Pastel Photocentric Doodle Group Project Presentation Flipbook PDF


91 downloads 102 Views 31MB Size

Recommend Stories


PRESENTATION
INTRODUCCIÓN / PRESENTATION Si estás buscando un destino para tu reunión, congreso o incentivo, en Elche puedes encontrar todas las opciones posibles

50PZAS. BASE PASTEL
CODIGO 220 219 7502229689392 230 7502229689378 7502229689385 110011 0102 1403010 9401 6144000023 9399 9395 1603019 9950 431000 131100 131120 131140 43

PRESENTACIÓN PRESENTATION
Assignia Infraestructuras es la cabecera de un gran grupo internacional, con sede en España, dedicado a las infraestructuras, los servicios y las ener

PROJECT
ANEJO I ’R[M LDFO II INSTRUCCIONES PARA LA CONTABILIZACION Y CONTROL DE LAS APORTACIONES FEDERALES EN EL SISTEMA PRIFAS AGENCIAS QUE NO UTILIZAN EL M

Story Transcript

Kelana Siswa Ebook Kelana Siswa Group C


Biodata Pelajar


ERINA CLARISSA ANAK JAMPONG D20211100230 ISMP PENDIDIKAN MORAL SEMESTER 3 NAMA : NO MATRIK : BIDANG PENGAJIAN : SEMESTER : TEMPAT PENGAJIAN : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ASAL : TARIKH LAHIR : SARAWAK 27 MEI 2001


Sejarah Pengakap Dunia


Pengasas PengakapDunia Nama Penuh: Robert Stephenson Smyth BadenPowell Nama Samaran: Baden-Powell (BP) Tarikh Lahir: 22 Februari 1857 Tempat Lahir: London, England Tarikh Meninggal Dunia: 8 Januari 1941 Pekerjaan: Bekas Mejar Jeneral Tentera British Pendidikan Awal: Charter House, London Nama Bapa: Reverend H.G Baden Powell Nama Ibu: W.T. Smyth Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell


Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).


Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, BadenPowell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun.


Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting ”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budakbudak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys ”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.


Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negaranegara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan "Lord Baden Of Gillwell” kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.


Sejarah Pengakap Malaysia


Penubuhan Pengakap di Malaysia dilakukan oleh pegawai Inggeris sama ada daripada pegawai pentadbiran atau para pendidik. Pergerakan Pengakap juga ditubuhkan oleh pegawai Melayu seperti penubuhan Pengakap Kelantan dilakukan oleh para pelajar kelas malam anjuran Majlis Agama Islam di Sekolah Inggeris Kota Bahru di bawah pimpinan Tengku Ahmad Temenggung (Tengku Panglima Raja Kelantan). Persekutuan Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan ini menjadi satu badan bebas dan berasingan serta menjadi ahli penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia yang dahulu dikenali sebagai Persidangan Pengakap Antarabangsa pada 11 September 1957. Persekutuan Pengakap Malaysia telah ditubuhkan pada bulan November 1964 yang mengandungi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Persekutuan Pengakap Singapura berhenti menjadi sebahagian daripada Persekutuan Pengakap Malaysia apabila Singapura berpisah daripada Malaysia pada bulan Ogos 1965.


Pulau Pinang Selangor Pahang Sabah Kedah Perak Negeri Sembilan Melaka Terengganu Kelantan Perlis Johor Sarawak En R Robert 1910 En B.E Shaw 1910 Mr. G.M Laidlew 1912 Reverend Thomas Cecil Alexander 1913 E.C Hicks, A.G Stuart,R.P.S Walker & C. Blommfield 1922 I.R Wheeler 1926 Bird & Roger Smith 1925 R. Brunnston 1925 A.J Cracle 1926 YM Tengku Ahmad Panglima Raja 1928 Bird & Roger Smith 1931 En H.R Cheeseman 1928 Reverend Thomas Cecil Alexander 1913


LaguRasmi Pengakap


Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nua dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia


Persetiaan Pengakap Pengakap Undang-undang &


PintuGerbang Karnival Kokurikulum UPSI


Sebelum: Pelajar diajar membuat ikatan asas seperti ikatan seraya dan simpul manok.Bagi mengasah kemahiran tersebut, pelajar dikehendaki untuk membuat gajet mini menggunakan lidi. Semasa: Pelajar mengaplikasikan kemahiran yang telah dipelajari dengan membuat pintu gerbang. Kerja-kerja seperti mengumpul buluh, memotong buluh dan mengikat tali dilakukan secara bekerjasama oleh semua pelajar sehingga pintu gerbang siap. Selepas: Pintu gerbang telah siap dibina dan dipamerkan. Melalui aktoviti ini, pelajar dapat meningkatkan semangat kerjasama antara ahli Pengakap.


Uniform Pengakap Kelana


Cara Pemakaian Seragam


Cara Pemakaian Seragam


Cara Pemakaian Lencana


Lencana Pengakap


Ikatan Asas Pengakap


Kawad Kaki Pengakap


Malam Kebudayaan Pengakap


TTuujjuuaannMMeennggaaddaakkaann MMaallaammKKeebbuuddaayyaaaann Acara kemuncak ketika perkhemahan Hiburan untuk menghilang rasa bosan selepas berkhemah Melatih bertatatertib Taat dan mengikut perintah Mencungkil bakat terpendam Bekerjasama dan saling tolong-menolong Latihan mengukur masa Tahu menilai, menghargai dan menghormati orang lain Menghilangkan rasa malu Memberi keyakinan dan mempercayai diri sendiri Untuk kepuasan diri dan bukan menunjuk-nunjuk


Rumusan Kuliah Kelana Siswa


Kesimpulannya, selepas beberapa minggu menghadiri kuliah Kelana Siswa, saya dapat simpulkan bahawa kuliah ini telah mengajar saya tentang pelbagai perkara asas yang berkaitan dengan Pengakap seperti ikatan asas, lagu Pengakap, kawad kaki dan tepukan Pengakap. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari tentang cara untuk membina pintu gerbang. Kuliah Kelana Siswa ini juga mengajar saya tentang bagaimana hendak menjadi seorang guru Pengakap yang baik.


Thank You


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.