PAMERAN SEMASA - SOROTAN 2022 Flipbook PDF

PAMERAN SEMASA - SOROTAN 2022

44 downloads 123 Views 17MB Size

Story Transcript

TAHUN 2022 merupakan tahun yang penuh dengan suka dan duka. Tidak dinafikan masyarakat seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran dan mengalami beberapa peristiwa penting yang memberi impak besar kepada kepada kehidupan masing - masing. Antaranya, Tragedi Tanah Runtuh Batang Kali, banjir besar di Baling, Kedah serta perubahan landskap politik negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Tidak ketinggalan juga berita-berita luar negara iaitu kemangkatan Ratu Elizabeth II, pemerintah Britain yang paling lama bertakhta yang mangkat pada usia 96 tahun dan Putera Charles menaiki takhta sebagai Raja Britain. Tahun 2022 juga menyaksikan isu kemanusian dan ketenteraan masih berterusan seperti situasi perang antara Ukraine-Rusia dan kekejaman rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Bagi bidang sukan, acara utama semestinya Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Argentina menjadi juara dunia buat kali 3.


APRIL Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memerintahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahmad Razali membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella. Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyita rumah kebajikan yang dikendalikan wanita berkenaan yang terletak di Jalan Kukuban, Setapak. Hal ini kerana rumah yang beroperasi di Jalan Kukuban itu tidak berdaftar dengan JKM dan beroperasi secara haram sejak 2019.


OGOS Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta (AS$65.3 juta) yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. Oleh itu, bekas Perdana Menteri itu gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta dan terpaksa menjalani hukuman penjara bermula pada hari yang sama. Panel lima hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Najib sememangnya tidak konsisten dan gagal menimbulkan keraguan munasabah.


JULAI Banjir kilat di daerah Baling mengakibatkan 12 kampung dan 627 penduduk terjejas ekoran bencana itu. Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak, dan Kampung Chenerai. Kejadian banjir itu turut meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil. Difahamkan, punca awal banjir kilat ini adalah kerana ban penyimpanan air takungan bagi ladang durian Musang King di atas bukit oleh kerajaan Kedah pecah.


DISEMBER Kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lepas ialah kejadian kedua terbesar melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa. Tragedi pada kira-kira 2.30 pagi itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 lagi terkorban, susulan tanah runtuh sehingga menimbus kawasan perkhemahan. Kejadian menyayat hati itu meragut nyawa 18 orang dewasa dan 13 kanak-kanak.


DISEMBER Dianggarkan lebih 100 rumah di perkampungan atas air roboh akibat dipukul ombak dan angin kencang dalam kejadian di Jalan Buli Sim-Sim Kampung Forest, di sini, pada malam Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 itu, dianggarkan 500 rumah turut terancam berikutan fenomena air pasang di kawasan berkenaan. Lebih 200 mangsa dilaporkan terjejas membabitkan penduduk kampung Forest dan ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Anib Dua.


OKTOBER Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membuka laluan kepada PRU15. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November manakala hari pengundian awal ialah pada 15 November ini.


NOVEMBER Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10. Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara. "Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. "Ia selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.


Isu kekurangan bekalan telur dan minyak masak paket, yang masih membelenggu masyarakat sehingga kini di seluruh negara turut diakui sendiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Isu kekurangan bekalan telur dan minyak masak polibeg terus berlanjutan hampir setahun meskipun pelbagai tindakan telah diambil kerajaan sebelum ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pertanian akan mengumumkan harga baharu telur bagi mengurangkan kebergantungan bekalan telur kepada kartel.


MAC Kerajaan hari ini bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000. Dalam sidang media khasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.


SEPTEMBER Pada pertengahan September lalu satu Malaysia digemparkan dengan kes penculikan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu. Mangsa kemudian berjaya diselamatkan pada akhir bulan yang sama. Seorang peniaga didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menculik seorang wanita, pada 13 September lalu. Bagaimanapun, tertuduh, Chek Norhafizzi Chek Nor, 31, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.


NOVEMBER Pembinaan Merdeka 118, iaitu menara kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, akan memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dengan menjadi pemangkin baharu ekonomi bagi Kuala Lumpur. Menara Merdeka 118 dengan ketinggian 678.9 meter membawa semangat Keluarga Malaysia kerana memberi peluang masyarakat setempat membangunkan perniagaan.


FEBRUARI Presiden Rusia Vladimir Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine, dan ibu negara Kyiv. Menteri Luar Ukraine mengesahkan bahawa Putin baru saja melancarkan pencerobohan besar - besaran ke atas negara itu. Percubaan Putin untuk melukis semula peta Eropah boleh membawa kepada konflik paling dahsyat di benua itu sejak perang Dunia II.


SEPTEMBER Pemerintah paling lama dalam sejarah dunia moden, Ratu Elizabeth II mangkat pada tengah hari Khamis (waktu tempatan) di Istana Balmoral, Scotland, menurut kenyataan Istana Buckingham. Ratu Elizabeth II menghembuskan nafasnya terakhirnya disisi ahli keluarganya di Balmoral, Scotland, dalam usia 96 tahun tempatnya menghabiskan sisa-sisa kehidupan sebahagian besar pada musim panas.


Tahun 2022 sudah menjadi sejarah. Segala kisah suka duka, gundah gulana telah terukir sebagai catatan dalam lipatan sejarah tahun 2022. Segala kisah duka yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran yang tidak akan lagi berulang pada tahun 2023. Segala isu - isu kemanusian yang masih lagi berterusan seperti isu jaminan bekalan makanan, isu kos sara hidup yang tinggi, isu risiko kesihatan awam perlu diatasi segera kerana ia membabitkan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya. Harapan kita sebagai rakyat Malaysia semoga barisan kepimpinan kerajaan perpaduan ini mempunyai strategi jangka pendek dan panjang bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin serta pada masa yang sama memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjaga kestabilan negara.


Air pasang besar di Sabah, bantuan kerajaan menyusul. (2022, Disember 25). Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/237756/berita/ semasa/air-pasang-besar-di-sabah-bantuan-kerajaanmenyusul “MasyaAllah, Teruknya”, Kampung Iboi Di Kedah Musnah GaraGara Amukan Banjir Lumpur! (2022, Julai 7). Suara Merdeka. https://suaramerdeka.com.my/masyaallah-teruknyakampung-iboi-di-kedah-musnah-gara-gara-amukan-banjirlumpur/ PILIHAN RAYA UMUM KE-15; MALAYSIA. (2022, November 4). Berita Harian. https://www.beritaharian.sg/tags/pilihan-raya-umum-ke-15- Malaysia Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun. (2022, September 9). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional 2022/09/998086/ ratu-elizabeth-ii-mangkat-pada-usia-96- tahun


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.