Light Pink Romantic Ebook Cover (1) Flipbook PDF

Light Pink Romantic Ebook Cover (1)

40 downloads 99 Views 26MB Size

Story Transcript

KEPELBAGAIAN KEBUDAYAAN DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN

ALYA ADRIANA BINTI ROSDA 29DUP21F1012

NUR SALSABELA BINTI HADI 29DUP21F1036

QISTIENA ELIYA BINTI MOHD EZRI NIZAM 29DUP21F1042

PENDAHULUAN

Jumalah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India.

Negeri Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masingmasing dengan budaya serta warisa n yang unik dan tersendiri

K A U M M E L A Y U

Kumpulan etnik terbesar di malaysia. Beragama islam dan mengamalkan kebudayaan melayu. Berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan melayu. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya..

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Baju Melayu Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Kaum Melayu dan ia terdiri daripada dua jenis iaitu Baju melayu Cekak Musang dan Baju melayu Teluk Belanga.Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara, dan juga bagi menunaikan sembahyang jumaat

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU

Baju Kurung Baju Kurung dianggap popular dan dipakai oleh Kaum Perempuan melayu.Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti 'mengurung atau menutup' anggota tubuh.Cara ini menepati konsep pakaian cara melayu setelah kedatangan islam, sehinggalah istilah 'kurung' diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.

PERAYAAN KAUM MELAYU

Hari Raya Aidilfitri

Perayaan masyarakat Melayu dan penganut agama islam. Ucapan "Selamat Hari Raya " dan kemaafan dipohon , menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

raya" memeriahkan lagi Tradisi memberi "duit suasana. Rumah terbuka akan diadakan bagi menjemput tetamu datang berkunjung.

PERAYAAN KAUM MELAYU Hari Raya Haji/ Hari Raya Aidiladha Disambut pada hari ke 10,11,12, dan 13 bulan zulhijjah setiap tahun. Ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih dan dibahagibahagikan kepada orang ramai terutama kepada golongan fakir miskin.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Nasi Lemak

Ketupat

Satey

Redang

KAUM CINA

Kumpulan etnik kedua terbesar di Malaysia Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Tiga kumpulan kecil kaum ini yang berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanah air di Johor

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT CINA

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan sam foo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera

Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional- Nama "Cheongsam" bererti "pakaian panjang", diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris dari dialek Propinsi Guangdong (Canton) di Tiongkok

AGAMA MASYARAKAT CINA

Agama ke dua terbesar di Malaysia. Majoriti penganut dari etnik Cina Asal Usul Diasaskan oleh Siddharta Gautama Sumber Lebih mementingkan aspek moral

PERAYAAN KAUM CINA

Perayaan Kaum Cina tahun baru disambut besar besaran oleh kaum cina Menandakan kedatangan tahun baru menurut kalendar Cina. Pemberian 'angpau' juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni

Perayaan Kaum Cina Pesta Tanglung atau Perayaaan Kuih Bulan Disambut pada hari ke15 bulan kelapan dalam kalendar Cina Amalan memberi kuih bulan kepada rakanrakan dan saudara-mara adalah bertujuan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan kuih bulan dianggap sebagai lambang penghormatan di dalam masyarakat Cina Kanak-kanak akan mengangkat tanglung pada malam tersebut

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

- KUIH BAKUL - BAKCANG - TANGYUAN

KAUM INDIA

Kaum India Kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu penjajahan British pada zaman dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, Sistem kasta yang diamalkan di India Kebanyakan beragama Hindu, Mereka turut membawa budaya mereka yang unik serta pembinaan kuil, makanan pedas dan pakaian sari yang mewah

PAKAIAN TRADISIONAL

Pakaian Tradisional Hindu Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan.. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran 1meter hingga 2 meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai baju yang ketat dan singkat Kemudian sari dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Pakaian Tradisional Hindu Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut. Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu Kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.

AGAMA MASYARAKAT INDIA

Latar belakang Agama Masyarakat Hindu. Dianuti oleh sebahagian besar masyarakat India iaitu Upanishad, Ramayana Asal usul Mengalami evolusi semasa zaman tamadun Lembah Indus Mahabharata Membentuk etika Objektif untuk Hindu Mencapai Moksha Sumber Kitab Veda (Rig. Sama, Yajur, & Atharva)

PERAYAAN KAUM INDIA

Hari Deepovali lanya disambut di bulan gelap bernama 'aippasi' pada bulan Oktober dan November Bermaksud 'sebarisan pelita' dan dengan memasang pelita, Penganut Hindu percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, - Keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan Kebanyakan rumah, 'rangoli' iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni ialah untuk menyambut tetamu di hadapan rumah

HARI THAIPUSAM Hari Thaipusam Disambut oleh kaum India yang beragama Hindu untuk menghormati dewa Hindu, Dewa Murugam. Dirayakan pada bulan "Thai" iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil la merupakan hari menunaikan nazar atau memohon ampun di atas dosa dosa yang telah dilakukan selama ini Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA

MURUKKU

KARI

ROTI CANAI

SABAH

KADAZAN DUSUN Merupakan penduduk majoriti negeri Sabah: Terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun,mereka digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan budaya yang sama Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan Etnik kadazan tinggal di kawasan lembah dan secara tradisi terlibat dalam penanaman padi

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT KADAZAN DUSUN

Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang lelakinya memakai baju gaung . Contoh seluar souva , bengkung toogot dan pakaian kepala yang disebut siga' . Wanita memakai baju pendek sinuangga , kain labuh tap dan selendang batik dilengkapi tali pinggang

