INVENTORI MINAT KERJAYA SIDEK – IMKS
Sidek Career Interest Inventory
Oleh:
CR. SIDEK MOHD NOAH, PhD
Founder of SPT/Associate Consultant SMN Psychological Testing & Resources Lot 905-B, Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor D.E. Tel.: 03-89468167 (OFFICE), 012-2126312 (HP) Faks: 03-89435386 E-Mail:
[email protected];
[email protected];
[email protected]
Kesahan Kandungan IMKS Bidang Minat Kerjaya Pertanian dan Perhutanan Perkhidmatan Perlindungan Pekerjaan Berkemahiran Kejuruteraan Sains dan Matematik Kaitan dengan Perubatan Perubatan Seni dan Hiburan Persuratan dan perundangan Sukan Perkhidmatan Persendirian Perkhidmatan Sosial Pentadbiran Perniagaan Analisis perniagaan Urusniaga Pekerjaan Perkeranian Purata Pekali Kesahan
Pekali Kesahan Kandungan .90 .83 .87 .90 .90 .87 .93 .93 .87 .90 .93 .90 .90 .87 .90 .83 .89
Pekali Kebolehpercayaan IMKS Bidang Minat Kerjaya Pertanian dan Perhutanan Perkhidmatan Perlindungan Pekerjaan Berkemahiran Kejuruteraan Sains dan Matematik Kaitan dengan Perubatan Perubatan Seni dan Hiburan Persuratan dan perundangan Sukan Perkhidmatan Persendirian Perkhidmatan Sosial Pentadbiran Perniagaan Analisis perniagaan Urusniaga Pekerjaan Perkeranian Kebolehpercayaan Keseluruhan
Pekali Kebolehpercayaan .89 .88 .88 .89 .89 .89 .91 .89 .88 .90 .91 .88 .89 .88 .88 .91 .97
PENTADBIRAN IMKS Bilik yang kondusif iaitu tenang dan mempunyai semua kemudahan seperti kerusi, meja, kipas angin atau penghawa dingin. Walau pun tiada masa khusus yang ditetapkan, umumnya masa yang digunakan untuk menyelesaikan ujian IMKS ialah antara 20 hingga 25 minit. Individu perlu menjawab ujian ini dengan jujur dan ikhlas. Jawab berdasarkan kepada minat semata-mata dan bukan kepada sama ada pekerjaan itu baik atau tidak baik mengikut pandangan orang lain. Jawapan spontan adalah jawapan yang terbaik.
PANDUAN MENGIRA SKOR IMKS Sila rujuk borang jawapan yang telah selesai dijawab.
Alat ukuran IMKS mempunyai 10 baris dan 17 lajur. Mulai lajur 1, kira jawapan Ya. Markah maksium yang boleh diperoleh ialah 10.
Teruskan pengiraan dengan cara yang sama untuk baris 2 hingga 17. Ubah markah yang diperoleh ke dalam bentuk seperti SDS dan VPI. Dapatkan kod tiga-mata Holland berpandukan skor yang paling tinggi, kedua tinggi dan ketiga tinggi.
Pengiraan Skor IMKS Profil IMKS 1 Profil IMKS 2
Skala IMKS vs SDS Instrumen IMKS Pertanian & Perhutanan Perkhidmatan Perlindungan Pekerjaan Berkemahiran Kejuruteraan
Skala Instrumen SDS Pengiraan Skor Purata R Realistik Pertanian & Perhutanan + Perkhidmatan Perlindungan + Pekerjaan Berkemahiran + Kejuruteraan 4
Matematik & Sains, Kaitan dengan Perubatan, Perubatan
I
Investigatif
Matematik & Sains + Kaitan dengan Perubatan + Perubatan 3
Seni & Hiburan Persuratan & Perundangan Sukan Perkhidmatan Persendirian Perkhidmatan Sosial Pentadbiran Perniagaan Analisis Perniagaan Urusniaga
A
Artistik
S
Sosial
E
Enterprising
Seni & Hiburan + Persuratan & Perundangan 2 Sukan + Perkhidmatan Persendirian + Perkhidmatan Sosial 3 Pentadbiran Perniagaan + Analisis Perniagaan + Urusniaga 3
Pekerjaan Perkeranian Konvensional
C
Conventional
Pekerjaan Perkeranian + Konvensional 2
PENENTUAN KOD SEA
SEA, ESA
SEA
SEA, SAE
SEAI
SEA, SEI
SEA
SEA, SAE, ESA, EAS, ASE, AES
SE RI
SER, SEI, ESR, ESI
SEARCI
????????
