikan terhadap penonjolan anak-anak muda yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan mampu memberikan sumbangan kepada UMNO. Dalam masa yang sama, beliau menekankan akan pentingnya nilai dan semangat bekerjasama dalam pasukan. Kejayaan sebuah organisasi memerlukan kesepaduan dan toleransi antara satu sama lain untuk menjayakan keberhasilan kumpulan tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga menyuarakan keyakinan terhadap keyakinan yang diberikan kepada orangorang muda yang menjadi tunjang kepada perubahan situasi politik semasa. Beliau menyuarakan tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak mudalah yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. 5. Ucapan Perasmian oleh Ybhg. Tuan. Hj. Zantapha Bin Zainal Abidin. Ucapan perasmian telah disempurnakan terlebih dahulu sebelum mesyuarat perwakilan dimulakan. Hal ini demikian kerana perasmian telah dilakukan secara serentak bersama-sama dengan pergerakan wanita. 6. Pembentangan Peringatan Persidangan Kertas Bil 1/2021. Pembentangan dilakukan oleh Setiausaha Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. 7. Pembentangan Penyata Tahunan Kertas Bil 2/2021 Pembentangan dilakukan oleh Setiausaha Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. 8. Pembentangan Penyata Kewangan Kertas Bil 3/2021 Pembentangan dilakukan oleh Setiausaha Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi. 9. Memilih Dua (2) Wakil ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia JAWATAN NAMA PENUH NO. K/P NO. H/P PERWAKILAN 1 Mat Sah Bin Mat Oto @ Berahim 870614495407 01133076740 PERWAKILAN 2 Mardi Bin Paraji 870310495707 01116695868 10. Memilih Sepuluh (10) Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ke Mesyuarat UMNO Bahagian. JAWATAN NAMA PENUH NO. K/P NO. H/P PERWAKILAN 1 Mat Sah Bin Mat Oto @ Berahim 870614495407 01133076740 PERWAKILAN 2 Mardi Bin Paraji 870310495707 01116695868 PERWAKILAN 3 Seruni Bin Pitting 800318125627 01133495159 PERWAKILAN 4 Mohd Tarmizi Bin Zahari 011136580706 01136580706 PERWAKILAN 5 Mohd Azmie Bin Amerisah 861003496107 0143035278 PERWAKILAN 6 Nazlee Bin Awang Anak 780128125903 0146091025 PERWAKILAN 7 Herman Bin Lokman 890316126097 0109343775 PERWAKILAN 8 Embi Bin Mat Oto 830325125193 0163196159 PERWAKILAN 9 A. Rizal Bin Abada 920802125895 0146736720 PERWAKILAN 10 Abdul GhaniBin Rubama 930429126097 0172538754 11. Membahas Usul-usul i) Tiada usul yang dibahaskan.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. 12. Ucapan Penangguhan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau berharap dapat membina kepercayaan rakyat kepada UMNO terutamanya diBatu Sapi. 13. Penangguhan Mesyuarat. Pengerusi Tetap Persidangan memaklumkan kepada semua perwakilan bahawa mesyuarat ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. Disediakan Oleh: Disahkan Oleh: Setiausaha Pemuda UMNO Batu Sapi Pengerusi Tetap Persidangan


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI, 2022 PERNYATA TAHUNAN KERTAS BIL 2/2022


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. Ketua Penerangan: Mohd Redzuan Bin M. Dani Bendahari : HermanBin Lokman Setiausaha: Radzmar Bin Salimin Naib Ketua Pemuda: Mohammad Ferdaus Bin Asmat Ketua Pemuda : R. Amrie Bin Abada SENARAI AJK PEMUDA BATU SAPI PENGERUSI TETAP : EN. SAIDIN BIN MAIDIN Ahli Jawatankuasa: 1) AbdulGhani Bin Rubama 2) Mohd Tarmizi Bin Zahari 3) A. Rizal Bin Abada 4) RudiBin Paraji 5) Md. Saufi Bin Yusuf 6) Radzmar Bin Salimin 7) Mat Sah Bin Mat Oto 8) Mohd Azmie Amerisah 9) Ag. Sharizan Bin Zantapha 10)Yunus Bin Anjam 11)Embi bin Mat Otot 12) Zulkifly Bin Abd Rahim 13)Zulkhairi Bin Abd Rahim 14)Mohammad Sharin Bin Jais 15) Mardi Bin Paraji


