TUGASAN 2(LATEST NEW VERSION EDITED)(13.1.2023) Flipbook PDF

TUGASAN 2(LATEST NEW VERSION EDITED)(13.1.2023)

4 downloads 117 Views 391KB Size

Story Transcript

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Semester Februari Sesi 2021/2022 SCM 3034 PENGURUSAN KOLEKSI Tajuk : Tugasan 2 : Menerangkan peranan serta proses manual bagi pemuliharaan dan pemeliharaan pengurusan koleksi

No.

NAMA PELAJAR

NO MATRIKS.

1.

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO

C20B1402

NAMA PENSYARAH : PN. ATHMAR BINTI HASHIM

1

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

ISI KANDUNGAN

BIL

2

KANDUNGAN

M/S

1

1.0 Pengenalan

3

2

2.0 Kaedah pengurusan koleksi

4

3

3.0 Dokumentasi Prosedur Operasi Standard (SOP) 3.1 Hasil perolehan daripada hadiah 3.2 Hasil Perolehan daripada pembelian 3.3 Hasil Perolehan daripada pinjaman 3.4 Hasil perolehan daripada Jumpaan di lapangan 3.5 Hasil perolehan daripada pendermaan

5-16

4

4.0 Cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) 4.1 Maklumat yang tidak mencukupi pada doket 4.2 Masih menggunakan teknologi lama di Muzium Perang Bank Kerapu

17-18

5

5.0 Kesimpulan

19

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

1.0 Pengenalan

Kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan sesuatu koleksi ataupun artifak-artifak bersejarah adalah sangat penting. Koleksi atau artifak merupakan sesuatu barangan yang mempunyai nilai tertentu yang menjadikan ianya istimewa untuk dipersembahkan. Ia juga mempunyai sejarah atau ciri-ciri unik yang menarik minat individua tau institusi untuk memeliharanya. Kebanyakan koleksi dikumpul dan disimpan di galeri, muzium ataupun simpanan peribadi sebagai barangan antik. Koleksi lama selalunya akan dipamerkan di muzium oleh sesebuah institusi bagi mempersembahkan budaya dan warisan mereka kepada masyarakat di samping menarik pelancong dari serata dunia. Maksud pemeliharaan adalah tindakan melindungi sumber-sumber dibumi tersebut supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya. Pemuliharaan pula merupakan cara penggunaan, pengendalian dan pengurusan sumber alam untuk mengekalkan kerugian, kerosakkan dan pemuliharaan sumber dapat memastikan kesinambungan sumber alam untuk generasi akan datang. Ini menunjukan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan memainkan peranan yang sangat penting di sesebuah muzium untuk menjaga artifak-artifak daripada hilang, rosak dan sebagainya. Muzium dianggap sebagai pemegang amanah warisan negara yang tidak ternilai dan mungkin tidak dapat ditukar ganti. Selain itu, Muzium juga dianggap sebagai sebuah institusi pendidikan yang tidak rasmi. Di muzium terdapat sumber-sumber dan bahan-bahan yang mampu memberi kefahaman kepada kita dan mampu menarik minat yang berkaitan sastera, sejarah, sains atau alam semulajadi. Untuk menjalankan tugasan 2 ini pengkaji telah memilih Muzium Perang Bank Kerapu yang berada di Kota Bharu Kelantan, Malaysia.

3

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

2.0 Kaedah pengurusan koleksi Di Muzium Perang Bank Kerapu, kaedah pengurusan koleksi akan dilakukan pada semua artifak-artifak yang bersejarah oleh konservator muzium. Antara kaedah-kaedah pengurusan koleksi yang penting ataupun perlu dilakukan oleh konservator muzium ialah perolehan, pendaftaran , konservasi serta penstoran dan penyimpanan. Perolehan melibatkan cara sesebuah koleksi di muzium diperoleh iaitu sama ada secara pembelian, pinjaman, hadiah dan penyelidikan di lapangan. Perolehan melalui pembelian atau hadiah perlulah dilakukan secara telus, adil dan jujur mengikut prosedur yang ditetapkan untuk mencegah kebarangkalian yang tidak diingini dan boleh mencemarkan kebolehpercayaan pembekal atau muzium. Muzium akan melakukan perolehan koleksi mengikut tujuan muzium ditubuhkan, skop pengendalian atau bidang yang dimiliki serta berdasarkan modal kewangan yang disediakan. Pendaftaran koleksi bertujuan untuk merekodkan koleksi yang dimiliki oleh muzium serta memudahkan urusan penggunaan dan penyimpanan. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dituruti seperti pendaftaran perolehan tahunan, pendaftaran mengikut klasifikasi, pengisian kad tag, menulis nombor pendaftaran, penyediaan doket dan penyediaan inventori. Kesemua peringkat ini penting sebelum Langkah-langkah pengurusan seterusnya dapat dilaksanakan. Konservasi perlu dilakukan bagi membaiki dan memeliahara koleksi sebelum dipamerkan di muzium. Kaedah konservasi melibatkan konservasi, pemeliharaan, pemulihan dan pembinaan semula. Tujuanya adalah untuk memastikan koleksi tahan lama dalam keadaan baik. Penstoran dan penyimpanan pula merupakan proses yang penting kerana sebahagian koleksi sangat sensitif. Elemen- elemen seperti cahaya, udara atau kelembapan, serangga dan makhluk perosak serta manusia menjadi penyumbang kepada kerosakan koleksi. Penyimpanan di tempat yang sesuai amatlah penting supaya koleksi kekal terpelihara.

