UPDATE-Laporan program 2022 cesmed Flipbook PDF

UPDATE-Laporan program 2022 cesmed

51 downloads 110 Views 31MB Size

Story Transcript

1


2 3


3 KANDUNGAN Kata-Kata Aluan Pengarah ......................................... 4 Pengenalan UKM-CESMED .......................................... 5 Carta Organisasi UKM-CESMED ................................... 6 Laporan Program Januari 2022................................... 7 - 8 - Webinar Siri III: Agenda Keusahawanan di IPT: Peluang dan Cabaran Dalam Menjayakan PTK IPT 2021-2025 Laporan Program Februari 2022................................... 9 - 13 - Bengkel Hala Tuju Bitara Holistik Keusahawanan - Program Latihan Pemasaran Digital Laporan Program Mac 2022....................................... 13 - 15 - Bengkel Pemantapan Hala Tuju & Pengukuhan Pasukan Cesmed Laporan Program April 2022....................................... 17 - 21 - Bazar Ramadhan@UKM - KPT Prihatin Keluarga Malaysia (KPKM) -Webinar CESMED Siri 4: Pementoran Usahawan Pelajar: Perkongsian Pengalaman -Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED: Cipta Peluang Sendiri Laporan Program Mei 2022....................................... 23 - 24 - Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED: Bermula Sebagai Agen Laporan Program Jun 2022....................................... 25 - 36 - Bicara CEO: Pengalaman Membangunkan Syarikat Pemula Berasaskan Teknologi - Bimbingan Usahawan Alumni – Hobi Menjana Wang - Program Keusahawanan Sosial: Dari Kampus ke Komuniti - Bi$$iswa -Webinar CESMED Siri 5: Peranan The Bricks Dalam Memangkin Semangat Keusahawanan Pelajar USM -Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED: Minat atau Kerjaya - Ekspo Kerjaya Dan Keusahawanan 2022 Laporan Program Julai 2022....................................... 37 - 38 - Webinar CESMED Siri 6: Keusahawanan Merentasi Disiplin Pengajian Laporan Program Ogos 2022....................................... 39 - 42 - Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Selangor - Bengkel Pengukuhan Pembangunan Produk Penyelidikan - Sesi Meet & Greet TUBE@IPT Laporan Program September 2022............................. 43 - 45 - Bengkel Penulisan & Pemurnian Program Keusahawanan CESMED -Webinar CESMED Siri 7: Agenda Keusahawanan di IPT: Kreatifpreneur: Kebangkitan Industri Berasaskan Idea Kreatif Laporan Program Oktober 2022................................... 47 - 51 - Minggu Apresiasi Watan (Domain Keusahawanan) - Kem Inovasi Usahawan Cilik - Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) - Program ‘Entrepreneurial Leadership Workshop’ Laporan Program November 2022............................... 53 - 58 - Webinar CESMED Siri 8: Agenda Keusahawanan di IPT: Berniaga sambil belajar…wajarkah? - Webinar Panduan Pendaftaran Perniagaan Siswa - Program Hujung Minggu@Cesmed: Jati Diri Keusahawanan - Webinar Bicara CEO: Kepentingan Penjenamaan untuk Perniagaan - Karnival Konvokesyen UKM ke-50 Laporan Program Disember 2022................................ 59 - 63 - Webinar ‘Mindset Setting’ - Program Keusahawanan & Pertukaran Budaya bersama Kelab Inkubator Universitas Syiah Kuala, Indonesia TAJUK MUKA SURAT


4 5 KATA KATA PENGARAH UKM-CESMED ALUAN UKM-CESMED berperanan sebagai satu unit perkhidmatan yang memberikan perkhidmatan Keusahawanan Akademik (AE) dan Keusahawanan Bukan Akademik (NAE). Selain itu, dalam mengubah minda komuniti universiti terhadap konsep keusahawanan, UKM-CESMED kini lebih memfokuskan kepada menghasilkan graduan yang mempunyai ‘entrepreneurial mindset’, melahirkan usahawan pelajar (Business founder) selain berupaya mengubah lanskap keusahawanan yang mana konsep baru keusahawanan menekankan pada penyelesaian masalah dan inovasi di kampus. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 telah menggariskan lonjakan pertama: Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang bagi mencapai aspirasi sistem dan pelajar. Kerangka ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar dan staf akademik untuk menguasai kemahiran keusahawanan menerusi sangkutan industri, inkubator perniagaan dan dasar laluan istimewa kepada perniagaan yang dipelopori pelajar. Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Bin Yakob Pengarah UKM-CESMED


