cerpen tahun 6 al-ghazali ski Flipbook PDF

cerpen tahun 6 al-ghazali ski

66 downloads 105 Views 5MB Size

Story Transcript

PENA CILIK PERTANDINGAN MENULIS CERPEN 2022 ANJURAN PSS AL BIRUNI SKI DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA MELAYU Tanpa Usaha MENJELMAKAH KEJAYAAN NUR ALISYA BALQIS ELIAS 6 AL-GHAZALI 2022/2023


Taanpa Uaaha Menjelmakah Kejayaa Di sebuah kampung,tinggallah sebuah keluarga yang sangat miskin.Keluarga itu terdiri daripada seorang ibu yang berumur 52 tahun bernama Cik Senah serta anaknya Imran yang berumur 17 tahun.Cik Senah telah kehilangan suaminya sejak Imran masih berumur 1 tahun.Untuk menyara hidupnya sekeluarga Cik Senah membuat kuih-kuih dan setiap pagi dia akan meletakkan kuih-kuihnya ke dalam bakul lalu dia akan berkeliaran sekeliling kampung sambil menjerit “kuih,kuih kuih,kuih,kuihh”.Kadangkala jika Cik Senah tidak larat,Imranakan menggantikan tempat ibunya untuk menjual kuihmuih itu.Pada hari itu kuih-muih yang dijual Imran telah pun habis,dengan perasaan yang gembira Imran pulang untuk memberi kejutan kepada ibunya bahawa kuih-muih sebanyak80 bekas yang ibunya buat telah pun habis dijual. “Assalammualaikum mak,Imran dah balik ni”, kata Imran sambil mencari keberadaan ibunya. “Waalaikummussalam,Imran mak di dapur ni”, sahut maknya sambil membuat kuih untuk dijualpada esok hari. “Mak,kuih-muih yang mak buat harini telahpun habis dijual,iniduit hasil niaga” kata Imran kepada CikSenah.“Alhamdulillah,rezeki kita hari ini” kata Cik Senah sambilmengira wang hasil hari ini. Jam telah pun menunjukkan pukul 7:30 malam,Cik Senah danImran mula mengambil wuduk untuk solat maghrib bersama-sama.Selesai sahaja solat mereka pun bersurai ke bilik masing-masing.”Imran,Imran” kata Cik Senah memanggil Imran.


“Ye mak” sahut Imran.Imran berjalan menuju ke bilik Cik senah dan melihat Cik Senah sedang menghulurkan uang kepada Imran. “Untuk apa ni mak” kata Imran kepada Cik Senah. “Ambil lah duit ni untuk belanja sekolah esok” Balas Cik Senah kepada Imran.”Baiklah,terima kasih mak” kata Imran kepada cik senah sambil berjalan keluar menuju biliknya. Semasa di dalam bilik Imran duduk termenung melihat ke luar tingkapnya “apalah nasib aku esok,pasti di buli lagi” kata hati kecilnya itu. Imran adalah seorang murid yang paling pintar di sekolahnya.Namun begitu,dia sering dibuli kerana dia seorang yang sangat miskin bahkan kasut sekolahnya juga sudah terkoyak dan buku sekolahnya pun sumbangan dari orang-orang yang baik hati. Jam telah pun menunjukkan pukul 10:00 malam Imran hentikan angan angannya dan menuju ke katil untuk tidur. “Kring,kring,kring” bunyi loceng pengera. Imran tersedar kerana bunyi jam yang sangat bising.Imran terus bangun menuju ke bilik air untuk mandi. “Shiuu,shiuu,shiuu” bunyi air kolah yang di cebok Imran.Usai sahaja mandi Imran terus menyiapkan dirinya dan pergi ke dapur untuk sarapan. “Makan nasi lemak tu Imran” kata Cik Senah kepada Imran.Imran mengambil nasi lemak itu dan terus bersalaman dengan maknya yang sibuk menyiapkan kuih-muih untuk di jual.”Kenapa tak makan dulu nasi tu Imran” tanya Cik Senahkepada Imran . “Takpelah mak,Imran nak makan nasi lemak ni kat sekolahnanti” jawab Imran kepada Cik Senah.


