Buletin IKRAM Kelantan Oktober 2022 Flipbook PDF

Buletin IKRAM Kelantan Oktober 2022

80 downloads 110 Views 8MB Size

Recommend Stories


Derechos 2000, Ikram Antaki
L...:c...._ @ 2000, Ikram Antaki Derechos reservados 2000, 2004, Editorial Planeta Mexicana, S.A. de C.V. Bajo el sello editorial BOOKET 1d.R. Aven

20 en 21 Oktober > Vrij weekend
1ste speeldag zaterdag 18u 15-Sep 19u 20u 21u zondag 18u 16-Sep 19u 20u 21u 2de speeldag zaterdag 18u 22-Sep 19u 20u 21u zondag 18u 23-Sep 19u 20u 21u

Story Transcript

07 Oktober, 2022 /SIRI 10 Kematian sebagai pencetus muhasabah Cukuplah kematian sebagai nasihat. Pemergian Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi menemui Penciptanya merupakan satu titik kehilangan bagi umat hari ini. Al-marhum merupakan tokoh yang cukup sinonim sebagai seorang ilmuan yang mendasari realiti umat Islam. Kehidupan beliau tidak hanya dikenali sebagai seorang faqih, bahkan turut meninspirasikan kebangkitan rakyat dan memposisikan diri sebagai penyelesai masalah umat Islam. Itulah pengakhiran hidupnya yang meninggalkan pelbagai kesan dan legasi kepada umat Islam di kemudian hari. Sumbangan dan khazanah ilmu yang sarat sebagai pusaka kepada kita semua. Satu perjalanan hidup yang panjang, dipenuhi ujian dan cabaran, tetapi ditutup indah pada pengakhirannya. | 1 Ustaz Hakim Hamidon YDP IKRAM Kawasan Kubang Kerian BULETIN


Kematian yang menghidupkan Kematian sepatutnya mampu memberikan satu tolakan untuk kita berubah. Menghidupkan jiwa kita yang selama ini tidur, lalai bahkan mati. Menjadi satu pencetus untuk kita muhasabah perjalanan hidup kita sehari hari. Adakah kita sudah benar-benar bersedia andai giliran kita pula yang telah tiba. Kerana itu kematian seharusnya mengingatkan Dalam sedar atau pun tidak, setiap dari kita akan melalui penghujung hidup yang sama, apabila kita disapa oleh kematian. Pemergian tokoh besar umat Islam ini menyedarkan kita bahawa walaupun kematian itu adalah kepastian, namun bagaimana bentuk keadaan kita saat kematian itu merupakan satu pilihan. “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (AQ 91:9-10) kita kepada kepentingan menyusun prioriti dalam kehidupan kita. Sehingga tidak meninggalkan bekal yang lebih utama ke alam akhirat. Rasulullah SAW pernah ditanya: “Mukmin manakah yang paling cerdas?. Baginda bersabda: “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka orang yang paling cerdas.” [Riwayat Ibnu Majah, Hasan] Dalam kerangka ini, penulis ingin membawa kita untuk muhasabah pemergian Syeikh Prof. Dr. Yusuf alQaradawi pada tiga tingkatan yang boleh kita lakukan. Iaitu muhasabah individu, muhasabah sosial dan muhasabah perjuangan. W A R K A H P E M I M P I N O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Buletin IKRAM Kelantan | 2