5 MISI Untuk menyokong aktiviti utama UKM-CESMED melalui kerjasama pintar bersama institusi dalam dan luar universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam aktiviti pembangunan keusahawanan, penyelidikan, dan penerbitan. VISI Untuk menjadi pusat perkhidmatan pendidikan keusahawanan akademik yang tersohor dalam memberi nilai tambah kepada usahawan yang berpotensi di kalangan graduan, alumni, warga UKM dan komuniti mikro, kecil dan sederhana. Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM-CESMED) merupakan pusat tanggungjawab yang berperanan untuk merancang, menilai dan memantau pelaksanaan program dan aktiviti pendidikan dan pembangunan keusahawanan serta bertindak sebagai pusat sehenti bagi agenda keusahawanan di UKM. PENGENALAN UKM-CESMED OBJEKTIF i. Memacu agenda keusahawanan pelajar di UKM ii. Memantau perancangan dan pelaksanaan aktiviti keusahawanan di UKM iii. Menyelaras program-program keusahawanan di kolej kediaman dan fakulti iv. Menyediakan ekosistem pembangunan dan sokongan kepada usahawan pelajar UKM


6 7


7 LAPORAN JANUARI 2022 PROGRAM Webinar Siri III: Agenda Keusahawanan di IPT: Peluang dan Cabaran Dalam Menjayakan PTK IPT 2021-2025 (24/1/2022)


8 9 WEBINAR SIRI 3: Agenda Keusahawanan di IPT: Peluang dan Cabaran Dalam Menjayakan PTK IPT 2021-2025 Webinar bersiri CESMED kembali lagi pada tahun ini dengan topik ‘Webinar Siri III: Agenda Keusahawanan di IPT: Peluang dan Cabaran Dalam Menjayakan PTK IPT 2021-2025’. Webinar ini menampilkan Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan (UKM), Prof. Hj. Abdol Samad Nawi, Penolong Naib Canselor Keusahawanan, Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Dr. Abdul Rashid Husain, Pengarah UTM Centre for Student Innovation and Technology Entrepreneurship (UTM XCITE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai panel serta Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Yakob, Pengarah UKM-CESMED sebagai moderator pada 24 Januari 2022. Salah satu strategi untuk menjayakan PTK IPT 2021-2025 yang ditekankan dalam webinar ini adalah melalui kerjasama dengan industri. Selain itu, pelbagai input menarik yang telah dikongsikan oleh ketiga-ketiga panel tersebut khususnya untuk membantu golongan yang terumbang-ambing dalam mendepani cabaran baharu dan masa hadapan yang tidak menentu.


9 LAPORAN FEBRUARI 2022 PROGRAM Bengkel Hala Tuju Bitara Holistik Keusahawanan – (20-21 Feb 2022) Program Latihan Pemasaran Digital – (27/2 - 2/3 2022)


10 11 BENGKEL Hala Tuju Bitara Holistik Keusahawanan Pelajar UKM khususnya ahli kelab dibawah UKM-CESMED iaiti MyAgrosis, CESMED Buddies serta Kelab Keusahawanan CESMED dalam mempraktikkan ilmu keusahawanan yang dipelajari adalah dengan menjalankan program pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan komuniti luar di kawasan Parit Sulong, Johor pada Jun 2022. Melalui program ini, tiga (3) fokus utama aktiviti adalah usahawan tani, usahawan agronomi cili serta usahawan e-desa yang mana pelajar bertindak sebagai tenaga pengajar kepada komuniti Parit Sulong dengan diselia oleh pegawai MARDI dan kakitangan CESMED. Maklum balas positif daripada kesemua peserta telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar UKM ini mampu menyampaikan ilmu keusahawanan kepada orang luar dengan baik dan jayanya.


11 PROGRAM Latihan Pemasaran Digital Bagi meningkatkan kemahiran tenaga pengajar dalam bidang keusahawanan, UKM-CESMED telah menjalankan Program Latihan Pemasaran Digital kepada para pensyarah dan kakitangan UKM di Hotel Avillion Admiral Cove Port Dickson. Antara objektif bagi program ini adalah untuk mendedahkan pensyarah dan kakitangan UKM dengan penggunaan digital dalam pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi pengajar dalam bidang keusahawanan serta menyediakan mentor untuk usahawan siswa UKM. Seramai 20 orang pensyarah yang berminat menyertai program ini. Melalui program ini, selain dapat meningkatkan kemahiran mereka, program ini dapat membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran bagi bidang keusahawanan di UKM.


