LAPORAN TAHUNAN TS25 IPGKDA 2021 Flipbook PDF

AR TS25 IPGKDA 2021 OK

82 downloads 111 Views

Story Transcript

LAPORAN TAHUNAN Bil. 1, Tahun 2021

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK DARULAMAN

Penerbit Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Cetakan Pertama 2021 Hakcipta © Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kementerian Pendidikan Malaysia

Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakam atau cara lain sebelum mendapat keizinan daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia

Data Pengkatalogan dalam Penerbitan

Laporan Tahunan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman, Bil.1, Tahun 2021 /editor Dr. Mashira Yahaya ISSN: 2811-4434 Diterbitkan oleh: Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah No. Telefon: 04-9148310 Faksimili: 04-9175492

Dicetak Oleh: Muna Management Services & Enterprise Jalan Sultanah Bahiyah 05350 Alor Setar, Kedah. No. Telefon: 012-4529714

KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas limpahan rahmat-Nya yang membolehkan kita berjaya menghasilkan buku Laporan Tahunan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Master Trainer dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) Pensyarah IPG Kampus Darulaman, Bil. 1, Tahun 2021. Buku laporan ini merupakan dokumentasi gerak kerja aktiviti tahunan Program TS25 hasil inisiatif jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 pensyarah IPG Kampus Darulaman. Segala aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran dan kepakaran para pensyarah dalam memberikan sumbangan sokongan dan bimbingan profesional kepada guru-guru sekolah TS25. Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula Program Sekolah Transformasi (PST) kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti serta melahirkan modal insan unggul. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di peringkat IPGK yang seiring dengan aspirasi PPPM 2013-2025 dijadikan bahan cetakan dalam bentuk laporan tahunan boleh menjadi sumber rujukan buat semua warga IPG. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penerbitan buku laporan ini atas usaha gigih menyiapkan dan merealisasikannya. Sekian, terima kasih. “IPGKDA: Dinamik dan Kompetitif”

KOL. KEHORMAT (PA) HJ. HASHIM BIN ASMAN Pengarah IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

i

DARI MEJA PENYELARAS TS25 IPG KAMPUS DARULAMAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. buku Laporan Tahunan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Master Trainer dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) Pensyarah IPG Kampus Darulaman buat kali pertama dapat diterbitkan. Buku laporan tahunan ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT di peringkat IPGK Darulaman bagi tahun 2021 termasuklah latihan yang dijalankan terhadap Rakan ELIT Baharu yang dilantik Semua aktiviti ini menepati Kluster 2, Transformasi Institut Pendidikan Guru (2016-2025) yang bermatlamat meningkatkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti pensyarah. Sehubungan dengan itu, aktiviti yang dijalankan bertujuan membangunkan kapasiti Master Trainer (MT) dan Rakan ELIT (RE) pensyarah IPGK aspek kompetensi dalam memberi sokongan dan bimbingan profesional kepada pemimpin dan guru-guru sekolah TS25. Sumbangan kepakaran MT dan RE pensyarah IPGK kepada sekolah TS25 diharapkan akan memberi impak yang sangat besar ke arah kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan yang diberikan oleh semua pihak terutamanya pasukan TS25 IPGK kerana segala aktiviti dapat disesuaikan mengikut keadaan semasa dan berjalan lancar walaupun dalam situasi pandemik Covid-19. Sekalung tahniah buat semua MT dan RE IPGK Darulaman atas kejayaan ini. Semoga usaha kita diberkati-Nya, Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Sekian, terima kasih. “Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGKDA: Serangkai Muafakat Membawa Berkat”

DR. MASHIRA BINTI YAHAYA Penyelaras TS25 IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

ii

KANDUNGAN

Isi Kandungan

Muka Surat

Kata Alu-Aluan Pengarah Dari Meja Penyelaras TS25 Kandungan

i ii iii

BAB 1

PENGENALAN

1

BAB 2

JAWATANKUASA MASTER TRAINER DAN RAKAN ELIT TS25 IPGK DARULAMAN TAHUN 2021

5

BAB 3

SENARAI NAMA SEKOLAH DALAM NEGERI KEDAH DI BAWAH SOKONGAN DAN BIMBINGAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN

9

BAB 4

AKTIVITI-AKTIVITI TS25 MASTER TRAINER DAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN

12

1

Mesyuarat Jawatankuasa Rakan ELIT (RE) Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1 – Kohort 5 Kali 1 2021

12

2

Kiosk TS25 IPGK Darulaman

14

3

Slot TS25: Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK)

16

4

Kursus PLC untuk Pelajar Semester 6

17

5

Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 5 Dan Refreshing Kohort 2-4 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 (Bersemuka)

18

6

Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Kohort 6 Bagi Modul 1-5 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 (Bersemuka)