01 Muhasabah Nafsiah Muhasabah ini melangkau garisan individu tadi, iaitu melihat Kembali bagaimana interaksi kita bersama orang disekeliling. Benar, tidak cukup sekadar muhasabah itu dihadkan kepada menunaikan hak diri sendiri, tetapi mengabaikan pula hak makluk yang lain. Koreksi diri atas perlaksanaan hak ahli keluarga kita; terutama terhadap ibubapa, pasangan dan anak-anak. Pada tingkatan individu, muhasabah boleh dimulakan memperbanyakkan rasa bersyukur, kerana masih diberikan ruang dan peluang dalam mengkoreksi diri. Mulakan dengan mengevaluasi soal niat dan amalan. Juga melihatkan kembali soal dosa dan ketelanjuran sehingga benar-benar terbit rasa penyesalan dan taubat. Satu usaha unik yang lain adalah meminta sahabat, keluarga dan taulan, yang kita yakin mereka ini inginkan kebaikan pada diri kita, supaya memberikan nasihat dan saranan pada diri kita. Terutama dosa-dosa yang kita lakukan tanpa sedar akan kesalahannya. Seterusnya ambil juga peluang ini untuk bermuhasabah hubungan kita dengan circle di luar keluarga terdekat seperti rakan karib, rakan sekerja, jiran tetangga dan masyarakat lain secara amnya. W A R K A H P E M I M P I N O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Buletin IKRAM Kelantan | 3 02 Muhasabah Sosial 03 Muhasabah Perjuangan Yang terakhir adalah muhasabah perjuangan. Satu sudut yang sering kita terlepas pandang. Walhal ini adalah aspek yang tidak kurang pentingnya. Jika dilihat kepada peristiwa terdekat ini, pemergian Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi tidak harus ditinggal sekadar noktah dalam buku sejarah. Betapa banyak mutiara kebaikan yang boleh terus dimanfaatkan. Seperti nukilan seorang sahabat; “Pemergian al-marhum, sekalipun layak ditangisi, namun tidak seharusnya terhenti sekadar tangisan. Bahkan, emosi tersebut perlu disusuli dengan mengkaji dan mengambil manfaat daripada segala legasi ilmu, dakwah, dan perjuangan yang beliau tinggalkan untuk umat ini.” Manfaatkanlah keilmuannya. Dikhabarkan beliau menghabiskan sebahagian besar masa hariannya berada di perpustakaan rumahnya untuk membaca dan menulis,


sehingga menghasilkan lebih 120 buah buku dalam berbagai bidang dari dakwah, pendidikan, kekeluargaan, wanita, kemasyarakatan, perubatan, ekonomi, kewangan hinggalah politik dan pemerintahan. Bersamalah dalam meneruskan agenda dakwah kepada umat dan dunia. Sekalipun tidak berada dalam manhaj yang sama. Kita bekerjasama dalam apa yang kita sepakati dan kita saling memaafkan dalam apa yang kita perselisihkan. Liku-liku di jalan dakwah al-marhum paling tidak mengajar kepada kita erti cekal dan tabah dalam memperjuangkan kefahaman Islam yang kita Imani. Kembang dan sebarkanlah juga ideaidea al-marhum yang positif dan baik. Idea pemikiran rahmah dan pendekatan sederhana yang diperjuangkan oleh al-marhum semasa hayatnya merupakan satu gagasan pemikiran yang dilihat adil, seimbang sehingga terlihatnya kesyumulan Islam padanya. Adalah malang jika mana umat dan dunia tidak menyedari akan kehilangan tokoh ini dikalangan kita. Sehingga terlupa memanfaatkan usaha dan kebaikannya selama ini. Muhasabah penulis. ُكْم الِحُقوَن ِب ا إْن شاَء هَّللا َّن إ W A R K A H P E M I M P I N O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Buletin IKRAM Kelantan | 4 Biografi ringkas Dr Yusuf Al Qadrawi Dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Menghafaz keseluruhan al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Pendidikan - Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954. Pada tahun 1960, memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).


5 TIPS MELENGKAPKAN ‘PUZZLES’ PERKAHWINAN | 5 Buletin IKRAM Kelantan Statistik penceraian di Malaysia semakin membimbangkan iaitu sebanyak 76,786 kes penceraian didaftarkan di seluruh negara sejak Mac 2020 hingga Ogos 2021. "Antara punca utama yang dikenal pasti ialah tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan, gagal menunaikan tanggungjawab memberi nafkah, pasangan curang dan campur tangan keluarga" oleh Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar. Kesemua faktor yang disebutkan adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu yang membina sebuah perkahwinan. Jika terdapat mana-mana faktor telah wujud atau didapati mungkin akan wujud dalam sebuah perkahwinan, langkah-langkah pencegahan perlu dibuat segera. K E L U A R G A & W A N I T A Dr Anisa Binti Ahmad AJK IKRAM Kawasan Kubang Kerian Apakah kunci kepada ketenangan dan kebahagiaan dalam keluarga? O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Firman Allah di dalam surah Ar Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” Perkahwinan merupakan gabungan atau ikatan antara seorang lelaki dan perempuan yang telah menepati syarat-syarat untuk bernikah. Kata kunci di sini adalah gabungan atau ikatan. ُهَّن َّل َباٌس نُتْم ِل َّل ُكْم َوَأ َباٌس ُهَّن ِل “Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)