4

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

3.0 Dokumentasi Prosedur Operasi Standard (SOP) 3.1 Hasil perolehan daripada hadiah

Rajah 1: Gambar koleksi yang diperolehi daripada hadiah di Muzium Perang Bank Kerapu Kelantan. Bagi memperoleh koleksi, perancangan strategik harus dilaksanakan oleh pihak muzium supaya pengumpulan koleksi adalah berdasarkan kepentingan peranan muzium. Pembelian, pinjaman dan perolehan hadiah merupakan kaedah perolehan bagi muzium. Perolehan secara penerimaan hadiah ini terdiri daripada hadiah dari orang perseorangan, hadiah dari organisasi awam atau swasta, hadiah dari pembekal antik dan oleh masyarakat yang kurang kesedaran dan pengetahuan mengenai warisan. Gambar rajah 1 merupakan topi perang yang telah digunakan semasa perang dunia kedua. Berikut merupakan carta alir yang menunjukkan proses penerimaan bagi artifak daripada pemberian hadiah.

5

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

MENERIMA ARTIFAK

MENGADAKAN MESYUARAT

MENGENALPASTI KEPERLUAN ARTIFAK

PENDAFTARAN ARTIFAK

Rajah 1.1 : Carta alir perolehan artifak melalui hadiah di Muzium Perang Bank Kerapu.

Rajah 1.1 menunjukan aliran bagi kaedah perolehan koleksi ataupun artifak seperti rajah 1.1 di Muzium Perang Bank Kerapu, Kelantan. Bukti ini dapat semasa menjalankan kajian ini. Hadiah tersebut diberi oleh seorang berbangsa melayu yang berumur 67 tahun. Sebagai tanda hormat pihak muzium telah memberi RM 200 kepada individu tersebut. Selepas peroleh hadiah tersebut, semua ahli jawatankuasa Muzium Perang Bank Kerapu telah mengadakan mesyuarat untuk membincang tentang artifak tersebut. Mereka akan mencatatkan kepentingan artifak dan cara penyimpanan artifak tersebut. Selepas itu untuk bukti, pihak muzium akan merekodkan diskripsi artifak tersebut dan mengambil beberapa gambar untuk membuat dokumentasi. Pendaftaran artifak dilakukan mengikut sumber perolehan yang telah ditetapkan. Pendaftaran mengikut klasifikasi melibatkan jenis dan ciri-ciri koleksi tersebut. Pengisian kad tag dilakukan bagi memudahkan pencarian dan penyimpanan koleksi dilakukan. Nombor pendaftaran yang ditulis akan menjadikan koleksi yang disimpan lebih tersusun dan efektif. Penyedian tag amat penting untuk melancarkan urusan pendaftaran. 6

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

3.2 Hasil Perolehan daripada pembelian

Rajah 1.2 : Gambar koleksi hasil perolehan daripada pembelian.

Pembelian melibatkat persetujuan antara dua pihak iaitu penjual dan pembeli. Setelah mendapat kelulusan dari Jawantankuasa tertingi, pembelian boleh diteruskan melalui pelbagai sumber dari dalam dan luar negeri: Artifak-artifak di gambar rajah 1.2 adalah senapang mesingan dan tembikar yang digunakan untuk minum air. Berikut merupakan carta aliran bagi cara perolehan hasil daripada pembelian:

7

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Mendapat tawaran daripada pembekal

Mengadakan mesyurat dalam kalangan ahli pihak muzium

Mendapat persetujuan daripada Jabatan Warisan Negara(JWN)

Membeli artifak tersebut daripada pembekal.