19

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

iii

7

Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Master Trainer dan Rakan ELIT (Bersemuka)

20

8

Penulisan Buku Case-based Learning (CBL) TS25 Rakan ELIT IPGKDA

21

9

Sokongan dan Bimbingan Instruksional RE IPGKDA ke Sekolah Kohort 5.0 negeri Kedah (Bersemuka dan dalam Talian)

22

10

Aktiviti Profesional Learning Community (PLC) dan Coaching dan Mentoring kepada Guru-Guru Sekolah Bimbingan (Bersemuka)

26

11

Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 6 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 (Bersemuka)

27

12

Kursus Jurulatih Mikrobit (Bersemuka)

28

13

Repository TS25: Platform Google Classroom

29

14

PLC Pembangunan Kapasiti Rakan ELIT Kohort 5.0: Persediaan Sokongan Bimbingan ke Sekolah TS25

30

BAB 5

PENUTUP

31

Sekalung Penghargaan

32

Glosari

33

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

iv

MOTTO TS25 IPGKDA “MASTER TRAINER dan RAKAN ELIT TS25 IPGKDA: Serangkai Muafakat Membawa Berkat”

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

v

LAPORAN TAHUNAN 2021

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang memfokuskan aspek kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi serta modal insan unggul selaras dengan keperluan semasa pendidikan di Malaysia. Melalui TS25, guru-guru hendaklah mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil. 14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25). Program ini bermula pada bulan Jun 2015 dengan Kohort I sebanyak 99 buah sekolah. Lantikan Master Trainer TS25 oleh IPGM pada tahun 2016 setakat ini hanya u kepada pensyarah-pensyarah IPGK yang terawal mengikut latihan program ini. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk Kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk Kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah terlibat dalam program ini. Bilangan sekolah terlibat semakin meningkat menjadi 2880 buah sekolah dengan pertambahan sebanyak 1780 buah sekolah yang melibatkan Kohort 1 hingga Kohort 5. Pelaksanaan Program Transformasi Sekolah memasuki tahun keenam pada tahun 2021 dengan pertambahan sebanyak 2045 buah sekolah menjadikan jumlah keseluruhannya 4925 buah sekolah setakat ini (Pusat Pembangunan Latihan Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2021). Sehingga tahun 2021, jumlah sekolah yang terlibat bagi negeri Kedah adalah sebanyak 364 buah. Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Master Trainer (MT) merupakan lantikan pertama yang juga merupakan Kohort 1.0 pada tahun 2016 dalam Program TS25, manakala lantikan Rakan ELIT baharu IPG pula bermula pada tahun 2017 iaitu Kohort 2.0.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

1

LAPORAN TAHUNAN 2021

Mulai tahun 2020 pelaksanaan Program TS25 diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan sokongan dan bimbingan oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah IPG. Sokongan dan bimbingan diberikan oleh MT dan RE kepada sekolah TS25 mencakupi 8 Modul Teras. 2 modul lagi ialah Modul Elektif. Justeru, adalah menjadi tanggung jawab para RE pensyarah IPG Kampus Darulaman dalam menyokong dan membimbing sekolah-sekolah di bawah program ini sekitar negeri Kedah. Di samping itu, JK IPGK Darulaman juga mempunyai fungsi dan tanggung jawab memberi pendedahan tentang TS25 kepada pelajar-pelajar IPGK sebagai persediaan mereka ke alam profesion perguruan. 1.2 Modul TS25 TS25 mengandungi lapan Modul Teras dan dua Modul Elektif; Modul Teras: Modul 1: Bimbingan dan Pementoran (Coaching and Mentoring) Modul 2: Menerajui Kepimpinan Modul 3: Menerajui Pembelajaran Modul 4: Persekitaran Pembelajaran Profesional Modul 5: Penilaian dan Refleksi Modul 6: Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR) Modul 7: Digital Tools and Resources (DTR) Modul 8: Redesigning Students’ Learning Experience: Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Modul Elektif; Modul 9: Improve With TS25 (Modul Pedagogi Bahasa Inggeris) Modul 10: Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Semua modul tersebut ada menyentuh elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21), Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 3 part lesson, Kefahaman melalui Reka bentuk (KmR), New Pedagogies for Deep Learning (NPDL), Pedagogi Terbeza, Pendekatan Modular, IMPROVE English with TS25 dan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM). Rakan ELIT IPG berperanan sebagai pembimbing modul pedagogi dan memberi sokongan profesional semasa pelaksanaan latihan modul oleh SISC+ kepada Senior Leader Team (SLT)

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

2

LAPORAN TAHUNAN 2021

dan Middle Leader Team (MLT) serta sebagai fasilitator dalam latihan penyebaran TS25 di peringkat IPGK. Banyak cabaran terpaksa dilalui oleh para MT dan Rakan ELIT TS25 IPGKDA dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan terutama ketika situasi pandemik Covid’19. Namun demikian, segala cabaran dapat dilalui dan pelaksanaan disesuaikan dengan pelbagai cara.