12 13 Program Latihan Pemasaran Digital


13 LAPORAN MAC 2022 PROGRAM Bengkel Pemantapan Hala Tuju & Pengukuhan Pasukan Cesmed (30 Mac-1 April 2022)


14 15 BENGKEL Pemantapan Hala Tuju & Pengukuhan Motivasi kerja amat penting dalam diri apatah lagi jika bekerja secara Pasukan Cesmed berkumpulan. UKM-CESMED mengambil inisiatif untuk memastikan motivasi kerja dalam diri setiap kakitangan sentiasa tinggi dengan melaksanakan satu bengkel yang dinamakan Bengkel Pemantapan Hala Tuju dan Pengukuhan Pasukan CESMED pada 30 Mac sehingga 1 April 2022 di Pusat Penyelidikan Langkawi UKM. Perubahan suasana boleh menjadi salah satu faktor untuk mendapatkan idea. Melalui bengkel ini, banyak idea dan penambahbaikan program telah dikenalpasti serta beberapa program telah dirancang mengikut kepakaran kakitangan sedia ada. Selain itu, aktiviti rekreasi juga dapat dijalankan sepanjang berada di sana antaranya adalah aktiviti Skytrex di mana aktiviti ini dapat mengukuhkan semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan kakitangan.


15 BENGKEL Pemantapan Hala Tuju & Pengukuhan Pasukan Cesmed


16 17


17 LAPORAN APRIL 2022 PROGRAM Bazar Ramadhan@UKM (4-29 April 2022) KPT Prihatin Keluarga Malaysia (KPKM) – 12 April 2022 Webinar CESMED Siri 4: Pementoran Usahawan Pelajar: Perkongsian Pengalaman (25 April 2022) Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED: Cipta Peluang Sendiri (28 April 2022)


18 19 UKM-CESMED tidak melepaskan peluang untuk menyertai Bazar Ramadhan@UKM yang telah diadakan di dataran Panggung Seni, UKM. Setelah hampir 2 tahun bazar tidak dapat dibuka akibat pandemik COVID-19, bazar Ramadhan kali ini telah dianjurkan oleh Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) dengan kerjasama Kolej Pendeta Za’ba (KPZ). Seramai 16 orang pelajar yang berdaftar di bawah UKM-CESMED telah menjalankan peniagaan mereka sepanjang bazar dibuka. Bazar yang dianjurkan ini telah membuka peluang peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi di UKM untuk memperkenalkan perniagaan mereka. Pada 21 April 2022, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan, Industri dan Masyarakat) UKM sempat melawat gerai-gerai jualan pelajar dan BAZAR Ramadhan@UKM beramah mesra dengan mereka. Daripada hasil soal selidik yang dilakukan, ramai dalam kalangan peniaga siswa ini menunjukkan minat untuk menceburi dengan lebih mendalam terhadap bidang keusahawanan berbanding sebelumnya.


19 Pada 12 April 2022, UKM-CESMED telah dijemput untuk menyertai program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) iaitu KPT Prihatin Keluarga Malaysia. Bagi program ini, UKM-CESMED berpeluang mewakili UKM untuk mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan oleh mahasiswa UKM dan dipamerkan kepada pihak KPT serta ahli pengurusan tertingi UKM. Walaupun program hanya berlangsung selama satu hari sahaja, namun kebanyakan produk pelajar yang dipamerkan mendapat sambutan tinggi dan berjaya dijual sepanjang program berlangsung. KPT PRIHATIN Keluarga Malaysia (KPKM)


20 21 WEBINAR SIRI 4: Pementoran Usahawan Pelajar: Perkongsian Pengalaman Pada webinar CESMED siri 4 kali ini, UKMCESMED telah menjemput Dr Wong Whee Yen atau nama timangannya Dr. Winnie Wong iaitu seorang tenaga pengajar daripada Universiti Tun Abdul Razak (UTAR). Beliau juga merupakan Ketua Program Sarjana Sistem Maklumat Fakulti Kejuruteraan dan Sains Lee Kong Chian (LKC FES), UTAR dan Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Yakob, Pengarah UKM-CESMED sebagai moderator. Webinar ini telah dilaksanakan pada 25 April 2022 melalui aplikasi Webex dan siaran langsung Facebook UKM-CESMED. Dengan membawa topik ‘Pementoran Usahawan Pelajar: Perkongsian Pengalaman’, beliau telah berkongsikan bahawa beliau menekankan perniagaan secara digital sebagai strategi untuk memperkasakan keusahawanan dalam kalangan pelajar di UTAR selaras dengan perkembangan teknologi kini. Tambah beliau lagi, latihan secara hands-on amat berkesan kepada pelajar dengan berkolaborasi bersama pihak luar. Beliau berharap melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan sama ada di UTAR atau UKM dapat meningkatkan elemen keusahawanan di dalam negara.


