NOTA KULIAH 1 DME 3323 INTRODUCTION TO TRACTOR MECHANICS Flipbook PDF

PENGENALAN KEPADA MEKANIK TRAKTOR (INTRODUCTION TO TRACTOR MECHANICS)

25 downloads 104 Views 2MB Size

Recommend Stories


Introduction to law
Irish Court and Legal System. Constitution. Constitutional Rights. Doctorine of Precedent. Damages

Notes. Preface. 1 Introduction
Preface 1. R. Evan Ellis, China: The Whats and Wherefores (Boulder, CO: Lynne Rienner Publishers, 2009). 2. Ibid. 3. R. Evan Ellis, The Strategic Dime

Section 1: Introduction
Name: ______________________________________________________ Date: _____________________________ Period:___________ Section 1: Introduction La vasta

Introduction to the History of Argentine Tango
Trad 104: Issues in Latin American Society & Popular Culture Introduction to the History of Argentine Tango Guest Lecturer: Derrick Del Pilar 10/29/0

Story Transcript

NOTA KULIAH 1 SEMESTER SEMESTER 3 TAHUN 2022 JABATAN JABATAN TEKNOLOGI MEKANIKAL DAN PEMBUATAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO KOD / KURSUS DME 3323 MECHANICS OF TRACTORS KOMPETENSI 1.0 INTRODUCTION OF TRACTOR MECHANICS 1.1 Principles of tractor mechanics 1.1.1 State limited factor in operating farm tractor 1.1.2 Identify the mechanics parameters effect on tractor performance 1.2 Identify components of tractor mechanics HASIL PEMBELAJARAN 1. Identify the power delivery system of the tractor according to the manufacturers’ manual (C2, PLO1) 2. Assemble the implement parameters to a suit with a tractor power conditions (P3, PLO2) 3. Comply the implement-tractor matching with operation manual (C3, PLO11) NO KOD DME 3323 MUKA : 01 DARIPADA 07 KOD JPK TIADA NAMA PENSYARAH PUAN NOORWARNI BINTI MOKHTAR / PUAN NUR LEENNA BTE ABDUL RAHMAN NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH: ………………………………… (PN NUR LEENNA BTE ABDUL RAHMAN) PENTAKSIR/ PENYELARAS KURSUS TARIKH : ………………………………… (NOORWARNI BINTI MOKHTAR) KETUA JABATAN TARIKH :


PENGENALAN KEPADA MEKANIK TRAKTOR (INTRODUCTION TO TRACTOR MECHANICS) 1.1 Definisi Mekanik bermaksud bidang sains yang berkenaan dengan tingkah laku fizikal yang tertakluk dengan daya atau sesaran, dan kesan seterusnya terhadap persekitaran. Mekanik traktor pula bermaksud kajian berkaitan dengan pergerakan bahagianbahagian traktor apabila dikenakan daya dan sesaran. Ianya memerlukan pengetahuan berkenaan dengan asas mekanik (basic mechanics), analisis tekanan (stress analysis), mekanik tanah (soil mechanics) dan elemen penghantaran kuasa (power transmission elements). Daya (Force) Tindakan dimana menyebabkan pergerakan atau pertukaran pergerakan sesuatu objek. F = MA Dimana F adalah daya (force), N M adalah berat (mass), kg A adalah pecutan graviti (gravity acceleration), m/s2 Daya diperlukan untuk menarik mesin di padang yang dikenali sebagai draf (N @ N/m). Kerja (Work) Tindakan sesuatu daya pada sesuatu jarak. W = F x D W adalah kerja (Work), J F adalah daya (force), N D adalah jarak (distance), m 1 joule = 1N x 1 m


Kuasa (Power) Kuasa adalah kadar melakukan kerja. P = (F x D) / T Dimana P adalah kuasa (power) dalam watts, W F adalah daya (force), N D adalah jarak (distance), m T adalah masa dalam saat (seconds), s 0.75 kW = 1 hp. Kuasa Drawbar adalah kuasa yang diperlukan untuk menarik implement dan dikira sebagai: Pd= (F x S)/C Diaman Pd adalah kuasa drawbar, kW F adalah draf implement @ daya tarikan traktor, kN S adalah kelajuan traktor, km/hr C adalah tetap (malar) 3.6 1.2 Sistem penghantaran biasa untuk traktor konvensional Rajah 1 Sistem penghantaran biasa untuk traktor konvensional


Roda berpusing pada permukaan yang keras P = H –R P = daya tarikan drawbar (N), H = daya tarikan akibat tindak balas tanah (N), R = rintangan pusingan (N), Tw= torque roda pemacu (Nm), Nw= kelajuan putaran roda (rpm), Te= torque enjin (Nm), V = halaju (m/s) P dan H akan ditentukan sebagai satu fungsi slip Drawbar


• Torque input: putaran input roda pacuan ditukar kepada daya output (linear) daya atau tarikan drawbar Tarikan Drawbar < Torque input / Radius putaran • Rintangan golekan (R): daya pergerakan yang bertengan dengan roda yang wujud daripada tenaga tidak boleh diubah pada permukaan dan roda • Daya tarikan traktor (F): tindak balas mendatar pada roda yang digerakkan oleh tanah; bertentangan dengan daya mendatar yang dihasilkan oleh roda di atas tanah. Roda traktor menjana daya tarikan dengan bertindak balas menolak tanah. • Tarikan drawbar (P): daya mendatar pada gandar yang dihasilkan oleh roda pemacu, ia boleh dianggap bahawa: Tarikan drawbar (P) = Daya tarikan – Rintangan golekan • Daya tunda: daya untuk menggerakkan roda bergolek bebas di atas permukaan dan ianya adalah sama dan bertetangan dengan rintangan golekan. • Beban menegak (W): daya menegak atau beban pada gandar • Kelajuan perjalanan (V): halaju linear roda yang dipacu Dimana: V = halaju perjalanan, m/s D = diameter roda pemacu, m Nw = halaju putaran roda yang dipacu, rev/s Ne = Kelajuan enjin, rev/s q = nisbah transmisi keseluruhan Traktor boleh menggerakan implemen jika: i. Ia mempunyai kuasa enjin yang mencukupi ii. Roda pemacunya mempunyai daya tarikan yang mencukupi


Roda traktor menahan tanah dan meletakkan bebannya ke permukaan tanah. Roda hadapan traktor dimana tidak dikuasakan dalam gambarajah: Tanah menahan bebas pada roda ini dengan daya terhadap roda yang bersentuhan dengan tanah. Roda belakang traktor yang mana mempunyai kuasa dalam gambarajah: Tanah dibawah roda ini mestilah: i. Menyokong beban menegak disebabkan oleh berat dan sumber lain. ii. Menahan kesan putaran disebabkan oleh kuasa enjin pada roda dan usaha dalam mengatasi daya tarikan implement pada drawbar. Kaedah menyangkut (hitching) Implement secara amnya disangkut pada dan beroperasi bersama traktor dalam satu daripada empat cara: ditarik (single-point hitch), dipasang penuh (three-point hitch) dan separa pasang (two-point hitch).


RUJUKAN / REFERENCES: Macmillan, R. H. (2002). The Mechanics of Tractor - Implement Performance Theory and Worked Examples: A Textbook for Students and Engineers. http://www.eprints.unimelb.edu.au Nazmi, M. N. (2019). Mechanics of Tractor. Nota Kuliah Universiti Putra Malaysia.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.