KONSEP PROGRAM TS25 “ Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan”

“Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi”

“ Kepimpinan yang berkualiti/ berwawasan ”

“Komitmen komuniti yang padu ”

MATLAMAT TS25: “Penggerak Pembelajaran Bermakna”

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

3

LAPORAN TAHUNAN 2021

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

4

LAPORAN TAHUNAN 2021

BAB 2 JAWATANKUASA MASTER TRAINER DAN RAKAN ELIT TS25 IPGK DARULAMAN TAHUN 2021 2.1 Pengenalan Jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGK Darulaman bertanggungjawab dalam melaksanakan segala tanggung jawab yang diamanahkan berkaitan TS25. TS25 peringkat IPGK Darulaman tahun 2021 berada di bawah Jawatankuasa Transformasi Pendidikan IPGK dan Unit Pembangunan Latihan IPGK. 2.2 Carta Organisasi PENASIHAT TIMBALAN PENGARAH

KETUA SEKTOR KECEMERLANGAN AKADEMIK

KETUA JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK (JKA) KU PENGEMBANGAN DAN PROFESIONALISME AKADEMIK (JKA) PN. NOORASYIKIN BINTI ISMAIL

KU PEMBANGUNAN LATIHAN (UPL) EN. SHERIDEAN BIN ZAKARIA

PENYELARAS TS25 DR. MASHIRA BINTI YAHAYA PEN. PENYELARAS TS25 PN. JUMIAH BINTI MUSTAPA

BENDAHARI PN. HJH. HARLINA BINTI ISHAK

SETIAUSAHA DR. HJH. ROHANI BINTI SEMAN

PEN. BENDAHARI DR. HJH. HASHIROH BINTI HUSSAIN

PEN. SETIAUSAHA CIK ASNIZA BINTI ZAKARIA

SEMAN TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

5

LAPORAN TAHUNAN 2021

KETUA RAKAN ELIT HJ. BUKHARI BIN SHAFIE

PENGURUS PERKONGSIAN AMALAN BAIK DR. SYED KHALID BIN SYED IDRUS

PEN. KETUA RAKAN ELIT DR. MUHAMMAD NIDZAM BIN YAACOB

PEN. PENGURUS DR. MOHD. ZAILANI BIN ISMAIL

RAKAN ELIT TS25

2.3 Senarai Master Trainer Dan Rakan ELIT tahun 2021 SUPER MASTER TRAINER TS25 (SMT): 1. Pn. Jumiah Mustapa RAKAN ELIT TS25 dan CERTIFIED COACH MASTER TRAINER pentauliahan daripada IAB: 1. Dr. Syed Khalid Syed Idrus 2. Dr. Mashira Yahaya 3. Dr. Hjh. Hashiroh Hussain 4. En. Ahamad Jama’ Amin Yang 5. Dr. Mohd. Zailani Ismail 6. En. Mohd Yusri Mohamad Noor BIL

RAKAN ELIT TS25

1 2 3 4 5 6 7

Pn. Jumiah Mustapa Dr. Muhammad Nidzam Yaakob Hj. Bukhari Shafie Dr. Hjh. Noor Zila Md. Yusuf Pn. Suhartina Md Yusop Pn. Hjh. Harlina Ishak Ustaz Azhari Hamzah

