PANDUAN ePENDAFTARAN di KMP 2022 & 2023 Flipbook PDF


65 downloads 104 Views 542KB Size

Recommend Stories

Story Transcript

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 02600 ARAU PERLIS

PANDUAN e-PENDAFTARAN KOLEJ MATRIKULASI PERLIS SESI 2022/2023

Pertanyaan Sila Hubungi Tel pejabat : 04-9868613/14/15/16 Faks: 04-9868542 Email: [email protected] Boleh hubungi Urus Setia Bertugas pada Hari Bekerja & waktu pejabat sahaja atau Sebarang maklumat kemaskini akan diedarkan juga melalui Kumpulan Telegram Tawaran Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2022/2023)

MAKLUMAT AM PENGENALAN Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis. Majlis pecah tanah telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu pada 12 Ogos 1997. Kolej ini siap dibina pada bulan Mac 2000 dan mula beroperasi mulai 3 Julai tahun yang sama. KMP merupakan kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara. Institusi ini juga menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sains dan Sastera Ikhtisas di samping kursuskursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang. KMP telah mendapat pensijilan MS ISO 9001:2015 pada tahun 2018. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan merupakan program persediaan pelajar bagi melayakkan diri untuk ke universiti awam dan swasta. Program Matrikulasi yang dilaksanakan dalam dua semester bagi Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan. Di Kolej Matrikulasi Perlis hanya ditawarkan Program Sistem Dua Semester (SDS) untuk jurusan Perakaunan dan Sains. Kurikulum program ini memberikan penekanan yang seimbang kepada akademik dan kokurikulum. Penekanan, berakhlak mulia, kreatif dan berketrampilan.

KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/BLOK ASRAMA Semua pelajar akan disediakan kemudahan penginapan dan kemudahan lain secara percuma (ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya) di kolej kediaman masing-masing. Terdapat 9 buah blok kolej kediaman iaitu: Blok Kediaman Pelajar Perempuan i) ii) iii) iv) v) vi)

Blok Kediaman Siti Aishah (A1) Blok Kediaman Siti Fatimah (A2) Blok Kediaman Siti Khadijah (A3) Blok Kediaman Umi Habibah (B1) Blok Kediaman Umi Salamah (B2) Blok Kediaman Umi Umairah (B3)

Blok Kediaman Pelajar Lelaki i) ii) iii)

Blok Kediaman Al Kindi (C1) Blok Kediaman Al Biruni (C2) Blok Kediaman Al Razi (C3)

JADUAL YURAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2022/2023 BIL i ii

JURUSAN SAINS Sistem Dua Semester (SDS) PERAKAUNAN Sistem Dua Semester (SDS)

JUMLAH YURAN PENDAFTARAN (RM) 599.60 546.60

No. Akaun Kolej : 0 2 5 5 0 2 9 0 0 0 0 0 5 0 8 0 (Bank Simpanan Nasional) KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN PELAJAR 1. KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL Yuran Pendaftaran boleh dibayar di mana-mana KAUNTER BSN terdekat dengan anda. Bawa Surat Tawaran Pengajian sebagai rujukan semasa berurusan. 2. ONLINE BANKING pengguna myBSN sahaja Pelajar disaran untuk menggunakan kaedah/mode PAYMENT dan dibolehkan sama ada menggunakan akaun myBSN pelajar/ibubapa/waris/rakan. 3. ONLINE BANKING selain myBSN (interbank-Giro (IBG) SAHAJA) Pelajar disaran untuk menggunakan kaedah/mode PAYMENT / TRANSFER IBG untuk bayaran yuran pendaftaran. Masukkan maklumat nama pelajar, no. kad pengenalan atau no matrik pelajar pada ruang rujukan pembayaran . PENTING Bagi pelajar yang telah melaksanakan pembayaran yuran pendaftaran secara online banking myBSN atau Interbank (guna mode Transfer interbank-Giro (IBG), dikehendaki menggunakan Reference number pada resit transaksi sebagai no. Slip Bank semasa melaksanakan e-PENDAFTARAN. NOTA: Bagi pelajar yang mendapat Tajaan Zakat/Baitulmal/JPA atau sebagainya perlu terlebih dahulu menghubungi pihak kolej untuk tindakan lanjut sebelum melaksanakan e-Pendaftaran. Pegawai bertugas (017-4204425 - Pn. Aznirol/0199470739 – En. Badrul)