21 WEBINAR BICARA USAHAWAN SISWA CESMED: Cipta Peluang Sendiri Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED buat julung kalinya diadakan ini telah menjemput Saudari Nur Farahin Shakila, pelajar Tahun 3, Pusat Pengajian Citra UKM sebagai panel dan saudara Ooi Chuah Jau, pelajar Tahun 3, Fakulti Ekonomi & Pengurusan sebagai moderator pada 28 April 2022. Dengan membawa topik ‘Cipta Peluang Sendiri’, Beliau mempercayai bakat yang ada pada setiap individu itu boleh terciptanya peluang bagi menjalankan sesebuah perniagaan. Contoh yang diulas adalah seperti pempengaruh, Khairul Aming yang kini menempa nama sebagai seorang usahawan berdasarkan bakat yang ada dalam diri beliau iaitu sebagai pencipta kandungan (content creator). Menurut pemilik jenama Pincess ini “Kita tidak boleh menjadi orang lain, tapi kita boleh menjadi diri kita sendiri”. Penjenamaan personal (personal branding) perlu dicipta dan paling cepat adalah dengan menggunakan media sosial iaitu dengan menyediakan kandungan-kandungan yang menarik bukan sahaja mengenai produk sahaja tetapi juga kehidupan pemilik perniagaan untuk memberikan lebih kepercayaan kepada pengguna sedia ada dan juga bakal pelanggan. 4 kunci pemasaran yang berjaya adalah nampak, kenal, suka dan percaya. Melalui perkongsian kandungan maklumat yang baik akan memberikan impak yang lebih dalam minda pengguna ia boleh menjadi medium penyebaran maklumat dan promosi secara tidak langsung.


22 23


23 LAPORAN MEI 2022 PROGRAM Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED: Bermula Sebagai Agen (25 Mei 2022)


24 25 WEBINAR BICARA USAHAWAN SISWA CESMED: Bermula Sebagai Agen Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED Siri ke-2 dilengkapkan dengan perkongsian menarik dari panel iaitu Saudara Muhammad Affan Syahir, pelajar tahun 4, Pusat Pengajian Citra Universiti dan Saudari Maisarah Ibrahim, pelajar tahun 3, Fakulti Ekonomi & Pengurusan selaku moderator pada 25 Mei 2022. Berjinak sebagai seorang usahawan semasa dalam pengajian tidak membataskan Saudara Affan untuk meneruskan pengajian dengan cemerlang malahan mampu menggalas dua tanggungjawab sebagai pelajar dan juga menguruskan perniagaan. Sabar dan istiqamah adalah kunci kejayaan sebagai seorang usahawan. Ramai orang nak berjaya tapi masih ramai yang takut untuk keluar dari zon selesa (comfort zone). Sebagai seorang usahawan perlu mempunyai jiwa yang kental dan boleh menepis godaan terutamanya nafsu berseronok bersama rakan-rakan. Usahawan yang berjaya sudah tentu mempunyai pemikiran yang sentiasa mahukan lebih baik (growth mindset) dari yang sebelumnya. Bagi pelajar yang baru berjinak dalam bidang perniagaan boleh mulakan dengan mejual produk yang memerlukan modal yang rendah atau menggunakan konsep ‘consignment’. Usahawan juga perlu belajar cara untuk pelbagaikan kaedah jualan dan promosi untuk menarik minat pelanggan terhadap produk yang dijual. Saudara Affan dahulunya mula menjalankan perniagaan secara kecilkecilan untuk mengumpul modal perniagaan kini telah berjaya sebagai usahawan stokis bagi produk keluaran in3tree.


25 LAPORAN PROGRAM Bicara CEO: Pengalaman Membangunkan Syarikat Pemula Berasaskan Teknologi (4 Jun 2022) Bimbingan Usahawan Alumni – Hobi Menjana Wang (4 Jun 2022) Program Keusahawanan Sosial: Dari Kampus ke Komuniti (16 -18 Jun 2022) Bi$$iswa (20 Jun 2022) Ekspo Kerjaya Dan Keusahawanan 2022. (21- 23 Jun 2022) Webinar CESMED Siri 5: Peranan The Bricks Dalam Memangkin Semangat Keusahawanan Pelajar USM Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED: Minat atau Kerjaya (28 Jun 2022) JUN 2022


26 27 BICARA CEO Pengalaman Membangunkan Syarikat Pemula Berasaskan Teknologi Bicara CEO pada edisi kali ini membawa topik ‘Pengalaman Membangunkan Syarikat Pemula Berasaskan Teknologi’ dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC). Perkongsian mengenai topik ini telah disampaikan oleh Ir. Ts. Abdul Rahman Bahasa yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Recove Group Sdn. Bhd. Webinar perkongsian bidang inovasi dan teknologi ini telah dikongsikan pada 4 Jun 2021 dengan menggunakan aplikasi Zoom. Melalui program ini, beliau telah berkongsikan pelbagai pengalaman suka duka beliau dalam membangunkan syarikat pemula. Ilmu-ilmu yang disampaikan amat berguna khususnya kepada mahasiswa mahasiswi yang masih ragu-ragu untuk membangunkan syarikat pemula sendiri. Diharap melalui perkongsian ini, dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa UKM yang boleh membangunkan syarikat pemula sendiri yang berasaskan teknologi.


