ARNAB SI RAJA RIMBA Flipbook PDF

ARNAB SI RAJA RIMBA

15 downloads 111 Views

Story Transcript

ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 CERITA ARNAB SI RAJA RIMBA 2-11 NILAI MORAL DALAM CERITA 12 SOALAN KBAT 13 AKTIVITI KRAFT 14 RUJUKAN 15


PENGENALAN Buku cerita “Arnab Si Raja RImba” ini adalah mengisahkan tentang kejujuran seekor arnab dalam menyertai pertandingan di sebuah hutan yang digelar Hutan Nun Lipur. Cerita ini ingin memberikan contoh dan tauladan kepada pembaca betapa pentingnya untuk sentiasa bersikap jujur dalam kehidupan seharian kita ataupun semasa dalam melaksanakan apa-apa tugasan. Kejujuran yang ada dalam diri kita akan membuahkan hasil dan tidak merugikan diri kita. Selain itu, sikap kejujuran ini juga perlu dipupuk seawal usia 4 tahun agar dapat dipraktikkan di dalam diri. Buku cerita ini juga dihasilkan selaras dengan nilai pendidikan moral yang terdapat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iaitu nilai kejujuran yang terkandung di dalam Standard Kandungan PM 10.0 Kejujuran. Semoga buku ini memberikan tauladan dan pengajaran nilai yang boleh diperolehi daripada cerita ini. 1


DI SEBUAH KAMPUNG YANG TERPENCIL, TERDAPAT SEBUAH HUTAN YANG DIBERI NAMA HUTAN NUN LIPUR YANG DIDIAMI OLEH BEBERAPA JENIS HAIWAN YANG HIDUP AMAN DAMAI DI SANA. KEHIDUPAN HAIWAN DI HUTAN INI SANGAT HARMONI DAN SALING BEKERJASAMA DI ANTARA SATU SAMA LAIN. 2


HUTAN NUN LIPUR INI DI KETUA OLEH SEEKOR RAJA RIMBA YANG SANGAT DIGERUNI DAN DIKAGUMI OLEH HAIWAN LAIN. RAJA RIMBA IAITU SANG SINGA SANGAT MENJAGA KEAMANAN DI HUTAN INI DAN MENYUKAKAN KEHARMONIAN BERSAMA HAIWAN-HAIWAN LAIN YANG TINGGAL DI SANA. 3


SETIAP HARI SANG SINGA AKAN MENGADAKAN MESYUARAT BERSAMA-SAMA DAN BERKUMPUL DENGAN HAIWAN YANG TINGGAL DI SANA. MEREKA AKAN BERKUMPUL UNTUK MENGERATKAN SILLAHTURAHIM DI ANTARA HAIWAN- HAIWAN DI HUTAN NUN LIPUR. SEMUA HAIWAN AKAN MEMBAWA MAKANAN SETIAP KALI PERJUMPAAN DILAKUKAN. 4


NAMUN PADA SUATU HARI, MEREKA TIDAK MELAKUKAN PERJUMPAAN BERSAMA HAIWAN-HAIWAN DI HUTAN NUN LIPUR KERANA SANG SINGA TIDAK MEMBERIKAN PENGUMUMAN TENTANG MELAKUKAN PERJUMPAAN SEPERTI SELALU. SEMUA HAIWAN DI HUTAN NUN LIPUR MERASA KEHAIRANAN. 5


SETELAH SEKIAN LAMA TIDAK BERKUMPUL BERSAMA, SUASANA DI HUTAN NUN LIPUR KINI MENJADI SURAM DAN TIDAK MERIAH SEPERTI DAHULU. OLEH ITU, SEMUA HAIWAN MERASA HAIRAN SETELAH BEBERAPA BULAN TIDAK MELIHAT SANG SINGA DAN PERGI KE TEMPAT TINGGAL SANG SINGA UNTUK MENJUMPAINYA. 6


APABILA SAMPAI DI TEMPAT TINGGAL SANG SINGA, SEMUA HAIWAN MERASA TERKEJUT APABILA MELIHAT KEADAAN SANG SINGA YANG TERBARING DAN TIDAK DAPAT BERDIRI SEPERTI DAHULU. SANG SINGA TELAH JATUH SAKIT KERANA UMURNYA YANG MAKIN BERUSIA. 7