8

Dr. Hjh. Hashiroh Hussain

9 10

Pn. Fadilah Othman Tn. Hj. Muhammad Tarmizi Kasim

11

Pn. Sumaiyah Abd. Rahman *

12

Dr. Mashira Yahaya

13

Dr. Syed Khalid Syed Idrus

JAWATAN SMT RE RE RE RE RE RE RE/ MT CC IAB RE RE RE RE/ MT CC IAB RE/ MT CC IAB

TAHUN LANTIKAN 2016

2017

2018

KOHORT 1.0

2.0

3.0

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

6

LAPORAN TAHUNAN 2021

14

Pn. Robiah Hj. Shuib

15

En. Mohd Yusri Mohamad Noor

16

Pn. Nor Sazila Zakaria

17

En. Ahamad Jama`Amin Yang

18

Pn. Haslina Japri

19

Dr. Hj. Mohd Zailani Ismail

20

Ustazah Shabibah Shaufit Affandi

RE RE/ MT CC IAB RE RE/ MT CC IAB RE RE/ MT CC IAB RE

2019

4.0

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

7

LAPORAN TAHUNAN 2021

Sambungan: BIL 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51

RAKAN ELIT TS25 Pn. Hjh. Suhailah Binti Shariff Pn. Hjh. Rohana Binti Osman Dr. Mahaya Binti Salleh Pn. Wan Nornajmiwati Binti Wan Ab Rahman En. Mohamad Roslan Bin Aroff Dr. Hjh. Rohani Binti Seman Cik Asniza Binti Zakaria En. Kamarulnizam Bin Yusoff En. Kumaran A/L Ramayah Saifudin Azam Shah Bin Ahmad Che Mas Binti Saud Ooi Siew Tin Azman Bin Aris Khor Cheng Hoon Dr. Rusmawati Binti Othman ** Nurhidayah Binti Hashim Yang Baizura Binti Abdullah Azhari Bin Mat Salleh Hasim Bin Sa'ari Mohd. Azman Bin Basirun Dr. Wan Fadzli Bin Wan Haron Mohamad Azizi Bin Md Mukhtar Dr. Farihah Binti Hussain Mohamad Hafedz Bin Salleh Farihah Binti Mohd Noor @ Jamil Mohd Hafni Bin Abd. Halim Dr. Fatahiyah Binti Elias Noorazura Binti Mohd Makhtar ** Shamsul Rizal Bin Khalil Noorasikin Binti Ismail Abdul Satar Bin Hamzah

JAWATAN

TAHUN LANTIKAN

KOHORT

RE

2020

5.0

Latihan RE Baharu

2021

6.0

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

8

LAPORAN TAHUNAN 2021

Nota: * Baru tamat belajar dan kembali bertugas di IPGK Darulaman ** Tangguh latihan tahun ini atas sebab-sebab tertentu SMT = Super Master Trainer MT CC IAB = Tauliah Master Trainer Certified Coach daripada Institut Aminudin Baki RE = Rakan ELIT

Rakan ELIT TS25 IPGK juga mempunyai banyak kenangan manis dengan SMT dan MT IPGK yang telah bersara dan berpindah ke IPGK lain atas jasa-jasa yang telah mereka lakukan terhadap IPGK dan IPGM terutama dalam memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Antara yang bersara ialah Dr. Boon Jong Fook (MT), Dr. Hjh. Noraini Abdullah Sani (SMT), Pn. Hjh. Rusyati Hanafiah (MT) dan Pn. Hjh. Norlidar Ab. Hamid (MT), manakala Dr. Azman Fadzil (MT) berpindah ke IPGK Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

9

LAPORAN TAHUNAN 2021

BAB 3 SENARAI NAMA SEKOLAH DALAM NEGERI KEDAH DI BAWAH SOKONGAN DAN BIMBINGAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN 3.1 Senarai Nama Sekolah dalam Negeri Kedah di Bawah Sokongan dan Bimbingan Rakan ELIT IPGK Darulaman Berikut merupakan senarai nama sekolah Kohort 5.0 dalam negeri Kedah di bawah sokongan dan bimbingan Rakan ELIT IPGK Darulaman Kohort 2.0 hingga 4.0 iaitu; BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

NAMA SEKOLAH SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA SMK PERMATANG BONGLAI SMK PAYA KEMUNTING SMK SERI MAHAWANGSA SK KEPALA BATAS SK PAYA KEMUNTING SK BINJAL SK TUNJANG SK SERI BANAI SMK KEPALA BATAS SMK ALOR MERAH SMK SERI AMPANG SMK BUKIT PAYONG SMK LANGGAR SMK TENGKU LAKSAMANA SMK SERI PANTAI SMK DATO' WAN MUHAMMAD SAMAN SK BUKIT PINANG SK PEREMBA SK WAN SULAIMAN SIDIQ SK LANGGAR SK HAJI ISMAIL SK HAJI SALLEH MASRI SK ISKANDAR SK SUKA MENANTI SK WAN ABDUL SAMAD

KATEGORI

DAERAH

SEKOLAH MENENGAH Kubang Pasu SEKOLAH RENDAH

SEKOLAH MENENGAH

Kota Setar

SEKOLAH RENDAH

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

10

LAPORAN TAHUNAN 2021

Sambungan: BIL 27 28 29 30 31 32 33

NAMA SEKOLAH SMK SUNGAI TIANG SK HAJI ABDUL RAHMAN SMK TANJONG PUTERI SMK KUALA KETIL SK KUALA KETIL SK BATU PEKAKA SMK KUALA NERANG