27 BIMBINGAN USAHAWAN ALUMNI Hobi Menjana Wang Setelah sekian lama tidak dapat melaksanakan program perkongsian secara bersemuka, UKM-CESMED telah mengadakan satu program yang berkonsepkan perkongsian pengalaman oleh usahawan alumni yang berjaya. Program diberi nama Bimbingan Usahawan Alumni: Hobi Menjana Wang ini telah diadakan pada 4 Jun 2022 di Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Program ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar khususnya ahli Kelab Sahabat CESMED. Alumni yang dijemput merupakan Pengasas Nur4in1 Enterprise, Cik Nuraini Abu Hassan dan Pengasas Flowereka Florist Malaysia, Cik Syahirah Rosli. Perkongsian ini bukan sahaja mampu menarik minat pelajar dalam menceburi bidang keusahawanan malah dapat membuka minda mereka bahawa kita juga boleh menjana pendapatan melalui hobi yang diminati.


28 29


29 Dalam meningkatkan kemahiran dan pendapatan harian dalam kalangan komuniti, UKM-CESMED telah melaksanakan satu program iaitu Program Keusahawanan Sosial dari Kampus ke Komuniti. Bertempat di Dewan Sri Medan, Sri Medan, Batu Pahat, Johor, program ini bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta melibatkan beberapa kelab Pelajar dibawah seliaan UKM-CESMED iaitu Kelab MyAgrosis UKM, CESMED Buddies dan juga Enactus UKM yang bertindak selaku fasilitator projek bermula pada 16 Jun sehingga 18 Jun 2022. Daripada kelab-kelab tersebut, seramai 30 orang yang dilantik menjadi fasilitator manakala seramai 80 orang peserta daripada komuniti yang berminat menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah melatih komuniti menjadi usahawan agronomi cili dan usahawan tani. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan mengenai cara-cara untuk memasarkan produk mereka atau lebih dikenali sebagai usahawan e-desa. Ilmuilmu yang diajarkan kepada komuniti dapat membuka minat mereka untuk meneroka dengan lebih mendalam tentang bidang keusahawanan dengan menggunakan sumber yang sedia ada di kawasan setempat. Tambahan lagi, proses pemindahan ilmu keusahawan kepada komuniti di Sri Medan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka malah mereka berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan. Selain itu, program ini dapat melatih pelajar-pelajar untuk PROGRAM KEUSAHAWANAN SOSIAL Dari Kampus ke Komuniti mengaplikasikan ilmu keusahawanan sosial yang dipelajari kepada komuniti luar. Seterusnya mereka mungkin dapat mengaplikasikan lagi kemahiran mereka apabila mereka melangkah ke dunia pekerjaaan kelak.


30 31


31 Untuk merealisasikan pembudayaan keusahawanan dalam kehidupan mahasiswa-mahasiswi, UKM-CESMED telah melaksanakan satu program untuk memberi peluang kepada pelajar UKM menunjukkan perniagaan masing-masing yang diberi nama Bi$$iswa dan bertemakan ‘Merealisasikan Minda Usahawan’ pada 20 Jun 2022. Bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang dinyatakan, pihak UKM-CESMED selaku penganjur utama Bi$ $iswa telah melantik saudara Ooi Chuah Jau selaku Ketua Program dan melibatkan beberapa orang daripada Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) Keusahawanan selaku ahli jawatankuasa. Bi$$iswa buat julung kalinya diadakan telah mengumpulkan 35 orang usahawan siswa daripada pelbagai fakulti dan bidang. Aktiviti jualan ini telah bermula pada pukul 9.00 sehingga 5.00 petang di Pusanika, UKM. Lebih menarik lagi, program ini telah dirasmikan sendiri oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni & Masyarakat) UKM, iaitu Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin. Selain itu, Program Bi$$iswa ini juga telah dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti forum daripada usahawan-usahawan alumni dan kugiran secara langsung di mana ahlinya adalah terdiri daripada siswa UKM. Antara usahawan-usahawan alumni yang dijemput adalah Encik Syakir dan Encik Izzat yang merupakan pengasas Tokkmung, Encik Faiq (Pengurus MF Empire) dan Encik Aidil iaitu pengasas Aidl Food. Mereka merupakan antara usahawan alumni yang berjaya dalam perniagaan mereka dan boleh dijadikan teladan kepada usahawan siswa yang lain. PROGRAM