Rekod artifak tersebut

Penstoran/Pameran

Rajah 1.3 : Carta alir proses perolehan artifak melalui kaedah pembelian di Muzium Perang Bank Kerapu, Kelantan, Malaysia.

8

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Proses pembelian hanya berlaku apabila pihak muzium dapat tawaran daripada pembekal artifak. Seterusnya, pihak muzium akan mengadakan mesyurat untuk mengenalpasti tawaran tersebut. Mereka akan lebih mengkaji mengenai artifak tersebut. Selepas mengadakan mesyuarat, pihak muzium akan hantar surat permohanan pembelian artifak kepada Jabatan Warisan Negara (JWN). Jika JWN setuju, maka pihak Muzium Perang Bank Kerapu, Kelantan, Malaysia akan membeli artifak tersebut daripada pemilik artifak tersebut. Seterusnya, ahli muzium akan Proses seterusnya ialah pihak muzium akan merekodkan dokumen artifak tersebut untuk memudahkan rujukan berlaku. Proses terakhir ialah penstoran dan pameran. Di dalam proses ini pihak muzium akan meneliti artifak sama ada disimpan ke dalam stor ataupun di ruang pameran Muzium Perang Bank Kerapu

9

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

3.3 Hasil Perolehan daripada pinjaman

Rajah 1.4 : Gambar koleksi artifak yang dipinjam oleh Muzium Perang Bank Kerapu, Kelantan, Malaysia daripada Muzium Jerman.

Pinjaman didefenisikan sebagai barangan yang dipinjam oleh seseorang daripada individu atau seseorang pihak. Perolehan secara pinjaman biasanya diperoleh daripada orang perseorangan dan institusi awam atau swasta. Ianya dilakukan ketika muzium mengadakan pameran dan tempoh pinjaman adalah singkat. Pinjaman bermula apabila sesuatu aktiviti atau projek memerlukan koleksi yang tidak dimiliki dalam simpanan dan berakhir dengan pemulangan semula kepada pemiliknya. Berikut adalah Topi Gas British, Beg Gas British dan Topeng Gas British Hasil daripada penelitian dan kajian. Berikut merupakan carta alir hasil perolehan pinjaman artifak :

10

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Penerimaan maklumat

Perbincangan

Keputusan

Proses penerimaan

Pameran artifak dijalankan

Proses pemulangan semula

Rajah 1.4: Carta alir hasil perolehan artifak daripada pinjaman.

Proses yang pertama untuk meminjam sesuatu artifak adalah, pihak muzium yang nak pinjam artifak perlu mengumpulkan maklumat yang sewajarnya sebelum ke langkah kedua. Contoh maklumat adalah, artifak apa yang diperlukan dan tujuannya untuk apa?. Selepas itu, pihak muzium tersebut perlu membuat perbincangan antara satu sama lain mengenai bila nak minta pinjamana dan daripada siapa. Selepas membuat keputusan, Muzium Perang Bank Kerapu telah mendapat surat pemohonan dari JWN dan mendapat keizinan sekali. Pihak muzium telah hantar surat permohonan artifak ini kepada pihak tertentu iaitu pihak muzium di Jerman. Apabila mendapat artifak yang diminta daripada Jerman, ahli Muzium Perang Bank 11

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Kerapu akan mengadakan aktiviti pameran artifak pada tarikh yang ditetapkan. Akhirnya, artifak yang dipinjam perlu dipulang semula ke Jerman tanpa sebarang kerosakan pada artifak tersebut.

12

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

3.4 Hasil perolehan daripada Jumpaan di lapangan

Rajah 1.5 : Gambar artifak yang telah ditemui di kajian lapangan

Semasa menjalankan proses eskavasi di kajian lapangan, pengkaji dapat menemui pelbagai jenis artifak. Pengkaji akan hantar artifak yang ditemui ke Arkib Negara Malaysia(ANM). Seterusnya, ANM akan memberi artifak tersebut kepada muzium-muzium yang tertentu. Muzium Perang Bank Kerapu telah mendapat bola Meriam perang yang ada seperti gambar di atas. Bola Meriam ini telah digunakan pada waktu perang dunia kedua oleh tentera British. Berikut merupakan carta alir proses artifak hantar ke muzium.