OLEH YANG DEMIKIAN, SANG SINGA MAHU MENCARI PENGGANTINYA SEBAGAI RAJA RIMBA UNTUK MENJAGA HUTAN NUN LIPUR DAN HAIWAN DI SANA. SANG SINGA MEMINTA SEMUA HAIWAN DI HUTAN UNTUK BERKUMPUL DI RUMAHNYA UNTUK MEMBERITAHU PENGUMUMAN TERSEBUT. KEESOKAN HARINYA, SEMUA HAIWAN DATANG KERUMAH SANG SINGA. SEPERTI YANG DIRANCANG SANG SINGA INGIN MENCARI PENGGANTINYA SEBAGAI RAJA RIMBA. 8


OLEH ITU, SANG SINGA MELAKSANAKAN SUATU PERTANDINGAN DI ANTARA HAIWAN-HAIWAN TERSEBUT UNTUK MELAYAKKAN DIRI MEREKA DIGELAR RAJA RIMBA. PERTANDINGAN TERSEBUT ADALAH SANG SINGA MEMINTA SEMUA HAIWAN YANG IKUT BERTANDING PERLU MENANAM BATU YANG DIBERIKAN DAN PERLU MENGHASILKAN TUMBUHAN DARIPADA BATU TERSEBUT DALAM TEMPOH SEMINGGU. SEMUA HAIWAN YANG MENGIKUTI PERTANDINGAN TERSEBUT PUN MULA MENANAM BATU YANG DIBERIKAN RAJA RIMBA DI DALAM PASU. MONYET, ARNAB, HARIMAU, KANCIL DAN GAJAH ADALAH ANTARA PESERTA DARIPADA PERTANDINGAN TERSEBUT. 9


MONYET, ARNAB, HARIMAU, KANCIL DAN GAJAH TELAH MENANAM BATU TERSEBUT DI DALAM PASU DAN KESEMUA BATU TERSEBUT MENGHASILKAN TUMBUHAN KECUALI BATU YANG DITANAM OLEH ARNAB. PADA HARI PENENTUAN PERTANDINGAN TERSEBUT, KESEMUA PESERTA MEMBAWA PASU YANG DITUMBUHI DENGAN PELBAGAI JENIS TUMBUHAN KECUALI SI ARNAB YANG HANYA MEMBAWA PASU KOSONG DAN TIDAK DITUMBUHI TUMBUHAN. ARNAB BERASA SEDIH DAN KECEWA KERANA HANYA PASUNYA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG TUMBUHAN. KEMUDIAN SANG SINGA DATANG DAN MELIHAT KESEMUA PASU YANG DITANAMI BATU, KESEMUA HAIWAN MERASA BANGGA DENGAN TUMBUHAN YANG TERDAPAT DI PASU MEREKA. 10


SELEPAS ITU, SANG SINGA MENGUMUMKAN PESERTA YANG TELAH BERJAYA UNTUK MENGGANTIKAN TEMPATNYA. SEMUA PESERTA TERKEJUT AKAN PENGUMUMAN TERSEBUT KERANA SI ARNAB TELAH MEMENANGI PERTANDINGAN TERSEBUT. SANG SINGA MEMILIH ARNAB SEBAGAI PENGGANTINYA KERANA SIKAPNYA YANG JUJUR DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT. HANYA ARNAB SAHAJA YANG MEMBAWA PASU KOSONG DAN HAIWAN YANG LAIN MEMBAWA PASU YANG MEMPUNYAI TUMBUHAN. SANG SINGA MAHU MENGUJI TAHAP KEJUJURAN HAIWAN TERSEBUT AGAR DAPAT MENJADI RAJA RIMBA YANG BAIK DENGAN MELAKUKAN PERTANDINGAN SEPERTI ITU. HANYA ARNAB YANG BERLAKU JUJUR DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT KERANA BATU TIDAK AKAN MENGHASILKAN TANAMAN SEKIRANYA IANYA DITANAM DI DALAM PASU ATAUPUN DI DALAM TANAH. 11