34 35 36

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH

DAERAH Pendang

SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAH

Baling

SEKOLAH MENENGAH

Padang Terap

SK TOH PUAN SHARIFAH HANIFAH

SEKOLAH RENDAH

Padang Terap

SK SERI JERAI SK PINANG TUNGGAL

SEKOLAH RENDAH

Kuala Muda

Aktiviti sokongan dan bimbingan tahun berjalan dengan agak kurang lancar disebabkan halangan dan kekangan yang di luar kawalan dan tidak dapat dielakkan kerana situasi pandemik Covid’19. Berikut pula merupakan senarai nama sekolah Kohort 6.0 dalam negeri Kedah yang baru mula mendapat sokongan dan bimbingan SMT dan Rakan ELIT IPGK Darulaman 5.0 iaitu; BIL

NAMA SEKOLAH

1

SMK TUNKU SOFIAH

2

SMK HOSBA

3

SMK IBRAHIM

4

SMK KUBANG ROTAN

5

SMK ST THERESSA

6

SK DARULAMAN

7

SK DARULAMAN HEIGHT

8

SK JALAN PEGAWAI

9

SK TAMAN UDA

10

SK CONVENT

11

SK SULTANAH ASMA

12

SK IBRAHIM

13

SK SIK

14

SK TELOI TUA

15

SJKT LADANG LUBUK SEGINTIH

16

SJKT LADANG HENRIETTA

17

SK BERIS JAYA

18

SK PADANG CHICHAK

19

SK JITRA 2

20

SK ST ANNE CONVENT

KATEGORI

SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH RENDAH

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

11

LAPORAN TAHUNAN 2021

Senarai nama ini diperoleh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK) dan semua urusan sokongan dan bimbingan ke sekolah TS25 perlu mendapat kebenaran rasmi daripada IPGM, JPNK dan IPGK.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

12

LAPORAN TAHUNAN 2021

BAB 4 AKTIVITI-AKTIVITI TS25 MASTER TRAINER DAN RAKAN ELIT IPGK DARULAMAN Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Master Trainer dan Rakan ELIT IPGK Darulaman tahun 2021 ialah; 4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Rakan ELIT (RE) Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1 – Kohort 5 Kali 1 2021 Tarikh: 18.02.2021 (Khamis) Masa : 2.30 petang Lokasi: Rumah masing-masing pautan Google Meet (kod: ksy-xano-xgq) Kump sasaran: Semua Rakan ELIT IPGKDA Kohort 1-5 Seramai 27 Rakan ELIT IPGKDA Kohort 1-5 telah hadir termasuk seorang SMT. Tiga Rakan ELIT tidak dapat hadir dengan bersebab. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Pendidikan IPGK dan Wakil Ketua Unit Pembangunan Latihan (KUPL). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Penyelaras TS25 IPGK.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

13

LAPORAN TAHUNAN 2021

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

14

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.2 Kiosk TS25 IPGK Darulaman Penggunaan istilah ‘kiosk’ biasanya digunakan dalam urusan jual beli sesuatu barangan atau produk. Dalam hal ini, kiosk TS25 IPGK Darulaman bukanlah gerai atau tempat jual barangan tetapi kiosk TS25 merujuk kepada himpunan bahan-bahan Program Transformasi Sekolah 2013-2025 yang dipamerkan yang merupakan pengantara kepada proses kemenjadian murid iaitu produk modal insan unggul. Ianya merupakan proses jual beli yang tidak ternilai harganya berbanding wang ringgit iaitu modal insan yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah TS25. Proses pengemblengan tenaga ini bukan sahaja menjadi tugas pihak sekolah semata-mata, bahkan melibatkan pegawai-pegawai di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian-Bahagian dalam KPM. Justeru, pelajar-pelajar IPGK Darulaman terutamanya yang merupakan guru-guru pelatih boleh mendapatkan bahanbahan rujukan tentang TS25 di Kiosk TS25 IPGK Darulaman sebagai persediaan diri ke alam pekerjaan nanti. Kiosk ini berada di salah satu sudut di bilik InSiRA, Pusat Sumber IPGK Darulaman iaitu bilik yang mempamerkan pingat, sijil dan inovasi pelajar serta pensyarah IPGK.

KIOSK TS25 TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

15

LAPORAN TAHUNAN 2021

KIOSK TS25

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

16

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.3 Slot TS25: Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) Slot TS25: Objektif Pembelajaran (OP) dan Kriteria Kejayaan (KK) merupakan tajuk yang berkaitan dengan OP dan KK yang terdapat dalam penulisan sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disampaikan dalam Program Sokongan Akademik pada; Tarikh: 03 Februari 2021 (Rabu) Masa: 3.00 petang Sasaran: Pelajar IPGKDA [Sem 6, PITO, PPC BA] dan Guru-Guru Sekolah Tempat: Secara dalam talian. Pautan: Google Meet; Bilik 1: axd-kbbq-mxj Bilik 2: amn-vgbn-itz Bilik 3: mfw=cetm-fiz Penceramah: Dr. Mashira binti Yahaya Program ini berjalan lancar. Boleh layari di https://youtu.be/54bRYfdnNx0