KEGUNAAN ALAT UKURAN IMKS Untuk mengenalpasti bidang minat kerjaya dan jenis personaliti individu Membantu individu memilih program pengajian yang sesuai dan selaras dengan diri Membantu individu memilih kerjaya yang bersesuaian dengan potensi diri Membantu individu mengenalpasti tahap keselarasan kerjaya
Andaian Asas Teori Holland Terdapat 6 jenis personaliti iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. Terdapat 6 jenis persekitaran iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional.
Individu akan mencari persekitaran yang akan membenarkan ekspresi diri. Tingkah laku individu iaitu motivasi, kepuasan, pencapaian, produktiviti dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran.
REALISTIK Jenis personaliti Realistik adalah jenis individu yang mempunyai kemahiran etletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. Contoh pekerjaan Realistik: Jurutera Awam, Jurutera Automobil, Jurutera Keratapi, Jurutera Mekanikal, Operator Mesin, Mekanik Kapalterbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan, Tukang Besi dan Tukang Kayu.
REALISTIK Tidak Sosial Suka Menyendiri Natural Jujur Berhemat Keras Hati Keras Kepala Tidak Melibatkan Diri
Metarialistik Akur Tidak Fleksibel Normal Tulin Tiada/Kurang Celik Akal Praktikal
INVESTIGATIF Jenis personaliti Investigatif adalah jenis individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Individu jenis Investigatif juga mempunyai kemahiran saintifik dan metamatik serta meminati kerjaya-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan Investigatif: Doktor Perubatan, Pakar Bedah, Doktor Gigi, Ahli Kajicuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli Agronomi, Ahli Fizik, Ahli Kajibintang, Ahli Kimia, Ahli Kajibumi, Pegawai Sains, Penyelidik Sains, Ahli Psikologi dan Ahli Antropologi.
INVESTIGATIF Analitikal Rasional Intelektual Kritikal Pendiam Pesimistik Ingin tahu Tidak Popular
Autonomi Berhati-hati Menyisihkan diri Introspektif Kompleks Rendah hati Jitu
ARTISTIK Jenis personaliti Artistik adalah jenis individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mereka mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Mereka juga tidak selesa dengan kerja yang berstruktur tinggi, rutin atau berulang-ulang. Dalam kebanyakan hal, mereka selalunya menggunakan imaginasi dan kreativiti. Contoh pekerjaan Artistik: Arkitek, Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert, Pengubah Lagu, Pelakun, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis Kartun dan Juruhias Dalaman.
ARTISTIK Rumit Intuitif Tidak Praktikal Emosional Tulin Bebas Idealistik Terbuka
Imaginatif Tunggang-terbalik Tidak Akur Impulsif Ekspresif Sensitif Introspektif
SOSIAL Jenis personaliti Sosial adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati serta membuat kebajikan pada orang lain. Mereka mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama mereka adalah membuat kebajikan. Contoh pekerjaan Sosial: Ahli Sosiologi, Guru, Pengetua Sekolah, Jururawat, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi Kebajikan, Kaunselor Kerjaya dan Kaunselor Peribadi.
SOSIAL Berpengaruh Bertanggungjawab Idealistik Sabar Bijaksana Baik Hati Pemurah Mesra
Suka Menolong Bekerjasama Sosial Empati Peramah Memahami Pemujuk
ENTERPRISING Jenis personaliti Enterprising adalah jenis individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mereka mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Mereka juga pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Contoh pekerjaan Enterprising: Spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel, Pengurus Bank dan Jurujual Insuran.