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. LAPORAN AKTIVITI PEMUDA 2022 Laporan Aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Batu Sapi (Januari 2022-Oktober 2022) BIL TARIKH PERKARA DAN TEMPAT 1 1 JANUARI 2022 SANTAI BBQ BERSAMA BELIA KG. SEGALIUD SEMPENA TAHUN BARU 2022 2 24 FEBRUARI 2022 PERTANDINGAN MELAUNGKAN AZAN Ketua Pemuda merasmikan Pertandingan Melaungkan Azan Anjuran Masjid Nurrusolihin di Kg. Bokara. 3 16 APRIL-2 MEI 2022 SUMBANGAN BUAH KURMA DAN AIR MINERAL Sepanjang Bulan Ramadan Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengagihkan buah kurma dan air mineral kepada beberapa buah masjid di kawasan Batu Sapi. Antaranya : Masjid Nurrusolihin Kg. Bokara, Masjid Al-falah Kg. Karamunting, Surau Nurul Taqwa Kg. Air, Masjid Wassatiyah Batu Sapi, Masjid Putih Nurhidayah Kg. Istimewa, Masjid Nurrurahman Taman Mawar, Surau Al-Ikhwah PPR Lintas Jalan Sibuga dan Surau At-Toyibbah Kg. Cenderamata. 4 23 APRIL 2022 MENGAGIHKAN ZAKAT Sumbangan zakat daripada Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diagihkan kepada beberapa golongan sasar yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim, asnaf dan golongan yang layak menerimanya di Kg. Lupak Meluas Darat. 5 25 APRIL 2022 MAJLIS IFTAR Majlis Iftar bersama penuntut di Madrasah Annur Kg. Sundang Laut. 6 28 APRIL 2022 MEMENUHI UNDANGAN UNTUK MERASMIKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI SK SRI MELANTA JAYA


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. 7 30 APRIL 2022 MERAIHKAN RAKAN PEMUDA BATU SAPI DAN KETUA PEMUDA CAWANGAN DALAM MAJLIS IFTAR Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan majlis iftar dan sumbangan duit raya kepada ketua-ketua pemuda cawangan di Medan Selera Tun Razak Sandakan. 8 12 MEI 2022 SANTAI RAYA BERSAMA BELIA TAMAN MAWAR Pemud Batu Sapi mengadakan majlis makan malam ringkas bersama beliabelia Taman Mawar di Kediaman Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi. 9 18 MEI 2022 PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP Pertandingan ini dilakukan secara tertutup antara ahli jawatankuasa pemuda bahagian Batu Sapi, Beluran dan Sandakan. 10 21 MEI 2022 SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS DAN KEWANGAN KEPADA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WADI SYUIB, KG. BOGGAYA BARU. 11 26 MEI 2022 ZIARAH KEMATIAN Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengagihkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Pak Cik Jawad Bin Kadir. 12 28 MEI 2022 SUMBANGAN KEWANGAN KEPADAPERSATUAN BOLA BALING SANDAKAN. 13 4 JUN 2022 SUMBANGAN BOLA TAMPAR DAN NETBOLA TAMPAR Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyampaikan sumbangan ini kepada belia dan beliawanis Kg. Karamunting Baru. 14 3 JUN 2022 SUMBANGAN BOLA TAMPAR DAN NETBOLA TAMPAR Pemuda UMNO Batu Sapi telah menyampaikan sumbangan ini kepada belia PPR Lintas Jalan Sibuga.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. 15 26 JUN 2022 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR Perlawanan ini melibatkan Pergerakan Pemuda, Wanita Batu Sapi dan kakitangan Perpustakaan Cawangan Sandakan. 16 27 JUN 2022 PERLAWANAN BOLA SEPAK Pemuda Batu Sapi telah mengadakan perlawanan Bola Sepak Persahabatan bersama Kakitangan Kompleks Sukan Sandakan. 17 9 JULAI 2022 PROGRAM GOTONG ROYONG Pemuda Batu Sapi mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan padang SK Terusan Baru bersama penduduk kampong dan belia. 18 12 JULAI 2022 SUMBANGAN HAMPER PEMUDA UMNO BATU SAPI KEPADA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK BANDAR DUA. 19 17 & 25 JULAI 2022 ZIARAH KEMATIAN Pemuda UMNO Batu Sapi menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarhamah Wahida Binti Sulaiman, Allahyarhamah Shariah Habibiyah Binti Sharif Omar dan Allahyarham Syed Hassanal Syed Amir. 20 25 JULAI 2022 ZIARAH KASIH Pemuda UMNO Batu Sapi menziarahi Puan Kittok Binti Molong dan Hjh. Indah Binti Hj. Omar di Kg. Bokara. 21 31 JULAI 2022 SUMBANGAN HAMPER Sumbangan disampaikan kepada Persatuan Boling Padang Sandakan sempena Pesta Bundle dan Karnival Sukan di Kompleks Sukan Sandakan. 22 6 OGOS 2022 ZIARAH KASIH Pemuda Batu Sapi menziarahi Hj. Ahmad Bin Sahi Ketua Cawangan Tanah Merah di Hospital Duchess of Kent Sandakan