AGAMA MASYARAKAT KADAZAN DUSUN

Latar Belakang - Agama Kristian menganggap JESUS sebagai jelmaan tuhan Penganut Kristian percaya kepada doktorin triniti iaitu Tuhan , Anak Tuhan dan Rak Kudus Asal - Usul - Mazhab daripada kepercayaan orang Yahudi yang menerima JESUS sebagai kristus Sumber -Bible ada perjanjian lama dan baru

PERAYAAN ORANG KADAZAN DUSUN

Pesta Kaamatan (Tuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai perayaan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. bermaksud "ketua paderi". Pesta Kaamatan untuk Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

MUZIK ORANG KADAZAN DUSUN

SOMPOTON Merupakan sejenis alat muzik tiupan dalam kategori Erofon. Ia dikatakan berasal dari negeri Sabah. Sompoton diperbuat daripada labu kering dan paip buluh. Sebanyak lapan batang paip buluh diikat bersama dalam dua baris iaitu empat batang paip buluh bagi setiap baris dan dimasukkan ke dalam labu kering. Setiap paip buluh mempunyai nama tersendiri.

PERMAINAN ORANG KADAZAN DUSUN

BINSULONG Binsulong ialah permainan tradisional kaum Kadazandusun. Terdapat tali "terperangkap" di dalam lingkaran rotan gelung dua dan anda perlu menariknya keluar tanpa memotong tali.

SARAWAK

Iban Terkenal dengan pua kumbu iban, kain songket Melayu Sarawak dan pelbagai perhiasan tradisional. Tinggal dirumah panjang , iaitu rumah komuniti tradisional yang boleh memuatkanantara 20 hingga 100 buat keluarga yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan ditepi jalan raya.

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT IBAN Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas Kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggan dan celah kangkang. Wanita iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaanya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang berwarna-warni.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM IBAN

Umai Umai merupakan hidangan yang berasaskan ikan mentah dengan campuran beberapa bahan seperti bawang merah, cili, garam dan perahan limau untuk menghasilkan rasa yang enak. Ia juga boleh dihasilkan menggunakan udang ataupun sotong.

Kemiding atau Midin



Sebut sahaja sayur midin, pastinya ramai mengenalinya terutama sekali masyarakat Sarawak. Namun, jika ianya disebut dengan nama kemiding, mungkin juga ada yang terpinga – pinga tidak mengenali.

PERAYAAN KAUM IBAN HARI GAWAI :

Dirayakan setiap tahun pada 1 Jun oleh orang Dayak di Sarawak, Hari Gawai atau Gawai Dayak adalah perayaan kesyukuran dan menuai menandakan hasil yang melimpah dan perancangan prospek masa depan.

ORANG ASLI

Terdapat lebih daripada 370 juta orang asli yang tersebar di 70 negara di seluruh dunia. Mereka juga terdiri daripada tiga etnik iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Setiap suku kaum ini dibahagikan kepada enam kumpulan etnik dan mereka bercakap pelbagai bahasa selain dialek Melayu tempatan.

PERAYAAN ORANG ASLI

Setiap 21 Jun, beribu-ribu Orang Asal menyambut Hari Orang Asli Kebangsaan (NIPD). Hari istimewa untuk mengiktiraf warisan unik, budaya yang pelbagai dan pencapaian cemerlang Kenduri Tradisional Negara Pertama adalah adat bagi lelaki yang dipilih oleh ketua pelayan, untuk menghidangkan makanan kepada wanita dan kanak-kanak.

MAKANAN TRADISIONAL ORANG ASLI Ayam masak buluh (ayam masak dalam buluh) adalah satu daripada persediaan yang lebih popular. badan.

Sayur meranti merupakan salah satu jenis sayuran yang popular dalam masakan Orang Asli Semai dan Temuan

MUZIK ORANG ASLI

Genggong adalah sejenis kecapi yahudi yang digunakan dalam muzik Bali. Ia terdiri daripada bingkai kayu dan lidah yang dipotong daripada sekeping tunggal batang daun pokok aren. Hujung kiri dipegang kuat pada pipi, manakala tali yang diikat pada hujung kanan disentak secara berirama untuk menggerakkan lidah (berbeza dengan kecapi rahang lain di mana lidah itu sendiri dipetik untuk menghasilkan bunyi). Harmonik yang berbeza dihasilkan dengan menyebut bunyi vokal yang berbeza.

TARIAN ORANG ASLI

Tarian Sewang popular dan sinonim dengan masyarakat Orang Asli. Tarian ini pada asalnya diadakan untuk tujuan perubatan, tetapi hari ini tarian ini sering dipersembahkan pada majlis-majlis keraian seperti Sambutan Hari Orang Asli.

PERMAINAN ORANG ASLI

Kercang ialah sejenis mainan tradisional Melayu lama. Alat permainan ini biasanya diperbuat daripada rotan yang disusun berlapis-lapis mengikut tahap kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti dengan peringkat kedua, ketiga dan seterusnya.

PAKAIAN TRADISIONAL

Orang Asli Malaysia Barat masih memakai pakaian daripada bahan semula jadi, selalunya daripada kulit pokok dan skirt Pelepah daun kadangkala dibuat ikat kepala atau hiasan lain. Mereka memakai kain tenun tangan serta kain kulit pokok. Manik dan bulu digunakan untuk hiasan

PENUTUP

Secara keseluruhannya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.