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

17

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.4 Kursus Professional Learning Community (PLC) untuk Pelajar Semester 6 Tarikh: 04 Februari 2021 (Khamis) Masa: 3.00 petang Sasaran: Pelajar IPGKDA Semester 6 Tempat: Secara dalam talian. Pautan: Google Meet Penceramah: Pn. Shabibah Shaufit Affandi

Infomasi berkaitan PLC yang terdapat dalam TS25 ini sangat penting kepada warga guru termasuklah bakal guru TS25 ini merupakan program yang sedang berlangsung di sekolah-sekolah tertentu di seluruh Malaysia yang mana harapan negara pada tahun 2025 semua sekolah menjadi sekolah TS25. Kursus ini berjalan lancar. TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

18

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.5 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 5 Dan Refreshing Kohort 2-4 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 Tarikh: 29.03.2021 – 30.03.2021 Lokasi: Fuller Hotel, Kulim, Kedah. Kump sasaran: Semua RE IPGKDA Kohort 1-5 Bilangan terlibat: 32 RE Hadir Penceramah/Jurulatih: Dr. Mashira Yahaya, Pn Jumiah Mustapa, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Dr Azman Fadzil, Pn. Shabibah binti Shaufit Affandi, En. Mohd Yusri bin Mohamad Noor, Dr. Mohd Zailani bin Ismail dan Dr. Hjh. Hashiroh binti Hussain Peserta: Semua RE IPGKDA Kohort 1-5 IPGKDA Kehadiran peserta sangat memuaskan dan program berjalan dengan lancar.

Urus Setia (UPL)

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

19

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.6 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership And Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Kohort 6 Bagi Modul 1-5 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 Tarikh: 11 dan 12 April 2021 Lokasi: Hotel Star City, Alor Setar, Kedah. Kump sasaran: Semua RE IPGKDA Kohort 6 IPGKDA Bilangan terlibat: 20 RE Hadir. 2 RE tidak dapat hadir bersebab. Penceramah/jurulatih: Dr. Mashira Yahaya, Pn Jumiah Mustapa, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Dr Azman Fadzil, En. Mohd Yusri bin Mohamad Noor, En. Ahamad Jama’ Amin bin Yang, Pn. Suhartina binti Md. Yusop dan Dr. Hjh. Hashiroh binti Hussain Peserta: Semua RE IPGKDA Kohort 6 IPGKDA Kehadiran peserta sangat memuaskan dan program berjalan dengan lancar.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

20

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.7 Majlis penyerahan sijil penghargaan kepada Super Master Trainer, Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 Tarikh: 29 April 2021 (Khamis) Tempat: Bilik Cempaka Masa: 2.30 Petang Penyerahan sijil penghargaan kepada Super Master Trainer, Master Trainer dan Rakan ELIT disampaikan oleh Tn Pengarah IPGK Darulaman dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah IPGK. Terima kasih atas penghargaan yang telah diberikan oleh pihak pengurusan kepada RE TS25 IPGK.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

21

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.8 Penulisan Buku Case-based Learning (CBL) TS25 Rakan ELIT IPGKDA Koleksi ini merupakan himpunan laporan CBL terpilih yang disumbangkan oleh RE Kohort 2.0 hingga RE Kohort 5.0 IPG Kampus Darulaman dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tugasan projek penyelidikan “Case-Based Learning” (CBL) para Rakan ELIT ketika mereka baharu dilantik tersebut telah dibukukan dan diterbitkan dalam bentuk koleksi terpilih Case-based Learning (CBL) Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) TS25 pensyarah IPG Kampus Darulaman. No. ISBN: 978-967-19802-2-4. Koleksi ini membuktikan bahawa suatu usaha penerbitan buku bertujuan mendokumentasikan produk pemikiran yang menjadi satu strategi penting dalam pengurusan pengetahuan pendidikan selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. CBL merupakan tugasan yang perlu dilakukan oleh Rakan ELIT pensyarah IPG yang baharu dilantik menjalankan penyelidikan di sekolah sebagai suatu proses pendedahan awal dalam memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran sebelum membuat bimbingan di sekolah TS25. Laporan asal penyelidikan terpilih yang dihantar oleh para RE dimasukkan semuanya dalam koleksi ini walaupun jika hendak diambil kira dari aspek penyuntingan dan penerbitan sesebuah buku, banyak yang perlu disunting lagi, namun ianya dikekalkan. Hal ini kerana koleksi ini bukan hanya sekadar ditatap dan di baca oleh pensyarah tetapi fokus utama agar ia menjadi sumber rujukan yang bermakna kepada Rakan ELIT yang baharu dilantik pada masa hadapan dalam menjalankan latihan RE. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam koleksi ini ialah, i. Coaching dan Mentoring; ii. Pengurusan PinTaS; iii. Pedagogi Abad ke-21; iv. Pentaksiran; v. Gaya Pembelajaran; vi. PLC, CPD; dan vii. Rancangan Pengajaran Harian (Three-Part Lesson). Bilangan RE yang terlibat seramai 21 RE Kohort 2.0 hingga RE Kohort 5.0 IPGKDA di bawah bimbingan Pn. Jumiah Mustapa, Dr. Mashira Yahaya, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Dr Azman Fadzil, En. Mohd Yusri Mohamad Noor dan Dr. Hjh. Hashiroh Hussain.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