“Belajar elok elok ye Imran” kata Cik Senah kepada Imran“Baiklah mak” jawab Imran yang sedang memakai kasut. Imran pun berjalan kaki ke sekolah.Sesampai sahaja Imran di depan pintu pagar,sekelompok remaja sekolah menariknya ke tepi pagar.Imran melihat sekelompok geng yang sering membulinya mengambil beg nya lalu mengeluarkan semua isi di dalam beg nya itu. ”Woi korang nak buat apa tu,jangan sentuh barang aku lah” kata Imran dengan tegas kepada sekelompok geng itu. “Wah kau sekarang dah pandai melawan ye” jawab ketua geng itu yang bernama Haikal. Mereka ingin menarik Imran pergi ke belakang sekolah untuk memukulnya namun semuanya gagal apabila salah seorang murid melihat mereka dan memberi tahu kepada guru besar.Imran dan geng pembulinya itu pun dipanggil ke ruang disiplin. “Kenapa korang semua ni.Pagi pagi lagi dah membuli” kataguru besar kepada geng pembuli dengan keadaan marah. Mereka semua terus berdiam diri.tak lama kemudian Imran dibenarkan untuk masuk ke kelas manakala geng pembuli itu dikenakan denda.Imran sudah terbiasa dengan semua itu jadiImran hanya melupakan perkara itu. “Kringggg,kringgggg” bunyi loceng itu menandakan waktu rehat telah pun tiba.


Imran duduk berseorangan di sebuah pondok berdekatan dengan kantin tersebut sambil termenung. “Hmm apelah malang nasibku, wangku dan nasi lemak yangaku bekalkan sudah pun dirampas dengan geng mereka” perlahan air matanya mencucuri pipinya. Imran berasa sangat lapar dan haus lalu dia menuju ke arah sebatang paip dan dia menghirupnya.Dia tetap menguatkan hatinya walaupun dia mendengar bisikan bisikan yang mengatatentang dirinya.Imran telah beberapa kali menghirup air paip itu walaupun perutnya sering sakit memulas-mulas kerana terpaksa meminum air paip itu untuk menahan lapar dan dahaga nya. Walaupun dia berada di dalam kepayahan itu dia tetap menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan guru-guru serta ibunya kerana takut akan dibuli oleh rakanrakannya yang nakal itu. Semasa Imran sampai ke rumah dia pun memanggil manggil ibunya “Mak,mak Imran dah balik”. Namun panggilannya tidak disahut sama sekali.Imran mencari carikeberadaan maknya namun tidak diketemui.


“Mungkin ibu ke pasar untuk menghantar kuih” bisik hati kecilImran.Imran duduk di anak tangga depan rumah sambil menunggu kepulangan maknya.Setelah satu menjelang senja mak Imran masih belum pulang.Imran mula merasa bingung.Sambil memikirkan maknya,Imran akhirnya tertidur di atas tangga rumah kerana keletihan.Setelah menjelang malamImran telah tersedar apabila dia merasa tubuhnya digoncang perlahan oleh seseorang.Apabila dia membuka matanya dia melihat sekujur tubuh yang berada di sisinya. “Makk!” Imran menangis sambil memeluk tubuh maknya. “Mak kenapa mak tinggalkan Imran sendirian di rumah” kata Imran sebak kepada maknya. “Mak minta maaf Imran,mak lari daripada orang yang datang meminta hutang” kata Cik Senah kepada Imran. “Hutang ?” tanya Imran kebingunan kepada maknya. “Ye Imran, mak terpaksa meminjam duit untuk buat modal berniaga dan untuk beli pakain sekolah kamu”. Kata Cik Senah kepada Imran sambil menangis.Imran terkejut dan dia terus bangun dan berjalan ke biliknya.”Kenapa mak? kenapa?” kata Imran yang sedang menangis teresak-esak. Imran berasa sedikit kesal dan sangat kasihan kepada ibunya yang sanggup meminjam wang untuk menyara hidupnya.”Aku kena menolong mak.Jika terus begini mungkin nyawa kami dalam bahaya” kata Imran kepada dirinya sendiri.Keesokan harinya,Imran bersalaman dengan maknya untuk pergi ke sekolah.Semasa dalam perjalanan,Imran mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sekolah dan pergi mencari kerjauntuk menyelesaikan hutang maknya.Imran melihat ada sebuah restoran yang memerlukan pekerja. Imran mencuba masuk dan berjumpa dengan bos kedai itu. Betul ke disini memerlukan pekerja?” soal Imran kepada bos kedai itu.“Ya,kami memerlukan pelayan” kata bos itu kepada Imran


