Pink Illustration English Class Presentation Flipbook PDF

Pink Illustration English Class Presentation

36 downloads 120 Views 12MB Size

Recommend Stories


PRESENTATION
INTRODUCCIÓN / PRESENTATION Si estás buscando un destino para tu reunión, congreso o incentivo, en Elche puedes encontrar todas las opciones posibles

PRESENTACIÓN PRESENTATION
Assignia Infraestructuras es la cabecera de un gran grupo internacional, con sede en España, dedicado a las infraestructuras, los servicios y las ener

Story Transcript

F T O R L O I O P E

Sistem Ejaan Rumi AIMIE MAISARAH BINTI MOHD ROZMIZI PPISMP B2 AMBILAN JUN 2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

ISI KANDUNGAN

1 2 3

SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA DEPAN

Rumi berasal daripada perkataan romawi yang digunakan dalam bahasa Arab (semasa zaman empayar Rom). Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi telah dilakukan oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara. Pada tahun 1902, sistem ejaan rumi telah dilakukan oleh kerjaan tanah Melayu yang bermula apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menubuhkan jawatankuasa ejaan yang telah diketuai oleh R.J Wilkinson. Seterusnya, kemunculan sistem ejaan Za'ba, Ejaan Fajar Asia dan Ejaan CH, Van OPHUYSEN. Seterusnya, selepas perang dunia kedua, muncul beberpa sistem ejaan baru seperti sistem Soewandi, , sistem ejaan Kongres, sistem Melindo dan sistem ejaan baru pada tahun 1972.. Oleh hal demikian, sistem ini masih diguna paaki sehingga ke hari ini

Sebelum Merdeka

Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

2. Sistem Ejaan Wilkinson (1902) Ejaan Rumi Wilkinson merupakan sistem ejaan rumi pertama yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada 1902. Sistem ini adalah untuk kepentingan persekolah Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sistem ini merupakan perbaikan daripada sistem ejaan yang digunakan dalam kamus Maxwell. Sistem ejaan ini juga menggunakan rangkap konsonan ch bagi menggambarkan bunyi ch bagi menggambarkan bunyi sy (ejaan sekarang), kh, ng, ny, th, dh dan dz.

1. Sistem Ejaan CH, Van OPHUYSEN (1900) Sistem ini disusun untuk kepentingan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah-sekolah di Hindia Belanda (Indonesia) dengan menggunakan aksara Latin. Ophuysen menggunakan sistem fonemik menggunakan vokal-vokal a, e (taling), e (pepet), i, o, dan oe (bagi melambangkan bunyi u). menggunakan konsonan-konsonan Belanda termasuk dj, tj, sj, nj, ch, ts dan sebagainya. menggunakan sistem pemvokalan sempit + sempit: luas + luas.

3. Sistem Ejaan Za'ba (1993) Sistem ejaan Za'ba (ringkasan daripada Zainal Abidin bin Ahmad) ini juga dikenali sebagai ejaan sekolah. Za'ba menerangkannya di dalam kata pendahuluan Risalah Petua Ejaan Rumi Melayu di Malaya' diterbitkan oleh Department of Malay Studies, University of Malaya dalam tahun 1995. Ejaan Za'ba mengandungi huruf-huruf saksi a, e, i, o dan u serta rangkap konsonan seperti mana yang digunakan oleh Wilkinson. Dalam mengejakan kata asing, Za'ba membenarkan sama ada dieja menurut ejaan asalnya atau dieja menurut bunyi Melayu; tetapi bag kata yang berasal dari kata Arab Za'ba mengekalkan perbezaan "ain" dengan "hamzah"

4. Sistem Fajar Asia Sistem ini diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar Asia. Sistem ini bertujuan untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu pada ketika Sumatera dan Malaya disatukan di bawah satu pemerintahan. Sistem ejaan ini mengekalkan penggunaan konsonankonsonan Wilkinson dan Za'ba tetapi menggunakan vokal Ophuysen kecuali ou dengantikan dengan u tersebut.

Selepas merdeka

Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

1. Sistem Soewandi (1947) Sistem ejaan Soewandi atau dikenali sebagai ejaan Republik dikuatkuasakan penggunaannya pada 19 Mac 1947, beberapa bulan sebelum kemerdekaan Indonesia. Ejaan ini dikuatkuasakan atas perintah Mr. Soewandi, Menteri Pengajaran Pendidikan dan Kebudayaan. Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), Ejaan Soewandi atau Ejaan Republik ini tidak banyak bezanya dengan ejaan Ophuysen malahan ejaan Republik dapat kita anggap usaha mempersahajakan ejaan Ophuysen.

Sistem Soewandi (1947) Sistem ejaan Soewandi atau dikenali sebagai ejaan Republik dikuatkuasakan penggunaannya pada 19 Mac 1947, beberapa bulan sebelum kemerdekaan Indonesia. Ejaan ini dikuatkuasakan atas perintah Mr. Soewandi, Menteri Pengajaran Pendidikan dan Kebudayaan. Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), Ejaan Soewandi atau Ejaan Republik ini tidak banyak bezanya dengan ejaan Ophuysen malahan ejaan Republik dapat kita anggap usaha mempersahajakan ejaan Ophuysen.

