Refleksi 365 Hari Flipbook PDF

Buku ini koleksi renungan pagi Kristian yang saya sediakan setiap hari di media sosial dan diblog. Kemudia saya kumpulka

102 downloads 123 Views 42MB Size

Recommend Stories

Story Transcript

1


2 Kata penghantar Syukur kepada TUHAN sekali lagi buku renungan pagi berjaya saya terbitkan untuk kali yang ke tiga. Buku ini ialah koleksi renungan pagi yang saya kongsikan setiap hari, pada tahun sebelumnya. Kekal dengan gaya penulisan yang ringkas tetapi ada pesanan yang kontekstual dengan pembaca masa kini. Melalui penelusuran Alkitab bab demi bab secara tetap setiap hari, kemudian mengambil tema bab itu untuk dijadikan pesanan yang menginsperasikan. Menjadi orang Kristian yang kuat perlu ada kebiasaan yang baik, menjalani kehidupan setiap hari dengan berbekalkan kebenaran firman TUHAN. Bagi mereka yang tidak mampu membaca Alkitab satu bab setiap hari sebab perlu ambil masa yang panjang, anda boleh mengikuti renungan pagi yang saya sediakan setiap hari dalam blog emanuelminstry.blogspot.com dan facebook Emmanuel Ministry. Pembaca diharap mendapat manfaat apabila mengikuti renungan pagi yang saya sediakan setiap hari, dalam masa kurang daripada lima minit membaca dan membuat refleksi. Saya tidak menggunakan istelah teologi yang susah difahami, sebaliknya menggunakan istelah baku yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat. Selain daripada membahasa kebenaran firman TUHAN, saya kekadang selitkan isu semasa yang menjadi sorotan utama pada hari itu. Sebagai catatan sejarah untuk kenangan berharga pada masa akan datang. Semoga pembaca mendapat sesuatu yang berharga ketika mambaca renungan pagi setiap hari sepanjang tahun. Kali ini saya namakan buku ini sebagai “Refeksi 365 hari” Kiranya kasih karunia Tuhan kita Yesus Kristus dan penyertaan Roh Kudus meresapi kita setiap hari. Damai sejahtera untuk kita. Selamat membaca. Manuel Bin Akiun 23 November 2022


3 01 Januari 2023 Zakharia 2:8-9 (TB) Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orangorang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Biji mata TUHAN" Siapa yang tidak sayang biji mata sendiri, begitulah ibarat umat kesayangan TUHAN seperti biji mata-Nya. Tuhan Yesus mengasihi semua manusia umpama biji mata-Nya, menebus kita dari hukuman dosa dengan darah-Nya (1 Petrus 1:18-19). Mari kita berubah supaya percaya kita ialah biji mata TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.5.2021. “Selamat menyambut tahun baharu 2023” 02 Januari 2023 Zakharia 3:3-4 (TB) Adapun Yosua mengenakan pakaian yang kotor, waktu dia berdiri di hadapan Malaikat itu, yang memberikan perintah kepada orang-orang yang melayaninya: "Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu dari padanya." Dan kepada Yosua ia berkata: "Lihat, dengan ini aku telah menjauhkan kesalahanmu dari padamu! Aku akan mengenakan kepadamu pakaian pesta." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pakaian pesta" Dalam satu penglihatan nabi Zakharia melihat Yosua imam besar berpakaian kotor di hadapan Malaikat, kemudian malaikat menukar pakaian itu dengan pakaian pesta. Pakaian kotor perumpamaan dosa, pakaian bersih ialah dosa dihapuskan oleh TUHAN. Tuhan Yesus juga pernah mengajar tentang perumpamaan pakaian pesta, seseorang yang tidak berpakaian pesta tidak dibenarkan turut serta dalam pesta (Matius 22:11-14). Mari kita berubah supaya berpakaian pesta. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 13.5.2021.


4 03 Januari 2023 Zakharia 4:6-7 (TB) Maka berbicaralah ia, katanya: "Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel bunyinya: Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam. Siapakah engkau, gunung yang besar? Di depan Zerubabel engkau menjadi tanah rata. Ia akan mengangkat batu utama, sedang orang bersorak: Bagus! Bagus sekali batu itu!" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Roh TUHAN memberi kekuatan" Roh TUHAN yang telah memberi kekuatan kepada Zerubabel ketika dia membina semula bait suci, bukan kekuatannya sendiri. Tuhan Yesus mengaku Roh TUHAN ada pada-Nya supaya memberitakan khabar baik (Lukas 4:18-19). Mari kita berubah supaya Roh TUHAN memberi kekuatan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 14.5.2021. 04 Januari 2023 Zakharia 5:4 (TB) Aku telah menyuruhnya keluar, demikianlah firman TUHAN semesta alam, supaya itu masuk ke dalam rumah pencuri dan ke dalam rumah orang yang bersumpah palsu demi nama-Ku, dan supaya itu bermalam di dalam rumah mereka dan memusnahkannya, baik kayunya maupun batu-batunya." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Rumah pencuri" Dalam satu penglihatan nabi Zakharia melihat satu gulung kitab yang berisi kata-kata hukuman kepada pencuri dan pesumpah palsu. Gulung itu terbang memasuki rumah pencuri kemudian memusnahkan rumahnya. Tuhan Yesus datang dan mengetuk pintu rumah kita supaya kita bertaubat (Wahyu 3:20). Mari kita berubah supaya rumah kita bukan rumah pencuri. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 15.5.2021. 05 Januari 2023 Zakharia 6:15 (TB) Orang-orang dari jauh akan datang untuk turut membangun bait TUHAN; maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu. Dan hal ini akan terjadi, apabila kamu dengan baik-baik mendengarkan suara TUHAN Allahmu."


5 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Orang jauh datang turut serta membina bait suci" Dalam satu penglihatan nabi Zakharia diberitahu bahawa TUHAN akan menghantar orang-orang dari jauh turut serta membina bait suci. Tuhan Yesus tidak membiarkan kita bersendirian dalam pelayanan, Dia menghantar penghibur (Yohanes 14:16) dan orang lain bersama kita dalam pelayanan. Mari kita berubah supaya percaya orang jauh datang turut serta membina bait suci iaitu pelayanan kita. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 16.5.2021. 06 Januari 2023 Zakharia 7:5-6 (TB) "Katakanlah kepada seluruh rakyat negeri dan kepada para imam, demikian: Ketika kamu berpuasa dan meratap dalam bulan yang kelima dan yang ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, adakah kamu sungguh-sungguh berpuasa untuk Aku? Dan ketika kamu makan dan ketika kamu minum, bukankah kamu makan dan minum untuk dirimu sendiri? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang "Puasa untuk diri sendiri" Dalam bab ini diceritakan bahaw nabi Zakharia didatangi oleh wakil penduduk Betel bertanya tentang berpuasa pada bulan tertentu. TUHAN berfirman puasa mereka tidak berguna sebab mereka tidak ada kasih sayang antara mereka (ayat 9) dan melakukan penindasan terhadap para janda, anak yatim, orang asing dan orang miskin (ayat 10). Tuhan Yesus mengajar supaya berlaku adil malahan mengasihi musuh (Matius 5:44). Mari kita berubah supaya tidak lagi berpuasa untuk diri sendiri. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.5.2021 07 Januari 2023 Zakharia 8:21-22 (TB) Dan penduduk kota yang satu akan pergi kepada penduduk kota yang lain, mengatakan: Marilah kita pergi untuk melunakkan hati TUHAN dan mencari TUHAN semesta alam! Kami pun akan pergi! Jadi banyak bangsa dan suku-suku bangsa yang kuat akan datang mencari TUHAN semesta alam di Yerusalem dan melunakkan hati TUHAN." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bangsa lain datang ke Yerusalem" Nabi Zakharia menubuatkan suatu masa nanti bangsa lain datang ke Yerusalem melunakkan hati TUHAN dan marah akibat dosa penduduk Yerusalem. Tuhan Yesus datang ke Yerusalem dan memulakan gereja menjadikanYerusalem tumpuan pelbagai bangsa


6 (Kis 2:1-13). Mari kita berubah supaya percaya bangsa lain datang ke Yerusalem iaitu gereja. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.5.2021. 08 Januari 2023 Zakharia 9:16-17 (TB) TUHAN, Allah mereka, akan menyelamatkan mereka pada hari itu; seperti kawanan domba umat-Nya itu, sungguh, mereka seperti permata-permata mahkota yang berkilap-kilap, demikianlah mereka di tanah TUHAN. Sungguh, alangkah baiknya itu dan alangkah indahnya! Teruna bertumbuh pesat karena gandum, dan anak dara karena anggur. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang "Permata mahkota yang berkelip-kelip" Nabi Zakharia menubuatkan TUHAN melindungi umat-Nya daripada serangan musuh, umat-Nya umpama permata mahkota yang berkelip-kelip cantik dan menarik perhatian. Tuhan Yesus mengajar bahawa kita umpama kota yang indah dibina di atas bukit (Matius 5:14). Mari kita berubah supaya menjadi permata mahkota yang berkelip-kelip. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.5.2021. 09 Januari 2023 Zakharia 10:3 (TB) "Terhadap para gembala akan bangkit murka-Ku dan terhadap kepala-kepala kawanan kambing Aku akan mengadakan pembalasan, sebab TUHAN semesta alam memperhatikan kawanan ternak-Nya, yakni kaum Yehuda, dan membuat mereka sebagai kuda keagungan-Nya dalam pertempuran. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN membalas kejahatan" TUHAN membalas kejahatan para gembala yang dilakukan terhadap kawanan ternak-Nya. Tuhan Yesus akan datang kedua kali untuk menghukum kejahatan manusia (Wahyu 17:14). Mari kita berubah supaya tidak lagi melakukan kejahatan sebab TUHAN membalas kejahatan itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.5.2021. 10 Januari 2023 Zakharia 11:17 (TB) Celakalah gembala-Ku yang pandir, yang meninggalkan domba-


7 domba! Biarlah pedang menimpa lengannya dan menimpa mata kanannya! Biarlah lengannya kering sekering-keringnya, dan mata kanannya menjadi pudar sepudar-pudarnya!" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin kes baharu COVID-19 negara tertinggi direkodkan iaitu 6806. Hari ini saya berkongsi tentang "Gembala yang jahat" TUHAN mengancam hukuman kepada gembala yang tidak menjaga rakyat. Tuhan Yesus mengatakan Dia ialah gembala yang baik, memberikan nyawa kepada domba-domba-Nya (Yohanes 10:11). Mari kita berubah supaya bukan gembala yang jahat. Damai sejahtera bersama kita ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.5.2021. 11 Januari 2023 Zakharia 12:10 (TB) "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Roh pengasih dan roh permohonan" Kitab nabi Zakharia menyajikan kata pengharapan selepas ancaman hukuman, dikatakan TUHAN sendiri memberi roh pengasih dan roh permohonan kepada penduduk Yerusalem. Tuhan Yesus sendiri ada roh pengasih (Matius 9:13) dan permohonan (Yohanes 17:9). Mari kita berubah supaya ada roh pengasih dan roh permohonan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 22.5.2021. 12 Januari 2023 Zakharia 13:2 (TB) Maka pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, Aku akan melenyapkan nama-nama berhala dari negeri itu, sehingga orang tidak menyebutnya lagi. Juga para nabi dan roh najis akan Kusingkirkan dari negeri itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN menyingkirkan berhala" Nabi Zakharia menubuatkan suatu masa nanti TUHAN menyingkirkan berhala dikalangan umat-Nya. Pada zaman Tuhan Yesus memang tiada lagi penyembahan berhala dikalangan orang Yahudi dan sampai waktunya mereka menyembah TUHAN dengan roh yang benar (Yohanes 4:23). Mari kita berubah supaya TUHAN