PANDUAN e-PENDAFTARAN PELAJAR

Semua pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi pengajian 2022/2023 dikehendaki mendaftar secara dalam talian. Sila baca panduan e-Pendaftaran ini dengan teliti dan buat tindakan seperti arahan. PROSES SEBELUM MELAKSANAKAN e-PENDAFTARAN PELAJAR MENYEDIAKAN DOKUMEN/MAKLUMAT BERIKUT i. No. Slip Bayaran Yuran Pendaftaran (BSN) atau Refrence Number (Online Banking) ii. No. Akaun Bank Rakyat (persendirian) iii. Softcopy gambar berukuran passport berlatar belakang putih (saiz kurang 100KB & JPEG) iv. No telefon bimbit pelajar v. Alamat Email DeLIMA pelajar (contoh: [email protected]).

PROSES SEMASA MELAKSANAKAN e-PENDAFTARAN PELAJAR MULA

Melaksanakan PENDAFTARAN ONLINE melalui pautan e-PENDAFTARAN. Masukkan maklumat seperti para i hingga v seperti dibawah.

MEMASUKKAN MAKLUMAT BERIKUT i. No. Slip Bayaran Yuran Pendaftaran (BSN) atau Refrence Number (Online Banking) ii. No. Akaun Bank Rakyat (persendirian) iii. Softcopy gambar berukuran passport berlatar belakang putih (saiz kurang 100KB & JPEG) iv. No telefon bimbit pelajar (terkini) v. Alamat Email DeLIMA pelajar (contoh: [email protected])

Sebelum Submit & logout, pelajar dikehendaki menyemak semua maklumat supaya betul dan tepat. Cetak Slip e-PENDAFTARAN PELAJAR 2 salinan dan bawa semasa Lapor Diri di Kolej Matrikulasi Perlis pada 22 Julai 2022.

TAMAT

MANUAL PENGGUNAAN SISTEM e-Pendaftaran Semua pelajar sesi 2022/2023 yang ditawarkan pengajian di Kolej Matrikulasi Perlis di kehendaki mendaftar secara online bagi memudahkan urusan agihan penempatan dan kelas pembelajaran. Berikut adalah panduan penggunaan e-pendaftaran yang perlu pelajar patuhi.

CONTOH:

1. Masukkan No. Matrik dan No. Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan. Sila pastikan anda telah bersedia dengan maklumat/dokumen yang diperlukan. 2. Sila isikan semua maklumat yang dikehendaki seperti dalam rajah di bawah termasuk gambar pelajar (lihat panduan), Pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah betul. Klik butang e-pendaftaran Pelajar setelah selesai mengisi kesemua maklumat tersebut.

CONTOH 1 NO. SLIP BANK – (Resit Bayaran di Kaunter BSN)

1

No. slip bank ini guna untuk e-Pendaftaran

2

CONTOH 2 NO. SLIP BANK (online banking myBSN sahaja).

Contoh: No. slip Bank untuk melaksanakan e-Pendaftaran DN202107140029479

3

CONTOH 3 NO. SLIP BANK online banking SELAIN myBSN. (Mode - INTERBANK GIRO – IBG SAHAJA)

No. Slip Bank e-Pendaftaran

1203122244 17 Julai 2022

599.60

Maklumat rujukan Pelajar Maklumat rujukan pelajar MS1203122244 030312140054 MS1203122244 030312140054

CONTOH MEMASUKKAN NO AKAUN BANK RAKYAT PELAJAR

PENTING: Masukkan 220013584271 JANGAN masukkan sempang (-). Sila buka akaun bank rakyat (persendirian) di mana-mana cawangan terdekat sebelum melaksanakan pendaftaran online. Pelajar dinasihatkan membuat salinan slip (seperti contoh) yang tertera no akaun simpanan & maklumat peribadi pelajar untuk digunakan sepanjang pengajian.

3. SLIP e-PENDAFTARAN PELAJAR Slip e-pendaftaran pelajar akan dijana. Klik butang cetak untuk mencetak slip ependaftaran. Sila cetak dua (2) salinan Slip e-Pendaftaran ini dan bawa semasa lapor diri di Kolej Matrikulasi Perlis. CONTOH SLIP e-PENDAFTARAN PELAJAR KMP

A1.T1.2 Merujuk Blok Kediaman A1 dan bilik 102

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.