13

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Jumpaan artifak

Bersihkan permukaan artifak

Dibawa masuk ke dalam makmal

Penambahbaikan atau pembersihan selanjutnya dijalankan

Menghantar artifak ke Arkib Negara Malaysia

Rajah 1.6 Carta alir hasil perolehan artifak jumpaan di lapangan

Seperti dinyatakan dalam carta alir rajah 1.6, apabila pengkaji menjumpa sesuatu artifak perlu mengambil gambar dan merekod untuk bukti yang kukuh. Selepas itu, artifak tersebut akan dibersihkan permukaanya supaya kotaran tanah yang melekat pada artifak akan disingkirkan di situ juga. Artifak yang dibersihkan permukaan akan dibawa masuk ke makmal untuk melanjutkan proses-proses kimia dan bukan kimia pada artifak tersebut. Proses ini dijalankan untuk mengetahui info yang lebih mendalam tentang artifak itu. Akhirnya, artifak yang telah pun dikaji akan hantar ke Arkib Negara Malaysia supaya artifak tersebut disemak oleh AWN .

14

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

3.5 Hasil perolehan daripada pendermaan

Rajah 1.7 : Gambar lampu kapal yang telah diderma oleh seorang indvidu tempatan Kaedah perolehan koleksi yang pertama adalah melalui kaedah derma. Kaedah derma merupakan satu kaedah yang dilakukan oleh pihak muzium untuk mendapatkan barangan koleksi daripada masyarakat tempatan. Hal ini kerana, melalui kaedah derma pihak muzium mengadakan satu program yang akan dijalankan pada awal pembukaan bagi sesebuah muzium. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada individu-individu yang ingin menderma barangan artifak bersejarah seperti tembikar, seramik dan sebagainya kepada pihak muzium. Proses pendermaan ini juga adalah melalui kaunter pendaftaran yang dibuka semasa program tersebut dijalankan dan dalam program tersebut juga individu dapat memberi atau menyerahkan barangan koleksi mereka kepada pihak muzium berserta dengan maklumat dan sejahrah yang lengkap tentang koleksi tersebut.

15

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Menerima artifak

Mengadakan mesyuarat

Mendaftarkan artifak

Penstoran/ Pameran artifak

Rajah 1.8 : Carta alir hasil perolehan pendermaan

Selepas menerima sesuatu artifak melalui proses pendermaan pihak muzium akan berbincang semula mengenai artifak yang diperelohi supaya dapat mengumpulkan data yang tepat. Selepas selesai mesyuarat, konservator muzium akan mendaftarkan artifak tersebut dengan menggunakan tag ataupun doket yang ada pada setiap artifak. Dalam tag tersebut perlu nyatakan cara peroleh, tahun peroleh, nama artifak, no pendaftaran, usia artifak dan sumber peroleh. Akhirnya, artifak yang sesiau diletakan di dalam peti kaca akan masukan dalam peti kaca iaitu artifak yang mudah rosak atau dicuri. Ada beberapa artifak yang selalu digunakan untuk pameran artifak antaranya baju yang lama.

4.0 Cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP)

16

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

4.1 Maklumat yang tidak mencukupi pada doket

Pihak Muzium Perang Bank Kerapu perlu menambahbaiki dalam merekod doket artikal. Sebab maklumat yang ada pada tag tersebut tidak mencukupi yang menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan muzium dan pengkaji artifak. Maka setiap doket perlu mengkaji semula oleh ahli Jawantan Kuasa tertinggi di Muzium Perang Bank Kerapu. Doket yang penuh dengan maklumat boleh menyenangkan kerja penjaga muzium untuk cari data dan maklumat.

4.2 Masih menggunakan teknologi lama di Muzium Perang Bank Kerapu

17

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

Kebanyakan muzium di Malaysia dah mula menggunakan sistem QR code. Ini boleh menjimatkan masa dan tenaga para penjaga muzium dan pelanggan muzium. Hal ini demikian kerana, artifak-artifak yang berada di muzium boleh melekatkan QR code padanya yang dipenuhi dengan maklumat yang sepatutnya.

5.0 Kesimpulan Kesimpulanya, semua artifak di Muzium Perang Bank Kerapu mempunyai cara perolehan sendiri. Setiap artifak perlu dijaga dengan baik dan merekodkan dengan teliti supaya generasi yang akan datang dapat melihat nilai-nilai warisan negara kita dan luar. Oleh itu, pihak muzium perlu mengikut peraturan ataupun procedure operasi standard (SOP) yang sewajarnya. Pengurusan koleksi yang bijak dapat menarik perharian pelanggan muzium dan ini boleh menyebabkan bilangan kedatang pelanggan ke muzium semakin bertambah dan Muzium Perang Bank Kerapu boleh menjadi muzium yang terkenal di Malaysia. 18

RAJKUMAR A/L SELVARAJOO C20B1402 0166275183

19

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.