8 menyingkirkan berhala dalam hidup kita. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 23.5.2021. 13 Januari 2023 Zakharia 14:6-8 (TB) Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku, tetapi akan ada satu hari hari itu diketahui oleh TUHAN dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malam pun menjadi siang. Pada waktu itu akan mengalir air kehidupan dari Yerusalem; setengahnya mengalir ke laut timur, dan setengah lagi mengalir ke laut barat; hal itu akan terus berlangsung dalam musim panas dan dalam musim dingin. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tiada lagi malam" Nabi Zakharia menubuatkan TUHAN akan membuat suasana damai, tiada lagi malam dan tiada udara sejuk yang membekukan di kota umat-Nya, Tuhan Yesus akan melakukan itu nanti apabila Dia datang bersama kota baharu tempat tinggal umat-Nya (Wahyu 21:23,25). Mari kita berubah supaya hidup dalam suasana damai umpama tiada lagi malam. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.5.2021. 14 Januari 2023 Maleakhi 1:12-13 (TB) Tetapi kamu ini menajiskannya, karena kamu menyangka: "Meja Tuhan memang cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihinakan!"Kamu berkata: "Lihat, alangkah susah payahnya!" dan kamu menyusahkan Aku, firman TUHAN semesta alam. Kamu membawa binatang yang dirampas, binatang yang timpang dan binatang yang sakit, kamu membawanya sebagai persembahan. Akan berkenankah Aku menerimanya dari tanganmu? firman TUHAN. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Persembahan terbaik" Kitab Maleakhi ialah kitab terakhir dalam kitab Perjanjian Lama (Sebelum Yesus Kristus). Boleh dikatakan kitab Maleakhi pembaharuan kitab Imamat supaya para imam dan rakyat mudah memahami tatacara ibadah di bait suci. Dikatakan dalam bab ini TUHAN tidak mahu korban binatang yang ada kecacatan. Tuhan Yesus ialah korban yang sempurna sebagai penghapus dosa manusia dan perdamaian dengan TUHAN (Kolose 1:22, Ibrani 10:1-18). Mari kita berubah supaya membawa persembahan yang terbaik kepada


9 TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.5.2021. 15 Januari 2023 Maleakhi 2:6-7 (TB) Pengajaran yang benar ada dalam mulutnya dan kecurangan tidak terdapat pada bibirnya. Dalam damai sejahtera dan kejujuran ia mengikuti Aku dan banyak orang dibuatnya berbalik dari pada kesalahan. Sebab bibir seorang imam memelihara pengetahuan dan orang mencari pengajaran dari mulutnya, sebab dialah utusan TUHAN semesta alam. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, nampaknya COVID-19 di negara kita terus meningkat kelmarin sudah melebihi 7k kes baharu. Hari ini saya berkongsi tentang "Imam yang benar" TUHAN mengingatkan para imam dan orang Lewi bahawa tugas mereka bukan saja mengupacarakan kebaktian tetapi mengajar dan menjadi contoh yang baik. Tuhan Yesus mengajar keluarkan dulu bongka kayu di mata sendiri kemudian selumbar di mata orang lain (Matius 7:5). Mari kita berubah supaya menjadi imam yang benar. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 26.5.2021. 16 Januari 2023 Maleakhi 3:1 (TB) Lihat, Aku menyuruh utusan-Ku, supaya ia mempersiapkan jalan di hadapan-Ku! Dengan mendadak Tuhan yang kamu cari itu akan masuk ke bait-Nya! Malaikat Perjanjian yang kamu kehendaki itu, sesungguhnya, Ia datang, firman TUHAN semesta alam. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menyediakan jalan bagi TUHAN" Yohanes Pembabtis mengenapi nubuatan yang disebut dalam kitab Maleakhi, dia mendahului pelayanan Tuhan Yesus supaya rakyat bersedia menerima pelayanan-Nya (Matius 11:10). Mari kita berubah supaya menyediakan jalan bagi TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.5.2021 17 Januari 2023 Maleakhi 4:5-6 (TB) Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. Maka ia akan membuat hati bapa-bapa


10 berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Nabi Elia mendahului hari TUHAN" Sedar tak sedar inilah bab terakhir dari Kitab Perjanjian Lama, Kitab yang banyak memberi janji dan nubuatan, Dikatakan dalam bab ini nabi Elia mendahului hari TUHAN supaya ada pertaubatan. Tuhan Yesus mengatakan Yohanes Pembaptis telah mengenapinya (Matius 11:13-14). Mari berubah supaya mengenal nabi Elia zaman ini. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 28.5.2021. 18 Januari 2023 Matius 1:16-17 (TB) Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, yang melahirkan Yesus yang disebut Kristus. Jadi seluruhnya ada: empat belas keturunan dari Abraham sampai Daud, empat belas keturunan dari Daud sampai pembuangan ke Babel, dan empat belas keturunan dari pembuangan ke Babel sampai Kristus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yesus keturunan raja Daud" Injil Matius dikatakan penghubung kitab Perjanjian Lama sebab pendahuluannya bercerita tentang para tokou Perjanjian Lama sehingga ke Perjanjian Baharu. Matius meyakinkan kita bahawa Yesus ialah keturunan raja Daud yang menjadi Kristus (Mesias) seperti yang dinubuatan (Yesaya 11:1). Mari kita berubah supaya percaya Yesus keturunan raja Daud itu ialah Kristus (Mesias). Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 29.5.2021. 19 Januari 2023 Matius 2:16 (TB) Ketika Herodes tahu, bahwa ia telah diperdayakan oleh orang-orang majus itu, ia sangat marah. Lalu ia menyuruh membunuh semua anak di Betlehem dan sekitarnya, yaitu anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah, sesuai dengan waktu yang dapat diketahuinya dari orang-orang majus itu. Kopivosihan dan selamat beribadah, kebaktian terakhir sebelum “Total lockdown” yang bermula 1 Jun ekoran kes baharu COVID-19 di negara kita semakin meningkat, kelmarin 9k lebih. Hari ini saya berkongsi tentang "Herodes mahu membunuh Tuhan Yesus" Herodes ialah raja yang menguasi Galilea, walaupun bukanlah raja sebenar. Dia mahu membunuh Tuhan


11 Yesus walaupun dia tahu itulah Mesias seperti yang dikatakan oleh para ahli Taurat (ayat 4-6). Mari kita berubah supaya tidak seperti Herodes mahu membunuh Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 30.5.2021. 20 Januari 2023 Matius 3:16-17 (TB) Sesudah dibaptis, Yesus segera keluar dari air dan pada waktu itu juga langit terbuka dan Ia melihat Roh Allah seperti burung merpati turun ke atas-Nya, lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan: "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepadaNyalah Aku berkenan." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, tidak lupa diucapan kopivosihan tadau tagazo dot Kaamatan. Hari ini saya berkongsi tentang "Tuhan Yesus dibaptis" Yohanes pembaptis berkata dia yang perlu dibaptis bukan Tuhan Yesus. Tetapi Tuhan Yesus mengatakan biarlah Dia dibaptis supaya mengenapi semua kehendak TUHAN. Mari kita berubah supaya seperti Tuhan Yesus dibaptis. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia. 31.5.2021. 21 Januari 2023 Matius 4:9-10 (TB) dan berkata kepada-Nya: "Semua itu akan kuberikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku." Maka berkatalah Yesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, Allahmu, dan hanya kepada Dia sajalah engkau berbakti!" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, bermula hari ini “Total lockdown” seluruh negara akibat kes COVID-19 yang semakin meningkat. Hari ini saya berkongsi tentang "Menang dalam pencubaan". Ketika Tuhan Yesus menghadapi pencobaan daripada iblis, Dia menang sebab menggunakan kebenaran firman TUHAN walaupun iblis juga menggunakan kebenaran firman TUHAN ketika mencobai-Nya. Mari kita berubah supaya menang dalam pencobaan yang sedang dihadapi. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 1.6.2021. 22 Januari 2023 Matius 5:23-24 (TB) Sebab itu, jika engkau mempersembahkan persembahanmu di atas


12 mezbah dan engkau teringat akan sesuatu yang ada dalam hati saudaramu terhadap engkau, tinggalkanlah persembahanmu di depan mezbah itu dan pergilah berdamai dahulu dengan saudaramu, lalu kembali untuk mempersembahkan persembahanmu itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Berdamai sebelum memberi persembahan" Bab 5 dalam Injil Matius ialah catatan khutbah Tuhan Yesus yang sangat terkenal yang telah mengubah dunia. Antara isi ajaran-Nya tentang berdamai, dikatakan berdamai terlebih dahulu sebelum memberi persembahan. Mari kita berubah supaya berdamai sebelum memberi persembahan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 2.6.2021. 23 Januari 2023 Matius 6:3-4 (TB) Tetapi jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu. Hendaklah sedekahmu itu diberikan dengan tersembunyi, maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan" Tuhan Yesus mengajar kita bagaimana memberi sedekah, tidak perlu diketahui oleh orang lain umpama tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan, supaya Bapa di Surga membalasnya. Mari kita berubah supaya tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 3.6.2021. 24 Januari 2023 Matius 7:6 (TB) "Jangan kamu memberikan barang yang kudus kepada anjing dan jangan kamu melemparkan mutiaramu kepada babi, supaya jangan diinjak-injaknya dengan kakinya, lalu ia berbalik mengoyak kamu." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menginjak-injak barang berharga" Tuhan Yesus mengajar supaya kita memberi barang berharga (Firman TUHAN) kepada orang yang betul yang tahu menghargainya, supaya tidak diinjak-injak. Mari kita berubah supaya tidak menginjak-injak barang berharga. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 4.6.2021.


13 25 Januari 2023 Matius 8:33-34 (TB) Maka larilah penjaga-penjaga babi itu dan setibanya di kota, diceriterakannyalah segala sesuatu, juga tentang orang-orang yang kerasukan setan itu. Maka keluarlah seluruh kota mendapatkan Yesus dan setelah mereka berjumpa dengan Dia, mereka pun mendesak, supaya Ia meninggalkan daerah mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tuhan Yesus tidak diterima di Gadara" Diceritakan dalam Matius 8:28-34 Tuhan Yesus menyembuhkan seorang gila yang ganas di Gadara (Daerah bukan Yahudi), tetapi penduduk daerah itu tidak menerima Tuhan Yesus, mungkin ada kaitan dengan kemusnahan ternakan babi. Mari kita berubah supaya tidak seperti di Gadara Tuhan Yesus tidak diterima di sana. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 5.6.2021. 26 Januari 2023 Matius 9:9-10 (TB) Setelah Yesus pergi dari situ, Ia melihat seorang yang bernama Matius duduk di rumah cukai, lalu Ia berkata kepadanya: "Ikutlah Aku." Maka berdirilah Matius lalu mengikut Dia. Kemudian ketika Yesus makan di rumah Matius, datanglah banyak pemungut cukai dan orang berdosa dan makan bersama-sama dengan Dia dan murid-murid-Nya. Kopivosihan dan selamat beribadah. Hari ini saya berkongsi tentang "Ikutlah Aku" Panggilan Tuhan Yesus kepada Matius sipemungut cukai yang dibenci masyarakat kerana perbuatan tidak jujur mereka, ringkas tetapi telah mengubah hidupnya. Matius menjadi murid Tuhan Yesus dan telah menulis Injil Matius. Mari kita berubah supaya boleh menerima panggilan Tuhan Yesus “Ikutlah Aku”. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 6.6.2021. 27 Januari 2023 Matius 10:16 (TB) "Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Cerdik dan tulus" Tuhan Yesus mengajar kita apabila menjadi pengikut-Nya perlu cerdik dan tulus membawa diri dalam masyarakat, seperti domba berada di tengah kawanan sarigala. Mari kita


14 berubah supaya cerdik dan tulus dalam masyarakat dan pelayanan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 7.6.2021. 28 Januari 2023 Matius 11:28-30 (TB) Marilah kepada-Ku, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu. Pikullah kuk yang Kupasang dan belajarlah pada-Ku, karena Aku lemah lembut dan rendah hati dan jiwamu akan mendapat ketenangan. Sebab kuk yang Kupasang itu enak dan beban-Ku pun ringan." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ada kelegaan" Ketika menghadapi situasi yang sukar kelegaan sangat diharapkan. Tuhan Yesus memberi jaminan Dia akan memberi kelegaan kalau kita datang kepada-Nya. Mari kita berubah supaya ada kelegaan di dalam Yesus Kristus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 8.6.2021. 29 Januari 2023 Matius 12:36-37 (TB) Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap kata sia-sia yang diucapkan orang harus dipertanggungjawabkannya pada hari penghakiman. Karena menurut ucapanmu engkau akan dibenarkan, dan menurut ucapanmu pula engkau akan dihukum." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dihakimi menurut perkataan sendiri" Bukan mudah berkata-kata sebab kita hakimi oleh perkataan kita sendiri, Tuhan Yesus mengajar bahawa melalui perkataan seseorang akan hakimi pada hari penghakiman. Mari kita berubah sebab kita dihakimi menurut perkataan sendiri. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.6.2021. 30 Januari 2023 Matius 13:31-32 (TB) Yesus membentangkan suatu perumpamaan lain lagi kepada mereka, kata-Nya: "Hal Kerajaan Sorga itu seumpama biji sesawi, yang diambil dan ditaburkan orang di ladangnya. Memang biji itu yang paling kecil dari segala jenis benih, tetapi apabila sudah tumbuh, sesawi itu lebih besar dari pada sayuran yang lain, bahkan menjadi pohon, sehingga burung-burung di udara datang bersarang pada cabang-cabangnya."


