cara memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk Flipbook PDF


71 downloads 109 Views 25MB Size

Story Transcript

SESI 2 : 2022/2023 MPU23012-PENGAJIAN ISLAM TAJUK : CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK

nama pensyarah: nur adhwa farahin binti saparudin najiah binti mohd kholid sofiya umairah binti zolkeflee 03dpr22f1002 nur asma fatihah binti amir 03dpr22f1009 irdina uzma binti rusdi zunasri 03dpr22f1018 nuraini binti nazri 03dpr22f1027 qasdina izzati binti abdul aziz 03dpr22f1051

PENSYARAH

ustazah adhwa farahin

ustazah najiah

AHLI KUMPULAN

sofiya umairah

asma fatihah

nuraini

irdina uzma

qasdina izzati

MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK

pengenalan cara-cara memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk contoh hadis berkaitan masyarakat majmuk contoh ayat al-quran berkaitan masyarakat majmuk lampiran

PENGENALAN Negara yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usahausaha untuk memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk bagi membina negara yang harmoni.Langkah-langkah mengeratkan kemakmuran di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.

negara malaysia yang mempunyai berbilang kaum

CARA CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA -Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah “bersatu teguh, bercerai roboh”

-Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini.

CONTOH GAMBAR RUMAH TERBUKA

AGENDA RUMAH TERBUKA

Membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum. Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar pendapat dan idea-idea berkaitan dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan.

Contoh-contoh program yang boleh dijalankan adalah seperti : Sambutan Hari Keluarga,Sambutan Hari Ibu,Sambutan Hari Bapa, Sambutan Hari Perayaan

CARA CARA MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK

MELAKSANAKAN SEKOLAH WAWASAN

Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama muridmurid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain

CONTOH GAMBAR SEKOLAH WAWASAN

PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. -Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:- Pemakanan Pemakaian Peradaban Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya adalah seperti:- Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti. -Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain. -Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.

Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti.

Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain

adab-adab antara kaumkaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.

PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.



Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.

PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi kesefahaman antara kaum dan agama.

Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai

dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan ziarahmenziarahi, saling menolong dan semangat kejiranan sebagai budaya harian kita.

pakaian masyarakat malaysia

PENERAPAN NILAI-NILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

Menurut titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, semangat perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan mengukuhkan semangat jati diri, di samping memberi keutamaan kepada mata pelajaran Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi muda yang akan bertindak sebagai wargangara yang matang lagi bertanggungjawab

CONTOH GAMBAR PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

PENERAPAN NILAINILAI BUDAYA DAN WARISAN DALAM AKTIVITI HARIAN Dari kaca mata yang lain, perpaduan antara kaum boleh dipupuk dengan memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia.

Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum.

Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas.

CONTOH GAMBAR AKTIVITI SUKAN ANTARA PELBAGAI KAUM

3 CARA LAIN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DALAM MASYARAKAT

Galakkan anak-anak berkomunikasi dengan jiran berlainan bangsa

-Ibu bapa disarankan membawa anak-anak berkunjung ke rumah jiran sempena perayaan. Anjur aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong.

-Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum & memupuk kerjasama. Hindari tindakan cetus provokasi kaum.

-Bagi mengekalkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia, kita hendaklah mengelakkan isu sensitif yang merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.

CONTOH GAMBAR CARA LAIN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DALAM MASYARAKAT

Galakkan anak-anak berkomunikasi dengan jiran berlainan bangsa

Anjur aktiviti kemasyarakatan seperti gotongroyong.

Hindari tindakan cetus provokasi kaum.

HADIS "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya dalam kalangan kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu),”

(surah al-Hujurat, ayat 13).

AYAT ALQURAN ‫َو ٱْع َت ِص ُم و۟ا ِبَحْب ِل ٱلَّلِه َجِم يًۭع ا َو اَل َتَف َّرُق و۟ا ۚ َو ٱْذ ُكُرو۟ا ِنْع َم َت‬ ‫ٱلَّلِه َع َلْي ُكْم ِإْذ ُكنُتْم َأْع َدٓاًۭء َف َأَّلَف َبْي َن ُقُلوِبُكْم َف َأْص َبْحُتم‬ ‫َأ‬ ‫َذ‬ ‫َق‬ ‫ُك‬ ‫ِبِنْع َم ِت ِهٓۦ ِإْخ َٰو ًۭنا َو ُكنُتْم َع ٰىَل َش َف ا ُحْف َرٍۢة ِّم َن ٱلَّناِر َف ن م‬ ١٠  ‫َتْه َت ُدوَن‬  ‫ِّم ْن َه ا ۗ َك َٰذ ِلَك ُيَبِّيُن ٱلَّلُه َلُكْم َءاَيٰـ ِتِهۦ َلَع َّلُكْم‬

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhmusuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

kesimpulan secara keseluruhannya, perpaduan yang dibina daripada keringat pemimpin dan darah pejuang lalu menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk menuruskan agenda perpaduan negara. Oleh itu,semua pihak perlulah bekerjasama mencari kata sepakat, sehati dan sejiwa dalam usaha meneruskan agenda perpaduan kerana kita tidak menegtahui musuh yang sebenarnya kerana kebanyakkan mereka ialah musuh dalam selimut, api dalam serkam dan gunting dalam lipatan. Sesungguhnya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 menjadi kemuncak dalam menikmati juadah perpaduan

RUJUKAN -https://www.jobstore.com/careersblog/2023/03/14/kepentingan-perpaduan-kaum-dimalaysia/ -https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untukmemupuk-perpaduan-kaum.html -https://www.studocu.com/my/document/politekniksultan-idris-shah/menu-planning/cara-memupukkemakmuran-dalam-masyarakat-majmuk/20518285 -https://anyflip.com/kbtie/orot/basic -https://theinspirasi.my/perpaduan-rakyat-malaysia/ https://cikgufarha.com/langkah-memupuk-perpaduan/

terima kasih

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.