2. Sistem Ejaan Kongres Sistem Ejaan Kongres (1957) dicapai setelah pembentangan dua kertas kerja yang dibentangkan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) di Kongres Persuratan dan bahasa Melayu Malaya II di Singapura pada 16 hingga 21 September 1956. Antara cadangan PBMUM berkaitan dengan sistem ejaan rumi termasuklah menolak penggunaan huruf-huruf kembar atau rangkap konsonan. Seterusnya, ejaan Malaya hendaklah segera disatukan dengan ejaan Indonesia dan memisahkan penggunaan 'pun', 'juga' dan sebaliknya

3. Ejaan Melindo Sebuah jawatankuasa telah dibentuk untuk menghalusi Ejaan Kongres dan membuat hubungan dengan pihak Indonesia bagi tujuan penyelarasan. Antara persetujuan yang dicapai dalam sistem ejaan melindo ialah: Sistem ini mengandungi 6 huruf vokal (a,e,e,i,o dan u), tiga diftong (ay, aw dan oy) Fonem f, s dan z hendaklah digunakan untuk menggambarkan katakata asing.

3. EJAAN MELINDO

SEBUAH JAWATANKUASA TELAH DIBENTUK UNTUK MENGHALUSI EJAAN KONGRES DAN MEMBUAT HUBUNGAN DENGAN PIHAK INDONESIA BAGI TUJUAN PENYELARASAN.

ANTARA PERSETUJUAN YANG DICAPAI DALAM SISTEM EJAAN MELINDO IALAH: SISTEM INI MENGANDUNGI 6 HURUF VOKAL (A,E,E,I,O DAN U), TIGA DIFTONG (AY, AW DAN OY) FONEM F, S DAN Z HENDAKLAH DIGUNAKAN UNTUK MENGGAMBARKAN KATA-KATA ASING.



4. Sistem Ejaan Baru (1972) Sistem ini merupakan usaha daripada sistem ejaan Melindo yang tidak dapat dilaksanakan kerana terbitnya konfrotasi antara Malaysia dan Indonesia. Antara kelainan-kelainan sistem ejaan sekarang dengan sistem ejaan baru ialah: 1. Ke ditulis dengan dua cara iaitu ditulis senyawa dam ditulis terpisah jika diikuti dengan kata nama khas. 2. Kata ulangan ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis dengan angka 2 jika seluruh kata dasarnya diulangh dan ditulis dengan menggunakan sempang jika sebahagian kata dasarnya di ulang.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi termasuklah menerbitkan, mencetak atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Seterusnya, DBP berperanan menggalakkan penggunaan bahasa yang betul. Misalnya, DBP hendaklah memeriksa setiap ejaan dan penggunaan bahasa yang betul dalam semua buku, risalah dan bahan ilmiah sebelum diterbitkan. Selain itu, DBP juga berperanan dalam membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA DEPAN Cabaran paling utama ialah semestinya berpunca daripada penggunaan bahasa rojak atau bahasa pasar. Penggunaan bahasa-bahasa ini berpunca daripada perkembangan media sosial yang banyak mempengaruhi sistem ejaan rumi dalam kalangan masyarakat. Hal ini memberi kesan dalam perhubungan komunikasi harian masyarakat. Mereka akan lebih gemar berkomunikasi menggunakan bahasa rojak dan sebagainya.

Selain itu, terdapat juga sesetengah sikap masyarakat yang tidak bangga akan tulisan rumi yang merupakan bahasa kebangsaan pada masa kini. Mereka beranggapan bahawa tulisan rumi merupakan bahasa kelas bawahan sehingga ada yang sanggup mencemarkan bahasa Melayu dengan perkataan-perkataan yang tidak senonoh. Secara tidak langsung boleh menjatuhkan martabat bahasa Melayu.

Kesimpulan Jelaslah bahawa sistem ejaan rumi boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu perkembangan sistem ejaan rumi sebelum dan selepas merdeka. Selanjutnya, Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting bagi menyeragamkan sistem ejaan rumi ke arah lebih baik. Namun, sistem ejaan ini terdedah dengan cabaran-cabaran yang amat hebat dan memberi implikasi yang buruk sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Oleh itu, sistem ejaan rumi perlulah diperkasakan dengan pelbagai usaha agar ejaan ini tidak lapuk ditelan zaman khususnya pada era globalisasi ini. Usaha memperkasakan sistem ejaan ini perlu dilakukan oleh semua pihak sama ada pihak sekolah mahupun pihak kerajaan.

Rujukan ISMAIL, K. D. R., PELAJAR, N., NASARUDIN, F. A. B. C. A., PENSYARAH, N., BAHARUDIN, D. F. B., & KANDUNGAN, I. Sistem Ejaan Rumi. Daipi, M. N. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian II. Muhammad Ariff bin Ahmad, M. A. (1994). Ejaan rumi bahasa Melayu.

Terima kasih

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.