“Adakah awak berminat untuk bekerja disini?” soal bos kedai itu kepada Imran. “Ye saya berminat untuk bekerja disini” jawab Imran kepada bos kedai itu. “Kalau macam tu awak boleh mulakan kerja sekarang”kata bos itu. Tanpa banyak persoalan bos kedai tu terus menerima Imran untuk bekerja disitu.”Betul ke ni? Terima kasih sangat-sangat bos” kata Imran dengan teruja. “Ye betul,lagi satu awak tak payah panggil saya bos,panggil saja saya Cik Saiful” kata Cik Saiful kepada Imran.Imran sangat teruja kerana dia mendapatkan kerja dengan senang.Kemudian Cik Saiful memanggil salah seorang pekerjanya “Amzar,Amzar” panggil Cik Saiful kepada pekerjanya. “Ye Abang” kata pekerja itu kepada Cik Saiful. “Ha amzar ni pekerja baru nama dia Imran.Imran ni adik saya Amzar.Amzar tolong ajarkan Imran untuk bekerja” Kata Cik Saiful. “Ok,jom Imran” kata Amzar. Amzar mengajar Imran cara untuk melayan pelanggan dengan baik dan menghantar makanan. Tidak lama kemudian Imran sudah pun pandai untuk melayan pelanggan dengan baik dan menghantar makanan. Imran dan Amzar terlihat sangat rapat.Ini pertama kalinya Imran mendapat kawan baik seumur hidupnya sebelum ini dia hanya sering di buli oleh kawan-kawannya. Amzar melihat jam sudah pun pukul 5 setengah petang,dia bertanya kepada Amzar “Amzar kita tutup kedai pukul berapa?”. “Tak tentu kadang lewat malam kadang petang ,tapi harini kita tutup pukul 6,sebab Cik Saiful ada hal penting” jawab Amzar kepada Imran.Tidak lama setelah mereka bersembang,Cik Saiful datang dan mengarahkan mereka mengemas barang untuk menutup kedai.


Setelah mereka siap berkemas-kemas,mereka diizinkan untuk pulang.Amzar bertanya “Imran,kau balik naik apa?ada orang amik ke?”. Imran hanya tersenyum dan berkata “ ada orang amik,kau balik lah dulu”. Imran terpaksa menipu kerana tidak ingn menyusahkan Amzar.Kenyataanya Imran berjalan sejauh 6 kilometer dari kedai ke rumahnya.Sesampai sahaja Imran di rumah,Imran melihat maknya yang sedang menunggu kepulangannya.Cik Senah bertanya kepada Imran “Imran pergi mana,dah nak senja baru nak balik ni.risau mak”.Imran takut untuk mengatakan kepada maknya perkara yang sebenar,jadi dia bercakap bohong dengan maknya dan dia menjawab “Imran ada kelas tambahan mak,setiap hari Imran ada kelas tambahan lepasni”.Cik Senah mempercayai kata-kata Imran itu dan menjemput Imran masuk ke rumah untuk solat maghrib dan makan malam bersama-sama. Keesokan harinya,dia pun seperti biasa bersalam dengan ibunya dan berkata ingin pergi ke sekolah walaupun kenyataannya dia pergi bekerja.sesampai sahaja dia di tempat kerja nya,dia pun ingin bercakap sesuatu dengan Cik Saiful tentang waktu pulang dan waktu datangnya ke kerja,jadi dia pun pergi berjumpa Cik Saiful.”tokk,tokk,tokk” Imran mengetuk pintu bilik yang didalamnya ada Cik Saiful. “Masuk” kata Cik Saiful.”Eh Imran,ye ada apa Imran” tanya Cik Saiful kepada Imran yang sedang berdiri di depan meja Cik Saiful.”Cik Saiful saya nak bercakap tentang waktu balik dan waktu datang sayake kerja.kalau boleh saya nak masuk kerja awal dan balik kerja awal” kata Imran kepada Cik Saiful. “Boleh,tapi awak nak datang awal pukul berapa,nak balik awal pukul berapa?”tanya Cik Saiful kepada Imran.