32 33


33


34 35 WEBINAR SIRI 5: Peranan The Bricks Dalam Memangkin Semangat Keusahawanan Pelajar USM Pada Webinar CESMED Siri 5, UKM-CESMED telah menjemput Encik Hazlan Bin Abdul Hamid, Pengarah Pusat Pembangunan HEBAT, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai ahli panel manakala Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Yakob, Pengarah UKMCESMED sebagai moderator. Webinar ini telah dilaksanakan pada 13 Jun 2022 dengan membincangkan topik ‘Peranan The Bricks dalam Memangkin Semangat Keusahawanan Pelajar USM’. The Bricks merupakan salah satu tempat atau ruang untuk pelajar atau komuniti USM untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan mereka. Menurut perkongsian daripada Encik Hazlan, melalui penubuhan The Bricks, pelajar dapat diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman sebagai peniaga mahupun pekerja kerana terdapat juga pelajar yang memohon untuk menjalankan latihan industri di sana. Kejayaan penubuhan The Bricks ini telah mendapat sokongan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pihak USM malah daripada universiti-universiti lain juga. Di harap melalui usaha ini keusahawanan sentiasa diperkasakan lagi dalam kalangan pelajar seterusnya melahirkan graduan yang berpemikiran holistik.


35 WEBINAR BICARA USAHAWAN SISWA CESMED: Minat atau Kerjaya Webinar Bicara Usahawan Siswa CESMED Siri ke-3 diteruskan pada 28 Jun 2022 dengan panel jemputan iaitu usahawan muda dalam bidang creativepreneur, Saudara Helmi Hafizi, pelajar tahun 3, Pusat Pengajian Citra. Webinar ini dikendalikan oleh saudara Ooi Chuah Jau, pelajar Tahun 3, Fakulti Ekonomi & Pengurusan selaku moderator. Sebelum bermula sebagai usahawan dalam bidang fotogafi dan videografi, Saudara Helmi pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Kemudian beliau menjadikan hobi dan kemahiran dalam bidang kreatif sebagai cabang perniagaan yang baru. Kemahiran dan hobi ini boleh diterjemahkan ke dalam bentuk cetakan poster atau sebagainya untuk dikongsikan kepada umum sebagai permulaan dan kemudiannya boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau sendiri memuat naik video-video hasil kerja ke dalam instagam sebagai permulaan sebelum hasilnya diterima dalam pasaran. Hobi dan kemahiran turut boleh dijadikan sebagai salah satu peluang dalam bidang perniagaan seperti kemahiran menggunting rambut, kemahiran dalam bidang elektrik, kemahiran memasak dan sebagainya. Bermula dari kosong dan teruskan berusaha dan belajar sehingga kemahiran dan hobi ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan semasa dalam pengajian dan seterusnya menjadikan bidang keusahawanan sebagai sumber pendapatan selepas bergraduasi.


36 37 EKSPO Kerjaya Dan Keusahawanan 2022 termasuk kejuruteraan dan perubatan. Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan 2022 merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier (UKM-Karier) dengan kerjasama beberapa pihak lain. Setelah dua tahun program ini tidak dapat dijalankan disebabkan oleh pandemik COVID-19, pada tahun ini ianya dijalankan pada 20 Jun 2022 sehingga 24 Jun 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Lebih 1000 peluang pekerjaan/latihan industri disediakan khas untuk para pelajar daripada pihak industri. UKM-CESMED telah diberi tangunggjawab untuk menyediakan gerai jualan usahawan siswa untuk dibuka sepanjang program ini. Seramai 13 orang usahawan siswa yang terlibat untuk menjalankan perniagaan mereka sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, UKM-CESMED telah diberi peluang untuk membuka booth bagi memperkenalkan kursus-kursus keusahawanan bukan sahaja kepada pelajar malah orang luar UKM. Beberapa rakan strategik UKM-CESMED juga turut serta berkolaborasi dalam program ini antaranya ialah Meeka INTL Sdn. Bhd. dan Authentic Ventures untuk membuka booth sebagai pempamer untuk menawarkan peluang pekerjaan dan latihan industri kepada mahasiswa-mahasiswi ini.


37 LAPORAN JULAI 2022 PROGRAM Webinar CESMED Siri 6: Keusahawanan Merentasi Disiplin Pengajian (25/7/2022)


38 39 WEBINAR SIRI 6: Keusahawanan Merentasi Disiplin Pengajian Webinar CESMED Siri 6 telah dilaksanakan pada 25 Julai 2022 dengan menjemput Dr. Dzulkifli Mukhtar, Pengarah Institut Perusahaan, Kecil dan Sederhana (ISME) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagai ahli panel dan tidak lain tidak bukan Prof. Madya Dr. Noor Azuddin Yakob sebagai moderator. Topik webinar kali ini telah membincangkan mengenai ‘Keusahawanan Merentasi Disiplin Pengajian’. Dr. Dzulkifli Mukhtar menyatakan bahawa dalam mendepani cabaran baharu dan masa hadapan yang tidak menentu kini, elemen keusahawanan perlu diterapkan dalam setiap disiplin pengajian kerana keusahawanan bukan sahaja mengenai jual beli malah banyak perkara yang boleh diceburi oleh pelajar. Sebagai contoh, ramai alumni universiti yang berkecimpung dalam keusahawanan selepas 10 atau 20 tahun bergraduat. Keusahawanan bukan sahaja tertakluk kepada pelajar dalam bidang perniagaan sahaja malah semua pengajian boleh diterapkan elemen keusahawanan