15 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Biji sesawi menjadi pokok besar" Dalam bab 13 Injil Matius kita disajikan sekian banyak perumpamaan Tuhan Yesus tentang kerajaan Surga. Antaranya perumpamaan biji sesawi yang menjadi pokok besar, biji sesawi itu ialah kita sendiri. Mari kita berubah supaya biji sesawi menjadi pokok besar. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.6.2021. 31 Januari 2023 Matius 14:31-33 (TB) Segera Yesus mengulurkan tangan-Nya, memegang dia dan berkata: "Hai orang yang kurang percaya, mengapa engkau bimbang?" Lalu mereka naik ke perahu dan angin pun redalah. Dan orang-orang yang ada di perahu menyembah Dia, katanya: "Sesungguhnya Engkau Anak Allah." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yesus anak TUHAN" Ketika para murid Tuhan Yesus melihat Dia berjalan di atas air dan menyelamatkan Petrus yang mula tengelam dalam air, mereka semua menyembah Dia dan berkata "Benarlah Engkau ini anak TUHAN". Mari kita berubah supaya percaya bahawa Yesus itu ialah anak TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 11.6.2021. 01 Februari 2023 Matius 15:32 (TB) Lalu Yesus memanggil murid-murid-Nya dan berkata: "Hati-Ku tergerak oleh belas kasihan kepada orang banyak itu. Sudah tiga hari mereka mengikuti Aku dan mereka tidak mempunyai makanan. Aku tidak mau menyuruh mereka pulang dengan lapar, nanti mereka pingsan di jalan." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, saya lambat bangun sebab tengok bola kelayakan piala dunia 2022. Malaysia kalah dengan Vietnam 1-2. Hari ini saya berkongsi tentang "Memberi makanan" Diceritakan dalam perikop ini sudah tiga hari orang ramai mengikut Tuhan Yesus dan mereka kehabisan makanan. Tuhan Yesus kasihan dan memberi makanan sebelum mereka pulang. Mari kita berubah supaya boleh memberi makanan kepada orang yang kekurangan makanan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.6.2021.


16 02 Februari 2023 Matius 16:24 (TB) Lalu Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: "Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya, memikul salibnya dan mengikut Aku. Kopivosihan dan selamat beribadah, hanya 12 orang saja dibenarkan beribadah dalam gereja sebab pematuhan SOP PKP 3.0. Hari ini saya berkongsi tentang "Menyangkal diri" Tuhan Yesus mengatakan siapa yang mahu mengikut-Nya harus menyangkal diri. Menyangkal diri boleh bermaksud hidup demi kepentingan Kristus. Mari kita berubah supaya dapat menyangkal diri. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.6.2021. 03 Februari 2023 Matius 17:20 (TB) Ia berkata kepada mereka: "Karena kamu kurang percaya. Sebab Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sesawi saja kamu dapat berkata kepada gunung ini: Pindah dari tempat ini ke sana, maka gunung ini akan pindah, dan takkan ada yang mustahil bagimu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kurang percaya" Dalam perikop ini murid-murid Tuhan Yesus tidak dapat menyembuhkan seseorang disebabkan mereka kurang percaya. Tuhan Yesus mengatakan tiada yang mustahil kalau mereka percaya. Mari kita berubah supaya tidak lagi kurang percaya. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.6.2021. 04 Februari 2023 Matius 18:1-4 (TB) Pada waktu itu datanglah murid-murid itu kepada Yesus dan bertanya: "Siapakah yang terbesar dalam Kerajaan Sorga?" Maka Yesus memanggil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah mereka lalu berkata: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga. Sedangkan barangsiapa merendahkan diri dan menjadi seperti anak kecil ini, dialah yang terbesar dalam Kerajaan Sorga. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Seperti anak kecil" Ketika murid-murid Tuhan Yesus berfikir siapa diantara mereka yang berkedudukan paling tinggi di surga, Tuhan Yesus mengatakan siapa yang merendahkan diri


17 seperti anak kecil dialah yang berkedudukan tinggi di surga. Mari kita berubah supaya boleh merendahkan diri seperti anak kecil. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.6.2021. 05 Februari 2023 Matius 19:29 (TB) Dan setiap orang yang karena nama-Ku meninggalkan rumahnya, saudaranya laki-laki atau saudaranya perempuan, bapa atau ibunya, anak-anak atau ladangnya, akan menerima kembali seratus kali lipat dan akan memperoleh hidup yang kekal. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Upah mengikut Tuhan Yesus" Tidak dapat tidak ada pengorbanan waktu, cita-cita, harta, kedudukan dan sebagainya kalau menjadi pengikut Tuhan Yesus. Tetapi Tuhan Yesus memberi jaminan mereka yang meninggalkan semua itu akan memperolehinya kembali dan hidup yang abadi. Mari kita berubah sebab ada upah mengikut Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.6.2021. 06 Februari 2023 Matius 20:26-28 (TB) Tidaklah demikian di antara kamu. Barangsiapa ingin menjadi besar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu, dan barangsiapa ingin menjadi terkemuka di antara kamu, hendaklah ia menjadi hambamu; sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Pemimpin yang melayani" Tuhan Yesus mengajar kita bahawa pemimpin yang mahu menjadi terbesar mereka yang sanggup melayani seperti seorang hamba. Mari kita berubah supaya menjadi pemimpin yang melayani. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.6.2021. 07 Februari 2023 Matius 21:43 (TB) Sebab itu, Aku berkata kepadamu, bahwa Kerajaan Allah akan diambil dari padamu dan akan diberikan kepada suatu bangsa yang akan menghasilkan buah Kerajaan itu.


18 Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hasilkanlah buah" Tuhan Yesus menegur para imam dan orang Farisi dengan satu perumpamaan tentang para penyewa kebun anggur yang jahat. Kita pun boleh jadi penyewa kebun anggur yang jahat kalau tidak menghasilkan buah Kerajaan TUHAN. Mari kita berubah supaya boleh menghasilkan buah yang anggur yang baik. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.6.2021. 08 Februari 2023 Matius 22:19-21 (TB) Tunjukkanlah kepada-Ku mata uang untuk pajak itu." Mereka membawa suatu dinar kepada-Nya. Maka Ia bertanya kepada mereka: "Gambar dan tulisan siapakah ini?" Jawab mereka: "Gambar dan tulisan Kaisar." Lalu kata Yesus kepada mereka: "Berikanlah kepada Kaisar apa yang wajib kamu berikan kepada Kaisar dan kepada Allah apa yang wajib kamu berikan kepada Allah." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tunaikan kewajipan" Ketika Tuhan Yesus ditanya boleh atau tidak membayar cukai kepada pemerintah, Dia mengatakan berikan kepada pemerintah apa yang wajip diberikan dan kepada TUHAN yang wajip diberikan kepada TUHAN. Mari kita berubah supaya boleh menunaikan kewajipan kepada TUHAN dan pemerintah. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 19.6.2021. 09 Februari 2023 Matius 23:23 (TB) Celakalah kamu, hai ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, hai kamu orang-orang munafik, sebab persepuluhan dari selasih, adas manis dan jintan kamu bayar, tetapi yang terpenting dalam hukum Taurat kamu abaikan, yaitu: keadilan dan belas kasihan dan kesetiaan. Yang satu harus dilakukan dan yang lain jangan diabaikan. Kopivosihan dan selamat beribadah, minggu ketiga kehadiran hanya 12 orang dalam kebaktian umum di gereja sebab SOP PKP 3.0. Hari ini saya berkongsi tentang "Jangan jadi munafik" Khutbah Tuhan Yesus ketika berada di Yerusalem secara terbuka menegur golongan mahir Taurat dan golongan Farisi, mereka disebut celaka sebab mereka munafik (berpura-pura). Penampilan dan pengajaran tidak selari dengan perbuatan mereka, tidak ada keadilan, kasih dan


19 kesetiaan. Mari kita berubah supaya jangan jadi munafik. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 19.6.2021. 10 Februari 2023 Matius 24:38-39 (TB) Sebab sebagaimana mereka pada zaman sebelum air bah itu makan dan minum, kawin dan mengawinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera,dan mereka tidak tahu akan sesuatu, sebelum air bah itu datang dan melenyapkan mereka semua, demikian pulalah halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak bersedia" Dalam bab 24-25 dalam Injil Matius khutbah Tuhan Yesus tentang akhir zaman. Dikatakan manusia leka dengan aktiviti makan, minum, kawin dan mengawini. Mereka tidak bersedia menyambut kedatangan Tuhan Yesus. Mari kita berubah kalau masih lagi tidak bersedia menyambut kedatangan Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.6.2021. 11 Februari 2023 Matius 25:40-41 (TB) Dan Raja itu akan menjawab mereka: Aku berkata kepadamu, sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lakukan untuk salah seorang dari saudara-Ku yang paling hina ini, kamu telah melakukannya untuk Aku. Dan Ia akan berkata juga kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya: Enyahlah dari hadapan-Ku, hai kamu orang-orang terkutuk, enyahlah ke dalam api yang kekal yang telah sedia untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membantu orang dalam kesusahan" Dalam perikop ini Tuhan Yesus menceritakan apa yang berlaku ketika Dia datang sebagai hakim, manusia dihakimi menurut perbuatannya terhadap orang susah / hina iaitu mereka yang tiada makanan, tiada pakaian, tiada tempat tinggal, sakit atau dalam penjara (ayat 36-39). Mari kita berubah supaya boleh membantu orang dalam kesusahan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 22.6.2021. 12 Februari 2023 Matius 26:74-75 (TB) Maka mulailah Petrus mengutuk dan bersumpah: “Aku tidak kenal


20 orang itu.” Dan pada saat itu berkokoklah ayam. Maka teringatlah Petrus akan apa yang dikatakan Yesus kepadanya: “Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali.” Lalu ia pergi ke luar dan menangis dengan sedihnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang “Ayam berkokok” Dalam cerita ini tiga kali Petrus telah menafikan dia salah seorang pengikut Tuhan Yesus, ketika bunyi ayam berkokok kedengaran dia sedar dosa penafian itu. Mari kita berubah kerana sudah kedengaran ayam berkokok. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.6.2021. 13 Februari 2023 Matius 27:16-18 (TB) Dan pada waktu itu ada dalam penjara seorang yang terkenal kejahatannya yang bernama Yesus Barabas. Karena mereka sudah berkumpul di sana, Pilatus berkata kepada mereka: "Siapa yang kamu kehendaki kubebaskan bagimu, Yesus Barabas atau Yesus, yang disebut Kristus?" Ia memang mengetahui, bahwa mereka telah menyerahkan Yesus karena dengki. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Kerana dengki" Dalam bab 27 kisah Tuhan Yesus diadili, dijatuhkan hukuman mati, disalipkan, mati dan dikuburkan. Punca berlakunya semua ini sebab sikap dengki para pemimpin agama Yahudi. Mari kita berubah kerana dengki boleh membunuh Tuhan Yesus sekali lagi. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 24.6.2021. 14 Februari 2023 Matius 28:13-15 (TB) dan berkata: "Kamu harus mengatakan, bahwa murid-murid-Nya datang malam-malam dan mencuri-Nya ketika kamu sedang tidur. Dan apabila hal ini kedengaran oleh wali negeri, kami akan berbicara dengan dia, sehingga kamu tidak beroleh kesulitan apa-apa." Mereka menerima uang itu dan berbuat seperti yang dipesankan kepada mereka. Dan ceritera ini tersiar di antara orang Yahudi sampai sekarang ini. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Injil palsu" Ketika para askar yang menjaga kubur Tuhan Yesus menceritakan kebangkitan-Nya kepada para imam mereka disogok dengan wang yang banyak supaya menukar berita kebangkitan itu dengan cerita palsu (Injil palsu). Mari kita berubah supaya tidak percaya Injil