22

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.9 Sokongan dan Bimbingan Instruksional Rakan ELIT IPGKDA ke Sekolah Kohort 5.0 dan Kohort 6.0 Negeri Kedah Tarikh: 05 April 2021 – 11 Mei 2021 (Kohort 5.0 sebelum PKP 3.0); 21 November 2021 – 09 Disember 2021 (Kohort 5.0 dan Kohort 6.0) Lokasi: Sekolah Kohort 5.0 dan Kohort 6.0 negeri Kedah atau lokasi perjumpaan yang ditetapkan. Kump sasaran: Pentadbir (SLT) dan guru-guru (MLT) Sekolah Kohort 5.0 dan Kohort 6.0 negeri Kedah Sokongan profesional dalam bentuk lawatan dan bimbingan para Rakan ELIT IPGK Darulaman melibatkan 18 RE IPGKDA ke sekolah Kohort 5.0, manakala 1 SMT dan 9 RE ke sekolah Kohort 6.0 dalam negeri Kedah. Namun disebabkan PKP di kawasan sekolah yang terlibat, sokongan dan bimbingan (SB) oleh para RE dijalankan di lokasi lain yang ditetapkan masing-masing dan juga melalui dalam talian. Kekangan juga berlaku dengan pihak sekolah yang terlibat dengan Bekerja Dari Rumah (BDR), masalah kesihatan, kuarantin dan sebagainya terutamanya daerah Kota Setar dan Sungai Petani, Kedah. Aktiviti SB ditangguhkan bermula 15 Jun 2021 sehingga 13 September 2021 atas arahan IPGM dan IPGK Darulaman telah mendapat kebenaran daripada pihak JPN Kedah pada 18 November 2021 untuk bergerak memberi SB di sekolah. Rakan ELIT TS25 IPGKDA telah disediakan cop dalam berurusan dengan pihak sekolah.

SK Pinang Tunggai

SMK Ibrahim

SK Langgar TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

23

LAPORAN TAHUNAN 2021

SK Ibrahim

Bersama SISC+ di SMK Alor Merah

SK Convent

Bersama SISC+ di SMK Tg Puteri

SK Sri Jerai

SK Taman Uda

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

24

LAPORAN TAHUNAN 2021

Perbincangan SLT dan MLT, SK Wan Sulaiman Sidiq untuk Melaksanakan Projek KmR

PROJEK KmR: HAIWAN IMAGINASI SK WAN SULAIMAN SIDIQ Kemenjadian Murid, Sekolah Berkualiti (Kolaboratif dalam talian pada musim PKP: Pandemik Covid’19)

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

25

LAPORAN TAHUNAN 2021

Projek KmR: KELASIG Kelulut – Sayur – Ikan - Guppi SK SRI JERAI

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

26

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.10 Aktiviti Professional Learning Community (PLC) dan, Coaching dan Mentoring Tarikh: 04 April 2021 (Selasa) Tempat: PKG Pokok Sena, Kedah Masa: 8.00 Pagi – 2.00 Petang Tajuk: Projek Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) Bersama SISC+ Kota Setar dan guru-guru MLT SK dan SMK daerah Kota Setar dalam aktiviti PLC serta Coaching dan Mentoring. Guru-guru sekolah Kohort 5 negeri Kedah mendapat kefahaman tentang Modul 6 TS25 dengan lebih baik.