NILAI MORAL DI DALAM CERITA Dalam cerita ini, dapat dilihat bahawa sang singa ingin mencari penggantinya sebagai raja rimba dengan melakukan suatu pertandingan. Untuk menjadi raja rimba perlulah mempunyai kriteria-kriteria yang sesuai dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tanggungjawab. Oleh itu, sang singa melakukan pertandingan yang boleh melihat sejauh mana kejujuran kesemua peserta dalam pertandingan tersebut iaitu dengan menanam batu. Sang singa menyatakan bahawa perlu menanam batu selama seminggu dan akan tumbuh tumbuhan namun ianya hanya untuk mengelirukan kesemua peserta. Mustahil untuk batu akan menghasilkan tumbuhan jika ditanam, oleh itu kesemua binatang yang menyertai pertandingan tersebut berbohong di dalam pertandingan dengan menukar batu dengan biji benih untuk ditanam. Manakala arnab pula menanam batu dan menanti akan batu tersebut mengeluaran tumbuhan. Selepas seminggu, hanya pasu arnab sahaja yang tidak mempunyai tumbuhan manakala haiwan lain mempunyai pelbagai jenis tumbuhan. Daripada pertandingan tersebut sang singa dapat melihat bahawa hanya arnab sahaja yang bersikap jujur dan haiwan yang lain telah berbohong dalam pertandingan tersebut. Oleh yang demikian arnab telah dipilih untuk menjadi raja rimba dan menggantikan tempat singa. Daripada cerita tersebut, dapat dilihat bahawa orang yang berbohong akan sentiasa rugi manakala orang yang bersikap jujur akan sentiasa memperoleh kebaikan dan kemenangan. 12


SOALAN KBAT 1. Bolehkah kamu mengaplikasikan sikap kejujuran ini didalam kehidupan seharian kamu? Sekiranya ya, apakah perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai nilai kejujuran? (Mengaplikasi) 2. Sekiranya arnab tidak bersikap jujur, adakah dia akan di pilih untuk menjadi raja rimba? (Menganalisis) 3. Adakah memiliki sikap kejujuran didalam diri adalah lebih baik ataupun tidak memiliki sikap kejujuran di dalam diri itu lebih baik? (Menilai) 13


Bahan yang diperlukan: Gunting, pensel, sarung tangan, mata palsu, kertas hitam, kertas kelabu, gam double tape, stick wire putih dan merah jambu. Lakarkan 2 bentuk bujur mengikut size sarung tangan di atas kertas kelabu. Kemudian potongkan mengikut lakaran yang telah dihasilkan. Ambil stick wire bewarna pink dan potong sedikit. Kemudian lekatkan pada kertas kelabu yang telah dipotong dengan bentuk telinga arnab. Kemudian lekatkan telinga yang telah selesai dihasilkan pada sarung tangan menggunakan gam double tape di bahagian jari telunjuk dan jari manis sarung tangan. Selepas itu potong kertas bewarna hitam dengan membentuk seperti mulut arnab dan lekatkan pada sarung tangan. Lekatkan juga mata palsu pada sarung tangan seperti di dalam gambar. Ambil semua stick wire bewarna pink dan potong sedikit sehingga membentuk hidung arnab. Kemudian lekatkan di sarung tangan iaitu pada atas mulut arnab seperti yang ditunjukkan pada gambar. Kemudian ambil stick wire bewarna putih dan potong sedikit untuk membentuk seperti dua batang gigi arnab. Selepas itu lekatkan gigi tersebut pada bahagian bawah mulut arnab. Gunakan kertas hitam yang sama untuk membentuk misai arnab. Potongkan kepada tiga bahagian seperti didalam gambar. Kemudian lekatkan pada sarung tangan. Selepas itu, lekatkan gam double tape pada bahagian belakang sarung tangan dan lipatkan bahagian jari tengah ke belakang. Rabbit Puppet selesai dan boleh digunakan! AKTIVITI KRAFT (RABBIT PUPPET) 14


RUJUKAN 15 Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017. Putrajaya: Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.