ENTERPRISING Sukakan Pencapaian Suka Menggoda Suka Menunjuk Mudah Bersetuju Yakin-Diri Berusaha Angkuh Suka Bercakap
Bertenaga Suka Mengembara Optimistik Mengembirakan Bercita-cita Tinggi Sosial Ekstrovert
CONVENTIONAL Jenis personaliti Conventional adalah jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka selalunya melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan. Contoh pekerjaan Conventional: Akauntan, Guru Perdagangan, Guru Perakaunan, Penyimpan Kira-Kira, Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai Harta, Jurujual Insuran dan Kerani Insuran.
CONVENTIONAL Berhati-hati Tabah Hati Memendam Rasa Teliti Bersopan Santun Menurut Perintah Cekap Tidak Imaginatif
Sukar Dilentur Akur Praktikal Mengikut Aturan Defensif Cermat Berstruktur
MEMBANTU INDIVIDU MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN YANG SESUAI
SILA RUJUK KEPADA BUKU BERTAJUK ‘THE THREE BOXES OF LIFE’ DI KARANG OLEH R.N.BOLLES.
RIE
Plan Tindakan
Action Plan PRKT 1
PRKT 2
PRKT 3
45
30
10
________ ________ ________ ________ ________
________ ________ ________ ________ ________
________ ________ ________ ________ ________
PRKT 4
3
PRKT 5
1
AKAUNTAN JURUTERA
SAINTIS
SAINTIS
MEMBANTU INDIVIDU MEMILIH KERJAYA YANG SESUAI THE OCCUPATIONS FINDER (TOF) KOD TIGA MATA HOLLAND SENARAI NAMA PEKERJAAN KOD DOT LEVELS OF EDUCATION
ISR, IRS, SIR, RIS
INDEKS KESELARASAN WIGGINS
Wiggins Compatibility Index SELARAS
0
1
2
3
4
TIDAK SELARAS
MIN
5
6
7
8
INDEKS KESELARASAN Ahli Perniagaan KOD HOLLAND ESC
KOD DARI UJIAN
NILAI INDEKS
PERATUSAN (%)
ESC
8
100.0
ESC
ECS
7
87.5
ESC
ESR
7
87.5
ESC
ESI
7
87.5
ESC
ESA
7
87.5
INDEK KESELARASAN Ahli Perniagaan KOD HOLLAND ESC
KOD DARI UJIAN CSE, SEC, SCE
NILAI INDEKS 6
PERATUSAN ( %) 75.0
ESC
ERC, ERS, SEI
5
62.5
ESC
RIC
1
12.5
ESC
RIA
0
0.00
INDEK KESELARASAN ICHAAN
Ichaan Compatibility Index JAWATAN
KOD
PEGAWAI TADBIR
ESC
PEGAWAI PSIKOLOGI
ISA
PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT
CSR
PEGAWAI PENYELIDIK
ISR
KAUNSELOR
SEA
PUSTAKAWAN
CSE
PEGAWAI KEWANGAN
CES
1ST
2ND
3RD
1ST
22
10
4
2ND
10
5
2
3RD
4
2
1
KOD
Pertanian dan Perhutanan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan mengusahakan dan menguruskan tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan, haiwan, alam buana serta hidupan liar.
Perkhidmatan Perlindungan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penjagaan, penyiasatan, memberi perlindungan, pengawalan, dan mempertahankan nyawa serta harta benda. Ianya lebih menumpukan kepada kawalan dan keselamatan nyawa, akal, ideologi dan harta benda.
Pekerjaan Berkemahiran Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan kecekapan atau kemahiran bekerja dengan menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikan mesin atau alatan teknik sama ada alatan ringan atau berat.
Kejuruteraan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan kemahiran mengaplikasi hukum, prinsip atau teori sains dan teknologi berkaitan dengan alam benda seperti jisim, tenaga mesin, alatan teknik atau sains. Ianya juga melibatkan struktur organisasi dan penggunaan sumber alam benda dan manusia.
