Tabung Perubatan Pesakit Brochure Flipbook PDF


35 downloads 123 Views 931KB Size

Story Transcript

Jika Terdapat Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi Kami Di Talian Berikut: Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak 21300 Kuala Terengganu Terengganu Tel: 09 - 668 8088 Facebook: Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin Laman Sesawang www.unisza.edu.my/hpunisza "Dan berbuat baiklah. Sungguh Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." (QS al-Baqarah [2]: 195) BORANG SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN Borang Maklumat Nama: …………………………………………………………………… Alamat: ………………………………………………………………….. ………………………………………………………………….. No.Tel: ………………………………………………………………….. *Saya ingin menyumbang sejumlah wang RM …………….............. secara atas talian / cek / bankdraf / Wang Pos bernombor ……….…………… di atas nama Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin bagi tujuan kebajikan perubatan pesakit. Sumbangan Secara Atas Talian No.Akaun xxxxxx Pemegang Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin Catatan TABUNG PESAKIT Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak 21300 Kuala Terengganu Terengganu


Tabung Kebajikan Pesakit Hospital Pengajar Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) adalah sebuah tabung dana yang ditubuhkan bagi membantu para pesakit yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di HPUniSZA. Tabung ini juga bertujuan untuk menggalakan penglibatan individu perseorangan atau syarikat dalam menghulurkan sumbangan atau derma kepada pesakit yang memerlukan di HPUniSZA. Hasil daripada sumbangan akan diberikan kepada para pesakit yang layak bagi menjalani rawatan perubatan di HPUniSZA. Hopsital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abdin (HPUniSZA) adalah sebuah institusi perubatan yang merangkumi rangkaian luas dalam perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam, makmal dan aktiviti penyelidikan sebagai sebahagian daripada program strategik dan pembangunan sedia ada UniSZA. HPUniSZA juga komited dalam memberi rawatan terbaik kepada setiap pesakit yang ingin mendapatkan rawatan tanpa mengira latarbelakang dan sosioekonomi. Walaubagaimanapun, rawatan yang berkesan dalam kalangan pesakit lazimnya memerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, Tabung Kebajikan Pesakit ditubuhkan bagi membantu pesakit yang kurang berkemampuan mendapatkan rawatan terbaik di HPUniSZA. LATAR BELAKANG PENGENALAN SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN ? Individu yang telah dikenalpasti dan didapati tidak berkemampuan, miskin dan daif. Proses Penilaian Biopsikososial atau tahap sosioekonomi yang dilakukan oleh Pegawai Unit Kerja Sosial Perubatan melalui beberapa kaedah seperti temubual, lawatan ke rumah dan sebagainya. Setiap permohonan bantuan yang layak akan dibawa ke Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pesakit, HPUniSZA bagi pertimbangan dan kelulusan. PENGURUSAN TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT Tabung Kebajikan Pesakit diuruskan dibawah Unit Kerja Sosial Perubatan, HPUniSZA. Setiap permohonan bantuan yang dimohon akan di semak, diproses, dan diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung yang dipengerusikan oleh Pengarah HPUniSZA. JENIS BANTUAN Jenis-jenis bantuan yang diberikan kepada pesakit: • Bantuan Perubatan • Bantuan Peralatan Perubatan (Sokongan) • Bantuan Prostesis / Orthosis • Bantuan Makanan Khas • Bantuan Ubat-Ubatan (Non Standard) KELEBIHAN YANG DIPEROLEHI SEKIRANYA MENDERMA Setiap penyumbang atau penderma berhak memperolehi pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967. * Setiap sumbangan atau derma boleh disalurkan kepada Unit Kerja Sosial Perubatan, HPUniSZA atau ke Pejabat Bendahari UniSZA


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.