Cara Cara Mengatasi Gemuruh EBOOK (EV PUB) Flipbook PDF

Cara Cara Mengatasi Gemuruh EBOOK (EV PUB)

97 downloads 109 Views 1MB Size

Story Transcript

Petua dan kaedah mengawal kekhuatiran/ Gemuruh

- Terdapat pelbagai petua dan kaedah yang boleh dipraktikan bagi mengurangkan dan mengawal perasaan khuatir ataupun bimbang ketika mengendalikan majlis. -Walau bagaimana pun ia mestilah disulami dengan ilmu pengetahuan, berkaitan bidang pengacaraan dan pengalaman yang dikutip daripada majlis majlis yang telah dikendalikan sebelum ini.

- Kekhuatiran gemuruh adalah normal sewaktu mengendalikan majlis.



- Bina keyakinan dengan ilmu dan amal berkaitan dengan teknik serta kaedah mengacarakan majlis.

- Ia boleh dikurangkan dengan pengalaman dan keazaman serta ilmu pengacaraan yang dipelajari.

- Hadirin mendengar bukan mencari kesilapan, elakkan merasa terganggu dengan kesilapan kecil.

- Buat persediaan secukupnya dapat memastikan kita sebagai pengacara berada dalam keadaan terbaik untuk mengendalikan sesuatu majlis.



- Gunakan kaedah tumpuan kepada isi kandungan skrip agar setiap atur cara majlis dapat dijalankan sebaik mungkin.

- Pengacara perlu datang awal, kemudian memulai dengan ucapan/hebahan ringkas mengenai majlis dan atur cara, selain menjemput hadirin mengambil tempat.

Secara tidak langsung kaedah ini memberi peluang pengacara menguasai suasana dan mewujudkan perhubungan dengan audien sebelum majlis bermula.

- Selawat dan berdoa akan dapat mengurangkan kekhuatiran/gemuruh selain kebergantungan kita kepada yang maha kuasa membantu menenangkan diri.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.