MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN_KUMPULAN 5 Flipbook PDF

MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN_KUMPULAN 5

73 downloads 99 Views

Story Transcript

MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (Awal Matematik) Hubungan Keluarga, Komuniti dan Budaya Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak (KAQ 3073) AHLI KUMPULAN 5 JAMILAH BINTI MOHAMMAD SHAARI (D20191088705) NUR SARAH BINTI MOHD FIRDAUS OOI (D20191088694) NUR ZAWANAH BINTI ALI (D20191088693) NURUL HUSNA BINTI MOHAMAD SUPIAN (D20191088748)

PENGENALAN Matematik Awal membekalkan pengalaman awal matematik termasuk pranombor, konsep nombor kepada murid prasekolah. Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Matematik Awal, murid boleh: 1. Memupuk minat dalam matematik melalui pelbagai aktiviti dan pengalaman seharian. 2. Menguasai konsep asas matematik. 3. Meningkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah. Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu: 1. Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut: a) Memadan benda yang berpasangan yang sama seperti kasut. b) Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama seperti sudu dan garpu. c) Memadan bilangan objek dengan simbol nombor.

OBJEKTIF & SASARAN Mengenal pasti empat warna dengan betul. (Kognitif)



Mengasingkan objek (bijirin) mengikut warna pada kad imbasan dengan yakin. (Afektif)



Menyusun objek (bijirin) berdasarkan angka pada kad imbasan 1 hingga 10 menggunakan sudu. (Psikomotor)

KONSEP Modul pembelajaran ini akan dapat; Memberi pendedahan kepada kanak-kanak berkaitan konsep awal nombor seperti nombor 1 hingga 10. Mengenalkan kanak-kanak kepada warna asas seperti warna merah, biru, kuning dan hijau. Menguji kemahiran motor halus kanak-kanak seperti memegang sudu dengan betul.

PANDUAN IBU BAPA / PENJAGA Mohon kerjasama ibu bapa untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya dapat memastikan aktiviti pembelajaran berjalan dengan lancar. Kerjasama tuan/puan dalam memastikan anakanak jagaan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran melalui modul ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Aktiviti pembelajaran mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan berdasarkan modul ini.

Rancangan Pengajaran Aktiviti Mengenal Nombor

Tarikh: 10 November 2022 Masa: 9.30 pg-10.00 pg Tema: Nombor

Hari: Isnin Umur: 5 tahun Bil. Kanak-Kanak: 1 Sub Tema: Mari Mengenal Nombor Tunjang (KSPK): Matematik Awal Standard Pembelajaran (KSPK): MA 2.1.1 Menyebut nombor 1 hingga 10 mengikut urutan. Pengetahuan Sedia Ada: Kanak-kanak sudah mengetahui nombor 1 hingga 10. Hasil Pembelajaran: Pada akhir aktiviti ini, kanak-kanak dapat; Mengenal pasti empat warna dengan betul. (Kognitif) Mengasingkan objek (bijirin) mengikut warna pada kad imbasan dengan yakin. (Afektif) Menyusun objek (bijirin) berdasarkan angka pada kad imbasan 1 hingga 10 menggunakan sudu. (Psikomotor)

Senarai BBM/ Alat: Komputer riba, video klip (Youtube), Fruity Pebbles (makanan bijirin), pinggan berwarna, sudu, kad imbasan berwarna, kad imbasan nombor 1 hingga 10.

RPA



Strategi PdP

Aktiviti PdP

Set Induksi (5 minit)

Nyanyian: Lagu KanakKanak “Mengenal Nombor 1-10” https://yout u.be/ViCpkm _UazU





1. Pendidik beramah mesra dengan kanakkanak terlebih dahulu. 2. Pendidik menarik perhatian kanakkanak dengan memasangkan video klip lagu kanak-kanak

iaitu Mengenal Nombor 1-10 daripada aplikasi Youtube. 3. Kanak-kanak bersemangat dan menyanyi lagu 1 hingga 10 tersebut bersama-sama dengan gembira.