MLT SK Peremba (Gambar Depan)

MLT SK Wan Sulaiman Sidiq (Gambar Depan)

PLC dan Coaching & Mentoring: Penyelaras TS25 IPGKDA, SISC+ Kota Setar dan Guru-Guru Sekolah TS25 Daerah Kota Setar TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

27

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.11 Bengkel Pementoran Rakan Educational Leadership and Instructional Team (ELIT) Baharu Pensyarah Bagi Modul 6-8 Kohort 6 Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Tahun 2021 Tarikh: 24.10.2021 – 25.10.2021 Lokasi: Pusat Sumber, IPG Kampus Darulaman. Kump sasaran: Semua RE IPGKDA Kohort 6.0 Bilangan terlibat: 20 RE Hadir Penceramah/jurulatih: Dr. Mashira Yahaya, Pn Jumiah Mustapa, Dr. Syed Khalid Syed Idrus, Pn. Shabibah binti Shaufit Affandi, En. Mohd Yusri bin Mohamad Noor, Dr. Mohd Zailani bin Ismail dan Dr. Hjh. Hashiroh binti Hussain Peserta: Semua RE TS25 Kohort 6.0 IPGKDA Pada peringkat awal, cadangan program ini adalah secara dalam talian. Namun demikian, perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilonggarkan ketika ini. Justeru, program ini dapat dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi Standard Operating Procudure (SOP). Kehadiran peserta adalah sangat memuaskan dan program berjalan dengan lancar. Adalah diharapkan program ini menghasilkan para RE pensyarah yang mempunyai kepakaran dan komited serta mampu untuk menyumbang kepada proses pengembangan, pengaplikasian ilmu dan transformasi dalam bidang pendidikan.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

28

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.12 Kursus Jurulatih Mikrobit Tarikh: 28 Oktober 2021 (Khamis) Tempat: Bilik Berlian, Pusat Sumber IPGKDA Kehadiran: Semua Rakan ELIT IPGKDA. Semua RE dapat hadir kecuali pensyarah yang terlibat dengan aktiviti utama lain pada tarikh yang sama.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

29

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.13 GOOGLE CLASSROOM Repository Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGK DARULAMAN GOOGLE CLASSROOM Repository Master Trainer dan Rakan ELIT TS25 IPGK Darulaman dibangunkan oleh Penyelaras TS25 dan diselenggarakan oleh Dr. Hashiroh serta dibantu oleh AJK RE IPGK. Repository ini merupakan platform yang menyimpan segala bahan maklumat berkaitan TS25 yang boleh menjadi rujukan para RE IPGK.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

30

LAPORAN TAHUNAN 2021

4.14 PLC Pembangunan Kapasiti Rakan ELIT Kohort 5.0: Persediaan Sokongan Bimbingan ke Sekolah TS25 Tarikh: 25 November 2021 (Khamis) Masa: 11.00 pagi – 1.00 petang Tempat: Bilik 1 Berlian Pusat Sumber IPGK Darulaman Penceramah: Pn. Jumiah Mustapa (SMT) Program ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi potensi, bakat dan kualiti Rakan ELIT pensyarah sebagai persediaan sokongan dan bimbingan di sekolah TS25 melalui aktiviti sharing session. Hasil perbengkelan dan perkongsian ini diharapkan penambahbaikan dan keupayaan Rakan ELIT yang baharu dapat membuat penyebaran kepada pengetua dan guru besar yang dilantik dalam sekolah Kohort 6.0 Program Transformasi Sekolah di seluruh negeri Kedah pada tahun 2021.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

31

LAPORAN TAHUNAN 2021

BAB 5 PENUTUP Adalah diharapkan agar Rakan ELIT IPGK Darulaman mempunyai komitmen dan semangat yang tinggi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pengetahuan yang diperoleh daripada latihan boleh dipraktikkan semasa melaksanakan sokongan profesional melalui lawatan bimbingan di sekolah TS25. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak dan sokongan yang padu daripada pihak pengurusan IPGK dan IPGM menjadi faktor yang sangat penting dalam meningkatkan motivasi kerja amanah ini.

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

32

LAPORAN TAHUNAN 2021

SEKALUNG PENGHARGAAN Kementerian Pendidikan Malaysia Institut Pendidikan Guru Malaysia Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Pusat Sumber, IPGK Darulaman Jawatankuasa TS25 IPGK Darulaman SMT, MT dan semua Rakan ELIT IPGKDA Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam setiap program yang telah dijalankan oleh RE IPGK Darulaman dan penghasilan buku Program TS25 ini

TERIMA KASIH

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

33

LAPORAN TAHUNAN 2021

Glosari KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia

IPGM

Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPGK

Institut Pendidikan Guru Kampus

BPG

Bahagian Profesionalisme Guru

IAB

Institut Aminudin Baki

JPN

Jabatan Pendidikan Negeri

PPD

Pejabat Pelajaran Daerah

MT

Master Trainer

RE

Rakan ELIT (Educational Leadership and Instructional Team)

SLT

Senior Leader Team

MLT

Middle Leader Team

TS25

Transformasi Sekolah 2025

PBD

Pentaksiran Bilik Darjah

CC

Certified Coach

PPPM

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KPPB

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

34

LAPORAN TAHUNAN 2021

TS25 Master Trainer dan Rakan ELIT Pensyarah IPGK Darulaman

35

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.