|6 Buletin IKRAM Kelantan K E L U A R G A & W A N I T A Analogi sebuah perkahwinan adalah cantuman ‘puzzles’. Suami dan isteri adalah kepingan puzzle yang akan tercapai suatu gambarajah yang sempurna jika dicantum dengan teliti. Adakah kepingan puzzle dengan bentuk yang sama akan menghasilkan puzzle yang sempurna? Semestinya tidak! Realitinya, suami dan isteri diciptakan dengan persamaan dan perbezaan dalam pelbagai faktor: | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Kenapa aku berkahwin? Apa tujuan aku berkahwin? Apa halatuju perkahwinanku? Tips 1: Perbetulkan niat 5 tips praktikal bagi menjayakan cantuman ‘puzzles’ perkahwinan. Tips 2: Telus dengan pasangan Apa yang kita mahu dalam hidup berkeluarga? Kemewahan dan keselesaan? lmu dan kekayaan? Iman dan amal berterusan? Populariti dan kemasyhuran? Bagaimana caranya? Jom bincang sama-sama dan rangka pelan tindakan. Tips 3: Bincang halatuju dengan pasangan Sampaikan mesej dengan jelas Janganperli pasangan Amalkan: Dengar dahulu sebelum menyampuk Rendahkan elemen emosional Lebihkan elemen rasional Tips 4: Komunikasi secara berkesan “Terima kasih” “Minta maaf” “Minta tolong”


|7 Buletin IKRAM Kelantan K E L U A R G A & W A N I T A Tips 5: Kongsi dengan pasangan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Jika rosak proses, maka hasilnya akan rosak. Kesemua 5 tips di atas perlu dilengkapkan dengan proses komunikasi yang berlaku pada setiap rukun usrah (kekeluargaan) tidak kira sama ada dalam peringkat taaruf, tafahum atau takaful. Di dalam pembinaan keluarga, lebih awal dari itu adalah HALATUJU keluarga. Jika KOMUNIKASI adalah PROSES, maka HALATUJU adalah HASIL. Semuanya ada peringkat dan tahapannya. Tidak sepertimana proses penghasilan makanan, proses pembinaan keluarga adalah lebih kompleks. Namun ia agak anjal dan boleh berubah mengikut kesesuaian. Kesimpulan Pembentukan keluarga merupakan suatu proses yang kompleks. 5 tips di atas perlu dijadikan sebagai proses yang berulang-ulang. Proses adalah suatu perkara yang kadang-kadang kita sering memandang rendah terhadap kekuatannya. Setiap individu mempunyai halatuju masing-masing. Namun apabila sudah berkeluarga, setiap halatuju individu perlu diselaraskan supaya menetapi halatuju bersama dalam suatu keluarga. Ramai menyangka komunikasi tidak berkesan adalah masalah terbesar bagi keruntuhan institusi kekeluargaan. Namun di sebalik keruntuhan itu adalah halatuju keluarga yang saling berantakan. Isteri mempunyai halatuju tersendiri, suami ada halatuju tersendiri, anak-anak tak tahu mana yang nak diikut. Akhirnya anak-anak juga dengan hala tuju masing-masing. Tiada penyelarasan dan kebersamaan. Ini adalah peringkat parah yang perlukan rawatan intensif. Wahai pembaca sekalian, cegah sebelum parah. Jom kita kembali berusaha mencantumkan ‘puzzles’ agar hasilnya lebih cantik dan sempurna.Wallahu’alam.


| 8 K E N A L I M Y C A R E N E G E R I K E L A N T A N Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 MyCARE adalah institusi IKRAM yang melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan meliputi Kepulauan Asia Tenggara termasuk Myanmar, Filipina, Kemboja, Thailand dan Vietnam; negaranegara yang dilanda perang di Timur Tengah seperti Palestin, Syria, Lubnan, Iraq dan Yaman; serta kawasan yang dilanda bencana di Malaysia, Asia Tenggara dan bahagian lain di dunia. Bantuan Banjir 2022 Aktiviti- aktiviti MyCAREKelantan MyCARE secara aktif menyediakan bantuan kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir, tempat perlindungan sementara, membina semula rumah, pek makanan dan pendidikan. Ikuti perkembangan aktiviti MyCare Kelantan di facebook MyCare Negeri Kelantan Agihan daging korban 2022