Matematik dan Sains Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan pengiraan logik, rasional serta analitik dalam mencipta dan menggunakan hukum-hukum dan teori-teori secara logik atau empirik. Ianya berhubungkait dengan membuat hipotesis atau andaian berasaskan huraian yang bersistematik dalam membuat penemuan baru, penerokaan dan penyelesaian masalah sains melalui eksperimen, ujikaji, klinikal, kajian kes, tinjauan dan sebagainya.
Kaitan Dengan Perubatan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penggunaan alat-alatan, sumber, prinsip-prinsip amalan, kaedah dan perkhidmatan sokongan ke arah membantu serta menaikkan prestij kesihatan dan atau perubatan sama ada dari segi teori atau amalan.
Perubatan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penggunaan dan pengaplikasikan hukum-hukum, prinsip-prinsip, teori-teori dan teknik-teknik dalam urusan pencegahan, pemulihan dan rawatan penyakit-penyakit.
Seni dan Hiburan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan gaya persembahan yang berkaitan dengan nilai-nilai estetik melalui aktiviti-aktiviti seni dan kreatif berasaskan kebolehan, kemahiran dan bakat halus yang dimiliki.
Persuratan dan Perundangan Amalan yang berkaitan dengan penulisan kreatif atau formal, penggunaan bahasa daripada segi peraturan atau undang-undang yang melibatkan komunikasi dengan orang ramai sama ada yang menyentuh hal ehwal semasa atau perkara-perkara yang dibahaskan di mahkamah.
Sukan Amalan yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan tenaga, otot-otot dan anggota manusia secara perseorangan atau berkumpulan ke arah menyatakan sesuatu perasaan, disiplin, seni, hemah, fikiran melalui gerak kerja fizikal dan mental secara sistematik. Ianya juga menyentuh semua aspek yang berkaitan dengan urusan permainan dan olahraga.
Perkhidmatan Persendirian Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran, pengetahuan dan kebolehan orang perseorangan yang memberi khidmatnya melalui sesuatu perjanjian atau kontrak.
Perkhidmatan Sosial Bidang Perkhidmatan Sosial adalah amalan yang berkaitan dengan kerja-kerja kebajikan ke arah menjalinkan hubungan yang lebih baik di kalangan ahli masyarakat. Amalan ini menggalakkan usaha bertukar-tukar pendapat serta berkongsi pengalaman sambil memperkembang, melatih, menolong, mengasuh dan mendidik.
Pentadbiran Perniagaan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan penyeliaan, pengawalan dan penjagaan dalam urusan pejabat dan perniagaan. Ianya juga berkaitan dengan usaha memimpin, mengarah, menyelesaikan masalah serta membuat keputusan mengenai polisi, struktur organisasi, prinsip-prinsip perniagaan dalam pengembangan sumber manusia.
Analisis Perniagaan Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan mengenal pasti dari menyelesaikan masalah perniagaan secara analitik dan sistematik melalui perancangan progran dan pembekalan data-data.
Urusniaga Amalan yang berkaitan dengan membeli, menjual dan berniaga. Ianya lebih merujuk kepada tingkah laku seseorang itu termasuklah tawar menawar harga barang-barang jualan atau dagangan.
Pekerjaan Perkeranian Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan mematuhi peraturan pejabat dengan melaksanakan apa yang telah diputuskan mengikut sesuatu polisi pentadbiran atau urusan perniagaan secara operasional. Perkhidmatan ini memerlukan perincian, kerja yang berulang-ulang dan keakuran.
Pekerjaan Konvensional Bidang ini melibatkan amalan yang berkaitan dengan individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mereka mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam mengguna nombor. Mereka mempunyai struktur yang tinggi, bersifat akur, mengikut arahan dan selalunya melakukan sesuatu secara terperinci. Selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang.
SELESAI TERIMA KASIH Website: www.educ.upm.edu.my E-mail:
[email protected] [email protected] [email protected]