21 palsu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com. Kudat Sabah Malaysia 25.6.2021. 15 Februari 2023 Markus 1:44-45 (TB) "Ingatlah, janganlah engkau memberitahukan apa-apa tentang hal ini kepada siapa pun, tetapi pergilah, perlihatkanlah dirimu kepada imam dan persembahkanlah untuk pentahiranmu persembahan, yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti bagi mereka." Tetapi orang itu pergi memberitakan peristiwa itu dan menyebarkannya kemana-mana, sehingga Yesus tidak dapat lagi terang-terangan masuk ke dalam kota. Ia tinggal di luar di tempat-tempat yang sepi; namun orang terus juga datang kepada-Nya dari segala penjuru. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, buat pertama kali saya tidak dapat berkongsi renungan pagi sebab sejak semalam sehingga jam 1.30 petang hari ini bekalan elektrik terputus di kampung kami menyebabkan telefon kehabisan cas. Hari ini saya berkongsi tentang "Tidak menghebahkan pelayanan penyembuhan" Ciri yang berbeza Tuhan Yesus dengan kebiasan pada zaman itu dan pada zaman kita ialah Dia tidak mahu menghebahkan pelayanan penyembuhan-Nya. Mari kita berubah supaya tidak menghebahkan pelayanan penyembuhan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 26.6.2021. 16 Februari 2023 Markus 2:9-11 (TB) Manakah lebih mudah, mengatakan kepada orang lumpuh ini: Dosamu sudah diampuni, atau mengatakan: Bangunlah, angkatlah tilammu dan berjalan? Tetapi supaya kamu tahu, bahwa di dunia ini Anak Manusia berkuasa mengampuni dosa" berkatalah Ia kepada orang lumpuh itu" Kepadamu Kukatakan, bangunlah, angkatlah tempat tidurmu dan pulanglah ke rumahmu!" Kopivosihan dan selamat beribadah, minggu keempat ibadah dengan kehadiran hanya 12 orang semasa PKP 3.0. Hari ini saya berkongsi tentang "Mudah untuk mengampuni dan menyembuhkan" Ketika Tuhan Yesus mengatakan dosamu sudah diampuni orang Farisi berfikir Ia mengkufuri TUHAN, tetapi ketika Tuhan Yesus menyembuhkan seseorang mereka tidak berfikir itu mengkufuri TUHAN sedangkan kedua-dua ucapan (berfirman) itu hanya TUHAN saja yang boleh lakukan. Mari kita berubah supaya percaya mudah untuk mengampuni


22 dan menyembuhkan bagi TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 27.6.2021. 17 Februari 2023 Markus 3:14-19 (TB) Ia menetapkan dua belas orang untuk menyertai Dia dan untuk diutus-Nya memberitakan Injil dan diberi-Nya kuasa untuk mengusir setan. Kedua belas orang yang ditetapkan-Nya itu ialah: Simon, yang diberi-Nya nama Petrus, Yakobus anak Zebedeus, dan Yohanes saudara Yakobus, yang keduanya diberi-Nya nama Boanerges, yang berarti anakanak guruh,selanjutnya Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon orang Zelot, dan Yudas Iskariot, yang mengkhianati Dia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dua belas murid Tuhan Yesus" Pada zaman Perjanjian Lama dua belas orang yang dipilih untuk tugasan tertentu ialah dari dua belas suku Israel (Bilangan 17:6, Ulangan 1:23, Yosua 3:12), tetapi Tuhan Yesus tidak memilih dari dua belas suku Israel, mungkin Tuhan Yesus tidak lagi mahu terikat dengan sentimen kesukuan. Mari kita berubah supaya menjadi dua belas murid Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.6.2021. 18 Februari 2023 Markus 4:39-41 (TB) Ia pun bangun, menghardik angin itu dan berkata kepada danau itu: "Diam! Tenanglah!" Lalu angin itu reda dan danau itu menjadi teduh sekali. Lalu Ia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu begitu takut? Mengapa kamu tidak percaya?" Mereka menjadi sangat takut dan berkata seorang kepada yang lain: "Siapa gerangan orang ini, sehingga angin dan danau pun taat kepada-Nya?" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Sangat takut" Ketika perahu yang dinaiki oleh para murid Tuhan Yesus mula dimasuki air mereka sangat takut sebab akan tengelam dan mereka semua akan mati, begitulah yang sedang mereka fikirkan menyebabkan mereka sangat takut. Tuhan Yesus bangun dan menenangkan keadaan. Mari kita berubah supaya jangan menjadi sangat takut sebab Tuhan Yesus bersama kita. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 29.6.2021.


23 19 Februari 2023 Markus 5:30-31 (TB) Pada ketika itu juga Yesus mengetahui, bahwa ada tenaga yang keluar dari diri-Nya, lalu Ia berpaling di tengah orang banyak dan bertanya: "Siapa yang menjamah jubah-Ku?" Murid-murid-Nya menjawab: "Engkau melihat bagaimana orang-orang ini berdesak-desakan dekat-Mu, dan Engkau bertanya: Siapa yang menjamah Aku?" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menyentuh hujung jubah" Ketika Tuhan Yesus dalam perjalanan ke rumah ketua rumah ibadah tiba-tiba ada seorang perempuan sakit pendarahan, menyentuh hujung jubah-Nya dengan yakin sembuh daripada penyakit yang dihidapi kalau dia berbuat demikian dan memang terjadi seperti yang dia yakini. Mari kita berubah supaya dapat menyentuh hujung jubah Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 30.6.2021. 20 Februari 2023 Markus 6:2-3 (TB) Pada hari Sabat Ia mulai mengajar di rumah ibadat dan jemaat yang besar takjub ketika mendengar Dia dan mereka berkata: "Dari mana diperoleh-Nya semuanya itu? Hikmat apa pulakah yang diberikan kepada-Nya? Dan mujizat-mujizat yang demikian bagaimanakah dapat diadakan oleh tangan-Nya? Bukankah Ia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Dan bukankah saudara-saudara-Nya yang perempuan ada bersama kita?" Lalu mereka kecewa dan menolak Dia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Anak tukang kayu" Ketika Tuhan Yesus mengajar dan melakukan mukjizat menyembuhkan orang sakit di kampung-Nya, mereka tidak menerima Dia sebab mereka kenal siapa ibu bapa dan adik beradik-Nya, Dia hanyalah anak tukang kayu tiada apa-apa yang boleh di banggakan, akhirnya orang kampung Tuhan Yesus menolak pelayanan-Nya. Mari kita berubah supaya dapat menerima pelayanan anak tukang kayu itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.7.2021. 21 Februari 2023 Markus 7:33-35 (TB) Dan sesudah Yesus memisahkan dia dari orang banyak, sehingga


24 mereka sendirian, Ia memasukkan jari-Nya ke telinga orang itu, lalu Ia meludah dan meraba lidah orang itu. Kemudian sambil menengadah ke langit Yesus menarik nafas dan berkata kepadanya: "Efata!", artinya: Terbukalah! Maka terbukalah telinga orang itu dan seketika itu terlepas pulalah pengikat lidahnya, lalu ia berkata-kata dengan baik. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak mahu diketahui umum" Tuhan Yesus ketika melakukan mukjizat penyembuhan seboleh mungkin menyembunyikan dari pengetahuan umum sangat berbeza dengan kebiasan zaman kita. Mari kita berubah supaya tidak mahu diketahui umum pelayanan penyembuhan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 2.7.2021. 22 Februari 2023 Markus 8:11-12 (TB) Lalu muncullah orang-orang Farisi dan bersoal jawab dengan Yesus. Untuk mencobai Dia mereka meminta dari pada-Nya suatu tanda dari sorga. Maka mengeluhlah Ia dalam hati-Nya dan berkata: "Mengapa angkatan ini meminta tanda? Aku berkata kepadamu, sesungguhnya kepada angkatan ini sekali-kali tidak akan diberi tanda." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, syukur semalam saya hanya mengalami kemalangan ringan akibat terlanggar lembu yang melintas jalan. Tiada kecedaraan, lembu pun masih berjalan dan kemudian berlari cuma kereta saja mengalami sedikit kerosakan. Hari ini saya berkongsi tentang "Meminta tanda" Orang Farisi datang bersoal jawab dengan Tuhan Yesus, akhirnya mereka meminta tanda untuk memuaskan hati. Tetapi Tuhan Yesus tidak terperangkap dengan permintaan itu. Mari kita berubah supaya tidak meminta tanda tetapi percaya. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 3.7.2021. 23 Februari 2023 Markus 9:4-5 (TB) Maka nampaklah kepada mereka Elia bersama dengan Musa, keduanya sedang berbicara dengan Yesus. Kata Petrus kepada Yesus: "Rabi, betapa bahagianya kami berada di tempat ini. Baiklah kami dirikan tiga kemah, satu untuk Engkau, satu untuk Musa dan satu untuk Elia." Kopivosihan dan selamat beribadah, SOP kebaktian kekal dengan kehadiran 12 orang sahaja (kebetulan 12 murid Tuhan Yesus). Hari ini saya berkongsi tentang "Tuhan Yesus ada


25 kemulian surga" Diceritakan dalam perikop ini mereka berada di sebuah gunung, Tuhan Yesus tiba-tiba berubah rupa, pakian-Nya menjadi sangat putih (berkilau) dan kelihatan nabi Elia dan Musa bersama-Nya. Mari kita berubah supaya percaya Tuhan Yesus ada kemuliaan surga sebab Dia dari surge. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 4.7.2021. 24 Februari 2023 Markus 10:32 (TB) Yesus dan murid-murid-Nya sedang dalam perjalanan ke Yerusalem dan Yesus berjalan di depan. Murid-murid merasa cemas dan juga orang-orang yang mengikuti Dia dari belakang merasa takut. Sekali lagi Yesus memanggil kedua belas murid-Nya dan Ia mulai mengatakan kepada mereka apa yang akan terjadi atas diri-Nya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, syukur pagi kelmarin baik pulih kereta kami yang kemalangan ringan sudah siap. Hari ini saya berkongsi tentang “Takut dan cemas” Diceritakan dalam perikop ini ketika Tuhan Yesus bersama para murid-Nya dan pengikut lain menuju Yerusalem mereka takut dan cemas, sebab pelayanan Tuhan Yesus tidak disenangi oleh majlis agama Yahudi pada masa itu. Ibarat perjalanan mereka menghampiri maut. Sebagai manusia biasa siapa yang tidak takut dan cemas. Mari kita berubah supaya tidak takut dan cemas menuju Yerusalem. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 5.7.2021. 25 Februari 2023 Markus 11:20-23 (TB) Pagi-pagi ketika Yesus dan murid-murid-Nya lewat, mereka melihat pohon ara tadi sudah kering sampai ke akar-akarnya. Maka teringatlah Petrus akan apa yang telah terjadi, lalu ia berkata kepada Yesus: "Rabi, lihatlah, pohon ara yang Kaukutuk itu sudah kering."Yesus menjawab mereka: "Percayalah kepada Allah! Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya barangsiapa berkata kepada gunung ini: Beranjaklah dan tercampaklah ke dalam laut! Asal tidak bimbang hatinya, tetapi percaya, bahwa apa yang dikatakannya itu akan terjadi, maka hal itu akan terjadi baginya…” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tidak ragu-ragu" Dalam perikop ini kisah pokok yang dikutuk Tuhan Yesus sudah kering (mati). Tuhan Yesus mengatakan kalau percaya dan tidak ragu-ragu perkataan kita akan terjadi. Mari


26 kita berubah supaya tidak ragu-ragu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.7.2021. 26 Februari 2023 Markus 12:43-44 (TB) Maka dipanggil-Nya murid-murid-Nya dan berkata kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya janda miskin ini memberi lebih banyak dari pada semua orang yang memasukkan uang ke dalam peti persembahan. Sebab mereka semua memberi dari kelimpahannya, tetapi janda ini memberi dari kekurangannya, semua yang ada padanya, yaitu seluruh nafkahnya." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Memberi dari kekurangan" Ketika Tuhan Yesus melihat seorang janda miskin memberi persembahan yang sangat sedikit, Dia mengatakan perempuan itu telah memberi persembahan yang banyak berbanding yang lain sebab memberi dari kekurangannya. Mari kita berubah supaya dapat memberi dari kekurangan dan bukan kelimpahan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.7.2021. 27 Februari 2023 Markus 13:24-26 (TB) "Tetapi pada masa itu, sesudah siksaan itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit, dan kuasa-kuasa langit akan goncang. Pada waktu itu orang akan melihat Anak Manusia datang dalam awan-awan dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Nya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, sambil saya menunggu permainan masa tambahan perlawanan separuh akhir Euro antara England (1) lawan Denmark (1) saya menyediakan renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Kedatangan anak manusia" Kita faham bahawa Tuhan Yesus yang dimaksudkan akan datang Dia akan mengumpulkan semua orang pilihan-Nya di seluruh bumi (ayat 27). Mari kita berubah supaya bersedia dengan kedatangan anak manusia itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 8.7.2021. 28 Februari 2023 Markus 14:61-62 (TB) Tetapi Ia tetap diam dan tidak menjawab apa-apa. Imam Besar