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. 23 12 OGOS 2022 PROGRAM HARI SUKAN BADMITON Pemuda Batu Sapi memenuhi jemputan merasmikan Sukan Badminton Kelab Belia Flat MPS 24 16 OGOS 2022 SUMBANGAN SETJERSI KEPADA PASUKAN BOLA SEPAK WANITA PANTAI TIMUR 25 20 OGOS 2022 SUMBANGAN AL-QURAN DAN REHAL KEPADA PELAJAR KAFA SK MERPATI 26 30 OGOS 2022 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 65 Memenuhi undangan untuk merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 65 Tabika Kemas di Kg. Istimewa 27 1 SEPTEMBER 2022 SUMBANGAN KEWANGAN KEPADAPELAJAR SMK BATU SAPI YANG MENYERTAI SUKAN OLAHRAGA MSS SABAH 2022 28 3 SEPTEMBER 2022 SUMBANGAN BOLA FUTSAL KEPADA BELIA TAMAN POHING. 29 9 SEPTEMBER 2022 KEJOHANAN BOLA SEPAK TERTUTUP 9 SEBELAH PIALA KETUA PEMUDA UMNO BATU SAPI Kejohanan ini telah berlangsung selama 3 hari di Kg. Terusan Baru. 30 16 SEPTEMBER 2022 SAMBUTAN AMBANG HARI MALAYSIA ANJURAN PEMUDA UMNO BATU SAPI Pemuda UMNO Batu Sapi telah mengadakan acara sambutan Ambang Hari Malaysia di Kampung Istimewa.


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BATU SAPI, 2022 PERINGATAN KEWANGAN KERTAS BIL 3/2022


Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.185 Batu Sapi Blok C, Lot 2A, Tingkat Bawah Projek Perumahan KosRendah Flat MPS, 90009,Sandakan. LAPORAN KEWANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BATU SAPI BERAKHIR PADA OKTOBER 2022 BAKI BAWA KE HADAPAN 31.00 PENDAPATAN 0.00 Baki pada Oktober 2022 31.00 Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Bendahari Pemuda Ketua Pemuda Pemeriksa Kira-kira Kami telah memeriksa akaun-akaun yang dibentangkan dan telah mendapati segala kenyataan dan keterangan yang dikehendaki. Pada pendapat kami akaun-akaun yang telah diperbuat dengan cara yang betul untuk menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan tabung pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Batu Sapi yang mengikut kenyataan-kenytaan yang diberi kepada kami dan yang ada ternyata di dalam buku kira-kira bahagian.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.