39 LAPORAN OGOS 2022 PROGRAM Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Selangor (20 Ogos 2022) Bengkel Pengukuhan Pembangunan Produk Penyelidikan (24-25 Ogos 2022) Sesi Meet & Greet TUBE@IPT (29 Ogos 2022)


40 41 JELAJAH ASPIRASI Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Selangor Sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 20 Ogos 2022 yang lalu, UKM-CESMED telah dijemput untuk mengadakan satu forum keusahawanan. Forum ini menampilkan 2 orang alumni UKM sebagai panel jemputan iaitu En. Javendra Kumar (FKAB), Pengasas J Global Sdn Bhd dan En. Muhamad Faiq Ishammuddin (FEP), Pengurus MF Empire serta En. Muhamad Fadle Mohamad Abu Sadin, Pegawai Sains, FKAB, UKM selaku moderator. Lebih 80 orang pengunjung telah bersama sehingga ke akhir forum ini. Antara topik yang diketengahkan adalah berkaitan Gig Ekonomi (Pendigitalan) selari dengan pembangunan teknologi IR4.0. Pendigitalan dalam bidang keusahawanan adalah selari dengan belia masa kini yang lebih dekat dengan teknologi. Bermula dengan hanya sekadar minat atau hobi akhirnya beliau juga boleh menjana pendapatan.


41 BENGKEL PENGUKUHAN Pembangunan Produk Penyelidikan Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang keusahawanan sentiasa menjadi satu isu di sesebuah universiti. Mengambil kira hal ini, UKMCESMED mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Pengukuhan Pembangunan Produk Penyelidikan pada 24 Ogos sehingga 25 Ogos 2022. Seramai 13 orang pensyarah yang berminat untuk menyertai bengkel ini. Bengkel ini bertujuan bagi menyediakan pensyarah berkemahiran dalam bidang teknousahawan dan pengkomersilan produk penyelidikan pelajar. Melalui bengkel ini, para pensyarah dapat mengukuhkan pemahaman proses pengkomersilan produk penyelidikan dari perspektif baharu mengikut permintaan pasaran.


42 43 SESI Meet & Greet TUBE@IPT Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) merupakan inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara yang mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. Antara objektif program TUBE ini adalah untuk memupuk dan menanam semangat keusahawanan di kalangan belia serta membentuk daya tahan dan jati diri di kalangan belia dalam mengendalikan perniagaan sendiri. Bagi mengenali para peserta dengan lebih dekat dan mengetahui perkembangan perniagaan mereka, satu sesi Meet & Greet@IPT telah dijalankan pada 29 Ogos 2022 di Rotunda Graduate School of Business, UKM. Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, En Rizal Nainy dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat) UKM, Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin. Melalui perjumpaan ini, diharap dapat meningkatkan motivasi para peserta untuk meneruskan perniagaan mereka walaupun setelah program ini berakhir.


43 LAPORAN SEPTEMBER 2022 PROGRAM Bengkel Penulisan & Pemurnian Program Keusahawanan CESMED (22-24 September 2022) Webinar CESMED Siri 7: Agenda Keusahawanan di IPT: Kreatifpreneur: Kebangkitan Industri Berasaskan Idea Kreatif (28 September 2022)


44 45 BENGKEL Penulisan & Pemurnian Program Keusahawanan CESMED Bagi memastikan agenda keusahawanan dapat sentiasa diterap secara menyeluruh di UKM, UKM-CESMED mengambil inisiatif untuk mengadakan satu bengkel dalam kalangan ahli kakitangan UKM-CESMED. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan perancangan aktiviti keusahawanan yang bakal dijalankan pada sesi akademik 2022/2023 di samping meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan kakitangan. Bengkel ini telah diadakan pada 22 September sehingga 24 September 2022 di Port Dickson. Melalui bengkel ini, satu pelan strategik telah berjaya dirancang berdasarkan petunjuk prestasi utama atau KPI yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