27 itu bertanya kepada-Nya sekali lagi, katanya: "Apakah Engkau Mesias, Anak dari Yang Terpuji?" Jawab Yesus: "Akulah Dia, dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di tengah-tengah awan-awan di langit." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengaku sebagai Mesias" Ketika Tuhan Yesus diadili mahkamah agama Yahudi bila ditanya oleh imam besar adakah Dia Mesias? Tuhan Yesus mengaku bahawa Dia ialah Mesias. Mari kita berubah supaya percaya pengakuan Tuhan Yesus Dialah Mesias. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 9.7.2021. 01 Mac 2023 Markus 15:34, 37-38 (TB) Dan pada jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eloi, Eloi, lama sabakhtani?", yang berarti: Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan Aku? Lalu berserulah Yesus dengan suara nyaring dan menyerahkan nyawa-Nya. Ketika itu tabir Bait Suci terbelah dua dari atas sampai ke bawah. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, pecah rekod kes baharu COVID-19 Malaysia kelmarin dengan catatan tertinggi 9180. Hari ini saya berkongsi tentang "Eloi, Eloi, lama sabakhtani" Inilah teriakan Tuhan Yesus ketika nyawa-Nya dihujung nafas yang bermaksud Tuhanku, Tuhanku mengapa Engkau meninggalkan Aku?" dalam bahasa Aram bahasa tempatan pada zaman itu dan sampai hari ini, masih ada yang bertutur dalam bahasa itu. Mari kita berubah supaya dapat berseru Eloi, Eloi lama sabakhtani ketika dalam kesusahan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 10.7.2021. 02 Mac 2023 Markus 16:15-16 (TB) Lalu Ia berkata kepada mereka: "Pergilah ke seluruh dunia, beritakanlah Injil kepada segala makhluk. Siapa yang percaya dan dibaptis akan diselamatkan, tetapi siapa yang tidak percaya akan dihukum. Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Siapa yang percaya diselamatkan" Ketika khabar Tuhan Yesus sudah bangkit dari kematian para murid-Nya masih tidak percaya (ayat 14), tiba-tiba Dia menampakkan diri di hadapan mereka dan berpesan supaya mereka percaya dan memberitakan


28 Injil, sebab siapa yang percaya diselamatkan. Mari kita berubah sebab siapa yang percaya diselamatkan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 11.7.2021. 03 Mac 2023 Lukas 1:3-4 (TB) Karena itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan seksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahui, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, tahniah negara Itali atas kemenangan Euro 2020 (ditunda ke 2021). Hari ini saya berkongsi tentang "Akhirnya dibukukan" Injil Lukas kita disajikan dengan pembukaan yang sangat tertib oleh penulis, awal mulanya dia mahu menyelidik peristewa yang berlaku pada zaman mereka (Yesus dari Nazaret) kemudian dibukukannya. Mari kita berubah supaya akhirnya dibukukkan pengalaman Injil yang kita terima (menulis buku menurut pengalaman sendiri). Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.7.2021. 04 Mac 2023 Lukas 2:28-31 (TB) ia menyambut Anak itu dan menatang-Nya sambil memuji Allah, katanya: "Sekarang, Tuhan, biarkanlah hamba-Mu ini pergi dalam damai sejahtera, sesuai dengan firman-Mu, sebab mataku telah melihat keselamatan yang dari pada-Mu,yang telah Engkau sediakan di hadapan segala bangsa, Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Keselamatan kepada semua bangsa" Ketika ibu bapa Tuhan Yesus membawa Dia ke Yerusalem untuk di kuduskan (menurut hukum Taurat). Dia diberkati oleh Simeon, ia mengatakan Tuhan Yesus menjadi keselamatan kepada semua bangsa. Mari kita berubah supaya memberitakan keselamatan kepada semua bangsa sudah datang. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.7.2021. 05 Mac 2023 Lukas 3:8-9 (TB) Jadi hasilkanlah buah-buah yang sesuai dengan pertobatan. Dan


29 janganlah berpikir dalam hatimu: Abraham adalah bapa kami! Karena aku berkata kepadamu: Allah dapat menjadikan anak-anak bagi Abraham dari batu-batu ini! Kapak sudah tersedia pada akar pohon dan setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik, akan ditebang dan dibuang ke dalam api." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin kes baharu COVID-19 negara 11,079 tertinggi direkodkan. Hari ini saya berkongsi tentang "Hasilkan buah yang baik" Yohanes pembaptis berseru kepada masyarakat pada masa itu supaya bertaubat dan menghasilkan buah yang baik, supaya tidak ditebang oleh Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya dapat hasilkan buah yang baik. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 14.7.2021. 06 Mac 2023 Lukas 4:12-13 (TB) Yesus menjawabnya, kata-Nya: "Ada firman: Jangan engkau mencobai Tuhan, Allahmu!" Sesudah Iblis mengakhiri semua pencobaan itu, ia mundur dari pada-Nya dan menunggu waktu yang baik. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Jangan mencobai TUHAN" Ketika Tuhan Yesus dicobai Iblis Dia tidak menuruti permintaan Iblis supaya terjun dari tempat tinggi (ayat 9-11) tetapi membalas dengan perkataan "Jangan mencobai TUHAN." Mari kita berubah supaya jangan mencobai TUHAN sebab kita bukan iblis. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 15.7.2021. 07 Mac 2023 Lukas 5:10-11 (TB) demikian juga Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus, yang menjadi teman Simon. Kata Yesus kepada Simon: "Jangan takut, mulai dari sekarang engkau akan menjala manusia." Dan sesudah mereka menghela perahu-perahunya ke darat, mereka pun meninggalkan segala sesuatu, lalu mengikut Yesus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kes baharu COVID-19 negara mencatat 13k kelmarin. Hari ini saya berkongsi tentang "Penjala manusia" Tuhan Yesus memanggil Simon, Yakobus dan Yohanes menjadi penjala manusia, mereka menyahut panggilan itu. Mari


30 kita berubah supaya menjadi penjala manusia. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.7.2021. 08 Mac 2023 Lukas 6:46-48 (TB) "Mengapa kamu berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, padahal kamu tidak melakukan apa yang Aku katakan? Setiap orang yang datang kepada-Ku dan mendengarkan perkataan-Ku serta melakukannya Aku akan menyatakan kepadamu dengan siapa ia dapat disamakan ia sama dengan seorang yang mendirikan rumah: Orang itu menggali dalam-dalam dan meletakkan dasarnya di atas batu. Ketika datang air bah dan banjir melanda rumah itu, rumah itu tidak dapat digoyahkan, karena rumah itu kokoh dibangun. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, angin kencang semalam menakutkan walaupun sekejap. Hari ini saya berkongsi tentang "Melakukan apa yang dikatakan Tuhan Yesus" Tuhan Yesus mengatakan buat apa kita mengatakan Tuhan! Tuhan! kepada-Nya kalau tidak melakukan perkataan-Nya. Mari kita berubah supaya melakukan apa yang dikatakan Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 17.7.2021. 09 Mac 2023 Lukas 7:12-14 (TB) Setelah Ia dekat pintu gerbang kota, ada orang mati diusung ke luar, anak laki-laki, anak tunggal ibunya yang sudah janda, dan banyak orang dari kota itu menyertai janda itu. Dan ketika Tuhan melihat janda itu, tergeraklah hati-Nya oleh belas kasihan, lalu Ia berkata kepadanya: "Jangan menangis!" Sambil menghampiri usungan itu Ia menyentuhnya, dan sedang para pengusung berhenti, Ia berkata: "Hai anak muda, Aku berkata kepadamu, bangkitlah!" Kopivosihan dan selamat beribadah di rumah secara maya atau bersua. Hari ini saya berkongsi tentang "Jangan menangis" Ketika janda yang kematian anak lelaki tunggal menangisi anaknya dan dirinya, Tuhan Yesus tiba di kota itu dan berkata kepada janda itu "jangan menangis!" kemudian Dia menghidupan anak lelaki itu. Mari kita berubah supaya jangan menangis sebab Tuhan Yesus sudah tiba di sini. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 18.7.2021.


31 10 Mac 2023 Lukas 8:2-3 (TB) dan juga beberapa orang perempuan yang telah disembuhkan dari roh-roh jahat atau berbagai penyakit, yaitu Maria yang disebut Magdalena, yang telah dibebaskan dari tujuh roh jahat, Yohana isteri Khuza bendahara Herodes, Susana dan banyak perempuan lain. Perempuan-perempuan ini melayani rombongan itu dengan kekayaan mereka. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Membiayai pelayanan" Injil Lukas mencatat beberapa tokoh perempuan yang membiayai rombongan pelayanan Tuhan Yesus. Hari ini pun gereja dibiayai oleh anggota jemaat, terima kasih kepada semua pembaiya. Mari kita berubah supaya dapat bersama membiayai pelayanan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 19.7.2021. 11 Mac 2023 Lukas 9:60-62 (TB) Tetapi Yesus berkata kepadanya: "Biarlah orang mati menguburkan orang mati; tetapi engkau, pergilah dan beritakanlah Kerajaan Allah di mana-mana." Dan seorang lain lagi berkata: "Aku akan mengikut Engkau, Tuhan, tetapi izinkanlah aku pamitan dahulu dengan keluargaku." Tetapi Yesus berkata: "Setiap orang yang siap untuk membajak tetapi menoleh ke belakang, tidak layak untuk Kerajaan Allah." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menoleh ke belakang" Ada seseorang yang nekad mengikuti Tuhan Yesus dan dia diizinkan, cuma orang itu banyak perkara mahu diselesaikan (menoleh ke belakang) sebelum mengikut Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya tidak menoleh ke belakang. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kudat Sabah Malaysia 20.7.2021. 12 Mac 2023 Lukas 10:40-42 (TB) sedang Marta sibuk sekali melayani. Ia mendekati Yesus dan berkata: "Tuhan, tidakkah Engkau peduli, bahwa saudaraku membiarkan aku melayani seorang diri? Suruhlah dia membantu aku."Tetapi Tuhan menjawabnya: "Marta, Marta, engkau kuatir dan menyusahkan diri dengan banyak perkara, tetapi hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih bagian yang terbaik, yang tidak akan diambil dari padanya." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini saya berkongsi tentang "Sibuk"


32 Ketika Tuhan Yesus berada di rumah Marta dan Maria, Marta sibuk melayan (menyediakan makanan) rombongan, tetapi Maria duduk mendengar khutbah Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya berhenti dari kesibukan dan duduk mendengar khutbah Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 21.7.2021. 13 Mac 2023 Lukas 11:53-54 (TB) Dan setelah Yesus berangkat dari tempat itu, ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi terus-menerus mengintai dan membanjiri-Nya dengan rupa-rupa soal. Untuk itu mereka berusaha memancing-Nya, supaya mereka dapat menangkap-Nya berdasarkan sesuatu yang diucapkan-Nya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mencari kesalahan" Para ahli Taurat dan orang Farisi saban hari mencari kesalahan Tuhan Yesus, mereka mengikut-Nya bukan sebab mahu mendengar khutbah tetapi mencari kesalahan. Mari kita berubah supaya tidak mencari kesalahan orang lain. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 22.7.2021. 14 Mac 2023 Lukas 12:15, 20-21 (TB) Kata-Nya lagi kepada mereka: "Berjaga-jagalah dan waspadalah terhadap segala ketamakan, sebab walaupun seorang berlimpah-limpah hartanya, hidupnya tidaklah tergantung dari pada kekayaannya itu." Tetapi firman Allah kepadanya: Hai engkau orang bodoh, pada malam ini juga jiwamu akan diambil dari padamu, dan apa yang telah kausediakan, untuk siapakah itu nanti? Demikianlah jadinya dengan orang yang mengumpulkan harta bagi dirinya sendiri, jikalau ia tidak kaya di hadapan Allah." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tamak harta" Tuhan Yesus banyak memperkatakan harta dalam khutbah-Nya, sebab harta memang dekat di hati manusia, antaranya mengingatkan kita supaya jangan tamak harta. Mari kita berubah supaya tidak tamak harta. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.7.2021. 15 Mac 2023 Lukas 13:4-5 (TB) Atau sangkamu kedelapan belas orang, yang mati ditimpa menara