17.9.2022 | Karnival Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 Karnival Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Kelantan telah menutup tirainya dengan majlis perasmian penutup yang dianjurkan di Mydin Mall Tunjong. Perasmian Penutup karnival ini dilakukan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Kelantan, Tuan Fareza Mohamed Said.Turut hadir bersama ke karnival ialah Sr Hj Che Rahimi Samat, Yang Dipertua IKRAM Negeri Kelantan. Lebih 500 orang pengunjung Mydin Mall Tunjong telah menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya program pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN, program pemeriksaan pergigian HUSM, kempen derma darah HRPZ, pertandingan Merdeka Chef, pertandingan mewarna, kuiz kemerdekaan, cabutan bertuah,persembahan-persembahan menarik dan juga pameran. Antara agensi yang terlibat dalam pameran ialah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Jabatan Siam Kelantan, ARKIB, Rasuah Busters, PPTN dan juga Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan Karnival Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2022. Penutup Sambutan Bulan kebangsaan 2022 "Walau Kita Berbeza Tetap Teguh Bersama" | 9 Buletin IKRAM Kelantan


|10 I K R A M S A N A - S I N I Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Program Sampaikan Islam Hidayah Centre Kelantan 6 Oktober 2022, KHAMIS - Alhamdulillah, hari ini sukarelawan Hidayah Centre Kelantan diberi kesempatan untuk membawa 2 orang warga negara Perancis (yang datang bercuti ke Pulau Perhentian dan singgah ke Kota Bharu untuk menunggu waktu penerbangan ke Kuala Lumpur) melihat Masjid dengan Lebih dekat lagi. mereka sangat teruja diberikan kebenaran untuk meninjau Masjid Muhammadi. Sambil menerangkan apa itu Masjid, daei kami (Muiz Yahya) juga berpeluang menyampaikan apa itu Islam kepada Mereka. Moga2 sedikit perkongsian dari pihak kami, mereka tahu sedikit apa itu islam dan akan mendalami Islam. Seperti Slogan Kami: 'Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf'


11 I K R A M S A N A - S I N I Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Lensa Rehlah IKRAMKawasan Tumpat di Pantai Seri Tujuh


| 12 I K R A M S A N A - S I N I Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Program Kitar Semula MinyakMasak Terpakai Wanita IKRAM KELANTAN Jom tukar minyak masak terpakai dengan harga RM2 sekilo


| 13 I K R A M S A N A - S I N I Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 LensaHariUkhuwwah Bersantai Bersama Wanita IKRAMKota Bharu dan Kubang Kerian


| 14 I K R A M S A N A - S I N I Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 Sekitar aktiviti advokasi cegah sebelum parah - Malaysian Againts Pornography (MAP) Negeri Kelantan di sekolah-sekolah sekitar Kota Bharu dan Bachok


| 15 M Y C A R E K E L A N T A N & B E R I T A D U N I A I S L A M Buletin IKRAM Kelantan | O K T O B E R S I R I 1 0 / 2 2 “ℎ,ℎ ℎ ℎ ℎ ….”[An-Nisa’: 58] : - , Alhamdulillah sepanjang tahun 2021, MyCARE telah menerima sumbangan berjumlah RM29,191,236.29. Ini adalah sumbangan tahunan kedua tertinggi yang pernah diterima oleh MyCARE sepanjang penubuhannya sejak tahun 2010. Ia adalah peningkatan sebanyak 57% daripada sumbangan yang diterima sepanjang tahun 2020. Tiga penyumbang utama dana kemanusiaan MyCARE bagi tahun 2021 adalah dari Tabung Palestin Diserang (RM8 juta), Tabung Kemanusiaan Rohingya (RM3 juta) dan Projek MyQurbani yang meningkat daripada RM1.56 juta pada tahun 2020 kepada RM2.13 juta pada tahun 2021. Peningkatan ini juga adalah hasil daripada peningkatan sumbangan luar negara berjumlah RM4.25 juta atau 14.6 % berbanding hanya 5% pada tahun 2020. Peningkatan sumbangan dari luar negara ini mencerminkan peningkatan kepercayaan NGO-NGO luar negara kepada MyCARE untuk melaksanakan projek-projek bantuan bagi pihak mereka. Ayuh teruskan menyumbang di tabung MyCARE .


6 0 1 6 - 9 2 0 9 9 5 0 DITERBITKAN OLEH JK MEDIA IKRAM KELANTAN 07 OKTOBER 2022 | 11 RABIUL AWAL 1444 H


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.