Catatan

KB: Menganalisis Contoh soalan: Adakah kamu ingat nombor 1 hingga 10? BBM: Video Klip (Youtube)

RPA

Langkah 1 (7 minit)



Strategi PdP

Teknik: Penerangan



Aktiviti PdP 1. Pendidik menunjukkan kad imbasan yang pelbagai warna dan menerangkan warna melalui kad imbasan kepada kanak-kanak. 2. Seterusnya, pendidik bertanya kepada kanak-kanak berkaitan warna kegemaran mereka. 3. Kemudian kanakkanak akan

menyatakan warna kegemaran mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak menjawab mereka menyukai warna biru. 4. Pendidik meminta kanak-kanak untuk mencari objek berwarna biru yang boleh mereka dapati di sekeliling mereka seperti bola biru.

Catatan

KB: Memahami Contoh soalan: Kad ini berwarna apa? BBM: Kad imbasan berwarna HP 1



RPA

Langkah 2 (7 minit)



Strategi PdP

Teknik: Tunjuk Cara



Aktiviti PdP 1. Pendidik menyusun empat pinggan berlainan warna di atas meja. 2. Pendidik menunjukkan demonstrasi aktiviti bagi langkah 2 kepada kanak-kanak. 3. Kemudian pendidik meminta kanak-kanak mengasingkan bijirin mengikut warna pada

pinggan. 4. Kanak-kanak akan mengasingkan bijirin berlainan warna mengikut warna pinggan yang disediakan. 5. Kanak-kanak memegang sudu lalu mengasingkan bijirin ke dalam pinggan yang disediakan.

Catatan

KB: Menganalisis BBM: Pinggan berwarna biru, merah, hijau & kuning, sudu & bijirin Fruity Pebbles

HP 2

RPA



Strategi PdP

Aktiviti PdP

Langkah 3 (8 minit)

Teknik: Mengaplikasi aktiviti

1. Pendidik meletakkan kad imbasan bernombor di sebelah pinggan (1 hingga 10) 2. Kemudian, pendidik meminta kanak-kanak menyebut nombor pada kad imbasan. 3. Seterusnya, pendidik meminta kanak-kanak untuk menyusunkan bijirin mengikut

bilangan pada kad imbasan ke dalam pinggan menggunakan sudu. 4. Sebagai contoh :Nombor 1 = 1 bijirin Nombor 2 = 2 bijirin Nombor 3 = 3 bijirin Nombor 4 = 4 bijirin Nombor 5 = 5 bijirin Nombor 6 = 6 bijirin Nombor 7 = 7 bijirin





Catatan

KB: Menganalisis BBM: Kad imbasan bernombor, pinggan & bijirin Fruity Pebbles. HP 2

NT: Kegembiraan

RPA

Penutup (3 minit)



Strategi PdP

Teknik: Bersoal jawab



Aktiviti PdP 1. Pendidik bersoal jawab dengan kanakkanak tentang apa yang sudah dipelajari sebentar tadi. 2. Kanak-kanak cuba untuk menjawab

soalan yang diberikan oleh pendidik. 3. Pendidik mengucapkan tahniah kepada kanak-kanak kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti dengan cemerlang.

Catatan

KB: Menilai Contoh soalan: Apakah nombor selepas

nombor 5? Apakah nombor sebelum nombor 8?

LAMPIRAN BBM

Video Klip (Youtube)

Komputer Riba

Set Induksi

LAMPIRAN BBM

Kad Imbasan Berwarna

Langkah 1

LAMPIRAN BBM

Pinggan Berwarna

Sudu

Langkah 2

Bijirin Fruity Pebbles

LAMPIRAN BBM

Pinggan

Pinggan Bernombor

Langkah 3

Bijirin Fruity Pebbles

LEMBARAN KERJA

SELAMAT MAJU JAYA

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.