33 dekat Siloam, lebih besar kesalahannya dari pada kesalahan semua orang lain yang diam di Yerusalem? Tidak! kata-Ku kepadamu. Tetapi jikalau kamu tidak bertobat, kamu semua akan binasa atas cara demikian." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin kes baharu COVID-19 negara mencatat 15,573 tertinggi setakat ini. Hari ini saya berkongsi tentang "Mereka tidak lebih berdosa" Para pengikut Tuhan Yesus berfikir mereka yang mati ditimpa manara lebih berdosa daripada orang lain, tetapi Tuhan Yesus mengatakan kalau tidak bertaubat kita sama seperti mereka juga. Mari kita berubah sebab mereka tidak lebih berdosa dari kita. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 24.7.2021. 16 Mac 2023 Lukas 14:13-14 (TB) Tetapi apabila engkau mengadakan perjamuan, undanglah orangorang miskin, orang-orang cacat, orang-orang lumpuh dan orang-orang buta. Dan engkau akan berbahagia, karena mereka tidak mempunyai apa-apa untuk membalasnya kepadamu. Sebab engkau akan mendapat balasnya pada hari kebangkitan orang-orang benar." Kopivosihan dan selamat beribadah, masih lagi dengan SOP hanya 12 orang dibenarkan berkumpul mengadakan kebaktian. Hari ini saya berkongsi tentang "Mengundang orang miskin" Biasanya apabila seseorang mengadakan majlis kehadiran orang kenamaan menjadi kebanggaan semua orang, tetapi Tuhan Yesus mengajar kita mengundang orang miskin dan orang cacat sebab mereka tidak dapat membalas perbuatan itu supaya TUHAN yang membalasnya. Mari kita berubah supaya mengundang orang miskin. Damai sejahtera bersama kita.✝emanuelministry.blogspot.com 25.7.2021. 17 Mac 2023 Lukas 15:31-32 (TB) Kata ayahnya kepadanya: Anakku, engkau selalu bersama-sama dengan aku, dan segala kepunyaanku adalah kepunyaanmu. Kita patut bersukacita dan bergembira karena adikmu telah mati dan menjadi hidup kembali, ia telah hilang dan didapati kembali.” Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin kes baharu COVID-19 negara mencatat 17k lebih, apa sudah jadi? Hari ini saya berkongsi tentang “Anak yang hilang” Tuhan Yesus mengumpamakan orang berdosa itu anak yang hilang, kenapa perlu berkecil hati kalau dia


34 bertaubat. Mari kita berubah supaya bergembira dengan kepulangan anak yang hilang kepangkuan bapa. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 26.7.2021. 18 Mac 2023 Lukas 16:10-11 (TB) "Barangsiapa setia dalam perkara-perkara kecil, ia setia juga dalam perkara-perkara besar. Dan barangsiapa tidak benar dalam perkara-perkara kecil, ia tidak benar juga dalam perkara-perkara besar.Jadi, jikalau kamu tidak setia dalam hal Mamon yang tidak jujur, siapakah yang akan mempercayakan kepadamu harta yang sesungguhnya? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Setia" Tuhan Yesus menarik perhatian para pendengar khutbah-Nya tentang setia dengan mengatakan mereka yang setia kepada perkara mudah (kecil) akan setia juga kepada perkara yang lebih susah (besar). Mari kita berubah supaya setia pada perkara mudah atau yang susah. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.7.2021. 19 Mac 2023 Lukas 17:16-18 (TB) lalu tersungkur di depan kaki Yesus dan mengucap syukur kepadaNya. Orang itu adalah seorang Samaria. Lalu Yesus berkata: "Bukankah kesepuluh orang tadi semuanya telah menjadi tahir? Di manakah yang sembilan orang itu? Tidak adakah di antara mereka yang kembali untuk memuliakan Allah selain dari pada orang asing ini?" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Orang Samaria mengucap syukur" Ketika Tuhan Yesus berada di sempadan Samaria, Dia bertemu dari jauh sepuluh orang berpenyakit kusta, kemudian mereka disembuhkan tetapi hanya seorang saja yang datang mengucap syukur iaitu orang Samaria (orang asing dan dianggap hina oleh orang Yahudi). Mari kita berubah supaya seperti orang Samaria yang mengucap syukur itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 28.7.2021. 20 Mac 2023 Lukas 18:35-39 (TB) Waktu Yesus hampir tiba di Yerikho, ada seorang buta yang duduk di pinggir jalan dan mengemis. Waktu orang itu mendengar orang banyak lewat, ia bertanya: "Apa itu?" Kata orang kepadanya: "Yesus orang Nazaret lewat." Lalu ia berseru: "Yesus, Anak


35 Daud, kasihanilah aku!" Maka mereka, yang berjalan di depan, menegor dia supaya ia diam. Namun semakin keras ia berseru: "Anak Daud, kasihanilah aku!" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Orang buta yang beriman" Ada seorang buta yang berseru "Yesus anak Daud kasihanilah aku" dia percaya Tuhan Yesus ialah Mesias (anak Daud), walaupun belum pernah bertemu atau mendengar khutbah tetapi dia percaya, iman inilah menyembuhkan dan menyelamatkanya (ayat 42). Mari kita berubah supaya seperti orang buta yang beriman itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 29.7.2021. 21 Mac 2023 Lukas 19:1-4 (TB) Yesus masuk ke kota Yerikho dan berjalan terus melintasi kota itu. Di situ ada seorang bernama Zakheus, kepala pemungut cukai, dan ia seorang yang kaya. Ia berusaha untuk melihat orang apakah Yesus itu, tetapi ia tidak berhasil karena orang banyak, sebab badannya pendek. Maka berlarilah ia mendahului orang banyak, lalu memanjat pohon ara untuk melihat Yesus, yang akan lewat di situ. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ingin melihat Tuhan Yesus" Zakheus ingin melihat Tuhan Yesus dia memanjat pokok di tempat laluan rombongan itu, bukan saja dapat melihat tetapi Tuhan Yesus datang ke rumahnya makan dan minum bersamanya. Akhirnya keselamatan telah terjadi dalam keluarga Zakheus sipemungut cukai yang suka menipu rakyat, bermula dari keinginan mahu melihat Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya ingin melihat Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 30.7.2021 Kota Kinabalu Sabah Malaysia. 22 Mac 2023 Lukas 20:37-38 (TB) Tentang bangkitnya orang-orang mati, Musa telah memberitahukannya dalam nas tentang semak duri, di mana Tuhan disebut Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub. Ia bukan Allah orang mati, melainkan Allah orang hidup, sebab di hadapan Dia semua orang hidup." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "TUHAN orang hidup" Tuhan Yesus mengajar bahawa TUHAN yang disembah orang Israel adalah TUHAN orang yang hidup, begitu juga Dia sendiri Tuhan yang hidup bagi orang Kristian.


36 Mari kita berubah supaya percaya TUHAN orang hidup. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 1.8.2021. 23 Mac 2023 Lukas 21:5-6 (TB) Ketika beberapa orang berbicara tentang Bait Allah dan mengagumi bangunan itu yang dihiasi dengan batu yang indah-indah dan dengan berbagai-bagai barang persembahan, berkatalah Yesus: "Apa yang kamu lihat di situ akan datang harinya di mana tidak ada satu batu pun akan dibiarkan terletak di atas batu yang lain; semuanya akan diruntuhkan." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, darurat Covid 19 berakhir hari ini, walaupun kes baharu sekitar 17k sehari. Hari ini saya berkongsi tentang "Bait suci runtuh" Tuhan Yesus menubuatkan keruntuhan bait suci orang Yahudi di Yerusalem yang berlaku 40 tahun kemudian (tahun 70). Sejak itu hilanglah negara mereka selama 1876 tahun (70-1946). Mari kita berubah sebelum bait suci runtuh. Damai sejahtera bersama kita. ✝manuelministry.blogspot.com 1.8.2021. 24 Mac 2023 Lukas 22:60-62 (TB) Tetapi Petrus berkata: "Bukan, aku tidak tahu apa yang engkau katakan." Seketika itu juga, sementara ia berkata, berkokoklah ayam. Lalu berpalinglah Tuhan memandang Petrus. Maka teringatlah Petrus bahwa Tuhan telah berkata kepadanya: "Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau telah tiga kali menyangkal Aku." Lalu ia pergi ke luar dan menangis dengan sedihnya. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Ayam berkokok" Bunyi ayam berkokok menyedarkan Petrus dari penafiannya bahawa ia ialah pengikut Tuhan Yesus. Kemudian dia menyesal dan menangis kerana sedih. Mari kita berubah sebelum ayam berkokok. Damai sejahtera bersama kita. emanuelministry.blogspot.com 2.8.2021. 25 Mac 2023 Lukas 23:39-41 (TB) Seorang dari penjahat yang di gantung itu menghujat Dia, katanya: "Bukankah Engkau adalah Kristus? Selamatkanlah diri-Mu dan kami!" Tetapi yang seorang menegor dia, katanya: "Tidakkah engkau takut, juga tidak kepada Allah, sedang engkau


37 menerima hukuman yang sama? Kita memang selayaknya dihukum, sebab kita menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan kita, tetapi orang ini tidak berbuat sesuatu yang salah." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan, hari ini saya berkongsi tentang "Diambang kematian" Ketika Tuhan Yesus disalipkan ada dua orang lain disalipkan bersama dengan-Nya, seorang sempat menghujat Dia tetapi yang seorang sempat percaya Tuhan Yesus, mereka berdua diambang kematian. Mari kita berubah supaya percaya kepada Tuhan Yesus sebelum diambang kematian. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 3.8.2021. 26 Mac 2023 Lukas 24:44-45 (TB) Ia berkata kepada mereka: "Inilah perkataan-Ku, yang telah Kukatakan kepadamu ketika Aku masih bersama-sama dengan kamu, yakni bahwa harus digenapi semua yang ada tertulis tentang Aku dalam kitab Taurat Musa dan kitab nabi-nabi dan kitab Mazmur." Lalu Ia membuka pikiran mereka, sehingga mereka mengerti Kitab Suci. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yesus mengenapi nubuatan" Yesus hanyalah manusia biasa seperti kita apabila Dia mengenapi semua nubuatan tentang Mesias (penyelamatan) itulah bukti Dia TUHAN sang Friman yang menjadi manusia (Yohanes 1: 1-2). Mari kita berubah supaya percaya Yesus mengenapi nubuatan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 4.8.2021. 27 Mac 2023 Yohanes 1:1-3 (TB) Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ia pada mulanya bersama-sama dengan Allah. Segala sesuatu dijadikan oleh Dia dan tanpa Dia tidak ada suatu pun yang telah jadi dari segala yang telah dijadikan. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kes baharu COVID-19 negara mencatat 19,819 tertinggi sehingga kelmarin. Hari ini saya berkongsi tentang "Segala sesuatu diciptakan oleh Firman TUHAN" Tuhan Yesus ialah Firman TUHAN yang menciptakan segala sesuatu, termasuk saya dan kita semua. Mari kita berubah supaya percaya segala sesuatu diciptakan oleh Firman TUHAN iaitu Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 5.8.2021.


38 28 Mac 2023 Yohanes 2:23-25 (TB) Dan sementara Ia di Yerusalem selama hari raya Paskah, banyak orang percaya dalam nama-Nya, karena mereka telah melihat tanda-tanda yang diadakanNya.Tetapi Yesus sendiri tidak mempercayakan diri-Nya kepada mereka, karena Ia mengenal mereka semua, dan karena tidak perlu seorang pun memberi kesaksian kepada-Nya tentang manusia, sebab Ia tahu apa yang ada di dalam hati manusia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengenal isi hati" Ramai yang percaya ketika mendengar khutbah Tuhan Yesus di Yerusalem tetapi Ia tahu isi hati mereka, sebab itu Dia tidak mempercayakan diri kepada mereka (berhatihati). Mari kita berubah sebab TUHAN mengenal isi hati manusia. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 6.8.2021. 29 Mac 2023 Yohanes 3:5-6 (TB) Jawab Yesus: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya jika seorang tidak dilahirkan dari air dan Roh, ia tidak dapat masuk ke dalam Kerajaan Allah. Apa yang dilahirkan dari daging, adalah daging, dan apa yang dilahirkan dari Roh, adalah roh. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dilahirkan dari Roh" Tuhan Yesus mengatakan hanya mereka yang dilahirkan kembali dari Roh (bertaubat) boleh masuk ke dalam kerajaan TUHAN (diselamatkan). Mari kita berubah supaya boleh dilahirkan kembali dari Roh. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 7.8.2021. 30 Mac 2023 Yohanes 4:25-26 (TB) Jawab perempuan itu kepada-Nya: "Aku tahu, bahwa Mesias akan datang, yang disebut juga Kristus; apabila Ia datang, Ia akan memberitakan segala sesuatu kepada kami. "Kata Yesus kepadanya: "Akulah Dia, yang sedang berkata-kata dengan engkau." Kopivosihan dan selamat beribadah dengan kehadiran 12 orang sahaja, bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mesias harapan Samaria" Rupanya gambaran tentang Mesias bagi orang Samaria Ia seorang yang akan mengajar mereka menyembah TUHAN, berbeza dengan harapan orang Yahudi yang berharap Mesias ialah