“Saya nak datang awal pukul 8 pagi macamtu,balik saya nak balik pukul 6.Boleh ke Cik Saiful” kata Imran kepada Cik Saiful. Tanpa banyak cakap Cik Saiful terus bersetuju dengan permintaan Imran dengan menganggugkan kepalanya.Hari demi hari berjalan seperti biasa.Namun pada suatu hari cikgu daripada sekolah Imran mendatangi rumah Imran,tetapi ketika itu Imran tidak berada di rumah kerana dia sedang bekerja.”Asaalamualaikum,Assalamualaikum” terdengar orang memberi salam dari luar rumah.Cik Senah pun membuka pintu dan terkejut melihat cikgu Imran berada di depan rumahnya.”Eh ni cikgu Imran kan,cikgu Ayu?” tanya Cik Senah kepada cikgu Imran itu.”Ya,saya cikgu Ayu,cikgu kepada Imran”kata cikgu Ayu kepada Cik Senah.”Jemput lah duduk dulu,makcik gi buat air kejap” kata Cik Senah kepada cikgu Ayu itu.”Eh tak payah buat air makcik saya datang sini nak cakap pasal Imran je” kata cikgu Ayu kepada Cik Senah. “Imran?kenapa dengan dia,dia ada buat masalah ke cikgu?” tanya Cik Senah kebingungan. “Eh takdelah Imran tu kat sekolah budak baik selalu siap kerja sekolah tak pernah sekalipun dia buat nakal.saya datang sini cuma nak tanya, kenapa dah banyak hari imran tak datang sekolah?” tanya cikgu Ayu kepada Cik Senah.”Ha? Tak datang?saya rasa hari-hari dia salam saya dia kata dia gi sekolah ,setiap hari dia balik pukul 6 petang sebab dia kata ada kelas tambahan” kata Cik Senah kepada cikgu Ayu.”Eh setahu saya kami tiada lagi buat kelas tambahan.Macamni lah,acik bincang dulu elok-elok dengan Imran tanya dia,kemana dia pergi selamani” kata cikgu Ayu kepada Cik Senah.” Oh ok cikgu” kata Cik Senah kepada cikgu Ayu.Cikgu Ayu pun beredar pulang dan Cik Senah masih lagi bertanya-tanya kemana perginya Imran selama ini.


Imran melihat jam sudah pun pukul 6 petang dia pun mengemas barangnya dan pulang.Sesampai sahaja dia di depan tangga rumahnya,dia melihat muka maknya yang terlihatingin marah sedang berdiri di depan pintu.Dia bertanya kepada maknya “mak kenapa ni,ok tak”. Maknya tiba-tiba mengalirkan air mata dan berkata kepada Imran “kemana kau pergi selama ni Imran,kenapa kau tipu mak.kenapa kau tak pergi ke sekolah?”.Imran akhirnya terpaksa menceritakan kebenarannya.”Mak, Imran bukan saja-saja nak tipu mak,tapi Imran takut nak beritahu perkara yang sebenar”. Imran pun menceritakan segalanya kepada Cik Senah.”Tapi mak tak perlukan bantuan Imran,mak hanya nak Imran belajar dan berjaya”kata Cik Senah kepada Imran sambil mengalirkan air mata.”Tapi kita perlukan duit yang lebih untuk melunaskan hutang itu,kalau tak nyawa kita akan menjadi taruhannya”kata Imran. Imran merayu kepada maknya untuk benarkan dia bekerja sambil belajar.”Mak,benarkanlah Imran untuk bekerja.Imran janji Imran takkan lupakan pelajaran”. “Ok, mak boleh benarkan Imran bekerja tapi, Imran kena janji dengan mak jangan lupakan pelajaran” kata Cik Senah kepada Imran.Imran pun berjanji kepada maknya. Keesokan harinya dia mulakan kehidupannya seperti mana yang dia janjikan kepada maknya,dia bersekolah di pagi hari dan dia bekerja di petang hari.Setelah beberapa bulan Imran bekerja di situ,Imran mendapat wang yang cukup untuk melunaskan hutang maknya.Selepas pulang kerja,Imran pergi ke suatu tempat yang dimana disitu adalah tempat maknya meminjam duit.Dia pun melihat ramai orang yang berbadan besar dan gagah sedang menjaga di depan pintu masuk.Dia pun ditanya oleh salah seorang penjaga “kau buat apa kat sini,nak apa”. “Saya nak melunaskan hutang” kata Imran dengan nada yang sayu.