45 Webinar Cesmed Siri 7 iaitu Agenda Keusahawanan di IPT diteruskan pada 28 Septeber 2022 dengan menampilkan panel yang hebat dari bidang kreatifpreneur iaitu Ts. Dr. Rohana Zur, Pengarah Akademi Pembangunan dan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Universiti Teknologi Mara, UiTM. Webinar kali ini diteruskan dengan perbincangan yang bertajuk “Kreatifpreneur: Kebangkitan Industri Berasaskan Idea Kreatif”. Menurut Dasar Industri Kreatif Negara, industri kreatif ialah industriindustri yang melibatkan kreativiti individu, WEBINAR SIRI 7: Agenda Keusahawanan di IPT: Kreatifpreneur: Kebangkitan Industri Berasaskan Idea Kreatif keterampilan, dan bakat yang mempunyai potensi menjana kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek. Berdasarkan pandangan Ts. Dr. Rohana, kreatifpreneur boleh ditafsirkan kepada orang yang menjana pendapatan melalui bakat kreatif yang ada pada diri mereka. Kerancakkan industri kreatif turut memberi sumbangan antara 1 % hingga 5% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penyumbang terbesar adalah bidang pengiklanan. Untuk memulakan perniagaan dalam bidang ini, usahawan tersebut perlu menggunakan kreativiti yang ada pada diri dengan mengolah idea kepada bentuk produk atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan ke dalam pasaran.Bidang kreatifpreneur juga perlu didaftarkan sebagai harta intelek supaya idea kreatif ini tidak diciplak.


46 47


47 LAPORAN OKTOBER 2022 PROGRAM Minggu Apresiasi Watan (Domain Keusahawanan) (11 Oktober 2022) Kem Inovasi Usahawan Cilik (15 Oktober 2022) Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) (19 Oktober 2022) Program ‘Entrepreneurial Leadership Workshop’ (28-30 Oktober 2022)


48 49 MINGGU APRESIASI WATAN DOMAIN KEUSAHAWANAN Saban tahun, setiap universiti akan menerima kemasukan pelajar baharu yang terpilih untuk mendaftarkan diri di universiti. Bagi sesi akademik 2022/2023, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan melaksanakan Minggu Apresiasi Watan (MAW) sebagai minggu orientasi pelajar baharu sebagai persediaan mereka sebelum memulakan kuliah. Sempena MAW yang telah berlangsung pada 11 Okt 2022, UKMCESMED telah berjaya mengendalikan slot Domain Keusahawanan dengan kerjasama dari 33 orang Pemudah Cara dikalangan pelajar serta Penolong Dekan Keusahawanan & Kreativiti (PDKK) dari setiap fakulti. Daripada lebih 4,000 orang pelajar baharu yang mendaftar pada sesi akademik 2022/2023, seramai 437 daripadanya telah memilih domain keusahawanan. Sepanjang domain ini berlangsung, beberapa aktiviti berkaitan keusahawanan telah dilakukan. Berdasarkan soal selidik ringkas yang dijalankan dalam kalangan mereka, kebanyakan daripada mereka berminat untuk melibatkan diri dalam keusahawanan.


49 KEM INOVASI USAHAWAN CILIK Selain pelajar universiti, program keusahawanan UKM-CESMED juga meliputi sasaran usahawan cilik yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 7-12 tahun. Pada tahun ini, UKM-CESMED mengambil inisiatif untuk melaksanakan program seperti ini yang diberi nama Kem Inovasi Usahawan Cilik. Program ini telah dijalankan pada 15 Oktober 2022 dengan melibatkan seramai 16 orang pelajar sekolah rendah sekitar Bangi. Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya ice breaking-You & Me, permainan menyusun cawan kertas menggunakan belon dan chopstick untuk meningkatkan kemahiran kerjasama antara mereka, membuat lilin dan akhir sekali aktiviti kraftangan untuk meningkatkan kreativiti mereka. Di akhir program, satu perkongsian ringkas dikongsikan bagi membuka minda peserta berkaitan aktiviti yang dilakukan dengan elemen keusahawanan. Program ini dapat dijadikan langkah pertama dengan skala kecil untuk mendedahkan bidang keusahawanan kepada mereka.


50 51 JUALAN MURAH Keluarga Malaysia (JMKM) Bagi tahun 2022, sekali lagi UKM-CESMED telah berpeluang untuk menyertai program anjuran pihak kementerian. Program pada kali ini merupakan program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Dataran Panggung Seni UKM. Program ini telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada waktu itu iaitu Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar. Lebih 15 orang usahawan siswa UKM telah mengambil bahagian dalam penjualan produk sepanjang program ini berlangsung. Melalui program ini, lebih ramai usahawan siswa UKM berpeluang untuk menonjolkan produk mereka kepada pihak luar. Hal ini dikatakan demikian kerana program ini turut mendapat kunjungan pihak luar UKM. Semoga melalui program seperti ini semangat sebagai usahawan siswa terus mekar dalam diri dan berjaya menjadikan usahawan sebagai kerjaya pilihan.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.