39 pembebas mereka dari kuasa penjajah. Mari kita berubah supaya percaya Mesias harapan Samaria. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 8.8.2021. 31 Mac 2023 Yohanes 5:5-8 (TB) Di situ ada seorang yang sudah tiga puluh delapan tahun lamanya sakit. Ketika Yesus melihat orang itu berbaring di situ dan karena Ia tahu, bahwa ia telah lama dalam keadaan itu, berkatalah Ia kepadanya: "Maukah engkau sembuh?" Jawab orang sakit itu kepada-Nya: "Tuhan, tidak ada orang yang menurunkan aku ke dalam kolam itu apabila airnya mulai goncang, dan sementara aku menuju ke kolam itu, orang lain sudah turun mendahului aku." Kata Yesus kepadanya: "Bangunlah, angkatlah tilammu dan berjalanlah." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang "Bangunlah, angkatlah tilammu dan berjalanlah" Inilah perintah Tuhan Yesus kepada seorang lumpuh yang sudah terbaring selama tiga puluh lapan tahun. Tidak semeneh-meneh dia bangun, mengangkat tilamnya dan berjalan. Mari kita berubah bangunlah, angkatlah tilammu dan berjalanlah. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 9.8.2021. 01 April 2023 Yohanes 6:58-59 (TB) Inilah roti yang telah turun dari sorga, bukan roti seperti yang dimakan nenek moyangmu dan mereka telah mati. Barangsiapa makan roti ini, ia akan hidup selama-lamanya."Semuanya ini dikatakan Yesus di Kapernaum ketika Ia mengajar di rumah ibadat. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Roti dari surga" Roti ialah makanan utama di negara Timur Tengah, Tuhan Yesus mengumpakan diri-Nya roti dari surga yang memberi kehidupan kepada manusia, apabila kita memakan roti itu (percaya) kita memiliki hidup di surga. Mari kita berubah supaya memakan roti dari surga. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 10.8.2021. 02 April 2023 Yohanes 7:11- 13 (TB) Orang-orang Yahudi mencari Dia di pesta itu dan berkata: "Di manakah Ia?" Dan banyak terdengar bisikan di antara orang banyak tentang Dia. Ada yang berkata: "Ia orang


40 baik." Ada pula yang berkata: "Tidak, Ia menyesatkan rakyat." Tetapi tidak seorang pun yang berani berkata terang-terangan tentang Dia, karena takut terhadap orang-orang Yahudi. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Orang baik atau penyesat" Setelah Tuhan Yesus mengajar di Yudea (Yerusalem) dan Galilea (Utara Yerusalem) rakyat mula memperkatakan Dia, ada yang mengatakan Dia orang baik dan ada yang mengatakan Dia penyesat. Siapakah Yesus bagi kita? Mari kita berubah supaya pasti Tuhan Yesus ialah orang baik bukan penyesat. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 11.8.2021. 03 April 2023 Yohanes 8:34-36 (TB) Kata Yesus kepada mereka: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya setiap orang yang berbuat dosa, adalah hamba dosa. Dan hamba tidak tetap tinggal dalam rumah, tetapi anak tetap tinggal dalam rumah. Jadi apabila Anak itu memerdekakan kamu, kamu pun benar-benar merdeka." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hamba dosa" Para pendengar khutbah Tuhan Yesus terkejut apabila Dia mengatakan mereka perlu dimerdekakan (dibebaskan), rupanya tanpa sedar mereka hamba dosa. Kita semua hamba dosa, Tuhan Yesus datang memberi kemerdekaan kepada kita. Mari kita berubah supaya bukan lagi hamba dosa dengan percaya kepada Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 12.8.2021. 04 April 2023 Yohanes 9:3-4 (TB) Jawab Yesus: "Bukan dia dan bukan juga orang tuanya, tetapi karena pekerjaan-pekerjaan Allah harus dinyatakan di dalam dia. Kita harus mengerjakan pekerjaan Dia yang mengutus Aku, selama masih siang; akan datang malam, di mana tidak ada seorang pun yang dapat bekerja. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin kes baharu COVID-19 negara 21k tertinggi dicatatkan, Sabah saja 2k. Hari ini saya berkongsi tentang "Kecacatan bukan sebab dosa" Ketika rombongan Tuhan Yesus melihat seorang buta sejak lahir, para murid bertanya siapakah yang berdosa ibu bapanya atau orang itu sendiri, jawab Tuhan Yesus "bukan dosa ibu bapa atau orang itu tetapi pekerjaan TUHAN harus dinyatakan kepada-Nya" Mari kita


41 berubah supaya percaya kecacatan bukan sebab dosa. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 13.8.2021. 05 April 2023 Yohanes 10:34-36 (TB) Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah? Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Yesus anak TUHAN" Beberapa kali Tuhan Yesus mahu dilempari batu sebab pengakuan-Nya sebagai anak TUHAN. Hari ini pun masih menjadi perdebatan pengakuan itu. Mari kita berubah supaya percaya Tuhan Yesus anak TUHAN. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 14.8.2021. 06 April 2023 Yohanes 11:24-26 (TB) Kata Marta kepada-Nya: "Aku tahu bahwa ia akan bangkit pada waktu orang-orang bangkit pada akhir zaman." Jawab Yesus: "Akulah kebangkitan dan hidup; barangsiapa percaya kepada-Ku, ia akan hidup walaupun ia sudah mati, dan setiap orang yang hidup dan yang percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Percayakah engkau akan hal ini?" Kopivosihan dan selamat beribadah dengan SOP hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan hadir kebaktian dengan kapasiti 1/3 atau lima puluh orang sahaja. Bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tuhan Yesus pemberi kebangkitan" Ketika Lazarus meninggal Tuhan Yesus datang dan menghidup dia semula selepas empat hari dalam kubur. Mari kita berubah supaya percaya Tuhan Yesus pemberi kebangkitan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 15.8.2021. 07 April 2023 Yohanes 12:37-38 (TB) Dan meskipun Yesus mengadakan begitu banyak mujizat di depan mata mereka, namun mereka tidak percaya kepada-Nya, supaya genaplah firman yang


42 disampaikan oleh nabi Yesaya: "Tuhan, siapakah yang percaya kepada pemberitaan kami? Dan kepada siapakah tangan kekuasaan Tuhan dinyatakan?" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tanda ajaib" Tuhan Yesus sudah membuat banyak keajaiban di depan mata rakyat pada zaman itu, termasuk menghidupan semula Lazarus dari kubur tetapi mereka masih tidak percaya. Mari kita berubah supaya percaya tanda ajaib itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 16.8.2021. 08 April 2023 Yohanes 13:34-35 (TB) Aku memberikan perintah baru kepada kamu, yaitu supaya kamu saling mengasihi; sama seperti Aku telah mengasihi kamu demikian pula kamu harus saling mengasihi. Dengan demikian semua orang akan tahu, bahwa kamu adalah murid-murid-Ku, yaitu jikalau kamu saling mengasihi." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi. Kelmarin perdana menteri Malaysia ke 8 meletakkan jawatan. Hari ini saya berkongsi tentang "Saling mengasihi" Tuhan Yesus memberi perintah baharu kepada para murid-Nya supaya mereka saling mengasihi, sebagai tanda mereka adalah pengikut Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya saling mengasihi. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 17.8.2021. 09 April 2023 Yohanes 14:5-7 (TB) Kata Tomas kepada-Nya: "Tuhan, kami tidak tahu ke mana Engkau pergi; jadi bagaimana kami tahu jalan ke situ?" Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku. Sekiranya kamu mengenal Aku, pasti kamu juga mengenal Bapa-Ku. Sekarang ini kamu mengenal Dia dan kamu telah melihat Dia." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Tuhan Yesus ialah jalan kebenaran dan kehidupan" Tuhan Yesus mengaku Dialah jalan kepada kebenaran dan kehidupan. Mari kita berubah supaya percaya Tuhan Yesus ialah jalan kebenaran dan hidup. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 18.8.2021.


43 10 April 2023 Yohanes 15:12-14 (TB) Inilah perintah-Ku, yaitu supaya kamu saling mengasihi, seperti Aku telah mengasihi kamu. Tidak ada kasih yang lebih besar dari pada kasih seorang yang memberikan nyawanya untuk sahabat-sahabatnya. Kamu adalah sahabat-Ku, jikalau kamu berbuat apa yang Kuperintahkan kepadamu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin kes baharu COVID-19 negara mencatat 22K lebih, tertinggi lagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Memberikan nyawanya" Tuhan Yesus mengatakan tiada kasih yang lebih besar daripada kasih seorang yang memberikan nyawanya sendiri demi orang lain, Tuhan Yesus sudah melakukan itu. Mari kita berubah supaya menerima Dia yang memberikan nyawa-Nya. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 19.8.2021. 11 April 2023 Yohanes 16:23-24 (TB) Dan pada hari itu kamu tidak akan menanyakan apa-apa kepada-Ku. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu minta kepada Bapa, akan diberikan-Nya kepadamu dalam nama-Ku. Sampai sekarang kamu belum meminta sesuatu pun dalam nama-Ku. Mintalah maka kamu akan menerima, supaya penuhlah sukacitamu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mintalah supaya akan menerima" Tuhan Yesus mengajar supaya kita meminta kepada Bapa melalui Dia dan akan menerima supaya ada kegembiraan kita. Mari kita berubah memintalah supaya akan menerima. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 20.8.2021. 12 April 2023 Yohanes 17:2-3 (TB) Sama seperti Engkau telah memberikan kepada-Nya kuasa atas segala yang hidup, demikian pula Ia akan memberikan hidup yang kekal kepada semua yang telah Engkau berikan kepada-Nya. Inilah hidup yang kekal itu, yaitu bahwa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang telah Engkau utus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, tahniah kepada ahli parliment Bera setelah mendapat sokongan majoriti ahli parliment ke-14 (114/220) untuk membolehkan dia


44 dilantik menjadi perdana menteri Malaysia ke-9. Hari ini saya berkongsi tentang "Hidup yang kekal" Apa saja yang hidup dalam dunia ini tidak kekal, Tuhan Yesus datang supaya kita mendapat hidup yang kekal dengan mengenal-Nya dan Bapa yang mengutus-Nya. Mari kita berubah supaya mendapat hidup yang kekal. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 21.8.2021. 13 April 2023 Yohanes 18:37 (TB) Maka kata Pilatus kepada-Nya: "Jadi Engkau adalah raja?" Jawab Yesus: "Engkau mengatakan, bahwa Aku adalah raja. Untuk itulah Aku lahir dan untuk itulah Aku datang ke dalam dunia ini, supaya Aku memberi kesaksian tentang kebenaran; setiap orang yang berasal dari kebenaran mendengarkan suara-Ku." Kopivosihan dan selamat beribadah bertemu lagi dalam renungan pagi. Hari ini saya berkongsi tentang "Patuh kepada kebenaran" Ketika Tuhan Yesus dibicarakan oleh Pilatus Dia mengaku Dia ialah raja orang Yahudi berasal dari kebenaran (TUHAN), semua orang yang berasal dari kebenaran mendengar (patuh) kepada-Nya. Mari kita berubah supaya patuh kepada kebenaran itu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 22.8.2021. 14 April 2023 Yohanes 19:25-26 (TB) Dan dekat salib Yesus berdiri ibu-Nya dan saudara ibu-Nya, Maria, isteri Klopas dan Maria Magdalena. Ketika Yesus melihat ibu-Nya dan murid yang dikasihi-Nya di sampingnya, berkatalah Ia kepada ibu-Nya: "Ibu, inilah, anakmu!" Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Berdiri dekat salip" Ketika Tuhan Yesus disalipkan dikatakan oleh penulis yang juga saksi kejadian, menyebut beberapa orang sahaja yang bersama-Nya iaitu; ibu-Nya, ibu saudara-Nya dan dua orang yang bernama Maria. Rakyat yang mengagungkan kehadiran Tuhan Yesus ke Yerusalem semuanya hilang entah ke mana. Mari kita berubah supaya boleh berdiri dekat salip Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 23.8.2021. 15 April 2023 Yohanes 20:21-23 (TB) Maka kata Yesus sekali lagi: "Damai sejahtera bagi kamu! Sama