Imran pun dibenarkan untuk masuk ke dalam.Semasa dia masuk ke dalam,dia melihat ada seorang yang sedang duduk di atas kerusi kayu dan melihatnya dengan tatapan tajam. “Kau buat apa kat sini,nak pinjam duit ke?” tanya seorang lelaki kepada Imran. “Saya nak melunaskan hutang yang dipinjam oleh mak saya” kata Imran dengan nada yang sedikit gementar.Imran pun meletakkan satu sampul yang berisi wang tunai di atas meja.Lelaki itu pun mengambil sampul surat itu dan mengira isinya.”Ok,bagus nasib baik kau bayar” kata lelaki itu dengan nada yang menakutkan.Imran pun tidak tahu ingin mengatakan apa dan dia diizinkan untuk pulang.Sesampai sahaja dia di rumah,dia bersalaman dengan ibunya dan menceritakan semua perkara yang terjadi.”Syukurlah kamu tidak apa-apa Imran,mak risau dekat Imran” kata mak senah dengan sebak. Setelah Imran menyelesaikan semuanya,Imran pergi ke kerja seperti biasa dan dia berjumpa dengan bosnya Cik Saiful untuk membincangkan tentang kerjanya. “Cik Saiful,saya nak cakap sesuatu.Saya nak berhenti kerja kerana masalah saya dah selesai” kata imran kepada Cik Saiful.Cik Saiful agak terkejut mendengar perkataan Imran. “Tapi kerja awak bagus,awak teruslah bekerja disini”kata Cik Saiful merayu kepada Imran.Imran memikirkan hal itu sambil termenung jauh “hmm,kalau aku teruskan bekerja disini,aku dapat menolong mak”bisik hati kecil Imran.Imran mengambil keputusan untuk terus bekerja di kedai itu.Hari demi hari Cik Saiful melihat Imransemakin rajin dan bertanggungjawab.Cik Saiful ingin menjadikan Imran sebagai pengurus kedai kerana sikap Imran yang bertanggungjawab dan juga kerana Cik Saiful ada terlalu banyak kedai yang perlu dijaga.Jadi Cik Saiful ingin memberikan kedai ini kepada Imran untuk dia menguruskannya.


Cik Saiful memanggil Imran untuk pergi berjumpa dengannya. “Tuk,tuk,tuk” bunyi ketukan pintu didengari Cik Saiful.”Masuk” kata Cik Saiful.Imran berhadapan dengan Cik Saiful dan dia bertanya “ye,kenapa Cik Saiful panggil saya”.Cik Saiful menjelaskan segalanya kepada Imran. “Tapi kenapa CikSaiful? Saya baru je masuk kerja disini 6 bulan” soal Imran kehairanan kepada Cik Saiful.”Saya tengok awak bekerja dengan bagus jadi,saya nak amik awak untuk menjadi pengurus kedai ni” kata Cik Saiful sambil tersenyum.Tanpa berfikir panjang,Imran menyetujui untuk menjadi pengurus kedai itu.Imran juga di amanahkan oleh Cik Saiful untuk menjaga nama baik kedai dan sentiasa melayani pelanggan dengan penuh kemesraan.Hari demi hari telah pun berlalu,kini perniagaan Imran semakin maju dan ramai pelanggan yang mempromosikan kedai Imran.Imran juga membawa maknya untuk berpindah ke rumah yang lebih selesa. Imran sudah pun menghabiskan pelajarannya,sekarang dia sudah berjaya umurnya yang masih 18 tahun.Jikalau dulu dia tinggal di rumah kayu yang hampir roboh tapi sekarang dia sudah duduk di rumah besar yang canti . Jika dulunya dia pergi ke sana ke sini berjalan kaki,kini dia sudah ada kereta yang mewah.Imran berbangga dengan dirinya sendiri kerana dapat mengubah nasib dia dan maknya.Cik Senah turut berbangga atas kejayaan anaknya itu.Berakhirlah kisah kehidupan Imran yang dulunya hanya orang yang sangat miskin tetapi kini dia sudah berjaya dan dapat banggakan maknya.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.