45 seperti Bapa mengutus Aku, demikian juga sekarang Aku mengutus kamu." Dan sesudah berkata demikian, Ia mengembusi mereka dan berkata: "Terimalah Roh Kudus. Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Mengampuni" Ketika waktu malam pada hari pertama Tuhan Yesus bangkit dari kematian Dia bertemu dengan para murid-Nya dan memberi perintah supaya saling mengampuni supaya tiada lagi dosa dikalangan mereka. Mari kita berubah supaya saling mengampuni. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 24.8.2021. 16 April 2023 Yohanes 21:21-22 (TB) Ketika Petrus melihat murid itu, ia berkata kepada Yesus: "Tuhan, apakah yang akan terjadi dengan dia ini?" Jawab Yesus: "Jikalau Aku menghendaki, supaya ia tinggal hidup sampai Aku datang, itu bukan urusanmu. Tetapi engkau: ikutlah Aku." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, kelmarin Sabah mencatat kes baharu COVID-19 3k tertinggi direkodkan. Hari ini saya berkongsi tentang "Bukan urusanmu" Ketika Petrus bertanya tentang masa depan seorang murid (Yohanes) adakah dia akan hidup sehingga Tuhan Yesus datang lagi, Tuhan Yesus menjawab "itu bukan urusanmu". Mari kita berubah supaya tidak sibuk dengan bukan urusanmu. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 25.8.2021. 17 April 2023 Kisah Para Rasul 1:6-8 (TB) Maka bertanyalah mereka yang berkumpul di situ: "Tuhan, maukah Engkau pada masa ini memulihkan kerajaan bagi Israel?" Jawab-Nya: "Engkau tidak perlu mengetahui masa dan waktu, yang ditetapkan Bapa sendiri menurut kuasa-Nya. Tetapi kamu akan menerima kuasa, kalau Roh Kudus turun ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Yerusalem dan di seluruh Yudea dan Samaria dan sampai ke ujung bumi." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Engkau tidak perlu tahu" Pesan Tuhan Yesus sebelum Dia naik ke surga supaya para pengikut-Nya tidak perlu tahu bila Dia akan kembali lagi memulihkan kerajaan itu. Mari kita berubah sebab engkau tidak perlu tahu bila Tuhan Yesus akan datang sebagai raja. Damai


46 sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 26.8.2021. 18 April 2023 Kisah Para Rasul 2:1-3 (TB) Ketika tiba hari Pentakosta, semua orang percaya berkumpul di satu tempat. Tiba-tiba turunlah dari langit suatu bunyi seperti tiupan angin keras yang memenuhi seluruh rumah, di mana mereka duduk; dan tampaklah kepada mereka lidahlidah seperti nyala api yang bertebaran dan hinggap pada mereka masing-masing. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Dihinggapi Roh Kudus" Ketika perayaan keagamaan di Yerusalem para murid Tuhan Yesus dihinggapi Roh Kudus, mereka tiba-tiba boleh berbahasa pelbagai bahasa dan bersaksi tentang Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya dihinggapi Roh Kudus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 27.8.2021. 19 April 2023 Kisah Para Rasul 3:6-7 (TB) Tetapi Petrus berkata: "Emas dan perak tidak ada padaku, tetapi apa yang kupunyai, kuberikan kepadamu: Demi nama Yesus Kristus, orang Nazaret itu, berjalanlah!" Lalu ia memegang tangan kanan orang itu dan membantu dia berdiri. Seketika itu juga kuatlah kaki dan mata kaki orang itu. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Berjalanlah" Ada seorang yang lumpuh sejak lahir disembuhkan oleh Petrus dalam nama Tuhan Yesus. Mari kita berubah dan berjalanlah dalam nama Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 28.8.2021. 20 April 2023 Kisah Para Rasul 4:19-20 (TB) Tetapi Petrus dan Yohanes menjawab mereka: "Silakan kamu putuskan sendiri manakah yang benar di hadapan Allah: taat kepada kamu atau taat kepada Allah. Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar." Kopivosihan dan selamat beribadah dengan SOP hanya mereka yang lengkap vaksin dibenarkan hadir kebaktian. Hari ini saya berkongsi tentang "Apa yang dilihat dan didengar"


47 Rupanya kisah seorang lumpuh sejak lahir disembuhkan menyebabkan Petrus dan Yohanes ditahan dan disoal siasat oleh penguasa agama di bait suci. Mereka mahu supaya berhenti berkata-kata tentang Tuhan Yesus yang bangkit dari kematian. Tetapi Petrus dan rasul yang lain tidak boleh tidak berkata-kata apa yang mereka lihat dan dengar tentang Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya boleh berkata-kata tentang apa yang dilihat dan didengar tentang Tuhan Yesus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 29.8.2021. 21 April 2023 Kisah Para Rasul 5:40-42 (TB) Mereka memanggil rasul-rasul itu, lalu menyesah mereka dan melarang mereka mengajar dalam nama Yesus. Sesudah itu mereka dilepaskan. Rasul-rasul itu meninggalkan sidang Mahkamah Agama dengan gembira, karena mereka telah dianggap layak menderita penghinaan oleh karena nama Yesus. Dan setiap hari mereka melanjutkan pengajaran mereka di Bait Allah dan di rumah-rumah orang dan memberitakan Injil tentang Yesus yang adalah Mesias. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Bergembira dalam penderitaan" Setelah para rasul mula menerima penganiayaan dari penguasa agama, mereka tidak bersedih atau takut sebaliknya bergembira dalam penderitaan itu. Mari kita berubah supaya bergembira dalam penderitaan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 30.8.2021. 22 April 2023 Kisah Para Rasul 6:8-10 (TB) Dan Stefanus, yang penuh dengan karunia dan kuasa, mengadakan mujizat-mujizat dan tanda-tanda di antara orang banyak. Tetapi tampillah beberapa orang dari jemaat Yahudi yang disebut jemaat orang Libertini anggota-anggota jemaat itu adalah orang-orang dari Kirene dan dari Aleksandria bersama dengan beberapa orang Yahudi dari Kilikia dan dari Asia. Orang-orang itu bersoal jawab dengan Stefanus, tetapi mereka tidak sanggup melawan hikmatnya dan Roh yang mendorong dia berbicara. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Perdebatan" Stefanus yang dipilih antara tujuh pelayanan yang membantu para rasul, didatangi oleh para penganut agama Yahudi dari luar Yerusalem, terjadilah perdebatan tentang Tuhan Yesus yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Mari kita berubah supaya tidak


48 terlibat dalam perdebatan. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 31.8.2021. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia. 23 April 2023 Kisah Para Rasul 7:58-60 (TB) Mereka menyeret dia ke luar kota, lalu melemparinya. Dan saksi-saksi meletakkan jubah mereka di depan kaki seorang muda yang bernama Saulus. Sedang mereka melemparinya Stefanus berdoa, katanya: "Ya Tuhan Yesus, terimalah rohku." Sambil berlutut ia berseru dengan suara nyaring: "Tuhan, janganlah tanggungkan dosa ini kepada mereka!" Dan dengan perkataan itu meninggallah ia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi hari ini saya berkongsi tentang "Stefanus dibunuh" Akhirnya Stefanus dibunuh oleh orang Yahudi sebab sangat marah dengan kata-kata Stefanus yang mengatakan semua nabi mereka bunuh termasuk Tuhan Yesus. Mari kita berubah supaya tidak membunuh Stefanus. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 1.9.2021. 24 April 2023 Kisah Para Rasul 8:35-38 (TB) Maka mulailah Filipus berbicara dan bertolak dari nas itu ia memberitakan Injil Yesus kepadanya. Mereka melanjutkan perjalanan mereka, dan tiba di suatu tempat yang ada air. Lalu kata sida-sida itu: "Lihat, di situ ada air; apakah halangannya, jika aku dibaptis?" [Sahut Filipus: "Jika tuan percaya dengan segenap hati, boleh." Jawabnya: "Aku percaya, bahwa Yesus Kristus adalah Anak Allah."] Lalu orang Etiopia itu menyuruh menghentikan kereta itu, dan keduanya turun ke dalam air, baik Filipus maupun sida-sida itu, dan Filipus membaptis dia. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Di sana ada air baptislah aku" Iman seorang sida-sida yang luarbiasa tidak menunggu lama untuk percaya kepada Tuhan Yesus, dia minta dibaptis ketika menemui air. Mari kita berubah sebab di sana ada air baptislah aku/dia. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 2.9.2021. 25 April 2023 Kisah Para Rasul 9:4-6 (TB) Ia rebah ke tanah dan kedengaranlah olehnya suatu suara


49 yang berkata kepadanya: "Saulus, Saulus, mengapakah engkau menganiaya Aku?" Jawab Saulus: "Siapakah Engkau, Tuhan?" Kata-Nya: "Akulah Yesus yang kauaniaya itu. Tetapi bangunlah dan pergilah ke dalam kota, di sana akan dikatakan kepadamu, apa yang harus kauperbuat." Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Paulus bertaubat" Paulus bertaubat apabila Tuhan Yesus bertemu dengannya dalam perjalanan, dia rebah dan buta akibat cahaya kemuliaan Tuhan Yesus. Paulus bertaubat hari itu juga. Mari kita berubah seperti Paulus bertaubat. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia. 3.9.2021. 26 April 2023 Kisah Para Rasul 10:41-42 (TB) bukan kepada seluruh bangsa, tetapi kepada saksisaksi, yang sebelumnya telah ditunjuk oleh Allah, yaitu kepada kami yang telah makan dan minum bersama-sama dengan Dia, setelah Ia bangkit dari antara orang mati. Dan Ia telah menugaskan kami memberitakan kepada seluruh bangsa dan bersaksi, bahwa Dialah yang ditentukan Allah menjadi Hakim atas orang-orang hidup dan orang-orang mati. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Hakim orang hidup dan orang mati" Dalam bab ini diceritakan bahawa Petrus disuruh oleh Roh Kudus untuk pergi ke rumah orang bukan Yahudi, mungkin inilah pertama kali Petrus masuk rumah orang bukan Yahudi makan dan minum, berkhutbah malahan tinggal bersama beberapa hari. Petrus memperkenalkan Tuhan Yesus ialah hakim kepada semua orang. Mari kita berubah supaya percaya Tuhan Yesus ialah hakim orang hidup dan orang mati. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com 4.9.2021. 27 April 2023 Kisah Para Rasul 11:1-3 (TB) Rasul-rasul dan saudara-saudara di Yudea mendengar, bahwa bangsa-bangsa lain juga menerima firman Allah. Ketika Petrus tiba di Yerusalem, orangorang dari golongan yang bersunat berselisih pendapat dengan dia. Kata mereka: "Engkau telah masuk ke rumah orang-orang yang tidak bersunat dan makan bersama-sama dengan mereka." Kopivosihan dan selamat beribadah dengan SOP hanya mereka yang lengkap dos vaksin


50 dibenarkan hadir. Bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Makan dan minum dengan orang tidak bersunat" Agama Yahudi melarang sama sekali mereka makan dan minum apa lagi tinggal bersama beberapa hari di rumah orang tidak bersunat. Tetapi itulah yang dilakukan Petrus atas perintah Roh Kudus untuk menyampaikan berita tentang Tuhan Yesus yang bangkit dari kematian. Mari kita berubah supaya boleh makan dan minum dengan orang tidak bersunat. Damai sejahtera bersama kita. ✝ emanuelministry.blogspot.com 5.9.2021. 28 April 2023 Kisah Para Rasul 12:24-25 (TB) Maka firman Tuhan makin tersebar dan makin banyak didengar orang. Barnabas dan Saulus kembali dari Yerusalem, setelah mereka menyelesaikan tugas pelayanan mereka. Mereka membawa Yohanes, yang disebut juga Markus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Menyelesaikan tugas" Setelah beberapa waktu Paulus dan Barnabas menyelesaikan misi penginjilan memberita tentang Tuhan Yesus, kemudian mereka kembali ke Yerusalem. Mari kita berubah supaya boleh menyelesaikan tugas penginjilan. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 6.9.2021. 29 April 2023 Kisah Para Rasul 13:44-45 (TB) Pada hari Sabat berikutnya datanglah hampir seluruh kota itu berkumpul untuk mendengar firman Allah. Akan tetapi, ketika orang Yahudi melihat orang banyak itu, penuhlah mereka dengan iri hati dan sambil menghujat, mereka membantah apa yang dikatakan oleh Paulus. Kopivosihan bertemu lagi dalam renungan pagi, hari ini saya berkongsi tentang "Iri hati" Pemberitaan Injil di Antiokhia Pisidia berjalan lancar hanya beberapa minggu saja hampir semua penduduk kota percaya Injil, tetapi orang Yahudi iri hati dan mula menghasut supaya melawan Paulus dan Barnabas. Mari kita berubah supaya tidak iri hati. Damai sejahtera bersama kita. ✝emanuelministry.blogspot.com Kota Kinabalu Sabah Malaysia 7.9.2021. 30 April 2023 Kisah Para Rasul 14:21, 23 (TB) Paulus dan Barnabas memberitakan Injil di kota itu dan memperoleh banyak murid. Lalu kembalilah mereka ke Listra, Ikonium dan Antiokhia. Di


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.